Saturday, 7 June 2025

ADAT BERDAGANG

 ASSALAMUALAIKUM


GRAFIK SIFU TA (C)


ADAT BERDAGANG
.
Kalau berdagang sombong lagaknya
undang masalah perdagangannya
bersopan santun sifat peramah
mudah urusan beroleh rahmah
.
Niat berdagang kerana Allah
hitung rezeki tidak terjumlah
urus jualan harganya tepat
pelanggan akur tidak mengumpat
.
Berdagang dengan berhati-hati
cekal usaha hasilan pasti
jikalau hanya inginkan untung
ketara rugi kosonglah kantung
.
Berdagang jauh di rantau orang,
tingkah dan laku tidak sebarang
rezeki mewah saling berkongsi
situasi baru kan serasi

Friday, 6 June 2025

DI AKHIR MIMPI YANG USANG

 ASSALAMUALAIKUM

 PI MENERIMA KIRIMAN TIGA EBOOK VIA EMAIL KIRIMAN SYAMEEN KHALILI

BERJUDUL MELODI JIWA KARYA SHARIAH ISMAIL 351 MS

CINTA 73 KG 279  SYAMEEN KHALILI 279 MS

DI AKHIR MIMPI YANG USANG KARYA SYAZ EYM 598 MS

TERIMA KASIH BANYAK KESUDIANNYA.


PIC GOOGLE IMAGES(C)


SEMUA EBOOK MENARIK KISAHNYA...TAHNIAH SEMUA PENULIS PROLIFIK YANG PROAKTIF MENULIS.... TAPI PI MEMILIH KARYA SYAZ EYM UNTUK RESENSI KASAR 

 BIASALA PI KAN KENAL SYAZ SEBAGAI RAKAN BLOGGER


DI AKHIR MIMPI YANG USANG

Genre : e-Book

Penulis : Syaz Eym

Penerbit : Nursyazni EBOOK Pub

Nombor ISBN :  ( Sastera Kehidupan)

Bilangan mukasurat : 598

Harga: 10 RM

Pengulas : Paridah Ishak

 

 

DI AKHIR MIMPI YANG USANG naskhah ebook karya penulis SYAZ EYM . paparannya sejumlah 598 muka surat terbitan .NURSYAZNI EBOOK PUB. Penulis kreatif mengolah penceritaan berdasarkan watak pilihan mengikut situasi insiden pada tahun tertentu. Penulis banyak menggunakan teknik penceritaan imbas kembali/flash back.

Bermula dengan watak Dr Eza Suhana membawa anaknya ke tanah perkuburan menziarahi pusara ibunya. Kemudian penulis mengembangkan kisah tragis dialami watak Hajar iaitu ibu kandungnya. Hajar melarikan diri dari rumah setelah ditampar ayahnya kerana menyebabkan emaknya yang sakit terjatuh kerana emaknya cuba menghalangnya meninggalkan rumah. 

Hajar bertekad ingin mengubah kehidupan keluarga mereka dengan mencari kerja di bandar. Tragedi sadis dialaminya satu persatu setelah terpaksa berkahwin dengan Zulkifli abang Muhibbah kawan baiknya. Dan berpindah ke KL. Watak antigonis seperti Ah Teck, Kadir, Lan sentiasa menyusahkan kehidupan Zulkifli yang terperangkap dengan hutang yang diambil dari mereka. 

Panulis berhati-hati melakar gambaran kisah meletakkan Hajar menjadi mangsa kekejaman sehingga akhir usianya. Ebook menggunakan font arial sais 20 memudahkan pembaca menulusuri kisah masyarakat yang komplek sehingga usai. Syaz Eym penulis ebook DI AKHIR MIMPI YANG USANG, seorang pensyarah IPTA di Negeri Sembilan juga blogger kini sedang menyambung pengajian peringkat PhD. Dan telah menghasilkan beberapa antologi juga kumpulan cerpen sendiri.


Thursday, 5 June 2025

HARI RAYA HAJI

 ASSALAMUALAIKUM

 


 

 

HARI RAYA HAJI

 

Jelang

Raya Haji

sambut hari ria

bertemu sanak saudara

rai

.

Cuti

anak rantau

pulang dari kota

kampung halaman nan jauh

rindu

.

Dakap

Ibu, bapa

kakak, abang, adik

salam saling mohon maaf

ikhlas

.

Hasrat

satu pasti

beribadah korban

sunat muakad tunaikan

santun


Wednesday, 4 June 2025

JODOH

 ASSALAMUALAIKUM



JODOH
.
Bersilih anduh berganti-ganti,
kerap disangkal juga teliti;
memilih jodoh berhati-hati,
berharap kekal sehingga mati.
.
Palma selari diukir jua,
mengerat tamar meredup gua;
lama mencari akhir bersua,
hasrat melamar hidup berdua.
.
Gerisik sanya kandis di dahan,
di perdu khadam pandak perlahan;
merisik tanya gadis pilihan,
merindu dendam tidak tertahan.
.
Licin gerangan landasan kiri,
berpada cekal dicalar duri;
cincin tunangan hiasan jari,
petanda bakal bergelar suri.
.
Bertindan cembul terleta basah,
sisi kelisa, padan terpisah;
ijab dan kabul ternyata absah,
berkongsi rasa senang dan susah.
.
Tamu berteduh sebelah barat,
lelah kerenah gerangan lorat;
bertemu jodoh telah tersurat,
Allah amanah tanggungan berat.

Tuesday, 3 June 2025

BERKORBAN

 ASSALAMUALAIKUM


Salam Senayan moga limpahan rezeki anugerah-Nya tiasa lumayan.
Alhamdulillah puisi gurindam; BERKORBAN karya kakpidah disiar SUARA SARAWAK 8 Jun 2025 ....terima kasih banyak kesudian Editor...terima kasih banyak dik Hai Rozzaman Jalal @grup TINTA KARYA berkongsi info....tahniah cikgu Ahmad Noh dan penulis tertera turut berkongsi ruang karya

 



BERKORBAN

.

 

Sanggup berkorban kerana Allah,

usai segala akan masalah.

.

Jika berkorban tanpa berkira,

keikhlasannya jelas ketara.

.

Walaupun payah rela berkorban,

pasti berkurang segala beban.

.

Andai berkorban sesuai tempat,

hubungan jauh semakin rapat.

 

Kalau berkorban niatnya ikhlas,

murninya jiwa kerara jelas.

.

Jika berkorban dengan muslihat,

kesan buuknya kekal terlihat.

.

Sunat lakukan ibadah korban,,

rohani suci mungkar dihumban

.

Berkorban dengan berhati-hati,

tidak terkorban geruh menanti.


Monday, 2 June 2025

PENTAS

 ASSALAMUALAIKUM



PENTAS

Pancapersada
panggung pementasan permainan
pening penonton perhati pelakon
peri laku pura-pura
.
Pandai putar pusingan pandang
pesona perjuangan palsu
pincang pejuang penuh pekung
permulaan permasalahan penderitaan parah
.
Pengakhirannya padah pengkhianatan persona
penghidupan pun punah
pengakhiran pasti
pulang pada Pencipta
pasrah

Sunday, 1 June 2025

PETARAKNA

 Assalamualaikum

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAHABAT BLOGGERS N VIEWERS MOGA TIASA AFIAH SEJAHTERA BERBAHAGIA MELANGKAHI PERTENGAHAN TAHUN KE PENGHUJUNGNYA.
 
Alhamdulillah PETARAKNA, antologi terbaru Akademi SPTA selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak Sifu. Antologi terbitan Akademi SPTA ini merupakan puisi tradisi talibun karya 30 penulis Akademi SPTA dengan bimbingan Sifu Tabir Alam amat indah. Terima kasih banyak Sifu kesudiannya. Naskhah puisi pantun talibun 6, 8, 10 rangkap dengan disiplin suku kata dan rima sempurna untuk sampiran pada maksud. Empat puisi talibun PI dengan bimbingan Sifu TA terselit dalam antalogi ini;
1. Walinong Sari T8
2. Pelayaran T6
3. Puteri Gunung Ledang T10
4. Masalah T6

Tahniah Sifu Tabir Alam selaku penyelenggara dan penerbitnya
Sekiranya ingin memiliki antologi ini sila hubungi penulisnya atau penerbitnya. Harganya sederhana dan mampu milik.
Pemuisi yang menyertai projek penulisan puisi talibun ini juga mendapat hadiah sijil penyertaan. Terima kasih banyak sifu hadiah dan ilmu yang tidak ternIlai.

PIC SIFU TA (C)


MyBloglist