ASSALAMUALAIKUM
GELANGGANG SABUNG
.
Dipegang abung, dibelah nangka,
dicempung maman adi alahan;
gelanggang sabung telah dibuka,
kampung halaman jadi taruhan.
.
Dilanggar tapan merempuh tangga,
terkapai leta merenung janggi;
cagar harapan menempuh duga,
mencapai cita menggunung tinggi.
.
Sehariannya di lata selam,
membongkar akar, kerat jemuju;
perjanjiannya tinta semalam,
bertukar-tukar syarat setuju.
.
Katanya inang pada pendita,
ke balai rukyah rakan berwalang;
andainya menang bersukacita,
nilai hadiah bukan kepalang.
.
Berserak serai agak merata,
lelah mengerat, benta tersadai;
bersorak-sorai gegak gempita,
kalah tersurat harta tergadai.

teringat peribahasa menang sorak kampung tergadai ada kaitan juga dengan kisah sabung ni kan kak PI
ReplyDeletetksh ana ya bersabung besar taruhannya
DeleteAssalamualikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..ni kisah pak kaduk kan? kisah ayam sabungnya beradu dengan ayam raja..
ReplyDeletewsalam tksh ustaz kisah yg tiasa berulang
Deleteyg sy tahu laa.kan.. kat filipina aktiviti ni masih aktif kat sana
ReplyDeletetksh anies yaka kesian kat ayam
DeleteSaya tak suka ayam berlaga, mesti saya leraikan..sebab berdarah kepala, pernah tangan kena patuk paruh tazam..luka kulit tangan saya, saya tak kisah kerana nak selamatkan ayam tu..
ReplyDeleteTksh cikgu kesian ayam berlaga kalau xdileraikan tentu mrk cedera...cikgu sgt prihatin
Deletesuatu hari ayam jantan dua ekor bertelaga masa tu hujan lebat..sebaik reda saya ke reban ayam..seekor ayam jantan tak bermaya, penuh darah kepala, esok pagi dah mati..hampa kecewa..
ReplyDeletetapi bab bersabung ni manusia punya rancangan..tak pernah join..
ayam kalau berlaga mmg nk kalahkan lawannya ...sian ayam yg mati masanya dah tiba tu reda saja
DeleteSedihnya masih banyak yg melakukan sabung ayam ini kan. Di sinipun ada kak. Tak ingat dosa jika bertaruh
ReplyDeletetksh fanny ya masih ada yg bersabung ingin menang
Delete