Showing posts with label BICARA TUN DR.MAHATHIR MOHD. Show all posts
Showing posts with label BICARA TUN DR.MAHATHIR MOHD. Show all posts

Wednesday, 17 September 2014

DR. MAHATHIR DAN PRESIDEN AMERIKA...

ASSALAMUALAIKUM...

FATHER OF MODERNIZATION....

Artikel ini dipetik dari Page : Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kisah ini pernah ditulis oleh Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk : "Surat daripada Dr Mahathir".

Pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata

"Jika Malaysia ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk membina negara sendiri"

Ketika itu Dunia dikejutkan dengan Perak Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991.

Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!

Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam.

Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!

Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.

Malaysia mengambil pendirian tidak menyebelahi ekstrimis Islam dan militan Islam sekalipun menghadapi gelora kemarahan dalam negeri terhadap Amerika dan sekutunya.

Atas permintaan Bush, Malaysia menghantar Menteri Luar Malaysia, Abu Hassan Omar sebagai utusan peribadinya bagi menjelaskan kepada Ketua Setiausaha Amerika Syarikat James Baker berkenaan dengan pendirian Malaysia terhadap penaklukan Iraq. James Baker mencadangkan untuk jumpa di Oman. Tapi Dr Mahathir arahkan Baker berjumpa Abu Hassan di Lapangan Terbang Texas.

Jumpa wakil Presiden Amerika hanya di lapangan terbang!

Selepas itu Malaysia menyokong beberapa resolusi PBB dengan mengecam pencerobohan Iraq dan meminta Iraq untuk berundur dari Kuwait seberapa segera.

Berikutan itu, PAS mengambil peluang pendirian kerajaan itu dengan mengumumkan untuk menghantar sukarelawan untuk berjuang bersama tentera Iraq menentang tentera kafir.

Sebenarnya Dr Mahathir sendiri berada dalam keadaan serba salah ketika ini malah beliau melihat sentimen Melayu Islam dalam isu Perang Teluk ini tetapi hakikatnya beliau tidak menyokong peperangan. Malah, hakikatnya Iraq menceroboh Kuwait dan Iraq tidak mungkin menang di tangan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Sikap dan perasaan Dr Mahathir itu benar dan Iraq telah kalah dalam peperangan itu. Beliau juga menggunakan point ini untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO 1991 dan berkata

"Hari ini kita telahpun melihat peristiwa yang amat memalukan. Sebuah negara Islam yang bebas dan kuat terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing kerana bertindak melulu tanpa perhitungan. Apabila kalah dalam peperangan, askar- askar negara Islam ini melutut dan mencium kaki musuh bukan Islam kerana ketakutan. Di manakah semangat dan maruah orang Islam? Apakah ini hasil ajaran agama Islam yang sebenar atau hasil ajaran yang salah oleh mereka yang kononnya lebih berhak mentafsir agama Islam?"

"Dalam Perang Teluk ini, tidak ada sesiapa yang boleh menganggap diri mereka tidak bersalah. Negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara yang mendapat senjata daripada orang bukan Islam untuk menakluk negara Islam lain bersalah. Negara yang mendapat pertolongan negara bukan Islam untuk melindungi diri dan kemudian menyerang negara Islam lain bersalah. Negara Islam yang tidak kuat dan dengan itu tidak sanggup meleraikan negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara-negara Islam yang tidak mampu mempertahankan negara Islam yang lemah daripada ditakluk oleh jiran gergasi Islam juga bersalah"

" Tetapi yang lebih bersalah ialah mereka yang mentafsir dan membawa ajaran yang dikatakan Islam yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam menjadi semakin lama semakin lemah, mundur, jahil dan mudah diperalat dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan bagi akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat Islam dan agama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini. Dan apabila kita menyoal mereka ini, jawapan mereka ialah "Takdir". Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh- musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina di dunia ini? Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina, atau apakah semua ini berlaku kerana tafsiran yang berkepentingan orang tertentu? "

"Kita patut mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad s.a.w. daripada amanah. Baginda mendapat gelaran "Al-Amin" kerana beramanah. Kerana amanah, Baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda begitu baik sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah- kabilah mereka telah dapat didamaikan, dan dalam jangkamasa dua ratus tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain. Mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia. Penduduk Asia Tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad s.a.w. yang


Read more: http://www.penaminang.com/

Saturday, 21 December 2013

SEKELUMIT DOA ORANG KECIL UNTUK PEMIMPIN BESAR...

                                                        ASSALAMUALAIKUM...

     SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN DIDOAKAN SEMOGA ALLAH MERAHMATI DENGAN MELIMPAHKAN KEKAYAAN KESIHATAN YANG SEMPURNA UNTUK TERUS MENJALANI KEHIDUPAN YANG BERBAHAGIA...

                                           Semua pic timeline.











Monday, 4 November 2013

SETELAH 10 TAHUN BERSARA.....AURA MAHATHIR TIDAK SIRNA

DI Damsyik pada 2007, seorang peniaga bazar besar, Bazar Souq Al-Hamidiyya terus sahaja memesan teh sebaik sahaja dimaklumkan kami dari Malaysia. Hubungan peniaga dan pelanggan terus mencair. Kalimat pertama yang keluar dari mulut peniaga Syria ini ialah Mahatheer dan tanpa kekok beliau mengulangi nama itu beberapa kali.

Bagi peniaga ini, Dr. Mahathir Mohamad adalah idola dan penyelamat yang menjadi wakil kepada umat Islam. Peniaga ini bertukar menjadi orang yang serba tahu apabila menceritakan tentang Dr. Mahathir walaupun ketika itu sudah empat tahun Dr. Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri.
Malangnya beliau tidak tahu bahawa Dr. Mahathir bukan lagi Perdana Menteri. Beliau seakan tidak percaya apabila dimaklumkan Dr. Mahathir telah melepaskan jawatannya.
Di New York pada tahun 2012, seorang pelayan sebuah restoran berdekatan Times Square terus menunjukkan kemesraannya apabila mengetahui kami dari Malaysia. Pertanyaan beliau ialah apakah yang dilakukan oleh Dr. Mahathir sekarang.

Imigran dari negara Asia Barat ini sanggup berdiri lama sambil berkali-kali menuang teh bagi menyatakan kekagumannya tentang komitmen Dr. Mahathir dalam memastikan negara-negara kecil tidak terus menjadi mangsa buli kuasa besar termasuk Amerika Syarikat. Bagi beliau, hanya suara Dr. Mahathir yang mampu menjawab kesombongan Barat.
Ini merupakan sebahagian kisah kekaguman orang luar terhadap Dr. Mahathir. Sebenarnya banyak lagi kisah menarik daripada para diplomat, penjawat awam, ahli politik mahupun peniaga yang selalu dikongsi apabila bercerita tentang negarawan besar ini. Masing-masing mempunyai pengalaman menarik tentang Dr. Mahathir. Kisah-kisah seperti ini nyaris tidak terhitung.

Dua kisah di atas hanyalah satu cebisan kecil bagaimana rakyat Malaysia mendapat layanan lebih istimewa hanya bermodalkan nama Dr. Mahathir. Kepada wartawan, bukan cerita asing lagi apabila sidang akhbar beliau lebih diminati oleh wartawan antarabangsa bahkan jika dibandingkan dengan pemimpin negara besar.
Jumaat lalu, tepat 10 tahun Dr. Mahathir bersara. Beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 setelah 22 tahun memandu Malaysia ke mercu kejayaan tahap demi tahap, tangga demi tangga sebelum kemuncak yang dirancangnya pada 2020 iaitu tujuh tahun dari sekarang.
Sehingga sekarang, setelah sedekad Dr. Mahathir tidak lagi berkuasa, nama beliau tetap menjadi sebutan dan rujukan. Dr. Mahathir telah menjadi jenama global malah di negara mundur sekalipun seperti Somalia dan Zimbabwe.

Di negara tetangga, Dr. Mahathir pernah ‘ditawarkan’ untuk memimpin Indonesia selepas reformasi gagal mengeluarkan republik itu daripada krisis. Rakyat negara tetangga mencemburui kejayaan Malaysia dan mahu kerajaan mereka mencontohinya. Dasar Memakmurkan Negara Jiran beliau menjadi sebutan ramai.
Paling elegan dan fenomenal ialah keberanian Dr, Mahathir melaksanakan pelan tindakan luar jangka semasa krisis mata wang pada September 1998. Sedang negara seperti Korea Selatan, Thailand dan Indonesia terpaksa tunduk kepada tekanan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mengambil langkah sebaliknya.
Dr. Mahathir memilih melawan penyangak mata wang secara berdepan. Malaysia memilih melakukan rejim kawalan pertukaran asing terpilih yang juga bermaksud langkah mencabar kewibawaan badan dunia dan kuasa Barat.
Tetapi hasilnya, pelan itu bukan sahaja dapat menyelamatkan Malaysia malah negara-negara yang terpaksa berhutang dengan IMF. Inilah hebatnya ilmu siasat Dr. Mahathir.
Menurut pakar, kebijaksanaan Malaysia itu telah mengubah sikap IMF dan negara-negara Barat. IMF dan Barat tidak mahu dasar kawalan mata wang Malaysia berjaya kerana ini akan menjejaskan kredibiliti dasar globalisasi dan pasaran bebas yang mereka cipta.

Mereka perlu membuktikan dasar IMF lebih berjaya daripada pelan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir. Mereka mahu menunjukkan jalan yang Malaysia pilih adalah salah. Oleh itu, terpaksalah mereka bersungguh-sungguh membuktikan ubat IMF lebih mujarab berbanding ubat Dr. Mahathir.
Hari ini, dengan umurnya yang sudah menjangkau 88 tahun, penampilan Dr. Mahathir seperti tiada bezanya antara dahulu dan sekarang. Dahulu beliau disanjung, dikagumi dan pada masa sama ditohmah sehingga digelar dengan pelbagai nama, apa bezanya sekarang?

Dahulu kritiknya keras dan tepat pada sasaran. Hari ini apa jua kritik dan hujahnya masih sukar dipatahkan. Pembangkang berpeluh-peluh untuk melawan hujah-hujah Dr. Mahathir malah seringkali pula mereka gunakan kritikan beliau terhadap kerajaan dan UMNO sebagai senjata.
Dr. Mahathir walaupun sudah sedekad bersara daripada kekuasaan seperti mempunyai magis untuk memukau khalayak - pengagum, pengkritik mahupun musuh politiknya.
Beliau masih terbang ke merata dunia. Ucapannya tetap dinanti-nantikan. Pengaruh beliau merentas sempadan. Reaksinya terhadap isu antarabangsa masih menarik minat media asing. Rating melonjak setiap kali beliau muncul di kaca TV. Suka atau tidak, Dr. Mahathir masih menjadi sebahagian kehidupan di Malaysia dan juga dunia.

Agak sukar untuk menamakan pemimpin setaraf dan berkualiti seperti Dr. Mahathir. Warisannya dari Lebuh Raya Utara Selatan, Menara Berkembar Petronas sehingga Koridor Raya Multi Media memberi manfaat besar kepada ramai orang. Hampir pasti, setiap orang di Malaysia dalam menjalani rutin harian mereka terlibat dengan hasil pemikiran atau buah tangan Dr. Mahathir.
Gagasan Asia Timur, Selatan-Selatan dan perdamaian sejagat pula telah mengangkat darjat banyak negara daripada terus menjadi mangsa eksploitasi kuasa besar.
Jasanya tak terbilang dan sehingga sekarang setelah 10 tahun bersara beliau masih memberi sumbangan bukan sekadar kepada negara tetapi juga dunia.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131103/re_03/Setelah-10-tahun-bersara#ixzz2jXsOOdE1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 23 August 2013

JAWAPAN DRM PADA "The Awakening"



Artikel terbaru dari blog Tun Dr Mahathir diterjemahkan kepada Bahasa Melayu . Artikel ini adalah dalam bentuk perli, baca secara perlahan-perlahan.


NASIHAT YANG AKAN MUFLISKAN NEGARA.


1. Saya gembira kerana Tun Abdullah telah menjelaskan bahawa beliau tidak menulis tentang bagaimana negara akan muflis jika dia ikut nasihat saya. Ia adalah penemuduga yang berkata.

2. Saya harap dia tidak kisah jika saya membersihkan nama saya atas apa yang penemuduga itu menulis dalam buku "The Awakening". Ya, saya bersetuju bahawa saya adalah seorang Perdana Menteri yang boros sehingga belanja semua duit kerajaan membina Lebuhraya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan benda-benda lain.

3. Jika Tun Abdullah ganti saya lebih awal, semua ini dapat dihentikan untuk menyelamatkan Malaysia daripada muflis. Sebab beliau berjaya menghentikan jambatan bengkok dan landasan kereta api berkembar dan projek landasan bekalan elektrik.

4. Jambatan ini akan kos hanya di bawah RM1 bilion. Pembatalan itu kos kerajaan RM200 juta dalam pampasan dan kerja-kerja terbengkalai.

5. Projek kereta api dari Johor Bahru ke Padang Besar akan kos RM14 bilion ,lebih kurang daripada RM2 bilion setahun selama 6 tahun. RM14 bilion berjaya diselamatkan. Tetapi kemudian ia didapati perlu untuk membina landasan kembar berelektirk dari Ipoh ke Padang Besar. Kosnya adalah RM12 bilion.

6. Kontrak diberikan kepada syarikat asing untuk membina landasan dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu berapa kosnya. Nampaknya RM14 bilion yang diselamatkan telah dibelanjakan untuk landasan yang lebih pendek, kira-kira satu pertiga panjang.

7. Namun, mesti ada banyak wangberjaya dijimatkan. Jet kecil yang saya gunakan adalah baik hanya untuk Timbalan Perdana Menteri. Sebuah jet besar telah dibeli tanpa melalui saluran beul tetapi oleh beberapa individu swasta. Terdapat penafian oleh Kerajaan yang A320 telah dibeli untuk digunakan oleh Perdana Menteri. Tetapi pesawat itu sehingga ke hari ini digunakan oleh Perdana Menteri. Tertanya-tanya mengapa perjanjian itu dilaksanakan. Siapa benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapa banyak wang yang dijimat oleh Kerajaan dari perjanjian ini?

8. Kemudian terdapat koridor untuk dibangunkan. Setiap satu berharga RM70 bilion. Kemudian ia diketahui bahawa peruntukan termasuk pelaburan sektor swasta. Sebelum ini, bajet Kerajaan adalah tentang bagaimana Kerajaan akan membelanjakan wang Kerajaan. Di bawah Tun Abdullah, bajet Kerajaan adalah bagaimana sektor swasta akan berbelanja. Tetapi itu tidak apa kerana angka kelihatan baik.

9. Namun kerana tiada koridor berjaya, berbilion telah diselamatkan.

10. Ia mesti satu kerajaan yang sangat kaya apabila menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12. Malangnya rakyat tidak menghargai berbilion yang telah diselamatkan. Mereka menolak parti Kerajaan, memberikan 5 negeri dan 1 wilayah persekutuan kepada pembangkang, dan hanya majoriti kecil kepada pihak yang kaya.

11. Bayangkan berapa billion boleh dijimatkan jika saya meletak jawatan lebih awal sebelum dapat membina Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Klang, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan projek-projek mega lain. Kami akan duduk di atas sebuah gunung duit Ringgit.


-AR-

Tuesday, 20 August 2013

PESANAN MAHATHIR KEPADA UMNO


Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO yang bertanding bukan seperti UMNO yang ditubuhkan pada 1946. Sebenarnya UMNO 2013 amat berbeza daripada UMNO dahulu.
UMNO bukan lagi dihormati oleh orang Melayu. Kesetiaan dan sokongan orang Melayu kepada parti yang berjaya memerdekakan negara, berjaya membangunkan negara, berjaya menebus balik maruah orang Melayu, bukan sahaja sudah hilang tetapi kerap dipandang hina oleh mereka dan juga bangsa lain, terutama dalam kalangan generasi muda.
Kenapakah? Sebabnya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada perjuangan asalnya, perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. UMNO dianggap sebagai parti yang berjuang hanya untuk orang tertentu dalam parti, orang yang menjadi ketua di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya, berjuang untuk diri sendiri, untuk memperkayakan diri, untuk jawatan dan gelaran, untuk kuasa yang boleh disalah guna oleh mereka; menjadi Yang Berhormat (YB) dan Yang Amat Berhormat (YAB).
Ahli berguna hanya untuk sokong supaya individu tertentu ini mengisi ketamakan mereka. Untuk ini ahli disogok dengan wang dan bermacam-macam lagi sogokan seperti lawatan ke luar negara dan mengerjakan umrah. Dengan ini seluruh ahli UMNO terlibat dengan rasuah, iaitu menjual undi mereka dengan duit.
Tidak ada lagi semangat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Dan tidak pun ada kesetiaan kepada UMNO sendiri kerana kesetiaan sudah beralih daripada parti kepada individu tertentu. Walaupun sedar sikap dan tindakan ahli serta pemimpin akan menghakis kekuatan parti dan sokongan kepadanya oleh orang ramai dan akan kalah dalam pilihan raya dan tidak lagi akan berkuasa, tetapi individu tertentu lebih diutamakan daripada parti. Biarlah parti kalah asalkan kepentingan orang tertentu ini dilayani. Maka jadilah budaya cantas mencantas. Kalau tak dapat, rosakkan sahaja parti dan masa depan bangsa dan negara. Dan siapa juga yang dicalon, ada sahaja yang tidak dicalon akan cantas. Oleh itu calon UMNO semua akan kalah termasuk yang winnable, kononnya boleh menang pun akan kalah juga.
Hari ini siapa yang mendapat jawatan dalam UMNO, yang menjadi ketua cawangan, ketua bahagian akan dapat habuan, akan jadi ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diberi elaun, mendapat kontrak dan bagi ketua bahagian, kemungkinan jadi calon untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat. Kalau menang boleh desak untuk menjadi Menteri. Jika tidak dapat, apabila parti menang kecil, sanggup ugut keluar parti. Sesungguhnya menjadi ketua di peringkat apa pun dalam UMNO amat menguntungkan.
Justeru tentukan tiada siapa boleh cabar ketua yang sedia ada. Ini dibuat dengan tidak membenarkan sesiapa yang lebih terpelajar atau lebih berkaliber masuk UMNO. Permohonan mereka dihilangkan, ditolak atau diketepikan. Dengan itu tiada sesiapa yang lebih layak daripada ketua cawangan atau bahagian dapat menjadi ahli UMNO. Yang dapat hanyalah mereka yang tidak mampu mencabar ketua cawangan atau bahagian.
Dengan tindakan ini berkuranglah ahli yang berbakat, berkaliber dalam UMNO. Hendak tidak hendak mereka yang berkebolehan terpaksa menyertai parti-parti lawan yang sedia menerima mereka dan mencalonkan mereka. Maka calon-calon UMNO pun dilihat kurang layak daripada calon parti lawan dan besar kemungkinan dikalahkan.
Sementara itu apabila ketua cawangan atau bahagian sakit atau meninggal dunia, penggantinya tentulah kurang kelayakan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan UMNO merosot sehingga sukar untuk mencalonkan sesiapa yang berkaliber, yang boleh jadi Menteri, atau Perdana Menteri atau Menteri Besar.
Ahli dan pemimpin UMNO di mana-mana sering mengeluh bahawa sudah begitu lama mereka berada dalam UMNO, berpuluh-puluh tahun tetapi tidak dapat apa-apa pun, tidak dapat jadi calon, tidak jadi YB atau YAB, tidak dapat kontrak dan bermacam-macam lagi yang mereka idamkan bagi diri sendiri.
Apakah UMNO ditubuh untuk memberi sesuatu secara langsung kepada setiap seorang daripada ahlinya? Jika Perlembagaan UMNO disemak pemberian kepada setiap seorang ahli tidak dijanjikan. UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air; untuk menebus maruah orang Melayu, maruah bangsa, kesucian Islam dan kehormatan terhadap negara oleh dunia.
Dan dunia akui bahawa semua ini telah dilaksanakan oleh UMNO apabila dipilih untuk mengetuai kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka lebih setengah abad dahulu. UMNO telah menunaikan lebih daripada janjinya kepada bangsa, agama dan negara.
Dalam proses pemerintahan terpaksalah diadakan jawatan-jawatan bagi sebilangan daripada ahli. Tak mungkin UMNO bergerak untuk menjayakan janji-janjinya jika ia tidak memiliki pemimpin dan pegawai yang bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
Untuk ini diadakan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan seterusnya sehingga ke ketua bahagian dan cawangan. Tugas mereka ialah bagi menguruskan UMNO sebagai parti politik, supaya menjayakan matlamat UMNO ditubuh.
Dan di antara mereka pula ada yang menjadi calon dalam pilihan raya. Yang menang di antara calon ini mungkin dilantik menjadi ahli Exco DUN, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Semua mereka ini tentulah dibayar gaji iaitu mendapat habuan daripada penyertaan mereka dalam UMNO.
Mereka lebih bernasib baik daripada ahli-ahli biasa UMNO. Tetapi ini tidak bermakna ahli biasa tidak dapat apa-apa langsung. Kejayaan pemerintahan yang diterajui UMNO tetap memberi nikmat kepada semua ahli. Nikmat ini termasuk khidmat kerajaan yang cekap, khidmat kesihatan, pelajaran, biasiswa untuk belajar di dalam dan di luar negara, pembinaan jalan kampung, pelbagai jenis latihan, Mara, saham PNB, tabung-tabung pinjaman, peluang pekerjaan, peluang perniagaan, kontrak dan berpuluh lagi nikmat yang diterima oleh setiap ahli UMNO.
Tidak ada siapa yang boleh berkata dia tidak dapat apa pun bagi diri sendiri. Sedikit sebanyak setiap ahli UMNO, setiap penyokong UMNO yang bukan ahli mendapat sesuatu. Benar yang tidak sokong UMNO pun dapat, tetapi mereka Melayu dan janji UMNO ialah untuk bangsa Melayu, tidak untuk ahli UMNO sahaja.
Katakanlah UMNO tidak berjaya kerana tidak ada sokongan daripada ahli UMNO, bolehkan kita rasai nikmat-nikmat ini? Saya tidak fikir walau siapa pun yang memerintah maka nasib orang Melayu sama baik atau lebih baik. Kita lihat di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh UMNO, keadaan orang Melayu lebih daif. Sedikit nikmat yang mereka kecapi datang dari Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO.
Jika Kerajaan Pusat tidak diterajui oleh UMNO walaupun Melayu, mereka tidak gemar menolong Melayu kerana mereka terhutang budi kepada orang lain yang bukan Melayu kerana sokongan mereka dalam pilihan raya. Pengalaman orang Perak semasa diperintah oleh parti lawan boleh jadi contoh. Juga di Pulau Pinang, bahkan di Kelantan.
Jelas sekali bahawa setiap orang Melayu dan sudah tentu setiap orang UMNO mendapat sesuatu bagi diri mereka. Mereka mendapat bekalan api elektrik, bekalan air, jalan kampung dan jalan raya, rawatan apabila sakit, sekolah bagi anak, biasiswa ke universiti dalam dan luar negara, pekerjaan, peluang perniagaan, bantuan wang dan aneka jenis subsidi dan bermacam lagi nikmat. Jangan fikir ini memang begitu.
Benarkah mana-mana kerajaan pun akan mengadakan semua ini? Saya fikir tidak. Pergilah ke negara lain yang sama miskin seperti kita dahulu, yang sama dijajah dan sekarang merdeka, untuk melihat keadaan. Rakyat negara-negara ini masih miskin, masih tidak bersekolah, tidak berkemudahan, bahkan terpaksa berhijrah ke negara lain, termasuk ke Malaysia untuk mencari makan kerana kerajaan mereka tidak berjaya memajukan negara mereka dan membantu rakyat setelah merdeka.
Terimalah kenyataan yang sebenar dan bersyukurlah. Janganlah mengeluh kerana kononnya tak dapat apa-apa pun setelah menyokong UMNO begitu lama. Sesungguhnya mereka yang tahu bersyukur, Allah berjanji akan memberi lebih banyak nikmat. Insya-Allah, masa depan akan memperlihatkan giliran orang lain pula, mungkin giliran anak cucu kita jika pemerintahan oleh UMNO dapat diterima

Utusan Online on Facebook

MyBloglist