ASSALAMUALAIKUM
BELASUNGKAWA BUAT UPSI
Genre: Prosa reflektif
Penulis: ABD RANI EMBI, ABDUL HAMID ABDUL HALIM, MAS KIRANA, ANUAR SALLEH, ARIFWACANA, BUNGA MELOR, CG ROSY, FARAH HARYANTI YAAKOB, FATEH RAIS, HAKYMA MAZIAH, JAMILAH REJAB, LAILI MOHD NOR, LUTAZIA, MAR MARWA, MOHD KHATIM OSMAN, MOHD IRFAN NYIA ABDULLAH, NAZIM MOHD SUBARI, NORASIDAH SUBADI, NORHAIDI MOHD NORDIN, NUR NIZAM MUARA, NURKUSIH HAMOSA, OSHIN CARLOS PUTERI ANDALAS, SHARIL KASAK, SITI NORHAJAR, CT NURZA, DAMANTIM, FYRIAL MOHD SALLEH, HANNA SOPHIA HANAFI, HIDAYAH AZHAR, MS SAMAD, NORIDAH SAARI, NORIS61, NOORLAILA GHAFAR, PARIDAH ISHAK, RIZAH OSMAN, ROSLINAH MOHAMAD, SERIKANDI MEDIKASI, W HANITA, WARDAH CHILI
Penerbit: Sanggar Nurimas Enterprise
ISBN: 978-629-96009-4-7 (Sastera Kehidupan)
Bilangan muka surat: 140
Harga: RM30
Tahun terbit: 2025
Pengulas: Paridah Ishak
Genre: Prosa reflektif
Penulis: ABD RANI EMBI, ABDUL HAMID ABDUL HALIM, MAS KIRANA, ANUAR SALLEH, ARIFWACANA, BUNGA MELOR, CG ROSY, FARAH HARYANTI YAAKOB, FATEH RAIS, HAKYMA MAZIAH, JAMILAH REJAB, LAILI MOHD NOR, LUTAZIA, MAR MARWA, MOHD KHATIM OSMAN, MOHD IRFAN NYIA ABDULLAH, NAZIM MOHD SUBARI, NORASIDAH SUBADI, NORHAIDI MOHD NORDIN, NUR NIZAM MUARA, NURKUSIH HAMOSA, OSHIN CARLOS PUTERI ANDALAS, SHARIL KASAK, SITI NORHAJAR, CT NURZA, DAMANTIM, FYRIAL MOHD SALLEH, HANNA SOPHIA HANAFI, HIDAYAH AZHAR, MS SAMAD, NORIDAH SAARI, NORIS61, NOORLAILA GHAFAR, PARIDAH ISHAK, RIZAH OSMAN, ROSLINAH MOHAMAD, SERIKANDI MEDIKASI, W HANITA, WARDAH CHILI
Penerbit: Sanggar Nurimas Enterprise
ISBN: 978-629-96009-4-7 (Sastera Kehidupan)
Bilangan muka surat: 140
Harga: RM30
Tahun terbit: 2025
Pengulas: Paridah Ishak
Naskhah Belasungkawa Buat UPSI merupakan sebuah antologi prosa reflektif yang diselenggarakan oleh dua penulis mapan, Nurimas SN dan Husna Nazri. Antologi ini menghimpunkan karya 31 penulis tanah air, dengan sokongan empat penulis tamu iaitu Norazimah Zakaria, Hilmi Rindu, Husna Nazri dan Nurimas SN yang turut menyumbangkan karya bernilai kesusasteraan dan kemanusiaan.
Penyelaras sidang redaksi turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan apresiasi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan antologi ini, antaranya:
- YBhg. Profesor Dato’ Dr. Amin Mat Taff, Naib Canselor UPSI
- Profesor Madya Dr. Norazimah Zakaria, Pensyarah Kanan UPSI
- Tuan Haji Mohamad bin Abdullah, Sasterawan Negeri Terengganu
- Tuan Haji Mohd Musip, Munsyi Dewan (Bahasa), DBP
- Tuan Haji Azman bin Mohamad, bapa Allahyarham Nurly Shahirah
- Puan Hajah Kamariah Abd. Latif, ibu Allahyarham Nurly Shahirah
- Encik Fadli bin Abd. Rahman, ayah Allahyarham Fatin Nasrien
- Cik Nurul Athirah binti Zakaria, mangsa terselamat
serta semua individu yang terlibat dalam dokumentasi dan penghasilan antologi ini.
Antologi ini diterbitkan sebagai tanda memperingati insiden tragis melibatkan sebuah bas yang membawa siswa-siswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terlibat dalam kemalangan di Grik ketika dalam perjalanan dari Besut, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjong Malim. Tragedi yang memilukan ini telah mengorbankan 15 nyawa dalam kejadian yang tidak diduga, sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa, warga universiti dan masyarakat keseluruhannya.
Kandungan antologi ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu bahagian sajak dan bahagian catatan anekdot. Dalam bahagian sajak, setiap penulis menyumbangkan dua buah sajak elegi yang meluahkan rasa duka, kehilangan dan simpati yang mendalam. Sajak-sajak ini bersifat melankolik dan puitis, disusun dalam bentuk berangkap dengan gaya prosa syahdu dan menyentuh perasaan.
Antara sajak yang meninggalkan kesan mendalam ialah Dirangkul Sepi (Tragedi UPSI Berduka) karya penulis tamu, Puan Norazimah Zakaria, seorang pensyarah kanan UPSI. Antara baitnya:
Bicara dan celotehmu, usai,
dalam lewat malam yang pekat,
tasbih dan zikirmu,
memugar jiwa yang tenat,
desahkan firasat.
dalam lewat malam yang pekat,
tasbih dan zikirmu,
memugar jiwa yang tenat,
desahkan firasat.
Bahagian kedua pula memuatkan catatan anekdot yang merakam pengalaman penulis bertemu keluarga mangsa, selain refleksi peribadi terhadap tragedi yang berlaku. Catatan-catatan ini ditulis dengan penuh empati, jujur dan menyentuh emosi, sehingga mampu menjerut rasa dan mengalirkan duka dalam jiwa pembaca.
Secara keseluruhannya, Belasungkawa Buat UPSI bukan sekadar sebuah antologi sastera, tetapi menjadi wadah memorial yang merakam kesedihan kolektif dan doa bersama. Antologi ini mengajak pembaca untuk mendoakan roh bunga bangsa yang terkorban agar ditempatkan dalam kalangan para syuhada, serta semoga perjuangan mereka menimba ilmu demi memajukan anak bangsa dan pertiwi sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi.
Innalillahi wainna ilai hirojiun.. sebak bila teringat peristiwa sedih kemalangan anak-anak UPSI ni kan kak PI , semoga syahid mereka semua meninggal dalam perjalanan untuk menuntut ilmu.. aamiin
ReplyDeleteaamiin sedih sgt kan ana bersama kita doakan anak2 syuhada di kalangan solehin kekasihNya
Deletehimpunan karya penulis-penulis hebat... tragedi menyayat hati, episod duka yang melanda warga Upsi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat...
ReplyDelete