Thursday, 24 October 2019

SURAT UNDANGAN

ASSALAMUALAIKUM


Surat Undangan JEMPUTAN MERAI PELANCARAN ANTOLOGI PUISI PENYAIR WANITA MALAYSIA, ‘BUNGA-BUNGA PANTAI JAUH’ TERJEMAHAN BAHASA MELAYU/RUSSIA, 2019 PADA 03 NOV 2019 (AHAD) JAM 11.00 PAGI DI PUSAT SAINS BUDAYA RUSIA, KUALA LUMPUR Tahniah serta Syabas! Karya puan telah terpilih dan dikumpulkan di antologi puisi Melayu terjemahan ke bahasa Rusia. Sukacita dimaklumkan, Sebudi bersama Galeri Melora dengan kerjasama Persatuan Nusantara Moscow dan Pusat Sains Budaya Rusia, Kuala Lumpur akan melancarkan Antologi Puisi Penyair Wanita Malaysia, ‘Bunga-Bunga Pantai Jauh’, terjemahan bahasa Melayu / Rusia pada ketetapan tarikh 3 November 2019 (Ahad) jam 11. 00 pagi di Pusat Sains Budaya Rusia, No. 205, Lorong Ampang 2, Wilayah Persekutuan, 50450 Kuala Lumpur. Antologi ini menghimpunkan seramai 38 penyair wanita Malaysia, diselenggarakan oleh Sri Diah Shaharuddin bersama Norazimah Abu Bakar dan diterjemahkan oleh Dr. Victor Pogadaev bersama Anna Pogadaeva. Kata-kata aluan ditulis oleh Sasterawan Negara ke 14, Dr. Siti Zainon Ismail, manakala ilustrasi bagi kulit buku ini, diambil dengan izin daripada lukisan pelukis terkenal tanahair , Syed Thajuddeen. Sehubungan itu, kami dengan bangga, penuh hormat dan takzimnya, menjemput puan menghadiri Majlis Pelancaran Antologi Puisi Penyair Wanita Malaysia, ‘Bunga-Bunga Pantai Jauh’, terjemahan bahasa Melayu / Rusia, 2019. Atur cara Majlis adalah seperti dilampirkan. Kehadiran puan sebagai penyair yang terlibat di dalam antologi ini amatlah dialukan dan kami dahului dengan rasa penghargaan dan jutaan terima kasih. Semoga jalinan kerjasama ini merapatkan hubungan antarabangsa Malaysia dan Rusia. Terimakasih kami dahului dengan iringan doa buat puan sekeluarga. Salam hormat, Norazimah Abu Bakar Setiausaha Projek Antologi Puisi Penyair Wanita Malaysia

Salinan kepada Penyair Wanita Malaysia adalah seperti berikut :- SN DATO’ DR ZURINAH HASSAN SN DR. SITI ZAINON ISMAIL DATUK HAJAH ZAITON AJMAIN WAN ASHIAH BT WAN NAWANG HAJAH LATIFAH HJ. MOHD SHEBLI SITI ZALEHA M. HASHIM SITTI RAHMAH G HAJI IBRAHIM SRI DIAH SHAHARUDDIN DATIN BARUPAWATI UTAMAJU BAHARUM AFLIEZA ARSHAD AMARUSZATI BINTI NOOR RAHIM AMINAH MOKHTAR AYU FAIRUZA ZAKARIA AZIZAH MDS DAYANGKU MASTURA EFFA RAIFANA HAINI KARNO DR.HANI SALWAH YAAKUP DR.HARYATIE AB.RAHMAN DR. RAJA RAJESWARI SEETHA RAMAN HUZAINI BT HARUN JALIHA JAMAN JURIYATI MAT JALIL KATHIRINA SUSANNA TATI MORNE HASHIM NORAZIMAH ABU BAKAR NORZAHAN BT BAHANI ONEH@LATIFAH OSMAN PARIDAH ISHAK LINA BINTI MOHAMAD LIN @ RAFFLESIA DARLINA RAMLAH ABD RASID RITA ROBERT RAWANTAS ROSITAH IBRAHIM ROZELINE VITALIS SABARIAH BAHARI SARAH INSYIRAH ABD RASHID ZALILA ISA




22 comments:

  1. SubhanaAllah.Alhamdulillah rezeki kak PI dan sahabat yang tidak jemu berkarya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, tahniah buat akak. Saya tumpang gembira, tumpang bangga. Terus berkarya...

    ReplyDelete
  3. TKSH PC..AMIIN INSYAA ALLAH BERKARYA SEMAMPU DAYA

    ReplyDelete
  4. WSALAM USTAZ TKSH MOGA USTAZ N FAMILI JUGA SHTSEJAHTERA..INSYAA ALLAH BERKARYA DGN ILHAM-NYA

    ReplyDelete
  5. wahhhh sampai pihak rusia pun menghargai karya akk tahniah!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. tahniah kak PI..rezeki akak..:)

    ReplyDelete
  7. tahniah kak, nampak nama sri diah, memang terkenal penulis tu

    ReplyDelete
  8. Tahniah...tahniah...tumpang bangga sekali dgn anugerah ni..

    ReplyDelete
  9. TKSH ANIES PROJJEK PENYAIR WANITA MALASIA KAK MENYIBUK SAJA

    ReplyDelete
  10. TKSH DANA SRI DIAH PENULIS MAPAN N FEMES

    ReplyDelete
  11. Subhanallah walhamdulillah. Saya pun turut bergembira kak. Tahniah kak PI :)

    ReplyDelete
  12. AMIIN TKSH DIK KK INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  13. wah..tahniah kak. Dah sampai luar negara. Semoga terus berjaya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist