PIC KARISMA RINDU (C)
CORETAN HATI
Rakan sebaya andai-berandai,
serasi santun larang melulu;
bukan sahaya memandai-mandai,
puisi pantun karang selalu.
Serasi santun larang melulu,
genta dilebur ranti berapi;
puisi pantun karang selalu,
semata hibur hati yang sepi.
Genta dilebur ranti berapi,
sumandak sunyi jelang muara;
semata hibur hati yang sepi;
hendak menyanyi hilang suara.
Sumandak sunyi jelang muara,
terasa malu bayar kerisi;
hendak menyanyi hilang suara,
masa berlalu biar terisi.
Terasa malu bayar kerisi,
nyonya kebaya bagi sempaya;
masa berlalu biar terisi,
nanya berkarya selagi daya.
Nyonya kebaya bagi sempaya,
pulum di rawa tergigil walang;
hanya berkarya selagi daya,
sebelum nyawa dipanggil pulang.
Moga apa sahaja perkongsian kita membawa kebaikkan pada orang lain dan diri kita sendiri jugakan kak PI.Aamiin.
ReplyDeleteselamat berhujung minggu PI..
ReplyDeleteSubahanallah indahnya bahasa menyentuh jiwa
ReplyDeleteIndahnya pantun kak PI. Banyak saya belajar perkataan baru
ReplyDeletehebat pantun berkait
ReplyDeletetksh pc insyaaAllah moga2 begitu hendaknya
ReplyDeletetksh kham Alhamdulillah
ReplyDeletetksh umi nazrah menyukainya insyaaAllah
ReplyDeletetksh sal Alhamdulillah bahasa kita ni indah n terbaik
ReplyDeleteya pantun berkait bersambung sampiran n maksud tksh WP
ReplyDelete