Friday, 31 August 2018

NAZAM BAHTERA MERDEKA..

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 61


1.    NAZAM

NAZAM BAHTERA MERDEKA

Bismillah wadah membuka karangan
selawat dan salam rasul junjungan
tahmid tahlil tasbih zikir seiringan
melayar Bahtera Merdeka di segara perjuangan.
 
Doa di sukma Allah perkenan
pelayaran bahtera mulai perlahan
dilambung  ombak dihembus anginan
alamat destinasi pasti sasaran.

Bahtera Merdeka sarat muatan
membawa pelbagai rencah sukatan
apa saja segala kaitan
demi kehidupan merentas lautan.

Sifat mahmudah dipohon kepada Ilahi
di dalam bahtera kekal harmoni
saling mahabbah jiwa insani
berpimpin tangan kongsi berani

Bahtera Merdeka disongsong angin
hujan menderu alam mendingin
pesanan langit murkanya Allah Al-Muhaimin
sifat mazmumah serakah haloba dijalin

Layarnya lusuh malu berkembang
Jalur Gemilang cela dibilang
 tiang pasaknya menyenget tumbang
geruhnya hati menaruh bimbang.

Munajat doa mohonkan restu
agar dikasihani Alllah Yang Satu
Bahtera Merdeka reda dihulur bantu
haluan menyasar dihadang sesuatu.

Alhamdulillah Allah berkati kabulkan
sujud dini hari serta doa dititipkan
Bahtera Merdeka milik warisan
diperhati peduli diperbaiki kerosakan.

Kini indah lagi menyerlah
belayar tenang di lautan Allah
masih memberat kontena masalah
namun semakin gagah menolak olah




PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol
PAHANG DM

Thursday, 30 August 2018

SYAIR MERDEKA...

ASSALAMUALAIKUM...
ABQORI DAN ARIFF BERGAYA DISAMPING SASTERAWAN AHMAD SARJU DAN NENDA MEREKA


SEKEJAP SAJA SUDAH 30 OGOS 2018 HARI NI....KEESOKANNYA 31 OGOS HARI KEBANGSAAN NEGARA...HARI INDAH YANG DIRAIKAN DENGAN RASA BANGGA...
LEBIH-LEBIH LAGI YANG BERKONGSI TARIKHNYA YANG SUNGGUH ISTIMEWA BERSAMA.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN NOHAS BLOGGER ORANG BUKIT YANG BARU SAJA PULANG KE TANAH AIR DARI KOREA...NOHAS SAMA TARIKH LAHIR DENGAN CUCU PI ABQORI YANG KINI SUDAH BERUSIA LIMA TAHUN.

SEMOGA KEDUA-DUANYA DLL YANG MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN BERSAMA DILINDUNGI ALLAH DUNIA AKHIRAT, SIHAT WALAFIAT,MURAH REZEKI, PANJANG USIA, BERBAHAGIA SELALU.

JUGA DEMI NEGARA TERCINTA DIDOAKAN YANG TERBAIK SEGALA...LESTARI AMAN SENTOSA, MAKMUR MEWAH RAHMAT-NYA.


1.    SYAIR
WARGA NEGARA MERDEKA

Alhamdulillah pembuka kata,
Bermula syair ukiran tinta
sudah merdeka nusa tercinta,
warga negara bersukacita.

Budi semangat pejuang bangsa,
semangat ikhlas menabur jasa,
berjuang gagah seiring masa,
tuntut merdeka bebaskan nusa.

Tebus maruah juang merdeka,
lama terjajah detik ketika,
warga merintih langsung tak suka,
dalam belenggu perih terluka.

Hasrat pejuang satu matlamat,
bebaskan nusa tanah keramat,
hidup warganya mengecap nikmat,
Allah izinkan peroleh rahmat.

Takwim Sheikh Fahim ulama terbilang
di akhir Ogos  tarikh gemilang,
julang merdeka tanpa terhalang,
warga menanti detik menjelang.

Stadium Merdeka  jadi saksi,
bendera Union Jack turun menyisi,
rasmilah sudah berubah paksi,
memulang hak wajar solusi.

Tujuh kali “merdeka” gema suara,
dilaung Tunku Abdul Rahman Putra,
warga menyahut sebak tertera,
meraup syukur terusir dura.

Watan merdeka amatlah  bangga,
bebas dijajah merasa lega,
cinta negara jiwa dan raga,
ditadbir bijak warga menjaga.,


Syair merdeka usailah sudah,
moga terhibur terlerai gundah,
menyusun kata mengukir madah,
demi sebuah negara indah.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor
SELANGOR DE



Tuesday, 28 August 2018

PENGHARGAAN DBP...

ASSALAMUALAIKUM...

MENGHARAP BULAN JATUH KE RIBA?

PI BERSEMBANG DENGAN  SAHABAT PENULISAN CIKGU HAMIDI YANG MEMBANTU PI MENULIS SKRIP PURBAWARA RTM....SEKALI PI TERTANYA PENDAPAT BELIAU TENTANG NOVEL PI YANG SUDAH DITANDATANGANI SURAT PERJANJIAN AKUAN PENERIMAANNYA

TAPI AGAK LAMA JUGA TIDAK DIKETAHUI KABARNYA....TU YANG BUAT PI MUSYKIL.

TIBA-TIBA MASUK DALAM INBOX PI NOTA PENDEK INI.

ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH CIKGU HAMIDI TOLONG PI MENGGOOGLENYA.

BEGITU TINGGI PENGHARGAAN DBP TERHADAP KARYA PENULIS KERDIL IKAN BILIS..SYUKUR SANGAT...TERIMA KASIH PUAN SALONA EDITOR DBP TERBABIT.
TAK SABAR MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA

WALAU PI PENULIS BILIS TAPI TETAP JUGA INGIN BERENANG DI SAMUDERA SASTERA YANG TIADA TEPINYA...JERUNG PUN MALAS NAK MENELAN BILIS ..NAMUN PANDANGAN SINISNYA MENGGERUNKAN JUGA....TAKUT!!!

SAHABAT-SAHABAT BLOGGERS DAN VIEWERS TOLONG DOAKAN MSKRIP NOVEL PI SEGERA SELESAI EDITAN DAN DITERBITKAN...

TERIMA KASIH SAHABAT SEMUA.

Monday, 27 August 2018

MEWAHNYA REZEKI LAUT...

ASSALAMUALAIKUM...

PENULIS SABAH NAZEKA KANASIDENA SAHABAT FB PI ADALAH SEORANG GURU PENOLONG KANAN MEMPUNYAI MINAT YANG BERBEZA DARIPADA KEBANYAKAN PENULIS IAITU HANYA FOKUS KEPADA PENULISAN DAN RUTIN KEHIDUPAN.

BELIAU INI WALAU SIBUK DENGAN TUGASANNYA SEBAGAI GURU TAPI MASIH MENCURI MASA MENYELAM DI LAUT DAN MENAIKAN HASILNYA YANG TIDAK SEDIKIT UNTUK SANTAPAN YANG SANGAT ENAK...TENTU BOLEH DISIMPAN DINGIN UNTUK LAUK BEKALAN SEBELUM BERKEINGINAN MENYELAM SEMULA DI LAUT DAN MENGUTIP HASILNYA YANG TERBAIK.

BAGI PI SIKAP SESEORANG YANG RAJIN PASTI MEMBUAHKAN REZEKI...BELIAU SANGGUP MEREDAH CABARAN DEMI PENUHI MINATNYA DENGAN BERANI.
PI TERUJA SEKALIMEMBACA CORETAN PENGALAMAN MENAIKAN HASIL LAUT YANG PELBAGAI SETIAP KALI MENYELAM DI LAUT SEKITAR PULAU PULAU DI SEMPORNA SABAH.

SEMEMANGNYA BELIAU SEORANG ANAK LAUT  YANG KEHIDUPANNYA BERSATU DENGAN SUASANA LAUT DAN TIDAK DAPAT LARI JAUH DARINYA.






SEMUA PIC NAZEKA KANASIDENA (C)

SHARE WALL FB NAZEKA KANASIDENA
Tak pernah menghampakan. Walau penat. Tapi puas hati. Sihat fizikal dan mental itulah yang utama.
Jam 9 sampai ke Pulau Manampilik. Lepas buat itu ini, pasang getah baru, ambik sarapan dan bagi salam sama penghuni laut (nasihat Ustad Taip) terus saya turun laut sekitar jam 10 pagi. Saya keluar sekitar jam 3 petang sudah.
Trip kali ini bilang P.Ramlee, membawa kemenangan gemilang. Hampir 30 kilo berat segala ikan ini. Tidak termasuk 2 kima (1 sudah ditanggalkan kerangnya semasa dalam laut), hampir 20 jenis siput (dollen keyat boa', kahanga' dan kamastuli).
Biar pun pedih telinga disengat tentakel obor-obor dan keadaaan dalam laut agak gelap dipenuh keladak dan sampah, saya ala bisa tegal biasa. Laut adalah kehidupan saya. Saya tempuh juga dengan ketabahan. Terbiasa sudah hati ini diserang kepedihan.
Perolehan hari ini ialah:
3 ekor Bollong
2 ekor Bakukku'
4 ekor Bukkaan
1 ekor Kepeng (Belanak sirip / ekor kuning)
1 ekor Bonte (Belanak ekor biru)
1 ekor Kubing (Kerapu Tikus)
1 ekor Leppe' Hitam
1 ekor Bukkan Jali'
1 ekor Oghos
1 ekor Mangaghat
1 ekor Ka'ulang
2 biji Kima Tabbah
4 biji Kahanga'
Pelbagai jenis siput
Mimang ndak tahabis di makan 1 orang. Kena batolong-tolong juga. Tidak larat mau mengerjakan ini segala ikan dan siput. Penat dikerjakan oleh laut. Mau-mau mabuk. Muntah. Linglung sahaya rang. Maafkan saya. Esok sajalah baru mengerjakan ikan ini dan dimakan. Awal saya tidur kalau begini. Pannat. Sehari suntuk dalam laut.

Sunday, 26 August 2018

DAMAINYA SUASANA DESA...

Assalamualaikum...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...

MUNGKIN MASIH RAMAI YANG BERADA DI KAMPUNG SEMPENA MERAIKAN SAMBUTAN AIDILADHA YANG BERAKHIR HARI INI...MESTI SERONOK SANGAT DAPAT BERSAMA SANAK SAUDARA, RAKAN TAULAN  BERAYA SAMBIL RONDA-RONDA MENIKMATI ALAM SEKITARNYA INDAH...





SEMUA PIC PENULIS KARISMA RINDU...TERIMA KASIH


INDAH BAGAI LUKISAN ...DAMAI MENYAMANKAN SEKALI KAMPUNG PENULIS KARISMA RINDU SAHABAT PI YANG TERLETAK DI KOTA SARANG SEMUT KEDAH INI....SEOLAHNYA MENGGAMIT PI UNTUK PULANG KE SANA MELERAI RINDU

Saturday, 25 August 2018

DIREKTORI 100 PENYAIR...

ASSALAMUALAIKUM..

DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA tidak saja menghimpunkan senarai  biodata100 penyair Malaysia malah turut  menyertakan biodata lebih rinci penggiat sastera yang mengagumkan dan sewajarnya dikenali.  
Mukaddimah pendahuluan buku ini oleh Tan Sri Dato’ Seri Hamad Kama Piah Che Othman penaung PENYAIR Malaysia. Kata Penghantar  pula oleh A Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia dan  “Prakata oleh Dato’ Dr. Rahman Shaari.

            Telah dilancarkan sempena  KONPEN.(.KOVENSYEN PENYAIR DUNIA) yang berlangsung di Bachok Kelantan pada 21-22 july 018 dalam suasana meriah dengan pelbagai acara seni dan budaya yang dihadiri penyair di dalam dan luar negara juga penggiat-penggiat sastera tanah air.
BIODATA PI PENDEK SAJA SEKADAR MENGISI LEMBARNYA AGAR LEBIH TEBAL HEH..HEH..



Thursday, 23 August 2018

PERIGI TUJUH SERENDAH..

ASSALAMUALAIKUM...

PI TINGGAL DI SERENDAH SEJAK DISEMBER 017...TAPI MASIH TIDAK LAGI MELAWATI TEMPAT-TEMPAT MENARIK SEKITARNYA.....SEMPENA AIDIL ADHA ANAK MENANTU DAN CUCU MEMBAWA PI RONDA-RONDA SERENDAH...SARIDA MENANTU PI MEMANG ORANG SINI...PI SAJA YANG TIDAK MENYANGKA DITAKDIRKAN JUGA UNTUK BERADA DI SINI...ENTAHLAH SAMPAI BILA.





Perigi Tujuh benteng Serendah
BINAAN yang berfungsi sebagai empangan berusia lebih 100 tahun yang ditinggalkan oleh Inggeris di Serendah.
SEBUAH kunci air berusia lebih 100 tahun mungkin antara khazanah tertua tinggalan zaman pentadbiran Inggeris yang masih berdiri teguh di Serendah.
Lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh, kawasan rekreasi yang berlandskap bersih dan rapi itu boleh dikatakan antara lokasi wajib singgah bagi yang melawat Serendah.


Bukan sekadar beristirehat, Perigi Tujuh sebenarnya berkait rapat dengan asal-usul nama dan sejarah pekan yang terletak di daerah Hulu Selangor itu.
Dan bagi mereka yang ingin menjejak permulaan sejarah pekan Serendah, lokasi itu mungkin antara tempat terbaik untuk bermula.
Penghulu Mukim Serendah, Jamali Latif berkata, pintu air itu dibina bagi mengurangkan risiko banjir yang kerap berlaku di kawasan penempatan kerana bentuk muka bumi yang rendah dan dikelilingi bukit.
.
"Kawasan penempatan di Serendah ini seakan-akan lembah yang dikelilingi oleh tanah tinggi. Di tengah-tengahnya pula ada sebatang sungai iaitu Sungai Serendah.
"Sebelum ada Perigi Tujuh, kawasan kampung sering dilanda banjir yang boleh berlaku dalam masa yang singkat.
"Oleh kerana tanah di sini banyak yang rendah maka orang panggil Serendah,'' katanya.
Jamali berkata, sebelum pembinaan Perigi Tujuh,banjir kerap berlaku di kawasan kampung sehingga menyukarkan aktiviti perlombongan lalu pegawai Inggeris mengesyorkan pembinaannya.
Katanya, Perigi Tujuh dibina dengan tujuh saliran air bawah tanah yang berakhir dengan kolam takungan sebelum limpahannya mengalir keluar ke sungai.
Sebelum dinamakan Perigi Tujuh, binaan itu terlebih dahulu dikenali sebagai Pintu Tujuh.
Panggilan itu katanya berubah selepas laluan utama air ke bawah tanah pecah akibat dilanggar kapal korek sehingga menyebabkan Serendah dilanda banjir besar suatu ketika dahulu.
Ekoran kerosakan pada saluran air utama, aliran sungai kemudian disalur menerusi tujuh laluan yang berbentuk seperti perigi. Sejak itu, Pintu Tujuh lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh.
Selain fakta sejarahnya, mitos mengatakan kawasan itu menjadi tempat bersiram puteri-puteri dari kayangan.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran dan berbaloi untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah atau Templer Kai yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato' Harun.
Dari Perigi Tujuh, perjalanan menuju ke taman rekreasi Templer Kai yang dilengkapi dengan kemudahan seperti tapak perkhemahan, taman permainan dan tandas awam itu akan melalui sebuah perkampungan Orang Asli.
Kongsi Konten di :


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140802/lk_05/Perigi-Tujuh-benteng-Serendah#ixzz5OxcAFKCr

Wednesday, 22 August 2018

SALAM AIDILADHA

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI RAYA HAJI..MAAF ZAHIR BATIN..MOGA SIHAT SEJAHTERA CERIA MERAIKAN HARI MULIA


Tuesday, 21 August 2018

TULIS SEKALI HASIL BERKALI-KALI

ASSALAMUALAIKUM
PIC HIASAN

Buku ini sudah 11 tahun masih lagi dicari?

Sebelas tahun yang lalu (2007), Puan Ainon Mohd dan Prof Abdullah Hassan menyusun Kamus Pepatah Bidalan dan Perumpamaan, Buku diterbitkan oleh PTS.
Pada tahun ini (2018), kamus ini dijadikan bahan program televisyen Da'i terbitan Media Prima yang disiarkan di TV3. Tonton di  sini klik > bit.ly/2nTxC4R
Ini salah satu contoh bagaimana buku yang evergreen bertahandalam pendekatan kreatif yang lain dan dalam persembahan yang berbeza.
Topik apakah itu buku segar malar (evergreen) dan trend dimasukkan sebagai kuliah wajib bersama-sama topik senarai harta intelek dalam sebuah buku.
Ia terkandung dalam 29 nota video dan 17 nota panduan Menulis Buku Pertama
Sebuah buku dapat dibentuk semula menjadi lebih 24 harta intelek lain apabila mendapat sentuhan kepakaran orang lain dalam medium berbeza.

Buku pertama saudara boleh menjadi begitu apabila tahu cara-cara dan ciri-cirinya.
Cara-cara dan ciri-cirinya sudah disusun dalam 29 nota video dan 17 nota panduan.
Tuan dan cik puan boleh dapatkan dan muat turun dengan mengklik link ini > bit.ly/klasbuku
Kepada yang sudah memilikinya, terus ikuti dan beramal secara berperingkat. Diri saudara mahal dan jadikan setiap perkataan nampak mahal pada mata pembaca.
Tulis sekali makan berkali-kali. klik bit.ly/klasbuku

Sunday, 19 August 2018

PURBAWARA..

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN BAGI YANG PULANG KE KAMPUNG UNTUK MENYAMBUT IDILADHA ESOK LUSA BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN YA..MOGA SAMPAI KE DESTINASI DENGAN SELAMATNYA.

PI MUTAKHIR INI TIDAK SEMPAT LAGI NAK POST N3 WALAU HANYA SATU SETIAP HARI KERANA SIBUK SANGAT CUBA-CUBA MENULIS SKRIP DRAMA PURBAWARA.
PURBAWARA ADALAH KISAH DRAMA PURBA BERUNSUR METOS DAN LAGENDA...LAMBAT  PI NAK SIAPKANNYA...BERBELAS PAGE JUGA SEDANG MENAIP PC DENGAN SEBELAH TANGAN SAJA...INSYAA ALLAH MOGA SELESAI JUGA.

MASIH INGAT LAGI SEMASA KECIL SERING IKUTI PURBAWARA IRAMA DALAM SYAIR TERBITAN RADIO SINGAPURA....AMAT MENARIK SEKALI DENGAN ALUNAN SYAIR MERDU RAHIMAH SIMIN.

KINI BOLEH IKUTI PURBAWARA SYAIR TERBITAN RADIO KLASIK RTM PADA MALAM YANG DITENTUKAN....PI PUN TAK INGAT PADA MALAM APA HEH..HEH...TAPI ADA PROMONYA KALAU RAJIN MENDENGAR RADIO KLASIK.

Thursday, 16 August 2018

PETROSAINS RBTX CHALENGE 2018 GRAND FINALS

ASSALAMUALAIKUM


Petrosains Robotic chalenge 2018 grand finals
Aqil Harith dan kawan-kawannya yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan rekacipta robot...yang tersenyum lawa tula cucu sulung PI. Budak sekolah la ni muda-muda lagi sudah didedahkan dengan penciptaan robot....kita dulu melompat teng..teng je heh..heh..



AQIL HARITH BERSAMA BUYSRA KAWAN BAIKNYA SEDARI KECIL

BERSAMA KAWANKAWAN YANG MEWAKILI SEKOLAH KAMPUNG SELAYANG KE PERTANDINGAN AKHIR ROBOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN




Tuesday, 14 August 2018

BAGAIMANA TUBUH KITA HIDUP DENGAN PERKATAAN

ASSALAMUALAIKUM



Pada usia 63 tahun, anakanda kita yang sudah dewasa duduk di sebelah sambil mendengar cerita dan panduan daripada mulut kita.
Pada waktu itu, kita sudah rasa memberikan yang sepenuhnya kepada dia. Apa tidaknya, kita menjadi rujukan dalam beberapa perkara.
Dia angguk-angguk dan bertanya, "Sekiranya ayah dan ibu tidak ada di sebelah lagi, bagaimana saya mahu rujuk semula semua panduan yang diberikan ini?"
Kita duduk saling berpandangan dan bertanya kepada diri, kenapa dahulu tidak ditulis sahaja menjadi buku pertama. Betulkan kita mahu tinggalkan sesuatu sebagai teman kepada anakanda kelak?
Bagaimana caranya?
Tonton video, buat catatan, baca panduan dan buat tindakan menulis buku pertama bermula di rumah. Kami sudah sediakan untuk anda.
Insya-Allah, tawaran 29 video dan 17 nota panduan menulis buku pertama akan naik harga secara berperingkat menjelang Ahad ini.
Sementara ini dapat diperolehi pada harga 80 ringgit sahaja berbanding RM290 harga asalnya.
Ambil tindakan pada hari ini.
Ia akan berakhir lima hari lagi.

Sunday, 12 August 2018

PEKIKAN DI TENGAH MALAM...

ASSALAMUALAIKUM..

PI KONGSIKAN DI SINI KPRIHATINAN SEORANG PERANTAU TERHADAP JIRANNYA YANG SEDANG MENGHADAPI SAAT KRITIKAL BERJUANG MENYABUNG NYAWA ANTARA
HIDUP DENGAN MATI.

BELIAU YANG PI MAKSUDKAN BUKAN SEBARANG  PERSONA...BELIAU ADALAH SDR YATIM AHMAD EDITOR AKHBAR NEW SABAH TIMES KINI BERCUTI TUGASAN SEMENTARA BERADA DI KL UNTUK MENGURUSKAN PENERBITAN BUKU-BUKU SELENGGARAANNYA.

ORANGNYA MASIH MUDA...BARANGKALI AWAL 40-AN ...NAMUN ILMU DUNIA AKHIRAT KEMAS DI DADANYA...MEMANG KALAH PI WALAU DAH BERUSIA EMAS PUN HEH..HEH..



PEKIKAN KELAHIRAN DI TENGAH MALAM
Comelkan? Anak perempuan pasangan suami isteri dari Indonesia. Suaminya bekerja biasa di Kuala Lumpur.
Namun sebelum kelahiran ini, kedua kali gua sastera aku diketuk, "Saudara, bidan panggil,"
Aku lebih cemas kali ini, terus menyusul laki-laki itu, lalu di depan empat pelajar yang membuat latihan praktikal, mereka bekumpul memerhati bakal kelahiran baharu di bilik sewa kami, dan kemudian aku beristighfar, "Kenapa di dapur?" Darah bagai terseret di lantai, wanita hamil itu bersandar di dinding.
Tapi, aku gembira melihat bayi perempuan terkial-kial di hujung kaki ibunya, seorang wanita hamil menjaga bayi itu, dan bidan itu memandang aku, "Saya minta air selusuh. Rasanya tembuni melekat di dalam,"
Aku melihat tali pusat bayi itu bersambung di rahim ibunya, dan suaminya cepat-cepat memberikan segelas air, "Lebih baik saya buatkan minyak selusuh, sekejap,"
Lalu aku ke bilik, mengambil minyak urut yang aku buat sendiri dan mencampur dengan minyak rambut yang diperbuat minyak kelapa jenis berjenama 'Kumarika', tiada pilihan lalu membacakan selusuh sembilan. Ikhtiar terakhir, selusuh yang bukan calang-calang.
Lalu aku bawa kepada bidang dan suruh dia urut perut wanita itu sambil berselawat. Masih mengambil masa, lalu aku suruh wanita itu duduk seperti membuang air besar. Sementara jiran wanita kami yang satu lagi hamil, aku suruh balutkan bayi itu, terkial-kial, kesejukan tentunya
Ya Allah kenapa membiar bayi begini, semata-mata tembuninya belum keluar dari perut ibunya.
Aku menekan ubun-ubun wanita itu dan baca lagi, kali ini 'menolak' ke bawah, suaminya kusuruh usap belakang, manakala bidan terus mengurut. Tidak lama tembuni keluar perlahan-lahan.
Aku perhati kawasan antara dapur dan tandas, Terpaksa aku 'mengawali' keadaan di situ, agar jangan ada 'gangguan' yang tidak-tidak terhadap ibu muda itu dan mereka yang membantu.
Seluruh kawasan dapur bau darah!
Pasangan muda India yang turut membantu juga gelisah, isterinya cantumkan dua tangannnya - mungkin berdoa. Dan suaminya juga mahu menyatakan sesuatu.
Sekumpulan pelajar kolej atau universiti yang menyewa di bilik sebelah seperti bersiap sedia, seorang pelajar sudah mengisi patrol keretanya, yang lain mengeluarkan topi keledar masing-masing. Jika ada apa-apa. Mereka dari Pahang dan Selangor.
Oh! moga tidak, jiak ada apa-apa kami kena, siapa yang mahu menjawab semua persoalan ini?
"Sekarang potong pusat urus bayi itu dan mandikan, Tembuni biar dulu, bayi itu sudah sejuk," aku terus mengarahkan sebab ubun-ubun, jari tangan dan kaki bayi sudah membiru.
Selepas bidan memandikan, aku dengan bidan ke bilik dan mengurusi bayi itu. Kelihatan terlalu sejuk, aku kena bacakan ayat untuk menghangatkan bayi itu. Kuusap ubun-ubunnya. Nampaknya tiada persediaan untuk menyambut kelahiran bayi baru.
Segalanya tiada, dari lampin, stokin, towel, lampin, apa lagi baju bayi belum disediakan, terpaksa jiran sebelah pasangan itu berikan baju, kain untuk menghangatkan bayi, kipas aku kurangkan kelajuan.
Dalam hati aku bertanya sendiri, "Mahu sedap sahaja, tapi apapun tiada ni. Baju bayi, lampin?"
kemudian aku keluar, "Nanti lepas urus binimu, kau azan dan iqamatkan anakmu," pesanku kepada suami wanita itu.
Selesai semua persoalan, aku sempat sentuh lembut pipi bayi itu. Ia dibaringkan di hujung kaki bidan yang mengenakan dia menggunakan towel.
Bayi itu memandang aku, lama kami 'bertentangan' mata, dan aku bacakan doa buatnya. Moga dia menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya.
Alhamdulilah, bayi itu sihat, tapi aku berpesan agar diusahakan membawa ibu dan anak ke klinik.
Sebenarnya, pertama kali aku dikejutan kira-kira pukul 10 malam oleh jiran bilik kami, "Bang...kawan kita mahu melahirkan, tetapi perlukan RM1 ribu,"
"Mana saya ada duit sebanyak itu?"
Kami semua bingung, suami wanita itu menghilang, katanya mencari rakan untuk meminjam wang, manakala jeritan isterinya di bilik menambah bingung kami semua.
lalu aku dan dua wanita dan suami mereka, masuk menengokkan dia. Wanita yang mahu melahirkan itu semakin pucat, keningnya putih dan dia mengenggam bantal dan giginya berbunyi.
Kemudian suaminya datang lagi, "Bagaimana ikhtiar kamu? Mahu bawa ke hospital?"
"Semua kawan tiada wang untuk dipinjamkan," katanya sambil kusuruh usap kepala dan perut isterinya menggunakan air seluruh yang aku buat.
Isterinya kedengaran memarahi. Entah apa butir rungutan itu sambik mengerang dan mengeliat. Gila! fikirku, kepada siapa mahu minta tolong sekarang?
"Jadi apa ikhtiar? Mahu bersalinkan isteri kamu di sinikah? Bagus kamu hubungi majikan kamu, minta tolong atau kawan-kawan kamu, mana tahu mereka tahu di mana mencari bidan,"
Tak semena- mena suaminya keluar. Tinggal kami bertiga, dua wanita, yang wanita hamil itu aku suruh dihadapan, "Air ketuban sudah pecah ni, sekarang darah,"
Aku tergamam, wanita India bertanya sesuatu dalam bahasa Inggeris.
Untuk mengelak bayi dalam kandungan wanita itu lemas, mahu tidak mahu aku terpaksa urut perut, tapi seperti songsang, aku tak tahu mahu buat apa lagi selain mengurut
Kami nekad, mula urut perut dan aku minta jiran aku bersedia menyambut, "Jika keluar kepala bayi ni kamu tarik.." kepada wanita yang nak melahirkan itu aku minta dia istighfar dan selawat.
Tidak juga keluar, dan aku periksa perutnya, seperti kepala bayi itu di sebelah kanan, "Sukar nak keluar bayi ni..masih songsang,"
Wanita hamil itu memekik lagi sebelum nafasnya seperti hampir habis dan terdiam. Bukan lagi pucat, tapi entah apa ini..putih, seolah-olah pernah aku lihat dahi arwah nenekku sebelum hembus nafanya terakhir.
"Kamu tengok di bawah tu jika kepala bayi keluar," lalu aku cuba meneka perut itu dan 'meluruskan' kepada bayi ke bawah, sedaya upaya, "Kamu teran kuat-kuat!"
Wanita itu menyergai dan mengerang, tidak juga berubah, aku berhenti, kami saling berpandangan, "Apa ikhtiar? mana suaminya belum datangkah?"
"Bagaimana ni?" tanya wanita di depan, aku diam, membaca sesuatu kemudian cuba mengurut lagi, menolak dan memintanya meneran, tapi tidak boleh, jika dipaksakan silap-silap wanita ini pengsan dan ia amat berbahaya.
"Buka mata kamu, mengucap banyak-banyak!" perintahku melihat wanita itu sudah lemah, aku bacakan sesuatu agar wanita itu tidak 'tertidur'.
Ketika semuanya bagai tidak dikawal, Allah datangkan pertolongan apabila suami wanita itu datang bersama bidan. Aku serahkan 'tugas' itu kepada bidang wanita itu, juga orang Indonesia.
Pintu ditutup. Aku dan suaminya berserta suami wanita hamil yang membantu aku berbual selepas aku berikan air seluruh kepada bidan itu.
Aku tanya, "Kenapa hospital Sungai Buloh minta RM3 ribu? Ini orang Sabah?"
"Dia orang seberang bang,"
"Aduh! Kenapa sebelum ni cakap orang Sabah? Kalau bukan warganegara memanglah nak bayar.."
"Tadi dah g hospital, tapi pulang balik, mereka tak de RM3 ribu," memang aku cemas, semua memandang aku, cari kawan perempuan yang ada pengalaman melahirkan.
"Kenapa nak bayar banyak? Beranaklah dulu baru bayar,"
"Tak boleh bang, banyak kes begini, lepas lahir, orang seberang ni tinggalkan anak begitu sahaja, kos tak bayar," kata wanita itu berasal Kelang.
"Tadi saya hantar isteri saya ke hospital, pukul 6 petang, tapi hospital tolak, jadi kami cari tempat lain, pun tidak dapat, jadi saya bawa pulang isteri,"
"Wah, gawat! Petugas hospital tak nampakkah isteri kamu sudah kesakitan begitu?" aku geleng, "Lain kali sediakan duit. Jikalau tak mencukupi, cari bidan di daerah ni, minta di siap sedia!"
Selepas semua terkawal, aku masuk biliku, gua sastera aku, bikin kopi
Syukur didatangkan bidan oleh Allah kepada pasangan suami isteri ini, habis aku mahu mandi darah ni?
Hingga kini aku tak lupa bayi itu memandang aku, lama, walaupun belum boleh melihat, tapi mata cantik ditengah malam ini setidaknya legakan hati kami semua.
Tidak lama lagi aku tinggalkan kawasan bilik sewa ini, pulang ke Sabah, tentulah akurindu kepada si kecil yang rasanya belum pandai menangis sejak dia lahir tadi. Gunting yang aku pinjamkan untuk mengerat pusatnya akan jadi kenang-kenanganku.
Moga dia jadi anak yang baik-baik

MyBloglist