AL-FATIHAH..DARIPADA-NYA KITA DATANG KEPADA-NYA KITA KEMBALI
Anggota terbabit, Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.
Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
SERDANG - Enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang lemas sewaktu operasi pencarian dilihat bergelut di kawasan pusaran air yang deras sebelum peralatan menyelam berputar dan gagal keluar dari pusaran.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid berkata, dalam operasi pencarian remaja lelaki yang terjatuh ke dalam lombong, pasukan penyelamat yakin mangsa mungkin berada di kawasan pusaran air.
"Mereka percaya mangsa mungkin berada di kawasan satu pusaran air, jadi sebab itu mereka pergi ke situ dan menyelam ke dasar.
"Kemudian mereka dilihat bergelut dengan arus deras yang menyebabkan mereka berpusar sekali dengan peralatan, menyebabkan mereka tidak boleh keluar dari pusaran itu.
"Anggota lain yang berada di tebing kemudiannya berusaha cuba mengeluarkan mereka dan membawa naik ke darat sebelum diberikan rawatan kecemasan, malangnya kesemua mereka disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita di Hospital Serdang.
Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin serta Adun Balakong, Wong Siew Ki.
[ARTIKEL BERKAITAN: Enam anggota bomba lemas di lombong]
Selain itu, Mohammad Hamdan tidak menolak hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan pusaran air serta arus deras di lombong berhampiran Taman Putra Perdana itu.
Namun, katanya siasatan lebih terperinci akan dilakukan oleh pihaknya.
Sementara itu, Mohamad Hamdan mengesahkan operasi pencarian mangsa lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong masih diteruskan.
"Pasukan kita masih berada di lokasi dan operasi pencarian akan diteruskan," katanya.
Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat
ReplyDeleteAl-Fatihah
TKSH WP AL-FATHAH AMIIN
DeletePertiwi yang gugur ini perwira negara..semoga Allah ampunkan mereka dan ditempat kan di sisi orang orang beriman di alam barzak. Ada orang Sabah gugur
ReplyDeleteMoga Allah hadiahkan mereka syurga yang terindah..Allahu.
ReplyDeleteAl Fatihah.
Cheq tengok berita ni di tv semalam, sedih sangat. Innalillah..semoga ruh mereka dicucuri rahmat. Takziah kepada keluarga mereka semua...
ReplyDeletemereka mati syahid. sedih sangat2 apabila membayangkan sy berada di dlm situasi mereka. kehilangan ahli keluarga tersayang secara tiba2.
ReplyDeleteAl-fatihah..semoga roh2 mereka ditempatkan bersama mereka yg beriman & beramal soleh...
ReplyDeletesedih mengenangkan keluarga & anak2 yg masih kecil..semoga mereka tabah..
Innalillahiwainnailaihirojiun.. salam takziah buat semua keluarga mangsa. Sedih.
ReplyDeleteAl Fatihah.
TKSH CKGU ETUZA SYUHADA AHLI SYURGA BUNGA BANGSA YG GUGUR DEMI NEGARA
ReplyDeletepergi mereka dgn title syahid... al-fatihah...
ReplyDelete