PERTIWI
Lawi kersani panah di peran,
siaga gara dirusuh bota;
pertiwi ini tanah kelahiran,
warga negara menaruh cinta.
Sita dibelah raga ditadah,
kiwi dijemur rapat kedondong;
kita adalah warga bertuah,
pertiwi makmur tempat berlindung.
Ikan sepat semilang di sawah,
banir jejawi landak berlaga;
akan merempat hilang maruah,
andai pertiwi tidak dijaga.
Pulasan sita arun di Gurun,
kupas kulitnya dedah aroma,
kupas kulitnya dedah aroma,
warisan kita turun temurun,
terlepas haknya gundah selama.
Lengatlah akan ikan selayang,
ke baruh bawa sumi dan kaswi,
ingatlah akan pesanan moyang,
bertaruh nyawa demi pertiwi.
Merawi kata mintalah bantu.
mengolah fikir pasti berkesan;
pertiwi kita hanyalah satu,
di situlah lahir mati bernesan.
Tinggi gaya bahasanya. Hanya faham baris ayat tertentu sahaja.
ReplyDeleteHebat bahasa orang sastera ni.
ReplyDeleteTerkial2 nak memahamnya.
TKSH FATIN...BAHASA KITA ADA JA DLM KAMUS TU
ReplyDeleteTKSH WP HEH..HEH BAHASA SASTERA NI LAIN PESEN SIKIT.
ReplyDeleteBait kata2 amat mendalam maknanya..
ReplyDeleteteringat pertama kali dengar perkataan pertiwi menerusi lagu2... ms tu mmg x fhm langsung maksud pertiwi ni main sebut ikut sedap mulut je hahaha
ReplyDeleteGaya bahasa yg tinggi menyuntik semangat cintakan negara, hargai perjuangan bangsa dan pengorbanan melindungi bumi pertiwi.
ReplyDeletePatut hargai jasa nenek moyang kita yang berjuang untuk pertiwi
ReplyDelete