Friday 11 October 2019

POHONAN KELAPA SAWIT

ASSALAMUALAIKUM




POHONAN KELAPA SAWIT

Peneroka menjaya rencana FELDA
Ongkos jumlahnya tidak terkira
Hendak realisasi impi marhaen
Obor dinyala terangi denai hidup
Niat murni majukan tanah pertiwi
Akan usaha walau keringat jatuh
Namun tidak sesekali menyerah

Kelak hasilnya bertandan-tindan
Enggan lagi didera papa-kedana
Ladang luas saujana hijau
Anugerah Ilahi rezeki kepada hamba
Pasrah tawakal tabah aral merintang
Alhamdulillah meraup syukur nikmat-Nya

Semakin waktu berlalu pergi
Anak kecil dewasa dan tua
Warisi tanah pusaka bertuah
Ingin sekali terus berbakti berkebun sawit
Tanpa berhenti hingga nafas berakhir

PARIDAH  ISHAK
DMS
11/10/019

8 comments:

  1. semoga dipermudahkanNya , keluarga ana pula mengusahakan kelapa sawit melalui koperasi Felcra :)

    ReplyDelete
  2. TKSH ANA OH YEKE MOGA URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN-NYA

    ReplyDelete
  3. tempat saya saujana mata memandang kelapa sawit nie

    ReplyDelete
  4. OH YEKE LUAS MANDALA SAWIT DI SANA

    ReplyDelete
  5. Saya kdg2 suka bau kelapa sawit dibawa angin terutamanya waktu malam klu selepas hujan.. ada yg tak suka baunya, tp bagi saya bnyk juga nostalgia klu bau kelapa sawit mcm tu...

    ReplyDelete
  6. TKSH DIK KK YA SELEPAS HUJAN AROMA DEDAUN DAN BUAH KELAPA SAWIT UNIK AROMANYA N MENYEGARKAN JUGA

    ReplyDelete
  7. Sabah ni banyak sawit kak..boleh kata sepanjang jalan boleh jumpa..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist