ARAH
Cerah bersinar gundi di sahan,
Har teramat taju diperaga;
arah yang benar jadi pilihan,
agar selamat menuju syurga.
MIMPI
Silau menampi bayang selari,
sigai menjungkir perawan bingit;
kalau bermimpi di siang hari,
bagai mengukir awan di langit.
sigai menjungkir perawan bingit;
kalau bermimpi di siang hari,
bagai mengukir awan di langit.
JANJI
Sungguh gergaji diberi emas,
sehingga petang merubah sisi;
berteguh janji dipetri kemas,
duga melintang tabah lintasi.
.
. BUDAYA
Di pangkin duduk cukin
kelasi,
teringat kendi bawa ke paya;
semakin tunduk makin berisi,
semangat padi jiwa budaya.
IMPIAN
Bayan gerutu lama merata,
laha merampai berangan tangguh;
impian itu umpama cita,
usaha capai dengan bersungguh.
.
KECEWA
Kekwa melati janggal meninggi,
rujuk pemberi cara melawa;
kecewa hati ditinggal pergi,
merajuk diri lara dibawa.
REZEKI
Saki kelubi cendana bayas,
semi semuanya kerana senja;
rezeki Rabbi saujana luas,
demi hamba-Nya di mana saja.
Cenderawasih layang ke kota,
gayar di situ alam berdebu;
antara kasih sayang dan cinta,
biar bersatu di dalam qolbu.
IBU
Perang berdebu sita di peti,
kilik bawanya berpada jua;
seorang ibu permata hati,
milik anaknya tiada dua.
AYAH
Tumisan dayah selada enak,
ranti lemuni selasih tapin;
warisan ayah kepada anak,
sejati murni kasih memimpin.
JODOH
Sisih peria keratan lodoh,
lekat bersilih buah kelabu;
kasih setia suratan jodoh,
berkat dipilih ayah dan
ibu.
MENUNTUT ILMU
Padat gaharu melutut jemu,
umbi digalas warid bernadi;
adat berguru menuntut ilmu,
murabbi ikhlas murid berbudi.
Indahnya bahasa. Suka baca tulisan Kak PI :)
ReplyDeletePuitis kak...halus bahasanya.
ReplyDeleteTKSH FATIN ALHAMDULILLAH
ReplyDeleteTKS PC INSYAA ALLAH..TLS2 SUKA2
ReplyDeleteTahniah PI
ReplyDeleteHebat pembayangnya
Indah maksudnya.
TKSH WP NK CARI PMBAYANG PANTUN PENING JUGA
ReplyDeletePembayang tu tinggi sangat bahasanya ada yang Mrs.A tak faham hehehehe...
ReplyDeleteTKSH MRSA..HEH..HEH.PEMBAYANG PUN CARI DLM KAMUS DBP
ReplyDeletehanya mampu membaca..tak mampu membalasnya...
ReplyDeleteTKSH KHAMSIAH KALAU NK BLS MESTI LAMA PULA NK CARI IDE...KAK GITULAH
ReplyDeleteIndahnya bahasa kita...
ReplyDeleteTKSH FIDAH SANGAT INDAH N MELENGKAPI
ReplyDelete