Tuesday, 13 November 2018

DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM...


DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA
Genre : Biografi
Editor:
Rahman Shaari
Penyelenggara :
Norazimah Abu Bakar
Ladin Nuawi
Wanrazuhar
Wacana Minda
Usman Gumanti
Penerbit : PENYAIR Malaysia
Nombor ISBN : 978-967-14893-5-2 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 179
Pengulas : Paridah Ishak

DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA tidak saja menghimpunkan senarai  biodata100 penyair Malaysia malah turut  menyertakan biodata lebih rinci penggiat sastera yang mengagumkan dan sewajarnya dikenali.  
Mukaddimah pendahuluan buku ini oleh Tan Sri Dato’ Seri Hamad Kama Piah Che Othman penaung PENYAIR Malaysia. Kata Penghantar  pula oleh A Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia dan  “Prakata oleh Dato’ Dr. Rahman Shaari.
            Telah dilancarkan sempena  KONPEN.(.KOVENSYEN PENYAIR DUNIA) yang berlangsung di Bachok Kelantan pada 21-22 july 018 dalam suasana meriah dengan pelbagai acara seni dan budaya yang dihadiri penyair di dalam dan luar negara juga penggiat-penggiat sastera tanah air.
            Dimulai dengan biodata Sasterawan Negara  yang dipapar detil dan lengkap..  Seramai 7 orang yang disenaraikan iaitu:
1.    1983: Dato’ Dr Usman Awang
2.    1985: datuk (Dr.) A. Samad Said
3.    1991: Prof Emritus Dr. Muhammad Haji Salleh
4.    2009: Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
5.    2011: Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
6.    2013: Datuk Baha Zain
7.    2015: Datuk Dr Zurinah Hasan
Menelusuri biodata Sasterawan Negara dalam pencapaian di arena kesusateraan dan kehidupan sebenar sangat menginspirasikan. Apalagi buat mereka yang mulai menaruh hati untuk berjinak-jinak dalam bidang ini.  Bukanlah mudah hendak berada teratas di kalangan Sasterawan Negara yang telah dinobat.ini. Tapi tidaklah mustahil mencapaiya sekiranya ada kesungguhan minat dan usaha sedari muda. lagi.
Membaca biodata setiap Sasterawan Negara pasti menyemarakan semangat untuk berkarya sebaiknya dalam bidang kepenyairan atau genre sastera lain yang diminati.
Kesemuanya bertolak dengan menghasilkan karya eceran yang disebar merata medium penulisan. Prolifik menghasilkan karya sastera tanpa jemu sehingga menjadi penulis mapan lagi disegani.
Turut disertakan juga adalah biodata penulis penulis yang menerima  ANUGERAH SEA WRITE 1979-2015. Anugerah ini menawarkan hadiah penulisan yang lumayan sebagai mengiktiraf karya penulis penulis yang terbabit di peringkat negara Asean..
PENERIMA ANUGERAH SEA WRITE 1979-2015
1.    A.Latif. Mohidin
2.    Siti Zainon Ismail
3.    Jihaty Abadi
4.    Amil Jaya
5.    Dharmawijaya
6.    A.Wahab. Ali
7.    Suhaimi Haji Muhammad
8.    Lim Swee Tin
9.    A Ghafar Ibrahim
10. Rahman Shaari
11. Zaen Kasturi
12. SM Zakir
13. Malim Ghozali PK
14. Zam Ismail
15. Jasni Matlani
Di bahagian akhirnya adalah senarai penyair-penyair yang menyertakan biodata diri masing-masing.  Nampaknya buku ini tidaklah menghimpunkan kesemua biodata penyair yang bergiat dalam kepenyairan Malaysia. Ramai lagi yang tidak tersenarai. Mungkin sebab tidak tahu tentang projek DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA yang diusahakan PENYAIR Malaysia ini.
Memetik Kata Penghantar oleh A.Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia;
“Bagi penyair yang belum namanya termasuk dalam buku pertama ini, kami mohon kesabaran anda menunggu untuk pembaikan dan penerbitan yang lebih kemaskini . moga pengalaman pertama ini akan terus merangsangkan daya persona atau kemendirian kita sebagai insan kerdil yang ingin terbang ke langit biru, dalam meniupkan semangat kemanusiaan keseluruh  sarwajagat dan mampu melahirkan jatidiri penyair sebenar. “

PENYAIR MALAYSIA

1.    A  Aziz Deraman
2.    A Ghani Abdullah
3.    A Hamid Halim
4.    Adiwangsa Sukma
5.    Ahmad Razali
6.    Ahmad Sarju
7.    Animas Ar
8.    Asiah Sarji
9.    Aya Rohayah
10. Azizah Mds
11. Baharudin Sairi
12. Barupati Utamaju Baharum
13. Darma Mohamaf
14. Othman Yatim
15. Dil Froz Sayhals
16. Dayangku Mastura
17. Dr. Abham  TR
18. Gabriel Kimjuan
19. Ghazali Din
20. Hamzah Hamdani
21. Haryatie Abd. Rahman
22. Hipani Alwi
23. Ismail Hashim
24. Jaliha Binti Jaman @ Lya Zam
25. Juriyati Mat Jali
26. Kasajiza A.S
27. Kathrina Susana Tati
28. Ladin Nuawi
29. Lina Binti Mohd Lin
30. Maslina Binti Mahbu
31. Mahad A Bakar
32. Maulana Putera
33. Milyana Binti Arshad
34. Mohamad Rosli Bakir
35. Mohamad Saleeh Rahamad
36. Mustafa Siraj
37. Nazirah Muhammed
38. Nelson Dino
39. Noorlaila Ghafar
40. Nor Zaiton Hanafi
41. Noor Aisyah Maidin
42. Norazimah Hj. Abu Bakar
43. Norazmah Binti Zakaria
44. Nordin Hashim
45. Norgadis Labuan
46. Norhisham Mustafa
47. Norza
48. Paridah Ishak
49. Raja Abd.Rahman Bin Raja Basok
50. Raja Rajeswari Seetha Raman
51. Ramlah Abd. Rasid
52. Ramlee Bin Wahab
53. Razali Mohd Yussof
54. Rosita Ibrahim
55. Roslan Madun
56. Rozeline Vitalis
57. Saedon Ibrahim
58. Rusmimi Musa
59. Salmiah Ismail
60. Shamsudin Othman
61. Sharifah Hanura Eezwa Syed Akbar Ali
62. Syukri Abdullah
63. Siti Zaleha M Hashim
64. Solihin Osman
65. Sri Diah Shamsudin
66. Suzana Jumadil
67. Teratai Abadi
68. Tuan Siti Mustazameatun Binti Long Tuan Kecik
69. Usman Ibrahim
70. Wacana Minda
71. Wan Asyeah Wan Nawang
72. Wanrazuhar
73. Zaheera Ibrahim
74. Zaiton Haji Ajmain
75. Zaleena Ena
76. Zurhan B Bakar




Monday, 12 November 2018

REZEKI NOVEMBER...

ASSALAMUALAIKUM...

AGAK LAMA JUGA KARYA-KARYA PI TIDAK DISIAR AKHBAR AKHBAR MASAKINI...TERKILAN JUGA...TAPI REDA TERIMA HAKIKAT BAHAWA KARYA  YANG PI HASILKAN TIDAKLAH SEBAIK MANA DAN PERLU BERSAING DENGAN RAMAI PENULIS MAPAN  LAGI TERNAMA...NASIB BAIK JUGA ADA KARYA YANG TELAH DISIAR PELBAGAI MEDIA...YANG PENTING KALAU BERMINAT SEBAGAI PENULIS HENDAKLAH  MENULIS DENGAN RAJIN...TAMBAH PULA KALAU TIADA MASALAH KEUPAYAAN DIRI.

SEPERTI PI MEMANG AGAK SUKAR MENULIS DENGAN PANJANG DAN LAMA MENAIP DI PC KERANA KESAKITAN DIRI YANG DIHIDAP SEKIAN LAMA MENGGANGGU PENUMPUAN BERKARYA...DISEBABKAN MINAT MENULIS TETAPLAH MENULIS JUGA WALAU TERPAKSA MENAHAN RENGSA DAN LETIH.

ALHAMDULILLAH BEBERAPA KARYA PI DISIAR MAJALAH DBP...HASIL HONORNYA YANG DIBAYAR LUMAYAN JUGA..DAPATLAH PI BELI PC BARU HEH..HEH..SYUKUR SANGAT! SEBENARNYA PC LAMA PI SELALU MERAGAM...ITU YANG TERPAKSA DITUKAR.

MAJALAH PELITA BAHASA EDISI NOVEMBER 018 TURUT MENYIARKAN KARYA PI
TERIMA KASIH BANYAK PUAN NURJULIA EDITOR PELITA BAHASA DBP ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KARYA KECIL PI...JOM PAKAT BELI DAN BACA...

 PIC DBP NIAGA KIRIMAN PENULIS CIKGU PAUZI MOHD ISA (C)

Sunday, 11 November 2018

TUK SUJI BILANG...

ASSALAMUALAIKUM...

 Sudah terbit TUK SUJI BILANG antologi syair Pahang selenggaraan En Roslan Madun..gandingan karya penyair terbilang terbitan Perpustakaan Negeri Pahang Alhamdulillah... PI berpeluang menyibuk juga heh..heh Terima kasih En Roslan Madun atas kesudian menyertakan syair PI dalam antologi comel ini.




Pic En. Roslan Madun (C)

PENGGIAT SASTERA, TEATER DAN LAGU RAKYAT TANAHAIR EN ROSLAN MADUN MENYAMPAIKAN ANTOLOGI SYAIR TUK SUJI BILANG KEPADA PENULIS TERKENAL INI SEBAGAI SALAH SEORANG PENYUMBANG KARYA...ANTARANYA SN DATO ZURINAH HASAN, PENYAIR NAWAWEE MOHAMAD, NOORLAILA GHAFAR, CT NURZA DLL.

Friday, 9 November 2018

RUMPUT DAN BANGAU...

ASSALAMUALAIKUM...

RUMPUT DAN BANGAU

+              Bangau oh bangau kenapalah kurus sangat,
hidup pun tidak bersemangat.

-       Macam manalah aku tak kurus melidi,
rezeki disembunyi rumput yang tinggi

 +          Rezeki tak datang bergolek melayang
Usaha sedikit barulah senang.

-       Selak akan rumput yang panjang
nampaklah ikan berenang-renang


+
        Hai rumput hidup mu setempat,
subur sentiasa tidak melarat.

-       Rezeki yang banyak di dalam bumi
akar menjalar menyerap mencari.

            Rezeki untukku belum lagi timbul
di sinilah menantinya menjengul.

          -        Hanya duduk saja di belakang kerbau
tanpa usaha asyik berkalau tentulah galau

nasihat diberi diabaikan
banyak pula alasan
moga tak mati sebab tak makan.


PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah 
10  OKT 018
PIC GOOGLE (C)

Tuesday, 6 November 2018

JUS HERBA KURANGKAN KOLESTROL...

ASSALAMUALAIKUM



Cuti Deepavali hari ini, ambil peluang memasak air herba kesihatan kesukaan saya buat mengurangkan darah tinggi,kalesterol, minuman tenaga dan kesihatan saya. Ramuannya mudah Serai, lemonande, apple hijau, bawang putih, halia, kurma atau goji berries kalau ada, gula kabung atau madu. Semua itu direbus hingga mendidih dgn api kecil selama 1 jam. Alhamdulillah, setakat ini saya sihat pada usia 56 thn.

Bahan2nya
7-9 btg serai (ketuk/titik hujungnya)
3-5 biji lemon (perah ambil jus)
3-5 apple hijau (potong kiub atau boleh blend jadi jus)
5-7 keping kulit kayu manis
2 labu bawang putih (blend hancur)
Halia sebesar tapak tgn (blend hancur)
9-11 buah kurma (ambil isi dan blend)
atau madu ikut suka masukkan bila dah sejuk
atau guna gula kabung rebus dlm jus semua.
Air periuk besar...masukkan semua bahan dab rebus api kecil selama 1 jam mendidih. Tutup api boleh minum panas atau sejuk. Minum pagi dan malam sblm tidur.

RESEPI LUTUT POWER
Bahan-bahan:
2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air
Cara membuatnya:
Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.
Kenapa air ni power?
Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.
Kulit Apple nak kena buang ke tak?
Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!
Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah plak.

PERKONGSIAN PENULIS NORAZIMAH ABU BAKAR

Monday, 5 November 2018

KAMPUNG HALAMAN

ASSALAMUALAIKUM


1.    KAMPUNG HALAMAN

Di dalam taman letak karangan,
kampung halaman dalam kenangan.

Daun semalu bercampur maman,
rindu selalu kampung halaman..

Dokoh gelinya di tayang-tayang,
indah permainya sering terbayang.

Mengerat dahan tidak sedikit,
dusun buahan di pinggir bukit.

Terbang kelkatu jatuh di jenang,
duduk di situ sunyi dan tenang.

Hilang di paya seutas gelang,
menjelang raya perantau pulang.

KASIH SAYANG CINTA

Sisih kepayang di  atas kasa,
berkasih sayang hidup sentosa.

Membaca tarhim sambil berdakwah,
silaturahim jalin ukhuwah

Kerat cemara di tepi titi.
erat dan mesra kasih sejati.

Resah menggetus daun semalu,
usah terputus bugar selalu.

Buah pedada bawa ke huma,
ayah dan bunda kasih utama.

Ikan kelisa di dalam baldi,
Allah Yang Esa cinta abadi

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
30 Sept 2018



Sunday, 4 November 2018

SENJAKALA..

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH SUDAH TERBIT ANTOLOGI CERPEN SENJAKALA BARU-BARU INI...CERPEN NARATIF 2000PP....PELBAGAI TEMA GARAPAN                                                                           16  PENULIS...DITULIS SECARA   BERCERITA TANPA   DIALOG...PASTINYA DENGAN OLAHAN YANG SANGAT MENARIK....JI KA INGIN MILIKINYA BOLEH HUBUNGI SIFU TABIR ALAM...PI SEKADAR BELI UNTUK SIMPANAN SAJA.

Shared status fb sifu Tabir Alam

Terima kasih kepada semua cerpenis yang terlibat dalam menjayakan projek antologi cerpen yang berjudul "SENJAKALA - Antologi Cerpen" ini. Buku antologi ini memuatkan 16 buah cerpen dari 16 orang cerpenis, dan merupakan terbitan SPTA ke-12 bagi tahun 2018. 

[01] Ahmad Safarman 
[02] Aloyindra Jokina 
[03] Amatara 
[04] Amir Hamzah Mohd Wazir
[05] Faiziah Shamsudin
[06] Faridah Idarasul
[07] Md Share Abd Ghani
[08] Monalita Mansor
[09] Mohamed Salleh Lamry
[10] Nazim Mohd Subari
[11] Padin Majid
[12] Paridah Ishak
[13] Qurniaan Jiwa
[14] Russ Asan (Mak Rus)
[15] Syukri Isa Blueka Teubai
[16] Yanz Hamzah
.

Thursday, 1 November 2018

TAHU TAK?

ASSALAMUALAIKUM...

TAHU TAK?

Sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?

Nama dia Yusha' dia juga adalah anak murid Nabi Musa.


Tahukah matahari pernah berhenti?
Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha' as
Ketika menjelang mghrib.

Tahukah siapa Qorun?
Qorun ni sorang yang kaya bijak lagi tampan
Dia juga sepupu Nabi Musa

Tahukah  apa yang membuat Qorun berpaling?
Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.

Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.
Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.

Tahukah siapa Firaun?
Firaun ni bapak angkat Nabi Musa
Suami wanita teragung dunia Asiah.

Tahukah asal nama Nabi Musa?
Nama Nabi Musa diambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa) 
Ketika dihanyutkan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dalam istana firaun.

Tahukah Nabi Musa duduk langit ke berapa?
Nabi Musa as duduk di langit yg ke 6

Tahukah Firaun?
Firaun pernah membina menara setinggi 15km
Semata2 untuk tenguk tuhan Nabi Musa.
Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.
Surah An-nazi'at ayat 24.

Firaun ni takpernah sakit tak pernah bersin tak pernah menguap.
apa yang melemahkan ni semua dia tak penah rasa., firaun pernahkah bertaubat?
Ketika dia hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima.
Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.

Tahukah piramid di mesir?
Piramid itu kubur orang2 kanan firaun.
Tu kubur. Agak2 rumah besar mana?
Allah tinggal kan sikit2 untuk kita ambil  pengajaran.

Firaun pernah mengaku dia tuhan.
Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan
Lari lah iblis dari berdamping dengan firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.

Tahukah kenapa iblis  tak pernah mengaku dia tuhan?
Surah al-a'rf ayat 12
Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana munggkin dia nak mengaku dia tuhan.

Tahukah kenapa iblis tak mintak hidup selama² nya?
Al hijr ayat 36
Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dulu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu
Iblis yakin dunia akan kiamat. Sebab tu dia minta tempoh sampai situ je. (hari kiamat)

Tahukah lepas iblis minta tempoh tu apa Allah buat?
Allah swt terus memperkenankan doa IBLIS ketika itu jugak.
Iblis ni musuh Allah dan manusia.

Dah kalau doa iblis di hari dia menderhakai Allah pon Allah perkenan.
Kita ni? manusia di tambahkan lagi umat kekasih Dia.
Antara umat yang paling Dia sayang mengatasi umat2 terdahulu..Bakpe la yang malas sangat nak doa tu.
cukup dah ke apa yangg Allah bagi  sampai sombong sangat taknak mintak dah.. 
Doa lah In Sha Allah akan Allah perkenankan.
Doa ye

Tahukah nabi Nuh?
Beliau adalah cicit nabi Idris, nabi Nuh
hidup 950 tahun
Surah al ankabut ayat 14, nabi Nuh. ada 4 org anak
Semua lelaki. Nabi Nuh ditentang hebat oleh kaum dan juga ahli keluarga nya. Terutama dari isteri dan anak sulung.
Allah sebut nama beliau 43x dalam al quran

Nabi Nuh?
Beliau antara nabi ulul azmi sebelum
Nabi Ibrahim as
Nabi Musa as
Nabi Isa as
Nabi Muhammad saw

Nabi Nuh?
Beliau pernah berasa malu kepada Allah.
Beliau hanya ada 83 org pengikut setelah berdakwah beratus ratus tahun.

Nabi Nuh sangat2 malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan untuk umat dia, umat yang ingkar arahan dia
Surah Nuh ayat 26
Syirik bermula sejak zaman beliau.
Surah Nuh ayat 23 dan 24

Mohon download apps 'Al Quran Melayu'
Dlm google apps. Sgt friendly user.
Senang nk semak surah2 di atas.

Jgn hanya ada game dan media social apps je.
Bnyk sgt dah ni Allah bg nikmat.
Xperlu amik wuduk nk baca alquran

Surah ar rahman ayat 13
Tak takut ke Allah tnya?
Tahukah nabi Nuh?
Kaumnya yg ingkar Allah bala kan dengan banjir dan taufan. Dan akan di masukan ke dalam neraka.
Surah Nuh ayat 25.

Tahukah di mana nabi Nuh buat bahtera?
Surah Hud ayat 37
Allah mewahyukan kpda nabi Nuh akan perihal kapal tersebut.

Tahukah kapal nabi Nuh?
Panjang kapal itu 1200 hasta
Lebar kapal itu 600 hasta
Mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.
Tingkat pertama kapal di penuhi haiwan liar
Tingkat kedua utk nabi nuh dan kaum nya
Tingkat ketiga utk burung² dan ungas²

Tahukah nabi Nuh?
beliau mengutuskan burung gagak untuk memeriksa keadaan bumi mase itu. Tapi terlupa, kemudian nabi Nuh mendoakan burung gagak itu akan terus di benci manusia.

Tahukah nabi Nuh utus burung apa lepastu?
Beliau mengutuskan burung merpati. Merpati td bwk balik di paruh nye pohon zaiton di kaki nya pohon tinn.

Kemudian nabi Nuh mendoakan merpati tadi agak di senangi oleh manusia.

Tahukah?
Percaya lah bumi yg dipijak  ini pernah di banjiri air
Surah Nuh ayat 27 dan 28.

Amik la kisah² Al quran atau nabi utk di jd kan hero kepada anak2.
Ckup² cerita frozen mauna marvel utk di jadi kan bed time story.

Antara sikap imam al syafie ialah..
Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.
Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa2..

copy...

MyBloglist