ASSALAMUALAIKUM
MALAM TADI 19 NOV 018 TELAH KE UDARA SIARAN PURBAWARA KEMBANG MELUR DI RADIO KLASIK...ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH PENERBITNYA PUAN YUSMAWATI YUNUS ATAS KESUDIAN MENYIARKANNYA....JIKALAU ADA SAHABAT BLOGGERS DAN VIEWERS INGIN IKUTI PURBAWARA KEMBANG MELUR CUBA KLIK LINK DI BAWAH INI DAN DOWNLOAD DULU.
RAKAMAN DIBUAT SAHABAT PI CIKGU HAMIDI YANG TURUT BERPERANAN MENGEDIT KARYA PI INI...TERIMA KASIH BANYAK BANTUANNYA CIKGU.
https://drive.google.com/open?id=1SsO504Jup7br9QZe0zd_eIzEXerAUx7l&fbclid=IwAR1e5G_Mz0e-cJNl0IfJ1TYn12-BCPQ8ajnoE2mPDJ8H1E7ZegV9L-QcoLA
RANCANGAN: PURBAWARA.
PENERBIT: ZURAIDAH MOHD NOR.
TAJUK: KEMBANG MELUR.
PENULIS: PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT: NO.7, JLN 7F, DESA MELOR, SERENDAH, SELANGOR.
K/P: 580524-02-5748.
HP/
E-MEL: 019-2525742 /
paridahishak@gmail.com
AKAUN BANK: 162553086206
(MAYBANK).
PELAKON: 1.
………………………….......... sebagai KEMBANG MELUR.
2.
………………………….......... sebagai KEMBANG KEMBOJA.
3.
………………………….......... sebagai CEMPAKA.
4.
………………………….......... sebagai WAN KEMANGI.
5.
………………………….......... sebagai INDERA SATRIA.
EFEK: 1. SUARA AYAM
DAN ITIK.
2. BUNYI PUKULAN DI TUBUH BERTUBI-TUBI.
3. CAWAN DAN PIRING DISUSUN DI LANTAI.
4. SUARA BEBURUNG BERKICAU DAN BUNYI LOTONG.
5.
SUASANA MALAM. BUNYI CENGKERIK DAN BURUNG HANTU.
SINOPSIS:
Kembang
Melur yang yatim piatu meneruskan hidup dengan ibu saudaranya, Cempaka dan
sepupunya, Kembang Kemboja. Kembang Melur tidak disukai Cempaka dan sepupunya.
Kembang Kemboja hanya bersolek setiap hari. Setiap hari Kembang Melur disuruh
membuat pelbagai kerja. Kembang Melur
suka mengutip bunga melur untuk dijadikan kalungan. Apabila Kembang
Melur dilamar Mak Kemangi, janda kaya untuk anaknya tetapi Cempaka menolak
dengan alasan Kembang Melur seorang yang pemalas dan tidak pandai memasak.
Kembang Kemboja berpakat dengan
ibunya hendak menghapuskan Kembang Melur. Mereka mencari ular sawa yang sedang
tidur, ditangkap dan dimasukan ke dalam guni lalu diletakan di bilik Kembang
Melur. Mereka mengatakan kepada Kembang Melur itu adalah hadiah untuknya. Tanpa
mengetahui niat buruk sepupu dan ibu saudaranya itu, Kembang Melur membuka
ikatan guni tersebut. Dia sangat terkejut apabila guni dibuka, muncul seorang
pemuda tampan, Indera Satria berbusana laksana seorang raja. Indera Satria,
seorang putera raja, berterima kasih kepada Kembang Melur kerana keharuman
bunga melur yang semerbak dipakai di rambut Kembang Melur telah menawarkan
sumpahannya. Cempaka dan Kembang Kemboja sungguh terkejut dengan apa yang
berlaku.
GRAM: MUZIK PENGENALAN.
JURUHEBAH: Wahana citra warisan bangsa, dipersembahkan dalam Purbawara.
(PAUSE) Purbawara dengan kisah “KEMBANG MELUR”
karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “KEMBANG MELUR”.
SYAIR: Tersebut
kisah di sebuah desa,
Sebuah
keluarga aman sentosa,
Berkasih sayang hidup
selesa,
Berpisah
jua takdir Yang Esa.
Si
Kembang Melur yatim piatu,
Ayah
dan ibu kasihnya jitu,
Meninggalkannya
sedetik waktu,
Ke
alam baqa mengadap Yang Satu.
GRAM: MUZIK.
K. MELUR: (MENANGIS TERESAK-ESAK). Kenapalah ibu dan ayah tinggalkan
Kembang Melur? Kembang Melur kini
seorang diri, kepada siapalah hendak menumpang hidup, mengadu untung nasib…
Tidak kasihankah ibu dan ayah kepada hamba? Cuma hidup sebatang kara di dunia
ini. Kenapa ayah dan ibu tidak membawa Kembang Melur bersama ke sana bertemu Yang
Satu? Bangunlah ayah, bangunlah ibu... Jangan tinggalkan Kembang Melur
sendirian...
W. KEMANGI: Sudahlah Kembang Melur. Tidak baik menangis begini. Usahlah diratapi pemergian ayah dan ibumu. Biarlah
mereka tenang ke alam
sana.
Mereka juga berat hati meninggalkanmu. Namun suratan takdir
sudah
begitu. Yang hidup mesti kembali kepada pencipta apabila telah tiba ajalnya. Mereka
tentu tidak bimbang akan kemasyhlahatan dirimu kerana pastinya ibu saudarammu akan
menjaga dan menyangimu sepenuh hatinya. (KEPADA CEMPAKA) Tak begitu, Cempaka? (PAUSE)
Tapi kalau Cempaka berhalangan, tidaklah mengapa. Biarlah Kembang Melur tinggal
bersama hamba, menemani hamba di rumah. Hamba pun baru kematian suami. Lagipun
anakanda hamba sedang menuntut ilmu di negeri seberang.
CEMPAKA: Tidak
mengapalah Mak Wan Kemangi. Memang wajarlah hamba yang menjaga Kembang Melur
kerana dia anak saudara hamba.
K. KEMBOJA: (BERKATA SECARA BERBISIK) Ibu… kenapa ibu nak Kembang Melur
tinggal bersama kita? Kembang Kemboja tak sukalah…
CEMPAKA: (BERBISIK)
Diamlah dulu. Tengok semua di pusara ini memandang kita. Tidak manis kalau ibu
menolak kata-kata Mak Wan Kemangi, dia kan orang bangsawan. Nanti apa pula kata orang-orang desa kepada kita?
Tentu mereka menganggap kita sangat kejam terhadap Kembang Melur.
K. KEMBOJA: (MENDENGUS PERLAHAN) Bencinya!
GRAM: MUZIK.
CEMPAKA: Tuan hamba boleh tinggal
bersama aku dan Kembang Kemboja. Tapi jangan nak bersenang-lenang pulak!
K. KEMBOJA: Jangan tuan hamba mimpi nak hidup bagaikan tuan puteri di sini.
Kerjanya banyak bertimbun-timbun. Ayuh! Lekas! Aku akan beritahu
satu
persatu!
K. MELUR: Baik. Hamba akan kerjakan apa saja yang disuruh Ibu Cempaka
dan Kembang Kemboja. Terima kasih kerana sudi menerima hamba tinggal di sini.
CEMPAKA: (KETAWA
GELIHATI) Sepatutnya tuan hamba turut mati bersama ayah dan ibu kamu. Tidaklah
menyusahkan aku dan Kembang Kemboja. Tuan hamba fikir aku dan Kembang Kemboja
bersukacita nak menumpangkan kamu di sini. Jauh panggang dari api! Sama sekali
kami tak sudi. Sebab terpaksa saja, menurutkan kata Mak Wan Kemangi. Kalau kami
menolak, tentu kami dipandang serong.
K. MELUR: Kenapalah Ibu Cempaka berkata begitu? Bukankah hamba ini keponakan
Ibu Cempaka? Kita ada hubungan darah. Mengapalah membenci hamba sampai begitu
sekali… Hamba tidak mengerti.
CEMPAKA: Benar! Tuan hamba keponakanku. Tapi aku dan Kembang Kemboja tidak
suka tuan hamba menumpang keselesaan hidup kami! Kami kan hidup lebih senang
berbanding ayah dan ibumu yang papa kedana itu!
K. KEMBOJA: (TERGELAK KECIL) Sekarang tuan hamba dah tahu kenapa kami bencikan
tuan hamba? Sebab tuan hamba miskin,comot, papa kedana!
CEMPAKA: Sudahlah Kembang
Kemboja. Usah dilayan bicaranya lagi. Hari pun sudah hampir senja.
Kembang Kemboja harus mandi. Lekas kamu, Kembang Melur! Angkut air dari telaga,
kemudian memasaknya untuk mandian Kembang Kemboja!
K. MELUR: Baiklah Ibu Cempaka, hamba segera ke telaga mengangkut air
untuk
mandian
Kembang Kemboja.
GRAM: MUZIK.
EFEK: SUARA AYAM DAN ITIK.
K. MELUR: (BERCAKAP SENDIRIAN) Riangnya kamu semua berkawan-kawanan dan
bermain-main ya, ayam dan itik. Hanya hamba seorang yang tidak berkawan.
Kembang Kemboja pun tidak mahu berkawan dengan hamba, katanya hamba comot dan
papa kedana. (PAUSE) Hmm, tidak mengapalah. Sudah nasib hamba begini. Kamu semualah yang menjadi kawan-kawan hamba
kini. Ini, hamba taburkan sisa makanan
dan padi usang. Makanlah, ya. Kamu
bertelurlah banyak-banyak. Suka benar hamba mengutipnya. Makanlah. Hamba hendak
mengutip bunga melur di sana. (PAUSE) Wah! Banyak sekali bunga melur yang
berkembang pagi ini. Harum sungguh baunya. Bolehlah aku kutip untuk dimasukan dalam
bedak sejuk dan dijadikan kalungan rambutku.
GRAM: MUZIK.
K. KEMBOJA: (NADA SUARA MENINGGI) Ibu! Oh ibu! Tengok ni, ibu!
CEMPAKA: (MONOLOG) Kenapalah Kembang Kemboja terjerit-jerit itu? Apa
agaknya yang tidak kena? Aku hendak tidur seketika pun tidak selesa. Mengganggu
saja!
K. KEMBOJA: Ibu, tenguklah. Kembang Melur masih belum sediakan air mandian
kita
lagi… Entah ke manalah dia pergi di pagi hari ini?
CEMPAKA: Ke mana pulalah budak pemalas ni... Memang nak kena diajar ni!
(JERIT)
Kembang Melur! Kembang Melur!!!
K. MELUR: Ya, Ibu Cempaka. Hamba datang.
CEMPAKA: (NADA MARAH) Ke mana tuan hamba merayau, hah? Sampaikan
air
mandian Kembang Kemboja pun tidak tuan hamba sediakan! Nah! Terimalah habuan kamu,
pemalas!
EFEK: BUNYI PUKULAN DI TUBUH
BERTUBI-TUBI.
K. MELUR: (MENANGIS) Aduh sakitnya... Maafkan hamba Ibu Cempaka.
Sebentar tadi hamba memberi ayam itik makan dan mengutip telurnya. Maafkanlah
hamba terlewat menyediakan air mandian Kembang Kemboja… Janganlah dipukul hamba...
Lain kali hamba tidak buat lagi…
K. KEMBOJA: (KETAWA) Rasakan! Pukul lagi, ibu! Biar dia tahu akibatnya melanggar
perintah kita!
CEMPAKA: Kalau tuan hamba ulangi lagi berbuat seperti ini, aku akan
kerjakan kamu separuh mati. Simpan di jemala kamu apa yang aku katakan!
K. KEMBOJA: Siapkan air mandian aku, cepat! Sebentar lagi aku hendak menyolek
dan menghias diriku. (SUARA KASAR) Eh, tuan hamba sudah sediakan sarapan untuk
aku dan ibu?
K. MELUR: Sudah hamba sediakan di bawah tudung saji di dapur tu.
Silakanlah bersarapan.
CEMPAKA: Ayuh kita bersarapan, Kembang Kemboja.
K. KEMBOJA: Kalau sarapan yang tuan hamba sediakan tidak menepati citarasaku,
siaplah kamu aku cubit-cubit!
SYAIR: Si
Kembang Melur gadis berbudi,
Hidup
derita bagai menadi,
Menahan
sabar apa pun terjadi,
Cantik
wajahnya semula jadi.
Mak
Wan Kemangi datang merisik,
Suarakan
hasrat sambil berbisik,
Buat
anaknya merasa asyik,
Dara
yang cantik hati terusik.
GRAM: MUZIK.
CEMPAKA: Silakan naik ke teratak hamba Mak Wan Kemangi. Silakan duduk.
W. KEMANGI: Ya, terima kasih, Cempaka. Maafkan hamba kerana datang ke sini
secara tergesa-gesa.(PAUSE) Di mana anak-anak tuan hamba? Tidak kelihatan pula?
CEMPAKA:
(SERBA SALAH) Anak hamba… ada,
mengemas dapur agaknya. Si Kembang Melur pula entah ke mana. Anak saudara hamba
itu memang tidak lekat di rumah. Suka berjalan-jalan saja!
W. KEMANGI: Baiklah, usah kita membuang masa berbeka. Biarlah hamba sampaikan
maksud sebenar hamba bertandang ke sini.
CEMPAKA: Silakanlah beritahu maksud Mak Wan Kemangi ke sini. Jikalau
hamba dapat tunaikannya, akan hamba tunaikan.
W. KEMANGI: Sebenarnya hamba membawa hajat hendak merisik anak tuan hamba
untuk
putera hamba.
CEMPAKA: Apa? Sebentar, ya Mak Wan Kemangi. Biar hamba ke dalam
sebentar, suruh anak hamba sediakan juadah dulu. (BERFIKIR/ECHO) Untungnya kalau
aku bermenantukan anak Mak Wan Kemangi. Bertuah badan kamu, Kembang Kemboja
dapat bersuamikan anak orang bangsawan, keturunan mulia. Kembang Melur akan
kujadikan hambaku seumur hidupnya! (BERBISIK) Hei, Kembang Melur! Kamu diam
jangan bercakap-cakap! Cepat sediakan juadah. Dah siapkan juadah, kamu duduk
diam-diam di sini. Biar Kembang Kemboja yang membawa semua hidangannya keluar!
(PAUSE).
W. KEMANGI: Wah! Cantik sungguh puteri tuan hamba, Kembang Kemboja! Rajin pula orangnya.
Tentu bertuah sesiapa saja yang memperisterikannya.
EFEK:
CAWAN DAN PIRING DISUSUN DI
LANTAI.
K. KEMBOJA: Silakan menjamah hidangan yang hamba sediakan, Mak Wan Kemangi.
GRAM: MUZIK.
CEMPAKA: (MARAH)
Tuan hamba memang membawa sial! Ke sini kamu, Kembang
Melur! Tadi bukan main sukacita hatiku menyangka Mak Wan Kemangi datang merisik
anakku. Rupa-rupanya hajatnya nak merisik kamu! Memang tidak berguna kamu ini!
EFEK: BUNYI PUKULAN DI TUBUH
BERTUBI-TUBI.
K. MELUR: (MENANGIS) Aduh sakitnya... Janganlah dipukul hamba, ibu...
CEMPAKA: (GERAM)
Hemmm! Sakit sungguh hatiku dengan kamu ini!
K. KEMBOJA: Tapi, ibu kan sudah tolak pinangan Mak Wan Kemangi tadi?
CEMPAKA: Tentulah
ibu tolak! Tidak mahu ibu melihat dia ni bersuamikan orang kaya. Lainlah kalau
anak ibu ini. Ibu katakan kepada Mak Wan Kemangi tadi, Kembang Melur sangat
pemalas dan tidak tahu
memasak.
Semua kerja di rumah ini, anak ibu seorang yang buat.
K. KEMBOJA: (KETAWA) Yang sebenarnya, tidak begitu, kan ibu… Saaayanggg ibu.
Kesian Mak Wan Kemangi, tertipu dia.
CEMPAKA: Biarkan
dia tertipu! Hendak sangat bermenantukan Kembang Melur...
Rasakan!
Tentu dia berfikir hendak bermenantukan kamu pula, Kembang Kemboja.
K. KEMBOJA: (BERBISIK) Ibu, ayuh kita berbicara di dalam kamar. Ada sesuatu yang
hendak kita katakan kepada ibu.
CEMPAKA: (BERBISIK)
Beritahu sajalah di sini, apanya? Kenapa mesti ke kamar pula?
K. KEMBOJA: (BERBISIK) Tidak boleh ibu…
Nanti didengar dek Kembang Melur apa yang kita bicarakan…
CEMPAKA: (MARAH)
Eh! Apa yang tuan hamba tercegat di situ lagi, Kembang Melur? Pergi tanak nasi dan
menggulai untuk makan malam kami!
K. MELUR: Baik, ibu Cempaka. Segera hamba kerjakan.
K. KEMBOJA: (SUARA PERLAHAN) Begini, ibu. Kembang Melur mesti segera
dihapuskan. Jika Kembang Melur telah tiada, tentulah Mak Wan Kemangi akan berpaling
kepada kita pula.
CEMPAKA: Bagaimana
caranya?
K. KEMBOJA: Semalam kita melihat Kembang Melur berlari-lari ke rumah setelah
mencari kayu api. Katanya menemui ular sawa di hutan. Kita berdua pergi tangkap
ular sawa itu, bawa balik ke rumah dan letakkan dalam kamar Kembang Melur. Biar
ular sawa itu membelit dan menelan
Kembang Melur!
CEMPAKA: Hmm,
bergeliga otak kamu!
GRAM: MUZIK.
CEMPAKA: Tuan
hamba selesaikan semua kerja rumah dan jangan ke hutan mencari kayu api. Aku
dan Kembang Kemboja akan ke sana mencari sesuatu untuk tuan hamba. Kami juga
sayangkan tuan hamba dan akan mencari hadiah istimewa untuk kamu.
K. MELUR: Terima kasih Ibu Cempaka dan Kembang Kemboja. Hamba sunggguh
berbesar hati. Tapi berhati-hatilah di
hutan sana, sebab ada ular sawa dan banyak binatang buas yang merbahaya.
CEMPAKA: Itu usahlah kamu khuartirkan. Tahulah kami menjaga diri.
GRAM: MUZIK.
EFEK: SUARA BEBURUNG BERKICAU DAN BUNYI
LOTONG.
K. KEMBOJA: Sudah lama kita berada di dalam hutan ini. Tapi apa yang kita cari
tidak juga ditemui. Hari pun semakin beransur senja. Ayuhlah kita pulang ibu.
Kembang Kemboja takutlah, ibu. Bimbang tersesat pula kita di hutan ini.
CEMPAKA: Eh, diamlah! Kita ini di dalam hutan mesti berhati-hati.
Sebentar lagi pasti kita temui apa yang kita cari.
K. KEMBOJA: Baiklah ibu. Tapi Kembang Kemboja takut…
CEMPAKA: Syhh... Tengok di sana. Ibu nampak ada ular sawa sedang tidur
di
bawah
pohon tembusu. Ayuh kita ke sana menangkapnya.
K. KEMBOJA: Err… Ibu jalanlah dahulu, Kembang Kemboja ikut dari belakang ibu.
CEMPAKA: Eh,
macam takut saja kamu ni? Bukankah ini rancangan kamu? Jangan takutlah, ibu
tahu cara nak mengawal ular tu dengan jampi. Nanti kamu buka karung ni luas-luas
supaya senang ibu nak masukannya. Kemudian diikat kemas-kemas supaya ular tu tidak terlepas.
K. KEMBOJA: Err… Ba… Baiklah, ibu.
CEMPAKA: Hah! Ibu sudah dapat tangkap. Cepat buka mulut guni luas-luas!
GRAM: MUZIK.
CEMPAKA: Nampaknya,
Kembang Melur tak ada di rumah. Agaknya dia di telaga sedang mandi. Mari cepat,
Kembang Kemboja, kita bawa karung guni
ini ke dalam biliknya.
K. KEMBOJA: Baiklah, ibu.
CEMPAKA: Kita
letak guni ini di sini. Tentu Kembang Melur teruja mahu melihat apakah isi guni
ini. Apabila dia buka sahaja tali pengikat karung, tentu ular sawa ini akan
membahamnya. (KETAWA)
K.KEMBOJA: (TURUT KETAWA) Dan akan tamatlah riwayat budak bedebah itu!
(BERBISIK) Eh, ibu! Itu Kembang Melur sudah balik.
CEMPAKA: Ke
mari tuan hamba! Ini, bersusah-payah
kami mencari hadiah untuk tuan hamba. Tapi kamu jangan buka lagi karung guni
ini. Kamu bukalah pengikat karung ini kala lewat malam nanti, tau. Lagipun
sekarang, kamu lagi sibuk mahu memasak makan malam, kan?
K. KEMBOJA: Err, apakah hadiahnya itu, ibu? Nampak besar sungguh isi guni ini…
CEMPAKA: (LEMBUT)
Usahlah banyak tanya. Ibu yakin, pasti kamu suka akan hadiah ini nanti.
(SEDIKIT KASAR) Sudah! Lekas ke dapur masak makan malam!
GRAM: MUZIK.
EFEK: SUASANA MALAM. BUNYI CENGKERIK
DAN BURUNG HANTU.
K. MELUR: Apa agaknya hadiah yang di dalam guni ini? Sekarang pun sudah
tengah malam… Biarlah aku buka pengikat karung ini… (PAUSE. NADA TERKEJUT) Hah!
Siapakah tuan hamba ini, berbusana indah laksana putera raja… tapi berada di
dalam karung guni pula?
I. SATRIA: (MELEPASKAN LELAH) Syukur beta terlepas dari kurungan ini. Lega
sekali. Paling bersyukur kerana bauan bunga melur pada diri tuan hamba yang
murni melunturkan sumpahan beta. Begitulah kata tabib istana beta. Seorang
tukang sihir wanita telah menyihirkan beta menjadi ular sawa kerana menolak
cintanya dan sangat iri kepada beta. Beta amat berterima kasih kepada kamu.
Beta akan membawa kamu pulang ke negeri beta, akan memperisterikan kamu dan
menabalkan kamu sebagai permaisuri negeri. Maka akan tertunailah hajat ibu
saudaramu yang ingin kahwinkan kamu dengan ular sawa. Sebenarnya mereka berdua
berniat jahat nak membunuh kamu!
K. MELUR: Apa? Oh… Hamba amat bersyukur yang tuanku bukanlah ular sawa
sebenarnya. Jikalau tidak, tentu hamba sudah mati malam ini. Tapi…
I. SATRIA: Beta faham, kita belum diijab kabul. Mustahil beta mahu
menceroboh kehormatan kamu. Biarlah hamba tidur di lantai sini. Kamu tidur di
atas katil. Beta masih perlu menghidu aroma bunga melur daripada tubuh kamu
sehingga ke subuh agar sumpuhan itu benar-benar lenyap.
K.MELUR: Jika
begitu, baiklah, tuanku.
GRAM: MUZIK.
CEMPAKA: Cepat
bangun, Kembang Kemboja! Hari sudah pagi. Ayuh kita tengok
apa
yang terjadi kepada Kembang Melur. Apakah sudah tamat riwayatnya dibaham ular
sawa itu.
K. KEMBOJA: (MENGUAP) Ayuh ibu. Tidak sabar rasanya kita nak tahu nasib
Kembang
Melur. (PAUSE) Eh, tidak ada sesiapa di sini, ibu! Agaknya ular sawa
telah menelannya dan kemudian keluar dari dalam bilik ini. Padan muka kamu,
Kembang Melur!
K. KEMBOJA & CEMPAKA: (KETAWA SUKA
HATI).
K. MELUR: Err, maafkan hamba…Ibu dan Kembang Kemboja di pintu bilik
hamba ni, mahu mencari hambakah? Tadi, hamba memberi ayam itik makan dan
mengutip bunga melur.
CEMPAKA: (TERKEJUT)
Kamu masih hidup? Tidak mati ditelan ular sawa?
K. MELUR: Mati? Syukur, hamba masih hidup. Terima kasih sebab Ibu
Cempaka berikan hamba suami seekor ular sawa yang baik. Lihat di muka pintu
depan, itulah bakal suami hamba.
I. SATRIA: Ya, betalah Indera Satria, raja negeri Terbit Suria... Sang
ular sawa yang tuan hamba tangkap untuk dijadikan hadiah kepada Kembang Melur.
K. KEMBOJA & CEMPAKA: (SAMA-SAMA
TERKEJUT) Apa?
SYAIR: Kembang
Melur dan Indera Satria,
Kini
mereka hidup bahagia,
Dahulu
derita akhirnya ceria,
Jadi
permaisuri di Terbit Suria.
Demikian
kisah gadis yang tabah,
Sentiasa
sabar tidak gelabah,
Warna
hidupnya telah berubah,
Kepada
raja bersimpuh sembah.
GRAM: MUZIK PENUTUP.
JURUHEBAH: Demikian Purbawara dengan kisah “KEMBANG MELUR” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor.
PELAKON:
1.
……………………………...………………………………………..
2.
……………………………...………………………………………..
3.
……………………………...………………………………………..
4.
……………………………...………………………………………..
. 5. ……………………………...………………………………………..
PENYAIR:
…………………………………………………………….
Purbawara
khazanah seni warisan bangsa, diterbitkan oleh ZURAIDAH MOHD NOR.