Tuesday, 12 November 2019

INGIN MELIHAT DIRI....

ASSALAMUALAIKUM



Jika ingin melihat diri.
Ambil segenggam tanah. Itulah kita yg diciptakan dari tanah dan kembali ke dlm tanah dgn banyaknya dosa

Ustazah Siti Nurbaya Usman

Monday, 11 November 2019

SEORANG ANAK SYURGA

ASSALAMUALAIKUM



SEORANG ANAK SYURGA

Hadirnya dinanti dengan munajat
hidup nan sepi kini berseri
Allah kabulkan insan berhajat
sujud tawaduk bersyukur diri

Di belai kasih sejak dikandung
sepenuh hati sayang dan cinta
aral musibah ditangkis lindung
bagai menatang intan permata

Malang menimpa  sukar dijangka
rakus persona zalimnya hati
anakanda kecil siksa terluka
didera  kejam  sehingga mati

Damailah anak di jannah sana
tinggalkan fana sarat pesona

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
7/03/019

Saturday, 9 November 2019

SALAM MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUM

SALAM MAULIDUR RASUL DENGAN PENUH TAKZIM MERAIKAN HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN YANG MULIA NAB I MUHAMMAD SAW..SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMOGA DIBERI ALLAH KITA SEMUA SIHAT SEJAHTERA DALAM SITUASI AMAN SENTOSA.

NAZAM  MAULIDUR RASUL

Sebermula bismillah melafaz kata
Selawat dan  salam rasul tercinta
Pembawa nur sinar semesta
Seluruh alam  sirna gelita

Malidur rasul ingatan umat
Hari sejarah nabi Muhammad
Lahir ke dunia menjunjung rahmat
Anugerah Allah berserta nikmat

Syiar Islam tegak menjulang
Meski berbilang dugaan menghalang
Tegar berjuang bukan kepalang
Darah air mata iring berselang

Nabi utusan yang Rahim Rahman
Kepada umat akhir zaman
Dakwah tarbiah ilmu pedoman
Semoga menjadi insan budiman

Nabi nur rahmat seluruh alam
Terangi gelap gelita kelam
Sentuhan baginda laksana pualam
Sejahtera sempurna Ilmi mendalam

PARIDAH ISHAK
Desa Melor
20/11/018 

Wednesday, 6 November 2019

'Bantu' motivasi keluarga dengan tulisan

ASSALAMUALAIKUM


Saya terkesan apabila membaca status tuan Ammar Kamilin, penulis buku Parent,Think sebentar tadi.
Status itu membuat saya lebih bersemangat mahu melakukan perkara ini.
Sekeping foto ultrasound, kelihatan ada janin yang terbentuk dan pada foto itu tertulis, 'Satu-satunya hari saya menjadi kegembiraan mereka'.
Kenapa 'satu-satunya'?
Itu simbol keseorangan, kekecewaan dan putus harap anak muda disebabkan hentakan situasi dan respon keluarga ke atas dirinya.
Anak, dalam banyak keadaan akan melihat kata-kata dan keputusan kita seolah-olah memusuhi dan menafikan dia.
Andaian itu menjadi-jadi apabila dia tidak mencapai seperti apa yang kita harap.
Keadaan diburukkan lagi dengan karakter kita sendiri yang tak banyak bercakap, sejenis manusia yang hanya ayat arahan sahaja yang keluar dari mulut dan kekok bersembang kerana perbezaan usia.
Apakah cara memberitahu si anak bahawa dia sentiasa diterima pada setiap waktu?
Zaman sekarang kita cetak empat naskhah pun dah boleh.
Kenapa cara ini membantu kita menyampaikan mesej yang tertangguh kepada anak?
Ikatan sedia ada menjadikan dia akan ambil tahu juga.
Kita masih dilihat sebagai ayah atau pun mak pada matanya.
Disebabkan label itu, sedikit sebanyak isi buku tulisan kita akan dibelek dan dibaca apabila adanya buku tulisan kita di rumah.
Biar pun pembacaan berlaku di belakang kita, tetap tulisan itu sampai.
Itu yang kita mahu capai.
Biarlah dia, anak pada waktu remaja dan dewasa tidak membawa andaian tersasar seperti dahulu.
Tidak lagi sekeping foto janin bersama tulisan, 'Satu-satunya hari saya menjadi kegembiraan mereka' berada dalam fikiran mereka.
Dia akan memahami kelemahan, keterhadan dan jiwa besar kita dalam kisah-kisah hidup yang ditulis dalam buku.
Menulis kisah hidup menjadikan kita lebih terkawal, berfokus dan seimbang menyampaikan hasrat dalam hati. Dalam cerita ada hajat untuk dia yang membaca.
Mahukah saudara melakukannya?
Kuliah lengkap, menulis kisah hidup yang sedap dibaca sudah boleh di-download sebelum jam 11.50 malam ini.
Terus download, klik pada link dalam komen pertama di bawah.
Buat 'perubahan' cara menyampaikan mesej, sekarang.

Sempurnakan hajat.

Klik di sini https://sensei.com.my/kisahhidup/
Klik di sini https://sensei.com.my/kisahhidup/
Klik di sini https://sensei.com.my/kisahhidup/

Monday, 4 November 2019

SAYEMBARA PUISI PUTRAJAYA

ASSALAMUALAIKUM

SAYEMBARA MENCIPTA PUISI PUTRAJAYA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK ANJURAN DBP DAN PERBANAN PUTRAJAYAA..TARIKH TUTUP 22/11/019.....HADIAHNYA LUMAYAN....JOM PAKAT SERTAINYA ...MANA TAHU KOT ADA UNTUNG NASIBNYA...KALAU BERANI MENCUBA BOLEH JUGA MENGHARAP HASILNYA



Oleh NAZWIN NAZRI
PERTANDINGAN Sayembara Mencipta Puisi Putrajaya yang dibuka sehingga 22 November ini merupakan satu lakaran sejarah yang akan menonjolkan ketamadunan bahasa serta bangsa. Malah, 25 puisi yang terpilih akan dibukukan.
Dianjurkan sempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya pada tahun hadapan, buku tersebut akan dilancar pada 16 Januari 2020 sekali gus dijadikan sebagai program pembuka dalam kalendar aktiviti bandar rasmi kerajaan Persekutuan ini.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj), Tengku Aina Tengku Ismail Shah berkata, pertandingan puisi dipilih sebagai salah satu pengisian pada tahun hadapan kerana ia merupakan sebahagian warisan generasi terdahulu dan mempunyai nilai keseniaan yang tinggi.
“Apabila sebut mengenai Putrajaya, sambutan Jubli Perak mesti merangkumi semua aspek dan bukan hanya dari segi hiburan dan musik.
“Ia mesti turut merangkumi aspek kesenian dan kebudayaan malah puisi dikenali kerana mempunyai kesenian yang tinggi,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.
Menurut Tengku Aina, selain penglibatan orang awam dan komuniti Putrajaya, pihaknya juga mengalu-alukan penyertaan daripada golongan sasterawan.
Ini kerana katanya, dengan adanya penyertaan daripada golongan ternama berkenaan, buku puisi yang dihasilkan akan menjadi satu lakaran sejarah bagi Putrajaya.
“Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka dengan adanya puisi dan penglibatan sasterawan-sasterawan negara ia akan menjadi lebih berprestij.
“Selain itu, kita nak juga orang ramai mengekspresikan emosi dan perasaan mereka tentang Putrajaya sekali gus menggambarkan nilai budaya serta lokasi setempat.
“Pada masa sama, nilai estetika dan kualiti ketamadunan bahasa serta bangsa ditingkatkan,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Tengku Aina memberitahu, buku puisi yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan itu juga akan diterjemahkan dalam tiga bahasa utama di Malaysia iaitu Mandarin, Tamil dan Inggeris.
Tambahnya, pertandingan puisi merupakan kerjasama strategik antara PPj dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sunday, 3 November 2019

MAJLIS PELANCARAN ANTOLOGI BUNGA-BUNGA PANTAI JAUH.....

ASSALAMUALAIKUM


PAK SAMAD LANCARKAN BUNGA-BUNGA PANTAI JAUH.

Kuala Lumpur, 3 November 2019 - Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) turut hadir meraikan Majlis Pelancaran Buku Antologi Puisi Bunga-bunga Pantai Jauh diselenggarakan oleh Norazimah Abu Bakar dan Sri Diah Shaharuddin dan diterjemahkan dalam bahasa Rusia oleh Prof. Dr. Victor A. Pogadaev dan Anna V. Pogadaeva di Russian Centre Of Science And Culture, Kuala Lumpur.

Antologi puisi yang disertai 38 orang pemuisi wanita seluruh negara itu dilancarkan SN Datuk Seri A Samad Said. Di majlis yang sama dihidangkan bacaan puisi, dendangan lagu-lagu tradisional Melayu dan tarian tradisional Rusia.

Turut hadir wakil kedutaan Rusia, Dr Ayrat Ahmotov yang juga merupakan Director of Russian Culture Center di Kuala Lumpur, Alena Belozerteva, Assistant Director of Russian Culture Center di Kuala Lumpur, Prof. Dr. Victor Pogadaev, Dato' Dr. Radzuan Ibrahim, Presiden Pemuisi, Tuan Sakri mewakili ITBM, Dr Saleeh Rahamad, Presiden Pena, Pengarah Filem terkenal, U. Wei Hj Shaari, para pemuisi dan peminat sastera tanah air.

Antologi puisi ini pertama kali diterbitkan di Moscow untuk edaran di perpustakaan seluruh Moscow, Rusia. Kemudiannya diterbitkan dalam dwi-bahasa dan dicetak di Kuala Lumpur untuk edaran dalam Malaysia.

Projek penerbitan antologi ini dinaungi Galeri Melora dan Sebudi yang diasaskan SN Prof. Dr. Siti Zainon Ismail. Kulit depan naskhah ini ialah lukisan karya pelukis Malaysia, Tuan Syed Tajudeen. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!



Pic dan info Dato Radzuan Ibrahim...terima kasih dato











PI PUN MENYELIT JUGA
ARTIS BUDAYA/PENULIS FAI ZAKARIA  MINTA NAK BERGAMBAR DENGAN PI
HEH..HEH..NAK KETAWA PULA SIAPALAH PI KAN..


                                                      ABADIKAN KENANGAN INDAH BERSAMANYA



Saturday, 2 November 2019

ANTOLOGI SAJAK CITRA WANITA SERUMPUN

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAHABAT BLOGGERS DAN VIEWERS...SEMOGA SIHAT SEJAHTERA DALAM LINDUNGAN ALLAH.

CIKGU HAMIDI MENYEMAK KAT GOOGLE SENARAI KARYA YANG SEDANG DIBUAT SEMAKAN DBP...ALHAMDULILLAH ADA KARYA KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK BELIAU YANG SEDANG DALAM PROSES PENYUNTINGAN...TAHNIAH CIKGU HAMIDI...SEKALI TERJUMPA DALAM STATUS DBP KARYA PI DALAM ANTOLOGI SAJAK CITRA WANITA SERUMPUN DAN NOVEL KELARAI IMPIAN SUDAH MASUKI PROSES PRACETAK...ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH CIKGU HAMIDI BERITAHU PI INFONYA.

SEMOGA TIDAK LAMA AKAN TERBITLAH DUA KARYA PI ITU....MEMANG TIDAK MUDAH UNTUK TEMBUSI GERBANG DBP...TETAPI MENANTI KARYA KITA DILULUSKAN, PROSES PENYUNTINGAN, PRACETAK MENGAMBIL MASA YANG AGAK LAMA....SABAR SAJALAH MENUNGGUNYA HEH..HEH..



PIC GOOGLE (C)

Friday, 1 November 2019

BACA AL-QURAN SELALU

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


Jangan tinggalkan dari membaca Al Quran melebihi
3 hari berturut turut sebab hati akn mengeras dan pudar dari cahaya Nur Al Quran

Ustazah Siti Nurbaya Usman

MyBloglist