Thursday, 6 June 2024

IBADAH HAJI

 ASSALAMUALAIKUM

IBADAH HAJI

.

Teg


a menempuh aral cabaran

kembara jiwa kerana Allah

nadi berdenyut jantung getaran

mohon terhapus dosa bersalah

.

Rukun Islam wajib ditunaikan

semua hamba andainya mampu

sempurna raga azam kemaskan

rohani murni kusyuk menumpu

 

Tawaf beriring keliling Kaabah

lafaz talbiah membasah bibir

nawaitu kekal tidak berubah

antara sela gemaan takbir

.

Berhati-hati di dalam ihram

lengkap semua korban ternakan

ibadah haji di Tanah Haram

semoga mabrur Allah makbulkan

.

 

Sepuluh Zulhijah tarikh tentu

Aidiladha disambut mulia

ibadah haji Muslim bersatu

nawaitu tulus jiwa aulia


Wednesday, 5 June 2024

TIADA

 ASSALAMUALAIKUM

 


TIADA

 

Tangisanku  titis terkenangkanmu

terimbau tentangmu

tersenyum tawa

terharu

 

Telah  tiada tulisan terindah

tintanya tumpah tertera

terlakar tanda tanya

terkedu

terkesima

termangu

.

Tirana  takdir terjatuhkah?

terkenangmu tiasa

tiadaku terlupa

tanpamu tercari

tapi ternyata

tiada


Monday, 3 June 2024

FLORA INDAH BT FRASER

 ASSALAMUALAIKUM


CUTI SEKOLAH BERMULA DAN BERAKHIR...SEMPAT PULA BERADA SEHARI DI BT FRASER MENIKMATI KEINDAHAN FLORA  ALAM SEMULA JADI DI SANA...ALHAMDULILLAH














Sunday, 2 June 2024

CERITA LANGIT

 

ASSALAMUALAIKUM

 


Dua  naskhah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 024 telah selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Alhamdulillah! Terima  kasih banyak sifu. Tiga puisi PI terselit dalam antologi puisi 26 genre CERITA LANGIT.Terharu sekali sifu sudi memilih karya kakpidah; Ular Tedung Berdiri –haibun, Pemuisi – limerick, Ceritera – pancalarik.  32 penulis, menulis tiga puisi pelbagai genre dalam antologi ini. Semua puisi indah dan unik karya pemuisi Akademi SPTA mengagumkan. Ralit menikmati puisi hasilan Sifu Tabir Alam, Rozeline Vitalis, Syidah Ida, Zalina AR Seti Zaleha, Salmah Amir, Yuyuf Sufali, Zuraida Dewi, Ana Cik Kamal, Pak Ngah, Lanz Azlan, Dewi Sukma, Dzil Majid, Dewi Sukma, Issey Miyaki, Hamimah Ibrahim, Iqbal Halim, Jalimah Jaudin Anih, Mohd Noh, Zulkifli Baharun, Noorlaila Ghafar, Nazim Mohd Subari, Norjannah MA, Bayu Pagi, Adziah Abd Aziz, Sabariah Eda, Sabariah MY, Sabariah Ross, Rina Chundau dll. 

TAHNIAH SIFU TA selaku penyelenggara, penerbit dan semua penulis terlibat.

Sekiranya ingin miliki antologi mengandungi puisi akrostik, dukotu, eksperimen, gurindam, haibun,karmina, kuatrin, limerick, nazam, oktaf, palindrome, pancalarik, pantun berkait, pantun kanak-kanak, prosa, puisi berima, sajak, saduka, sajadah, seloka, sonata, sonian, syair, talibun dan vilanel dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm sifu Tabir Alam@FACEBOOK

Saturday, 1 June 2024

PUNGGUK RINDUKAN BULAN PURNAMA

 ASSALAMUALAIKUM

PI DEMAM PULA BEBERAPA HARI MUTAKHIR NI SEMOGA ALLAH SEGERA MEMBERI KESEMBUHANNYA AMIIN YRBA.

TERIMA KASIH SIFU TA SUDI ADAPTASI UJIKARYA KARMINA DALAM GRAFIK YANG CANTIK













Friday, 31 May 2024

NATRAH

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


Maria Huberdina Hertogh (Natrah)
.
Denak bertanda panah di rawa,
labu merenek perling menuju,
pipiskan lada racik di tanah,
memegang lain diberi maman,
rami siaga sakan ikatnya,
leka memerang pandang terpaku,
rupanya pula lena jenera,
redup cempaka pandak duluan;
anak Belanda di tanah Jawa,
ibu dan nenek saling setuju,
serahkan pada hai Cik Aminah,
pedagang kain dari Kemaman,
demi menjaga akan dirinya,
ketika perang sedang berlaku,
bapanya pula kena penjara,
hidup mereka tidak keruan.
.
Membasuh koleh debu gunanya,
kilatnya sudah begitu cerah,
kawal rahsia tega sahaja,
melagang sungguh kesima sulam,
terjah di lata bawa halia,
terlangkah tuntung angan bersemi,
rembang harinya ansur berambi,
reda bersampan seberang juru;
diasuh oleh ibu angkatnya,
namanya indah iaitu Natrah
awal usia hingga remaja,
berpegang teguh agama Islam,
wajah jelita jiwa mulia,
bernikah gantung dengan suami,
abang angkatnya Mansor Adabi,
pemuda tampan seorang guru.
.
Gelinya jatuh ruwat ingatan,
pandang menjamah terpinga dura,
getus bersela kata berkumat,
arah ke kali rata carinya,
lilau perlahan lelah meruat,
graha diselak bermandi jasad,
lamun menujah tikam tiasa,
lugai tergoyang gerah terhempas;
bapanya Hertogh buat tuntutan,
sidang mahkamah di Singapura,
putus segala kata muktamat,
Natrah kembali pada asalnya,
walau bantahan telah dibuat,
usaha elak menjadi murtad,
namun penjajah cengkam kuasa,
bagai lelayang Natrah terlepas.
All reactio

MyBloglist