Saturday 19 January 2019

KAMPUNG HALAMAN

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.....SEMPENA CUTI YANG AGAK PANJANG RAMAI ANTARA KITA YANG PULANG KE KAMPUNG BERTEMU AYAH BONDA DAN SAUDARA MARA DI SANA....ALANGKAH GEMBIRANYA YA
                                              


KAMPUNG HALAMAN

Cempung ke taman pelam di tangan;
kampung halaman dalam kenangan.

Mengkudu dalu berimpung maman;
rindu selalu kampung halaman..

Padah gelinya kering ditayang;
indah permainya sering terbayang.

Menyusun dahan singgir sedikit,
dusun buahan di pinggir bukit.

Sanduk kelkatu sembunyi benang,
duduk di situ sunyi dan tenang.

Hilang di paya dipantau kalang;
menjelang raya perantau pulang.

Sewah memilin urat sutera;
ukhuwah terjalin erat mesra.


#eringin situ redup meranti;
ingin di situ hidup dan mati.

Tampung sulaman meranah leka;
kampung halaman tanah pusaka.

9 comments:

  1. Segar di Kampung halaman memang tiada tandingan. Hidup penuh harmoni dengan pelbagai hijauan daun yang menyegarkan jiwa ~

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  2. YA HENING DAMAI DI DESA TERCINTA TKSH CARLY

    ReplyDelete
  3. Tetiba teringat orang kampung. hehehe

    ReplyDelete
  4. tak balik kg pun kak, sbb cuti cny nnti nk balik kg... ujung minggu baru ni sya ddk umah je... mengemas umah n barang2 pindah umah

    ReplyDelete
  5. TKSH PC ADA KAMPUNG MESTILAH INGAT KAMUNG KAN HEH..HEH..

    ReplyDelete
  6. TKSH ZUMAL SAPALAH AGAKNYA YG DIINGATTU

    ReplyDelete
  7. TKSH DANA..YEKE..CUTI RAYA CINA PNJG JUGA MSTI SERONOK JLN2

    ReplyDelete
  8. ... di mana kasih ini tertumpah...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist