Sunday, 12 August 2018

PEKIKAN DI TENGAH MALAM...

ASSALAMUALAIKUM..

PI KONGSIKAN DI SINI KPRIHATINAN SEORANG PERANTAU TERHADAP JIRANNYA YANG SEDANG MENGHADAPI SAAT KRITIKAL BERJUANG MENYABUNG NYAWA ANTARA
HIDUP DENGAN MATI.

BELIAU YANG PI MAKSUDKAN BUKAN SEBARANG  PERSONA...BELIAU ADALAH SDR YATIM AHMAD EDITOR AKHBAR NEW SABAH TIMES KINI BERCUTI TUGASAN SEMENTARA BERADA DI KL UNTUK MENGURUSKAN PENERBITAN BUKU-BUKU SELENGGARAANNYA.

ORANGNYA MASIH MUDA...BARANGKALI AWAL 40-AN ...NAMUN ILMU DUNIA AKHIRAT KEMAS DI DADANYA...MEMANG KALAH PI WALAU DAH BERUSIA EMAS PUN HEH..HEH..



PEKIKAN KELAHIRAN DI TENGAH MALAM
Comelkan? Anak perempuan pasangan suami isteri dari Indonesia. Suaminya bekerja biasa di Kuala Lumpur.
Namun sebelum kelahiran ini, kedua kali gua sastera aku diketuk, "Saudara, bidan panggil,"
Aku lebih cemas kali ini, terus menyusul laki-laki itu, lalu di depan empat pelajar yang membuat latihan praktikal, mereka bekumpul memerhati bakal kelahiran baharu di bilik sewa kami, dan kemudian aku beristighfar, "Kenapa di dapur?" Darah bagai terseret di lantai, wanita hamil itu bersandar di dinding.
Tapi, aku gembira melihat bayi perempuan terkial-kial di hujung kaki ibunya, seorang wanita hamil menjaga bayi itu, dan bidan itu memandang aku, "Saya minta air selusuh. Rasanya tembuni melekat di dalam,"
Aku melihat tali pusat bayi itu bersambung di rahim ibunya, dan suaminya cepat-cepat memberikan segelas air, "Lebih baik saya buatkan minyak selusuh, sekejap,"
Lalu aku ke bilik, mengambil minyak urut yang aku buat sendiri dan mencampur dengan minyak rambut yang diperbuat minyak kelapa jenis berjenama 'Kumarika', tiada pilihan lalu membacakan selusuh sembilan. Ikhtiar terakhir, selusuh yang bukan calang-calang.
Lalu aku bawa kepada bidang dan suruh dia urut perut wanita itu sambil berselawat. Masih mengambil masa, lalu aku suruh wanita itu duduk seperti membuang air besar. Sementara jiran wanita kami yang satu lagi hamil, aku suruh balutkan bayi itu, terkial-kial, kesejukan tentunya
Ya Allah kenapa membiar bayi begini, semata-mata tembuninya belum keluar dari perut ibunya.
Aku menekan ubun-ubun wanita itu dan baca lagi, kali ini 'menolak' ke bawah, suaminya kusuruh usap belakang, manakala bidan terus mengurut. Tidak lama tembuni keluar perlahan-lahan.
Aku perhati kawasan antara dapur dan tandas, Terpaksa aku 'mengawali' keadaan di situ, agar jangan ada 'gangguan' yang tidak-tidak terhadap ibu muda itu dan mereka yang membantu.
Seluruh kawasan dapur bau darah!
Pasangan muda India yang turut membantu juga gelisah, isterinya cantumkan dua tangannnya - mungkin berdoa. Dan suaminya juga mahu menyatakan sesuatu.
Sekumpulan pelajar kolej atau universiti yang menyewa di bilik sebelah seperti bersiap sedia, seorang pelajar sudah mengisi patrol keretanya, yang lain mengeluarkan topi keledar masing-masing. Jika ada apa-apa. Mereka dari Pahang dan Selangor.
Oh! moga tidak, jiak ada apa-apa kami kena, siapa yang mahu menjawab semua persoalan ini?
"Sekarang potong pusat urus bayi itu dan mandikan, Tembuni biar dulu, bayi itu sudah sejuk," aku terus mengarahkan sebab ubun-ubun, jari tangan dan kaki bayi sudah membiru.
Selepas bidan memandikan, aku dengan bidan ke bilik dan mengurusi bayi itu. Kelihatan terlalu sejuk, aku kena bacakan ayat untuk menghangatkan bayi itu. Kuusap ubun-ubunnya. Nampaknya tiada persediaan untuk menyambut kelahiran bayi baru.
Segalanya tiada, dari lampin, stokin, towel, lampin, apa lagi baju bayi belum disediakan, terpaksa jiran sebelah pasangan itu berikan baju, kain untuk menghangatkan bayi, kipas aku kurangkan kelajuan.
Dalam hati aku bertanya sendiri, "Mahu sedap sahaja, tapi apapun tiada ni. Baju bayi, lampin?"
kemudian aku keluar, "Nanti lepas urus binimu, kau azan dan iqamatkan anakmu," pesanku kepada suami wanita itu.
Selesai semua persoalan, aku sempat sentuh lembut pipi bayi itu. Ia dibaringkan di hujung kaki bidan yang mengenakan dia menggunakan towel.
Bayi itu memandang aku, lama kami 'bertentangan' mata, dan aku bacakan doa buatnya. Moga dia menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya.
Alhamdulilah, bayi itu sihat, tapi aku berpesan agar diusahakan membawa ibu dan anak ke klinik.
Sebenarnya, pertama kali aku dikejutan kira-kira pukul 10 malam oleh jiran bilik kami, "Bang...kawan kita mahu melahirkan, tetapi perlukan RM1 ribu,"
"Mana saya ada duit sebanyak itu?"
Kami semua bingung, suami wanita itu menghilang, katanya mencari rakan untuk meminjam wang, manakala jeritan isterinya di bilik menambah bingung kami semua.
lalu aku dan dua wanita dan suami mereka, masuk menengokkan dia. Wanita yang mahu melahirkan itu semakin pucat, keningnya putih dan dia mengenggam bantal dan giginya berbunyi.
Kemudian suaminya datang lagi, "Bagaimana ikhtiar kamu? Mahu bawa ke hospital?"
"Semua kawan tiada wang untuk dipinjamkan," katanya sambil kusuruh usap kepala dan perut isterinya menggunakan air seluruh yang aku buat.
Isterinya kedengaran memarahi. Entah apa butir rungutan itu sambik mengerang dan mengeliat. Gila! fikirku, kepada siapa mahu minta tolong sekarang?
"Jadi apa ikhtiar? Mahu bersalinkan isteri kamu di sinikah? Bagus kamu hubungi majikan kamu, minta tolong atau kawan-kawan kamu, mana tahu mereka tahu di mana mencari bidan,"
Tak semena- mena suaminya keluar. Tinggal kami bertiga, dua wanita, yang wanita hamil itu aku suruh dihadapan, "Air ketuban sudah pecah ni, sekarang darah,"
Aku tergamam, wanita India bertanya sesuatu dalam bahasa Inggeris.
Untuk mengelak bayi dalam kandungan wanita itu lemas, mahu tidak mahu aku terpaksa urut perut, tapi seperti songsang, aku tak tahu mahu buat apa lagi selain mengurut
Kami nekad, mula urut perut dan aku minta jiran aku bersedia menyambut, "Jika keluar kepala bayi ni kamu tarik.." kepada wanita yang nak melahirkan itu aku minta dia istighfar dan selawat.
Tidak juga keluar, dan aku periksa perutnya, seperti kepala bayi itu di sebelah kanan, "Sukar nak keluar bayi ni..masih songsang,"
Wanita hamil itu memekik lagi sebelum nafasnya seperti hampir habis dan terdiam. Bukan lagi pucat, tapi entah apa ini..putih, seolah-olah pernah aku lihat dahi arwah nenekku sebelum hembus nafanya terakhir.
"Kamu tengok di bawah tu jika kepala bayi keluar," lalu aku cuba meneka perut itu dan 'meluruskan' kepada bayi ke bawah, sedaya upaya, "Kamu teran kuat-kuat!"
Wanita itu menyergai dan mengerang, tidak juga berubah, aku berhenti, kami saling berpandangan, "Apa ikhtiar? mana suaminya belum datangkah?"
"Bagaimana ni?" tanya wanita di depan, aku diam, membaca sesuatu kemudian cuba mengurut lagi, menolak dan memintanya meneran, tapi tidak boleh, jika dipaksakan silap-silap wanita ini pengsan dan ia amat berbahaya.
"Buka mata kamu, mengucap banyak-banyak!" perintahku melihat wanita itu sudah lemah, aku bacakan sesuatu agar wanita itu tidak 'tertidur'.
Ketika semuanya bagai tidak dikawal, Allah datangkan pertolongan apabila suami wanita itu datang bersama bidan. Aku serahkan 'tugas' itu kepada bidang wanita itu, juga orang Indonesia.
Pintu ditutup. Aku dan suaminya berserta suami wanita hamil yang membantu aku berbual selepas aku berikan air seluruh kepada bidan itu.
Aku tanya, "Kenapa hospital Sungai Buloh minta RM3 ribu? Ini orang Sabah?"
"Dia orang seberang bang,"
"Aduh! Kenapa sebelum ni cakap orang Sabah? Kalau bukan warganegara memanglah nak bayar.."
"Tadi dah g hospital, tapi pulang balik, mereka tak de RM3 ribu," memang aku cemas, semua memandang aku, cari kawan perempuan yang ada pengalaman melahirkan.
"Kenapa nak bayar banyak? Beranaklah dulu baru bayar,"
"Tak boleh bang, banyak kes begini, lepas lahir, orang seberang ni tinggalkan anak begitu sahaja, kos tak bayar," kata wanita itu berasal Kelang.
"Tadi saya hantar isteri saya ke hospital, pukul 6 petang, tapi hospital tolak, jadi kami cari tempat lain, pun tidak dapat, jadi saya bawa pulang isteri,"
"Wah, gawat! Petugas hospital tak nampakkah isteri kamu sudah kesakitan begitu?" aku geleng, "Lain kali sediakan duit. Jikalau tak mencukupi, cari bidan di daerah ni, minta di siap sedia!"
Selepas semua terkawal, aku masuk biliku, gua sastera aku, bikin kopi
Syukur didatangkan bidan oleh Allah kepada pasangan suami isteri ini, habis aku mahu mandi darah ni?
Hingga kini aku tak lupa bayi itu memandang aku, lama, walaupun belum boleh melihat, tapi mata cantik ditengah malam ini setidaknya legakan hati kami semua.
Tidak lama lagi aku tinggalkan kawasan bilik sewa ini, pulang ke Sabah, tentulah akurindu kepada si kecil yang rasanya belum pandai menangis sejak dia lahir tadi. Gunting yang aku pinjamkan untuk mengerat pusatnya akan jadi kenang-kenanganku.
Moga dia jadi anak yang baik-baik

16 comments:

  1. Alhamdulillah, selamat semuanya..saat genting, pandai dia mengawal keadaan, kalau saya dah panik...suspens jg baca pengalaman mcm ni..

    ReplyDelete
  2. AMIIN..YA DH SLMT SEMUANYA N BELIAU INI TAHU MGENDALIKAN KEADAAN MNCEMASKN BGINI.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya yang membacanya pun terasa juga cuak dan cemas. Tak tahu kalau benar-benar menghadapi situasi ini, panik dan tak tentu arah agaknya.. Syukurlah semuanya selamat akhirnya..

    ReplyDelete
  4. wsalam tksh ustaz doa kak utk ustaz juga...yela ustaz sgt mncmaskn situasinya..kalau kak hnya setakat berdoa sajalh.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selamat dan dipermudahkan urusan olehNYA.

    ReplyDelete
  6. TKSH MRS A..AMIIN SYUKUR ALLAH PERMUDAKN SEGALANYA

    ReplyDelete
  7. Sebuah pengalaman mendebarkan...

    ReplyDelete
  8. fuhhh..nak bersalin pun perlukan bnyk duit..

    ReplyDelete
  9. TKSH ZUMALYA SGTMNDBARKN PENGALAMNNYA.

    ReplyDelete
  10. TKSH MAS..NKBERSALIN MESTI ADA PERSEDIANNYA

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..semuanya sudah selamat.
    Suspen juga bila baca.

    ReplyDelete
  12. TKSH FIDAH ALHAMDULILLAH SLMT DAH

    ReplyDelete
  13. memang mendebarkan dan tak boleh nak fikirkan sekiranya bidan tak sampai...Allahuakbar..

    ReplyDelete
  14. TKSH MRS FUZY MMG SGT MENCMASKN SITUASI TU..MUJUR BIDANNYA CPT SMPAI

    ReplyDelete
  15. x dpt nk byg kan kalau bidan tu terlewat...waduhhh

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, selamat semuanya. Bukan mudah nak mengawal sesuatu keadaan terutamanya bila berhadapan dgn saat2 cemas..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist