Showing posts with label PANTUN PERBIDALAN. Show all posts
Showing posts with label PANTUN PERBIDALAN. Show all posts

Friday, 14 June 2024

MEMBADAI BURUNG ATAS LANGIT

 ASSALAMUALAIKUM



PERBIDALAN
Serkap di pangkal sawa terleta,
nenda ambilkan letakkan tempat;
cakap sejengkal bawa sehasta,
tiada kebaikan yang akan dapat.
.
Lengat selangat mengulum kana,
bercermat amat menjelum kobis;
beringat-ingat sebelum kena,
berjimat-jimat sebelum habis.
.
Menujah pakma menerjah ruang,
senduduk pasti lengah dijengah;
gajah bersama gajah berjuang,
pelanduk mati di tengah-tengah.
.
Merandai lorong memintas rengit,
memindah hoya, tarap selingan;
membadai burung atas langit,
merendah dia diharap jangan.
.
Terlupa golok menanda nyatuh,
golok bergala tunggal mencantas;
apa dijolok tiada jatuh,
penjolok pula tinggal di atas.
All reactions:

Wednesday, 13 September 2023

PERBIDALAN

 ASSALAMUALAIKUM


PERBIDALAN

 


Cemerkap lagi gerutu  embong,
remunggai bugar  galau sengkalan;
bercakap tinggi begitu sombong,
bagai tagar di pulau sembilan.

.

Ke pekan lembah lapar merenyut,
bersungkan kala sebarau anjang;
selangkan bah kapar tak hanyut,
inikan pula kemarau panjang

.
 Kelisa abung hendak diratah,
keladi sulur lupa sayurnya;
semasa rebung tidak dipatah,
dah jadi aur apa gunanya

.

Bertukar lampung tersalah kasap,
menukar ganti tiada mahu;
terbakar kampung nampaklah asap;
terbakar hati siapa  tahu

.

Dirikan pangkin kapaknya sumbing,
alih sekendi renak merlimau;
manakan mungkin anaknya kambing,
boleh menjadi anak harimau


Saturday, 11 January 2020

PERBIDALAN...

ASSALAMUALAIKUM


Lama bersimpuh membongkok perih,
diselar malu silu terbelit,
haru terkujat duduk di anjung;
umpama tumbuh si pokok sirih,
menjalar dulu lalu melilit,
baru memanjat ke pucuk junjung.

Merantii  merbau zahir terhimpit ,
sela senduduk mengalah lejang,
langkan dan pandan merendah sasar;
seperti kerbau leher tersepit,
dihela tanduk sudahlah panjang,
lalukan badan sudah membesar.

Ruwat mengetam merana pipit,
ruwat mengurung lana merayap,
ruwat terangkan di mana handai;
kuat ketam kerana sepit,
kuat burung kerana sayap,
kuat ikan kerana radai.

Nenas sepohon lenjan di guri,
reputlah tanjung hatinya galau;
panas setahun hujan sehari,
liput lah tanjung dengannya pulau.


Sarat sebaris pajang di teluk,
ratna Sembawa merona geluk;
ibarat keris panjang berkelok,
ke mana bawa ke mana elok.


Mengukur merbau lara dan bimbang,
memandang rakan mana hilangnya;
seekor kerbau gara berkubang,
sekandang akan kena loloknya

MyBloglist