karya ku : paridah ishak

Sunday, 30 September 2018

ANEKDOT..

ASSALAMUALAIKUM...



Kata ibunya, "Tak payahlah kau berkahwin dengan dia sebab mak rasa dia ni tak berapa ok hendak diadikan isteri. Tak ingat ke dulu sewaktu kita sibuk-sibuk buat persiapan nak pergi meminang dia, dia boleh kata tak payah...sedangkan dia yang beria-ia meminta kita masuk meminangnya. Ini setelah dia putus dengan kekasih barunya dia datang pula mencari awak menagih cinta kononnya tak mahu kehilangan awak. Kecurangannya pada awak dulu apa maknanya. Mak dengar awak pun sudah ada pengganti dia...takkan nak tinggalkan sidia untuk berbalik dengan kekasih lama...tak masuk akal langsung..." Tapi anak itu tetap berkhwin dengan pilihannya dan ibunya merelakannya demi kebahagian anaknya itu.

2.  Seorang putera raja yang dikenali seluruh dunia memilih menikahi kekasih lamanya yang sudah ganyut dan pudar kecantikannya walhal sang putera boleh memilih puteri-puteri cantik daripada golongan bangsawan ternama sehingga sanggup mengenepikan hak merajai kerajaannya kerana pilihannya itu melanggari adab dan undang-undang beraja kerajaannya. Tentu saja tindakan sang putera menerima protes dan bantahan daripada seluruh keluarganya. Demi cintanya dia rela apa saja.

Namun yang berlaku tetap berlaku. Sesungguhnya jodoh pertemuan dan segala-galanya adalah hak Allah yang mengaturnya. Siapa kita hendak mempertikaikannya.

Posted by paridah at September 30, 2018 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ANEKDOT

Saturday, 29 September 2018

PUISI KUATRIN...

ASSALAMUALAIKUM


JOM BELAJAR MENULIS PUISI KUATRIN BERSAMA  SIFU TABIR ALAM...PI PUN MASIH TERKIAL-KIAL MEMAHAMINYA...SERANGKAP PUN BELUM LULUS LAGI...TAPI TETAP BELUM PATAH SEMANGAT UNTUK MEMPELAJARINYA.

Tabir Alam
September 15 at 12:16 AM
SUARA HATI
Kuatrin - adalah rangkap empat baris dengan rima akhir a-b-a-b, tapi isi ceritanya berterusan, tanpa sampiran. Ianya bahagian dari puisi soneta yang dinukilkan tersendiri.
Kepada penulis yang pernah mengikuti "Alegori - Projek Soneta" akan biasa dengan binaan rangkap kuatrin. Rangkap kuatrin adalah sama seperti rangkap kuatrin soneta.
Penulis bebas memilih tajuk kuatrin tentang sesuatu isu yang melibatkan perasaan. Sila hantar TIGA buah puisi kuatrin ke laman grup ini. Hantar lima rangkap kuatrin bagi sesuatu tajuk. Letakkan nombor urutan bagi setiap rangkap.
Peraturan menukil kuatrin terikat pada yang termaktub dengan penulisan SPTA. Pastikan kuatrin dibina dengan rima sempurna.
Contoh rangkap kuatrin:
Pahlawan hati, aduhai abah
selalu ada di relung kalbu
semangat abah tak mudah rebah
menjaga kami bersama ibu
Posted by paridah at September 29, 2018 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi

Friday, 28 September 2018

ASYURA KELANTAN...

Asslamualaikum

SALAM JUMAAT MULIA

MUHARAM BELUM BERAKHIR...MASIH RAMAI YANG MERAIKAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH DENGAN MENGACAU BUBUR ASYURA....ASYURA DI SINI ADA YANG RASA MANIS DAN PEDAS...TERPULANG KEPADA CITARASA MASING-MASINGLAH KAN.
PI SUKA JE KEDUA-DUANYA.

MEMANG BERBEDA RASA TAPI SEDAPNYA TAK TERKATA.

HENDAK MENGACAUNYA PUN MENGAMBIL MASA BERJAM-JAM LAMANYA. APALAGI KALAU BUBUR YANG DIPERBUAT DARIPADA BERAS DAN BUKAN TEPONG BERAS

Sejam setengah mengacau...steady lagi ni..
Sekarang dah 3 jam 20 minit..pukul 12.15 siaplah, insya-Allah.
Catatan sahabat penulis Jamilah Harun yang mengacau setengah kilogram beras untuk dijadikan asyura.
Kalau ikut resepi kat bawah ni kena siapkan kawah dan beramai mengacaunya.
Pic Jamilah Harun (c)

Hasil mengacauAsyura Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
7 kg beras 
5 kg santan
30 biji telur
20 keping gula Melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging - rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:
3 kg santan
1 kg rempah asyura
Bahan kisar di bawah

Bahan goreng dan Kisar:
1.5 kg bawang merah
6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas

Cara cara:
Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.

Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus dikacau.

Masukkan santan, kacang kacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan terus dikacau.

Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga naik minyak dan berkilat. 
Bolehlah tutup api. Ceduk ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik dengan daun pisang. 

Posted by paridah at September 28, 2018 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: RESEPI MUDAH

Wednesday, 26 September 2018

GABRIEL KIMJUAN...

ASSALAMUALAIKUM

SAHABAT FB PI GABRIEL KIMJUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN YANG MASIH MUDA TAPI AMAT PROLIFIK BERKARYA...SETIAP MINGGU ADA SAJA KARYANYA YANG DISIAR AKHBAR TEMPATAN DI SEMENANJUNG ATAU DI SABAH, SERAWAK....RAJIN SUNGGUH BERKARYA WALAU SIBUK BERTUGAS DI LABUAN SHIPPING YARD.

SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRANNYA DIDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAANNYA DI DALAM BIDANG YANG DICEBURINYA BERTERUSAN


Posted by paridah at September 26, 2018 11 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Salam

Tuesday, 25 September 2018

SAYEMBARA MENULIS PUISI..

ASSALAMUALAIKUM

 JOM RAMAI-RAMAI SERTAI SAYEMBARA MENULIS PUISI ANJURAN DBP WILAYAH UTARA....IKUT SYARATNYA MESTI MEREKA YANG BERADA DI PERAK, PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS...ATAU MEREKA YANG LAHIR DI NEGERI TERSEBUT.
HADIAHNYA LUMAYAN JUGA....JADI TAK RUGI MENCUBA.
MENGHARAPKAN KEMENANGAN TANPA MENYERTANYA MANA BISA DONG!


Posted by paridah at September 25, 2018 12 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN

Monday, 24 September 2018

SYAIR BUNGA RAYA.

ASSALAMUALAIKUM.


PIC GOOGLE(c)



SYAIR BUNGA RAYA BUNGA NEGARA

Bunga raya disyair mencerah,
mekarnya indah merona merah,
tumbuh merata liar selerah,
di ceruk kampung rata daerah.

Menghijau subur tegak merendang,
seri suasana sejauh pandang,
rona meriah sukar terhadang,
meski terlantar di pinggir  padang.

Bunga raya tingginya separa,
tumbuhan herba mengubat dura,
mengurai sakit duka dan lara,
demam dihidap sembuh segera.

Akarnya kukuh mencengkam tanah,
mengelak hakis pemusnah ranah,
dihembus ribut masih tak punah,
banjir melanda renda sakinah.

Bunga raya bunga kebangsaan,
pilihan tepat Tunku Abd.Rahman,
bukan semata puspa pilihan,
hikmah firasat dalam renungan

Bunga raya melambang semangat,
bersatu erat teramat sangat,
berganding tangan jatuh keringat,
warga negara mutu menyengat.

Berakhir syair mencitra bunga,
Indahnya agum hingga terpinga,
lupa penganan dalam belanga,
anugerah Allah hamba ternganga.

PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol.
PAHANG 
Posted by paridah at September 24, 2018 18 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puisi

Saturday, 22 September 2018

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU,,,SUDAH MASUK KE DAPUR UNTUK HIDANGAN TENGAH HARI  KELUARGA
PI KALAU MEMASAK SIMPLE SAJA...ADA NASI... IKAN GORENG, ULAM ATAU SAYURAN, SAMBAL DAN SEJENIS LAUK BERKUAH SEPERTI GULAI/SAMBAL TUMIS,,SEJENIS SAJA
SUDAH MEMADAI...SEDAP SANGAT TU...TAMBAH ADA MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API

Resepi udang galah masak lomak cili api nangka muda.. (resepi salwa abu bakar)
1 ulas bawang merah (blend) 
3 ulas bawang putih (blend)
1 inci halia(blend)
10-15 biji cili padi merah+ijau(ikut pedas masing2)(blend)
Serbuk kunyit secukupnya
3 batang serai
1 bungkus kecik santan asli
3 keping asam keping
3 keping nangka muda(potong dan rebuskan dahulu)
Udang galah/biasa secukupnya
Daun kunyit sehelai(xde xpe)
Garam dan perasa
Tumis tanpa minyak.. Bahan2 yang blend tadi..masukkan serbuk kunyit ikut suka.. Masukkan serai ..masukkan nangka muda yang da direbus bersama asam keping. Masukkan santan.. Last sekali masukkan udang dan daun kunyit.. perasakan garam sume.. Siap!!!


Posted by paridah at September 22, 2018 9 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: RESEPI MUDAH

Wednesday, 19 September 2018

KOTA BUKU...

ASSALAMUALAIKUM...



Insya Allah, tak sampai seminggu lagi. 

Kumpulan penulis baharu akan dilatih di tingkat 24, Maju Tower di Perbadanan Kota Buku, Kuala Lumpur.

Inilah Kota Buku

Anda orangnya yang mahu menulis buku pertama?
Kali ini kecil sahaja.
Tak melebihi 20 orang.
Saya akan kendaikan sesi menguasai cara menulis buku umum yang mendekati pembaca.
Saudara pulang dengan satu bab yang diperbaiki dan senarai lengkap bab-bab buku.
Duduk di rumah sudah boleh siapkan. Insya-Allah

Tiba-tiba
Kemudian dua orang penggerak dunia buku rasa sakit perut.

Mereka mahu beri panduan terbaharu.

Mereka dapat sepanjang festival penulis dan acara pelesenan karya di luar Malaysia.

Saya buat keputusan pagi ini.

Saya beri 'nasi tambah' yang membuka selera melalui dua tajuk tambahan untuk anda.

Saya minta maaf, kerana beri lebih. Sebab mimpi anda bukan cap ayam.

Topik nasi tambah pertama;
Bagaimana para pengarang terlaris bekerja dan kita jadikantemplate kerja kita.
Disampaikan oleh cikpuan Azzah Abdul Rahman

Dia mewakili Gerakan Penulis Malaysia Mymove.

Minggu lalu, dia bertemu tiga pengarang besar di Indonesia.
Selepa situ kita belajar agar buku pertama anda berbaloi.

Pegawai harta intelek dan hak cipta Kota Buku, Tuan Aliff Basri akan beri panduan.


Ya, lelaki di sebelah kiri dalam foto.
Itu gambar dia bertemu Yosef Smyth dari United Kingdom untuk kerja-kerja melesenkan buku ke negara lain.

Kenapa saya bawa dia?

Dia akan beri maklumat cara penulis baharu dapat menyediakan diri dan karya menjadi pilihan penerbit luar negara.

Apa yang menarik!
Tuan Aliff membantu mewakili sejumlah besar hasil buku peserta bengkel ini.

Dia bawa judul-judul ke luar negara untuk usaha melesenkan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Mereka mahu berkongsi dengan anda pada hari Sabtu ini.

Tapi malangnya.
Hidangan nasi tambah seperti ini tak berlaku selalu. 
Jika terlepas?

Maka terlepaslah.
Sekiranya saudara mahu hadir, klik link di bawah sekarang.
Orang lain dah bertindak. 

Tinggal lapan tempat sahaja tinggal.
Klik di bit.ly/kotakubuku
Klik di bit.ly/kotakubuku
Klik di bit.ly/kotakubuku

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite
ReplyForward
Posted by paridah at September 19, 2018 13 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN

Tuesday, 18 September 2018

MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM...

ASSALAMUALAIKUM...



KALAU ADA YANG BERMINAT MENULIS MENGGUNAKAN FRASA BAHASA MELAYU KLASIK INDAH BERIMA CUBA-CUBALAH MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM ...DAH PENAT TULIS HANTARLAH KE KLASIK FM...LUMAYAN JUGA BAYARANNYA...TAK RUGI  MENCUBA IDE

FORMATNYA MESTI ADA SINOPSIS RINGKAS
SENARAI WATAK
MUSIK PEMBUKA
EFEK: JIKA DIPERLUKAN
6 BUAH SYAIR
2 BUAH SYAIR PERMULAAN PURBAWARA
2 BUAH SYAIR PERTENGAHAN PURBAWARA
2 BUAH SYAIR DI AKHIR PURBAWARA

13 MUKA SURAT KESEMUANYA TERMASUK DIALOG DAN HEBAHAN JURU HEBAHNYA...PI KONGSIKAN SEDIKIT SKRIP AWAL DAN AKHIRNYA.


RANCANGAN: PURBAWARA.
PENERBIT:        ZURAIDAH MOHD NOR.
TAJUK:               ANGGERIK RIMBA.
PENULIS:          PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT:          
K/P:                
HP/ E-MEL:        
AKAUN BANK:       


                           
PELAKON:        1.  ………………………….......... sebagai PUTERI ANGGERIK.
                            2. ………………………….......... sebagai KELANA.
                            3. ………………………….......... sebagai IBU.
                            4. ………………………….......... sebagai SULTAN RIMBA PURA .
5. ………………………….......... sebagai BUNGSU.

                           
EFEK:                 1.  SUARA BURUNG BURUNG BERKICAU
2.  BUNYI TANGISAN HALUS
                            4.  SUARA BEBURUNG BERKICAU DAN BUNYI LOTONG.
5. SUASANA MALAM. BUNYI CENGKERIK DAN BURUNG HANTU.
6. SUARA BACAAN YASIN BERAMAI
                           
SINOPSIS:         
Kelana mengerjakan kebunnya dan menemui pohon anggerik yang berbunga cantik. Dibawanya pulang

 GRAM:              MUZIK PENGENALAN
JURUHEBAH:   Wahana citra warisan bangsa, dipersembahkan dalam Purbawara. (PAUSE) Purbawara dengan kisah “ANGGERIK RIMBA” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “ANGGERIK RIMBA”.
SYAIR:          

 GRAM:              MUZIK PENUTUP.
JURUHEBAH:   Demikian Purbawara dengan kisah “ANGGERIK RIMBA” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor.
PELAKON:
                            1. ……………………………...………………………………………..
                            2. ……………………………...………………………………………..
                            3. ……………………………...………………………………………..
                            4. ……………………………...………………………………………..
.                           5. ……………………………...………………………………………..
                            PENYAIR: …………………………………………………………….
Purbawara khazanah seni warisan bangsa, diterbitkan oleh ZURAIDAH MOHD NOR
Posted by paridah at September 18, 2018 17 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN

Sunday, 16 September 2018

A BLONDE JOKE...

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI MALAYSIA



A blonde gets a job as a physical education teacher for 16 - 18 year olds.

She notices a boy at the end of the field standing alone, while all the other kids are running around having fun, kicking a football.

She takes pity on him and decides to speak to him.

"Are you okay?" she asks.

"Yes," he replies.

"You can go and play with the other kids, you know," she says.

"It's best I stay here," he says.

"Why's that, sweetie?" asks the blonde..

The boy looks at her incredulously and says:

“Because I'm the goal keeper !!!"


Share WHATSAPP PUNGUT
Posted by paridah at September 16, 2018 20 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: SENYUM SIKIT.

Saturday, 15 September 2018

JOHNNY KINTAH RAJA PANTUN RIP..

ASSALAMUALAIKUM

PI BARU MENERIMA KHABAR DARIPADA PENULIS SABAH GABRIEL KIM JUAN BAHAWA SAHABAT FB KAMI IAITU JOHNY KINTAH TELAH MENINGGALDUNIA KERANA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA...MENURUT SAUDARANYA JOHNNY DILANGGAR LORI....SADIS KEJADIANNYA....PI AMAT BERDUKACITA.
BELIAU BEKERJA DI KL DAN BERASAL DARI TAMPARULI SABAH.

MENDIANG INI SANGAT BAIK DAN BERBUDI BAHASA....SEORANG YANG SANGAT BERBAKAT MENUKIL PANTUN-PANTUN YANG INDAH..

JOHNNY SERING MENGUSIK PI DENGAN KOMENNYA PI INI RATU SENI  DAN PI MENGATAKANNYA RAJA PANTUN PULA.

KINI HANYA TINGGAL KENANGAN ABADI SELAGI ADA HAYAT....MOGA DAMAILAH JOHNNY DI SANA.
TAKZIAH KEPADA KELUARGANYA.


HAIGA SIFU TABIR ALAM

Posted by paridah at September 15, 2018 9 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Salam

Friday, 14 September 2018

CERTOT

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


@DrMazliMalik
#Sayangi Malaysiaku
#Malaysia Membaca
#Certot Sayangi Malaysiaku
Sayangilah Malaysia setulus hati. “Hubbul watan minal iman.”; cintai negara sebahagian dari iman. Justeru inilah nusa tanah kelahiran kita yang dipusakai sejak berzaman warisan moyang kita. Negara indah yang termaktub dari Perlis hingga ke Sabah. Tidak mampu kita untuk kehilangan tanah bertuah ini.
Sudah enam dasawarsa ulang tahun merdeka. Tidak semuanya menyedari pentingnya kemerdekaan negara tercinta lantaran tidak turut merasai jerih perih datuk/nenek kita berjuang memperolehinya.
Sejarah perlu disemak dan ulang baca agar kita sentiasa berpijak di bumi nyata; mengenang budi dan menghargai pejuang-pejuang bangsa yang berjaya mewariskan kepada kita sebuah negara merdeka.
Bagaimana jikalau kita tidak bernegara? sedihkan. Terbayang di mata kita kesengsaraan Rohingya. Myanmar tidak mahu mengaku rakyatnya dan Bangladesh menolak kehadiran mereka walau kononnya asal usul mereka dari sana.
Sebelum kita kehilangan negara tercinta pastikan hak kita tidak dirampas sesiapa. Negara perlu ditadbir-urus sebijaknya. Pimpinan rakyat yang terpilih wajib memegang kukuh amanah yang diberi.
Panji-panji atau bendera Jalur Gemilang dikibar tinggi lambang sebuah negara. Pembakar semangat warga dalam apa saja bidang yang diceburi untuk memajukan diri demi kemajuan negara.
Lagu Kebangsaan Negara Ku dinyanyikan luahan hati tanda cinta kita kepada negara bersalut semangat patriotisma sebagai warga sebuah negara Malaysia yang berdaulat.
Posted by paridah at September 14, 2018 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AKTIVITI PENULISAN
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

MyBloglist

  • ETUZA
    Kehadiran Mereka Memeriahkan Majlis. - *Kehadiran mereka ini memeriakan majlis kami * Asalamualaikum dan salam sejahtera. Kembali dalam pena blog yang kian bersawang ini. Rindu juga sebenarny...
    21 minutes ago
  • Hans
    Konsert We 4U2C 'Comeback' Kumpulan 4U2C Untuk Peminat - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, baru-baru ini Hans telah menghadiri majlis p...
    1 hour ago
  • Anies♥You
    Tastefully Yours - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ *Sinopsis*: terdesak untuk dapatkan tiga bintang untuk restorannya, Han Beom-woo sanggup menipu dan mencuri resepi darip...
    1 hour ago
  • Jom Senyum Bersama Aku Penghibur
    Pentingnya Memilih Jodoh yang Tepat - *Menanti dengan Bijak: Pentingnya Memilih Jodoh yang Tepat* Dalam hidup ini, kita sering dikejar masa. Lulusan awal mahu segera bekerja. Yang bekerja ...
    2 hours ago
  • orangbukit
    WW #43 : Banting & Jenjarom - Dua bandar di daerah Kuala Langat, Selangor
    2 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Segerakan Perkahwinan Anak Bila Ada Yang Meminang - Kepada mak & ayah 1. Anak anak nak kahwin, kalau calon yang datang tu bagus, segerakan perkahwinan mereka. 2. Mudahkan walimatulurus anak anak, jangan ...
    5 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Tips Melegakan Batuk untuk Orang Dewasa - Batuk merupakan salah satu simptom biasa yang sering dialami oleh orang dewasa, terutamanya apabila cuaca berubah atau apabila sistem imun tubuh menja...
    5 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Bienvenido al Hotel Abades Loja - Welcome to Hotel Abades Loja - Bismillahirrahmanirrahim. Apabila perut sudah kenyang, badan pula letih! Nak buat apa? Tentulah hendak berehat. Campakkan beg, dan campakkan diri atas kat...
    17 hours ago
  • SAJE SUKA-SUKA
    Segmen : Apa ChatGPT kata tentang blog saya - Assalamualaikum, Aku nampak kat blog Sha segmen apa chatgpt kata tentang blog anda. eh macam menarik je. Jadi apa lagi zasss kita pi kat blog tuan pun...
    1 day ago
  • DANA
    NASI DAGANG - Assalamualaikum semua, Nasi dagang antara makanan kegemaran aku sejak kenal menu ini. Nasi dagang paling sedap tentu yang mak mentua aku masak heheheh. ...
    1 day ago
  • MRS.A my blog my stori
    Pergi Tak Kembali - Bismillahhirahmannirrahim. As Salam and greetings to dear readers. *Pergi Tak Kembali. *Jumaat 20 Jun 2025 genap 63 hari arwah Along Mrs. A pergi meninggal...
    1 day ago
  • anajingga
    Vivo Pizza kini di Temu Elmina, Elmina, Shah Alam - Kak ana ada menerima jemputan untuk mempromosikan pembukaan baru outlet Vivo Pizza di Elmina, Shah Alam. Ingatkan lokasi nya di Elmina Lakeside rupanya bu...
    1 day ago
  • Warisan Petani
    Matahari, Sungai, Rumput dan Rina - Salam bertani Salam bertani.
    3 days ago
  • Kembara Mencari Hamba
    Misi Korban di Lombok 2025- Bahagian 3: Di Antara Darah yang Mengalir dan Doa yang Menyatu - Pagi itu, matahari Lombok terbit perlahan, malu-malu memancar di celah awan yang bersulam emas. Udara desa masih segar, dengan aroma rumput basah dan ba...
    3 days ago
  • //Perdu Cinta
    SATU KELUARGA SATU PAKEJ - * SATU KELUARGA SATU PAKEJ* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. KEGILAAN YANG TERSENDIRI. KEGILAAN APA?. Apa s...
    3 days ago
  • Hikayat Budak Pening
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya - Kali ni saja aku nak try buat satu segmen blogger. Tapi nak bagitau siap-siap, segmen ni tak ada hadiah. Sekadar suka-suka je. Bonus point bagi blogger y...
    1 week ago
  • Cheq Pi Mana
    Pekena Sandwich Goreng Berintikan Hirisan Ayam dan Keju - Salam semua! 🙋🏻‍♀️✨ Hangpa pernah* try *makan *sandwich *goreng dak? Bunyi dia macam agak pelik kan, boleh membuatkan kita terpikiaq macam: "laah, tak ...
    1 week ago
  • #JM2U - BLOG LIST
    Cooltopia - Cooltopia ialah satu siri air penyejuk berperisa oleh jenama Three Legs, yang terkenal untuk melegakan "kepanasan" (keadaan ketidakselesaan akibat haba yan...
    1 week ago
  • Dunia dari Dapur Kak Jee
    SALAM AIDIL ADHA -
    2 weeks ago
  • Anakdenesor
    Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...
    3 weeks ago
  • Blog
    Creating Innovators - Akhirnya setelah beberapa lama, saya berjaya khatam bacaan buku bertajuk Creating Innovators tulisan Tony Wagner. Buku tersebut antara national bestsell...
    3 weeks ago
  • Dunia Zumal
    APLIKASI INFO GEMPA BUMI DUNIA - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Zumal muncul lagi untuk nukilan seterusnya. Dalam tulisan ini Zumal ingin menyatakan kebimbangan tentang gemp...
    1 month ago
  • SEMUT SENYUM
    Lebih Sedekad Krisis Air Di Selangor - Air merupakan perkara asas kehidupan. Kalau terjejas, memang akan terjejas jugalah rutin hidup. Boleh jadi stress dibuatnya. Krisis air di Selangor ni m...
    1 month ago
  • Khir Khalid
    Jurnal 1 Syawal Hari Raya Aidilfitri 2025 - Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025! Kelapangan masa menulis, saya terpanggil berkongsi jurnal 1 Syawal 2025 pada catatan artikel kali ini...
    2 months ago
  • dorsett pink
    Bye-Bye My Proton Persona - Assalamualaikum korang. Salam Ramadhan. Hari ini 24 Mac 2025, aku baru nak start menulis di tahun 2025 bagi Blog* dorsettpink.com* . huhu... Lambat nya....
    3 months ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...
    3 months ago
  • Sweet Memory
    Kenangan... - Kita tidak mampu untuk mencatat setiap apa yang berlaku sehari dalam hidup ini. Setiap saat akan ada saja perkara-perkara yang terjadi... dan pastinya ap...
    3 months ago
  • EJULZ
    Giveaway Kerajaan Kelapa - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua.. Jom kita sama2 memeriahkan GA Cuya.. Klik banner kat atas untuk join.. Cepat2!!! Dah na...
    3 months ago
  • CAHAYA HIDUPKU
    SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...
    1 year ago
  • ❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤
    Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...
    1 year ago
  • MK Collections...
    Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......
    1 year ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*
    1 year ago
  • ..............warna warni hidupku..............
    W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...
    1 year ago
  • Cerita Vitamin Wawa
    Awal Muharram - Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah - Assalamualaikum wbt, Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2023 bersamaan dengan 1 Muharram 1945H jatuh pada...
    1 year ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...
    1 year ago
  • ! ! Nick Nashram ! !
    Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...
    1 year ago
  • Tiga Lalat
    NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...
    2 years ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...
    3 years ago
  • abuya's nag
    HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...
    3 years ago
  • SILAHHASSY
    Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...
    3 years ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...
    4 years ago
  • Hasliynda-Umairah Beauty
    Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...
    4 years ago
  • senyum-senyum
    VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...
    4 years ago
  • CORETAN HIDUP
    Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...
    4 years ago
  • DesaCilembu
    Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...
    4 years ago
  • sobriyaacob.com
    Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...
    4 years ago
  • Cikgu Badarudin
    - Gambar Google Assalamualaikum dan Salam Sayang Kali ni nak kongsikan tips agar anak-anak tidak mudah lupa apa yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. S...
    4 years ago
  • Jari Manis : Travel List
    Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...
    5 years ago
  • Krik Krik Krik
    Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...
    5 years ago
  • Pangkin Nenek.
    Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...
    5 years ago
  • Kaki Travel: From Malaysia to the World with Khairuddin
    Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...
    5 years ago
  • Happy Irfa
    2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...
    5 years ago
  • ZULHILMI TEMPOYAK
    MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...
    5 years ago
  • Catatan Seorang Syed
    REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...
    5 years ago
  • Di Jari Pena Menari
    Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...
    5 years ago
  • Dunia Sementara Acikidah
    Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...
    6 years ago
  • Khir Khalid
    Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...
    6 years ago
  • Bicara Kak Noor
    Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...
    6 years ago
  • White Barley
    WW#29 Doa Pergi Bekerja - Assalamualaikum Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup kita....aamiin.
    6 years ago
  • **Dari Hati Bunda**
    Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...
    7 years ago
  • Bila Jemari Menari
    Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...
    7 years ago
  • THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA
    Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...
    7 years ago
  • ! ! Rencah Kehidupan ! !
    Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...
    7 years ago
  • ShamDiSini
    41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...
    8 years ago
  • TITISAN NURANI
    Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...
    8 years ago
  • BinMuhammad
    10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...
    8 years ago
  • Anak Kuala
    Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...
    8 years ago
  • Faarihin Talip's Blog
    "Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...
    8 years ago
  • belajar untuk sabar
    ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA
    8 years ago
  • Mizz Aiza
    Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...
    9 years ago
  • Coretan Hati Ibu [dot] Com
    Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...
    9 years ago

Followers

hargai masa anda

  Kuala Lumpur Time

Entri Popular

  • ATASI KETAKUTAN PABILA SENDIRIAN...
    ASSALAMUALAIKUM... Kadangkala kita sendirian. Dan kesunyian memerangkap kita dengan ketakutan melampau. Normallah tu. bukan aneh pun. Namu...
  • LAMAN DAN SERAMBI MELERAI SEPI...
    ASSALAMUALAIKUM.. SEKETIKA REHATKAN DIRI DI SERAMBI SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ORKID-ORKID YANG SEDANG GALAK BERKEMBANG. ORKID VANDA, D...
  • PANTUN-PANTUN PERBIDALAN...PAK ENGKU.
    ASSALAMUALAIKUM... CORAT-CORET PAK ENGKU.. PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU... SIANG BELANTUK LETAK DI BOKOR, DICINCANG PUTUS SI UB...
  • BUNGA-BUNGA HARUM....JOM BUAT MINYAK WANGI SENDIRI...
    ASSALAMUALAIKUM... BANYAK JENIS BUNGA-BUNGA YANG AMAT HARUM TERDAPAT DI NEGARA KITA DAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT MINYAK WANGI S...
  • MEE LADNA SEDAP...
    ASSALAMUALAIKUM... KITA TIDAK PERLU MAKAN NASI SETIAP HARI TETAPI BOLEH SELANG SELIKANNYA DENGAN MAKANAN YANG MENGENYANGKAN SEPERTI MEE, M...
  • POKOK LETUP KELAMBU...
    ASSALAMUALAIKUM... PIC GOOGLE IMAGES KENAL POKOK LETUP KELAMBU KE?...BUAHNYA KALA MASAK MANIS JUGA RASANYA...SEDAP DIMAKAN....RUPANYA ...
  • NASI GORENG SOTONG.
    ASSALAMUALAIKUM... MUSIM RAYA HAJI NI MEMANG BANYAK DAGING KURBAN YANG DISIMPAN DALAM PETI AIS JADI BOLEH DIGUNAKAN MENGIKUT KEPERLUANNYA ...
  • TIPS MENGGALAK ORKID BERBUNGA
    ASSALAMUALAIKUM... Tips agar orkid  berbunga Penyebab orkid/anggrek malas berbungga; 1. Stres karena di pindah pindah anggrek aka...

Blog Archive

  • ►  2025 (144)
    • ►  June 2025 (23)
    • ►  May 2025 (29)
    • ►  April 2025 (15)
    • ►  March 2025 (23)
    • ►  February 2025 (25)
    • ►  January 2025 (29)
  • ►  2024 (262)
    • ►  December 2024 (25)
    • ►  November 2024 (20)
    • ►  October 2024 (20)
    • ►  September 2024 (24)
    • ►  August 2024 (18)
    • ►  July 2024 (24)
    • ►  June 2024 (27)
    • ►  May 2024 (21)
    • ►  April 2024 (20)
    • ►  March 2024 (25)
    • ►  February 2024 (18)
    • ►  January 2024 (20)
  • ►  2023 (215)
    • ►  December 2023 (20)
    • ►  November 2023 (16)
    • ►  October 2023 (23)
    • ►  September 2023 (19)
    • ►  August 2023 (24)
    • ►  July 2023 (23)
    • ►  June 2023 (12)
    • ►  May 2023 (18)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  March 2023 (18)
    • ►  February 2023 (13)
    • ►  January 2023 (19)
  • ►  2022 (209)
    • ►  December 2022 (16)
    • ►  November 2022 (16)
    • ►  October 2022 (18)
    • ►  September 2022 (10)
    • ►  August 2022 (17)
    • ►  July 2022 (12)
    • ►  June 2022 (21)
    • ►  May 2022 (12)
    • ►  April 2022 (21)
    • ►  March 2022 (21)
    • ►  February 2022 (21)
    • ►  January 2022 (24)
  • ►  2021 (226)
    • ►  December 2021 (12)
    • ►  November 2021 (15)
    • ►  October 2021 (17)
    • ►  September 2021 (21)
    • ►  August 2021 (19)
    • ►  July 2021 (22)
    • ►  June 2021 (23)
    • ►  May 2021 (20)
    • ►  April 2021 (18)
    • ►  March 2021 (20)
    • ►  February 2021 (18)
    • ►  January 2021 (21)
  • ►  2020 (323)
    • ►  December 2020 (22)
    • ►  November 2020 (23)
    • ►  October 2020 (30)
    • ►  September 2020 (27)
    • ►  August 2020 (28)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (27)
    • ►  May 2020 (30)
    • ►  April 2020 (30)
    • ►  March 2020 (25)
    • ►  February 2020 (23)
    • ►  January 2020 (27)
  • ►  2019 (244)
    • ►  December 2019 (21)
    • ►  November 2019 (18)
    • ►  October 2019 (21)
    • ►  September 2019 (18)
    • ►  August 2019 (25)
    • ►  July 2019 (22)
    • ►  June 2019 (18)
    • ►  May 2019 (18)
    • ►  April 2019 (19)
    • ►  March 2019 (21)
    • ►  February 2019 (20)
    • ►  January 2019 (23)
  • ▼  2018 (233)
    • ►  December 2018 (19)
    • ►  November 2018 (19)
    • ►  October 2018 (20)
    • ▼  September 2018 (20)
      • ANEKDOT..
      • PUISI KUATRIN...
      • ASYURA KELANTAN...
      • GABRIEL KIMJUAN...
      • SAYEMBARA MENULIS PUISI..
      • SYAIR BUNGA RAYA.
      • UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API
      • KOTA BUKU...
      • MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM...
      • A BLONDE JOKE...
      • JOHNNY KINTAH RAJA PANTUN RIP..
      • CERTOT
      • MAHU MENULIS BUKU UMUM ATAU KISAH HIDUP...
      • SALAM MAAL HIJRAH...
      • ISTANA KASIH 5...
      • RESEPI UNIK ENAK DARI SEMPORNA...
      • MUFLIS DALAM TAMADUN ISLAM...
      • INSIDEN AWAL SEPTEMBER...
      • SAYEMBARA GURINDAM TAMAN GURINDAM NAZIM SUBARI....
      • YOU CHEATED ME..
    • ►  August 2018 (22)
    • ►  July 2018 (20)
    • ►  June 2018 (18)
    • ►  May 2018 (20)
    • ►  April 2018 (19)
    • ►  March 2018 (19)
    • ►  February 2018 (16)
    • ►  January 2018 (21)
  • ►  2017 (294)
    • ►  December 2017 (24)
    • ►  November 2017 (17)
    • ►  October 2017 (19)
    • ►  September 2017 (15)
    • ►  August 2017 (22)
    • ►  July 2017 (34)
    • ►  June 2017 (16)
    • ►  May 2017 (27)
    • ►  April 2017 (27)
    • ►  March 2017 (29)
    • ►  February 2017 (27)
    • ►  January 2017 (37)
  • ►  2016 (482)
    • ►  December 2016 (32)
    • ►  November 2016 (37)
    • ►  October 2016 (31)
    • ►  September 2016 (37)
    • ►  August 2016 (47)
    • ►  July 2016 (24)
    • ►  June 2016 (31)
    • ►  May 2016 (51)
    • ►  April 2016 (55)
    • ►  March 2016 (46)
    • ►  February 2016 (49)
    • ►  January 2016 (42)
  • ►  2015 (565)
    • ►  December 2015 (51)
    • ►  November 2015 (49)
    • ►  October 2015 (49)
    • ►  September 2015 (43)
    • ►  August 2015 (44)
    • ►  July 2015 (49)
    • ►  June 2015 (47)
    • ►  May 2015 (48)
    • ►  April 2015 (54)
    • ►  March 2015 (52)
    • ►  February 2015 (31)
    • ►  January 2015 (48)
  • ►  2014 (413)
    • ►  December 2014 (32)
    • ►  November 2014 (33)
    • ►  October 2014 (39)
    • ►  September 2014 (34)
    • ►  August 2014 (39)
    • ►  July 2014 (33)
    • ►  June 2014 (28)
    • ►  May 2014 (34)
    • ►  April 2014 (41)
    • ►  March 2014 (32)
    • ►  February 2014 (30)
    • ►  January 2014 (38)
  • ►  2013 (246)
    • ►  December 2013 (37)
    • ►  November 2013 (38)
    • ►  October 2013 (19)
    • ►  September 2013 (20)
    • ►  August 2013 (20)
    • ►  July 2013 (21)
    • ►  June 2013 (28)
    • ►  May 2013 (30)
    • ►  April 2013 (29)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  January 2013 (2)
  • ►  2012 (92)
    • ►  December 2012 (4)
    • ►  November 2012 (4)
    • ►  October 2012 (16)
    • ►  September 2012 (13)
    • ►  August 2012 (7)
    • ►  July 2012 (11)
    • ►  June 2012 (12)
    • ►  May 2012 (9)
    • ►  April 2012 (6)
    • ►  March 2012 (3)
    • ►  February 2012 (6)
    • ►  January 2012 (1)
  • ►  2011 (92)
    • ►  December 2011 (3)
    • ►  November 2011 (5)
    • ►  October 2011 (15)
    • ►  September 2011 (6)
    • ►  August 2011 (15)
    • ►  July 2011 (25)
    • ►  June 2011 (21)
    • ►  May 2011 (2)

LINK

  • malay forum
  • kgnelayan
  • berita harian
  • utusan

About Me

My photo
paridah
View my complete profile
Simple theme. Theme images by luoman. Powered by Blogger.