. PANTANG
BAYI DIBERI MAKAN PULUT
Bayi yang telah berusia enam bulan ke atas sudah boleh diberi makanan
tambahan untuk proses tumbesarannya selain susu ibu dan susu berformula. Pelbagai jenis makanan untuk bayi berada di
pasaran. Boleh dipilih mana satu yang disukai sambil menukarnya mengikut selera
bayi.
Ada yang memberi bayi
mereka makan nasi lembik yang dicampur lauk ikan, ayam atau daging dan sayur
agar nnutrisi makanannya seimbang. Tapi memberi bayi makan nasi pulut memang
pantang bagi sesetengah orang.
Menurut yang
mempercayainya; memberi bayi makan pulut akan menyebabkan lambat kebolehannya
bercakap. Kalau boleh bercakap pun percakapannya akan tergagap-gagap. Anak yang
dilahirkan sempurna tentu tidak dimahukan walau sedikitpun cacat-celanya.
Percakapannya tentu diharapkan jelas dan mudah difahami.
Itu hanya sebuah pesan
pantang-larang temurun keluarga PI. PI akur juga dengan pantang tok
nenek PI ini. Sekadar satu saja makanan pantang kosumsi sedangkan teramat
banyak makanan berkhasiat yang lebih sesuai untuk makanan bayi yang masih kecil
bukanlah masalah besar.
Terpulang saja kepada
penerimaan masing-masing untuk menilai keburukan dan kebaikan dari sudut yang
lebih ilmiah. Pulut adalah sejenis beras yang tinggi kandungan gula dan
kabohidrat. Mungkin bayi sukar mencernanya dan menyebabkan serangan angin
menggelombang dalam perut dan menjadikannya kembung.
Jikalau perut bayi
kembung tentu menyebabkannya menangis kerana merasa sakit dan tidak selesa.
Oleh itu kewajaran pantang ini demi kebaikan bayi tidak harus dipertikaikan. Kalau
bayi kecil dah mula menangis, ibu bapanya pula yang akan menangis risau
tentunya. Sibuk pula ke sana ke mari mencari
penawarnya. Lebih baiklah mencegah daripada mengubati. Meminjam pepatah
Inggeris, “Prevention is better then cure”
3.
Pulut pun bersifat sejuk juga ye kak PI..PC ada dengar saudara mara cakap..dengar je..tapi tak tanya lanjut.
ReplyDeleteTKSH PC YELA PULUT TU SEJUK SIFATNYA
ReplyDeleteAda hikmah lain di sebalik pantang larang orang tua2 kita dulu ni
ReplyDeleteTKSH WP YA MRK BERPENGALAMAN DALAM HIDUP
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ni kak PI.. baru saya tau sbb ada sesetengah org dewasa pun alah juga dgn pulut, apatah lagi bayi.
ReplyDeleteTKSH PROF KK PANTANG LARANG ORANG LAMA NI MACAM2 HEH..HEH..
ReplyDeleteperkongsian yang menarik. tapi CT setuju dengan kata2 Kak PI. terpulang pada individu sendiri pada akhirnya. buat penilaian elok atau tak..
ReplyDeleteTKSH CT YA BENAR TU APA YG KITA FAHAM TIDAK SEMESTINYA DISETUJUI YG LAIN
ReplyDelete