ASSALAMUALAIKUM..
LIMAU PURUT SELAIN DIBUAT JUS MINUMAN, DIPERAH DALAM SAMBAL BELACAN DAN DIJADIKAN MANDIAN MENYUCI KOTORAN BADAN RUPANYA BOLEH JUGA DIBUAT ACAR YANG SEDAP....SELALU TU KITA TAHU LIMAU NIPIS, LIMAU KASTURI, LIMAU LEMON SAJA YANG DIJADIKAN ACAR...PI BARU SAJA TAHU LIMAU PURUT BOLEH DIJADIKAN ACAR DARIPADA PENULIS KARISMA RINDU/NORBAINI MASRI ...PI KONGSIKAN RESEPI YANG DIBERI DI SINI
ACAR LIMAU PURUT
Bahan-bahannya:
a. Goreng tanpa minyak
10 biji cili kering
2 sudu jintan manis
150 gram kacang tanah
2 sudu bijan
b. Mayang untuk tumis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Seinci halia
c. Belah dua
15 biji bawang merah
2 labu bawang putih
6 biji cili merah
6 biji cili hijau
d. Jeruk buah-buahan (ikut suka jumlah yang hendak di masukkan)
15 biji kurma
1/2 cawan kismis
1 mangkuk kecil belimbing buluh kering
15 biji limau purut yang sudah diproses.
2 inci hirisan halia
2sudu biji sawi
1 cawan cuka
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
Tumis bahan yang dimayang, masukkan cili kering dan jintan (kisar halus selepas digoreng). Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air dan buah-buahan cili, halia dan bawang. Didihkan hingga cukup masak. Akhir sekali taburkan bijan dan kacang tanah goreng.
* Proses limau purut.
Rebus limau dalam air bersama daun kaduk. Buang air dan kali kedua gunakan daun jambu. Kali ketiga gunakan bahan dari tembaga. Ini tips untuk mengekalkan warna hijau limau. Rendam dalam air gula jika hendak simpan sebelum buat acar.
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
1 hour ago
sedap ni, makan dgn nasi time sahur mmg best, bangkit selera..
ReplyDeletesuka limau purut, bau wangi..
TKSH NOHAS..YEKE SEDAP RUPANYA..KAK XPERNAH BUAT ..KAT RUMAH DULU LIMAU NI MMG BNYK TRBIAR SAJA KAT POKOK
ReplyDeleteSedap ni.. bagus juga utk kesihatan masa2 raya setelah makan macam2 makanan berkolestrol. Salam Aidilfitri kak PI :)
ReplyDeleteuuish perah dalam makanan memang trangkat. lagi2 kalo resepi thai kan..
ReplyDeleteTak pernah cuba dan rasa lagi acar limau purut ni.
ReplyDeleteMMG SEDAP MKNAN ACAR MSM MANIS MMBUKA SELERA...TKSH DIK KK
ReplyDeleteTKSH SITI MMG SDP SGT TU BNYK DIGUNAKN DLM MSKN THAI
ReplyDeleteTKSH WP KAK PUN XPERNH RASA LAGI MESTI SEDAP NI CUBALH
ReplyDeletesedapnya kalau pekena dgn ikan bilis goreng ;-)
ReplyDelete