Tuesday 6 February 2018

PROJEK HAIGA...

ASSALAMUALAIKUM

PROJEK 2018
ABADI - Projek Haiga Melayu memberi peluang kepada para Haijin merakamkan sesebuah kenangan dengan berhaiku dalam bentuk haiga. Haijin hanya perlu hantar teks Haiku sahaja.
Haijin hendaklah mengguna gambar pilihan sendiri yang ada kaitan dengan karya Haiga. Gambar hendaklah dihantar ke inbox terlebih dahulu untuk penyesuaian.
Haiku yang dihasilkan perlulah mematuhi *Peraturan Mengarang Haiku. Haijin yang tidak aktif dalam tempoh projek dimulakan pada awal tahun 2018 akan dikeluarkan dari grup.
Hanya lapan buah haiga diterima bagi setiap Haijin.
PENULISAN HAIKU:
Puisi pendek berasal dari negara Jepun, dibina dalam 17 suku kata (lebih tepat on-ji), dengan patrun 5-7-5 dalam tiga baris. Haiku tradisional mesti dibina dengan *kigo, dan disudahi dengann imej *yo-in mengikut kesesuaian binaan imej haijin itu sendiri.
..
SYARAT:
(1) sila pastikan guna *kigo yang sesuai
(2) sila letakkan *kireji di tempat yang betul
(3) sila guna *yo-in yang kukuh
(4) sila guna huruf kecil, kecuali nama khas
.
PERATURAN:
(1) berikan nombor urutan pada setiap haiku
(2) pastikan tata penulisan yang betul
(3) cuba elakkan imej skema atau cliche
(4) cuba elakkan bercerita dalam haiku

14 comments:

  1. Bolehlah PI menyertainya.
    Istilah2 Jepun ke tu.

    ReplyDelete
  2. Kak PI..sertai kak...akak berbakat..

    ReplyDelete
  3. TKSH WP YA SERONOK BERHAIKU NI BUAT MINDA KITA BERFIKIR CARI FAKTA TEPAT..YA PUISI ISTILAH JEPUN MARE HEH..HEH..

    ReplyDelete
  4. TKSH PC KAK SEKADAR SUKA2 MENCUBA

    ReplyDelete
  5. akk msk ke? selamat berjaya ya kak!

    ReplyDelete
  6. TKSH ANIES INSYAA ALLAH MINAT JUGA

    ReplyDelete
  7. haijin adalah penulis haiku
    selamat berjaya kakakku..

    dalam hati tertanya-tanya
    haiga itu apakah maknanya..

    ReplyDelete
  8. TKSH DIK NOHAS SYG..INSYAA ALLAH NAK CUBA JUGA..HAIGA TU HAIKU PENGHARGAAN...DIPENDEKAN JADILAH HAIGA HEH..HEH.

    ReplyDelete
  9. Selamat bertanding. Semoga ada rezeki lagi kali ni. Semangat ya Kak Pi!

    ReplyDelete
  10. TKSH FATIN...INSYAA ALLAH BERSEMANGAT NK MENYERTAI

    ReplyDelete
  11. Menarik ni sis. Pernah jugak cipta haiku dulu. now tak kreatif dah

    ReplyDelete
  12. Peluang buat mereka2 yg berbakat ni.. all the best! :)

    ReplyDelete
  13. masa ajar anak2 Form1 adalah buat aktiviti haiku dalam kelas. pandai depa bagus2 bunyinya. tapi teacher tak creative macam depa haiku teacher hambar =P

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist