Friday, 25 January 2019

KERANA SEBUAH MICROWAVE NOVEL SIAP DITULIS...

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

*Kerana sebuah microwave, novel siap ditulis.*
Itu yang dilakukan oleh wanita ini
Dia berkata, "Saya menguruskan keluarga dan memberi sepenuhnya kepada mereka. Pada masa sama, saya sayangkan mimpi mahu ada sebuah novel dalam tangan."
Maka, wanita yang juga ibu ini mencari cara agar dia dapat memegang keluarga dan mimpi bersama-sama.
Akhirnya dia menjadikan microwave di dapur sebagai penyelesaian.
"Saya setkan masa pada microwave selama sepuluh minit pada setiap hari. Sepanjang masa itu saya menulis novel. Apabila microwave berbunyi, saya berhenti dan melakukan perkara lain di dapur."
Dia melakukan perkara itu setiap hari selama lima tahun.
Novel yang dihajatkan berada dalam tangan.
Wanita itu berkata, "Apabila bermimpi, kita mesti berjalan, walaupun langkahnya kecil. Kerana perkara yang pasti apabila kita bermimpi dan berjalan, kita akan sampai ke garisan penamat."
Wanita itu bernama Katharine Grubb, wanita yang memilih anak-anak agar home-schooling dan suka menghasilkan roti.
Menulis novel juga mempunyai sistem kerja.
Sistem itu menjadikan kita dapat memecahkan masa dalam menulis. Ia menjadikan kita terkawal.
Pada 2 Februari ini, bengkel praktis, Menulis Novel Gaya Drama Korea memberikan sistem kerja menulis fiksyen formula 7W1H yang mudah dilakukan.
Bengkel hanya diadakan di Kuala Lumpur.
Pengamalnya, Azzah Abdul Rahman pada masa ini dalam perjalanan balik dari Korea Selatan.
Pada hari Sabtu hadapan kita belajar di bawah bimbingan beliau yang praktikal.
Klik untuk satu tempat.
Berikan peluang kepada mimpi sendiri agar belajar sekali, tulis berkali-kali.

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend

8 comments:

  1. menarik nya kisah tu kak, tak salah kita nk bermimpi utk mencapai sesuatu

    ReplyDelete
  2. TKSH DANA ADA KESUNGGUHN MAMPU DICAPAI

    ReplyDelete
  3. sangat motivasi. bila kita fokus, pasti kita akan berjaya kan

    ReplyDelete
  4. TKSH UMI NAZRAH YA FOKUS TUJUAN PENTING

    ReplyDelete
  5. di mana ada kemahuan di situ ada jln

    ReplyDelete
  6. terbaik. kalau ejulz susah nak dapat ilham dalam masa 10 minit.. hehe

    ReplyDelete
  7. Menarik.. dgn usaha yg bijak pasti ada kejayaannya.

    ReplyDelete
  8. TKSH DIK KK APAPUN ASAL ADA USAHA N SEMANGAT MAHU

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist