CORAT-CORET PAK ENGKU.
PANTUN-PANTUN PERBIDALAN PAK ENGKU.
KEMANA RAKAN BERSAMA RAKAN,
MATAHARI TERIK TIDAK HIRAUKAN,
MEMASANG LUKAH DI TEPI KALI;
SALAH MAKAN MEMUNTAHKAN,
SALAH TARIK MENGEMBALIKAN,
SALAH LANGKAH SURUT KEMBALI.
MATAHARI TERIK TIDAK HIRAUKAN,
MEMASANG LUKAH DI TEPI KALI;
SALAH MAKAN MEMUNTAHKAN,
SALAH TARIK MENGEMBALIKAN,
SALAH LANGKAH SURUT KEMBALI.
Perbidalan: Salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan.
salah langkah undur kembali.
Makdudnya: Kesilapan dalam sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera.
salah langkah undur kembali.
Makdudnya: Kesilapan dalam sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera.
TERBANG RENDAH BURUNG KETILANG,
TERBANG TAPTIBAU SENJA MENJELANG;
ANTAN PATAH LESUNG HILANG,
BEGITULAH KALAU NASIB DAH MALANG.
TERBANG TAPTIBAU SENJA MENJELANG;
ANTAN PATAH LESUNG HILANG,
BEGITULAH KALAU NASIB DAH MALANG.
Perbidalan: Antan patah lesung hilang.
Maksudnya: Tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (ksusahan).
Maksudnya: Tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (ksusahan).
SIAPA MENGANGGUR SI POKOK ANGGUR,
POKOK DIANGGUR KE TEPI PUNGGUR,
BUNGA GUGUR PUTIK PUN GUGUR,
TUA GUGUR MASAK PUN GUGUR.
POKOK DIANGGUR KE TEPI PUNGGUR,
BUNGA GUGUR PUTIK PUN GUGUR,
TUA GUGUR MASAK PUN GUGUR.
Perbidalan: Bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur.
Maksudnya: Setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua).
Erti perkataan: 1) Anggur - buah anggur
2) Anggur - keratan cabang atau batang untuk ditanam
ditempat lain.
3) Menganggur – mengalih, menganjak (tanaman dan lain-lain).
Maksudnya: Setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua).
Erti perkataan: 1) Anggur - buah anggur
2) Anggur - keratan cabang atau batang untuk ditanam
ditempat lain.
3) Menganggur – mengalih, menganjak (tanaman dan lain-lain).
TIDAKLAH TINGGI TIDAK RENDAH,
POKOK PALA DI TEPI TELAGA;
SEDANGKAN GIGI DENGAN LIDAH,
ADA KALA TERGIGIT JUGA.
POKOK PALA DI TEPI TELAGA;
SEDANGKAN GIGI DENGAN LIDAH,
ADA KALA TERGIGIT JUGA.
Perbidalan: Gigi dengan lidah ada kala tergigit juga.
Maksudnya: Suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah).
Maksudnya: Suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah).
BELIKAN KIKIR DI PEKAN SEMARANG,
GUNAKAN KIKIR MELICINKAN PARANG;
LANGIT BERKELIKIR BUMI BERTEMBERANG,
TERSALAH FIKIR DIHAMBAKAN ORANG.
GUNAKAN KIKIR MELICINKAN PARANG;
LANGIT BERKELIKIR BUMI BERTEMBERANG,
TERSALAH FIKIR DIHAMBAKAN ORANG.
Perbidalan: Langit berkelilkir bumi bertemberang, salah-salah fakir jadi hamba
orang.
Maksudnya: Fikiran yang mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kepada
kehinaan.
orang.
Maksudnya: Fikiran yang mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kepada
kehinaan.
SUNGAI RENGIT TEBING TERHAKIS,
TANAH LEMBUT AIR MENGHANYUTKAN;
KENAPA LANGIT DAPAT DILUKIS,
SUDUT KAMBUT DISERAYAKAN?
TANAH LEMBUT AIR MENGHANYUTKAN;
KENAPA LANGIT DAPAT DILUKIS,
SUDUT KAMBUT DISERAYAKAN?
Perbidalan: Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.
Maksudnya: Kesalahan orang lain walaupun kecil tampak tetapi kesalahan
sendiri tidak.
Erti perkataan: 1) Kambut – sejenis kampit (bakul) yang dianyam daripada
daun mengkuang dan lain-lain.
2) Diserayakan – meminta pertolongan atau bantuan (untuk
mengerjakan sesuatu).
Maksudnya: Kesalahan orang lain walaupun kecil tampak tetapi kesalahan
sendiri tidak.
Erti perkataan: 1) Kambut – sejenis kampit (bakul) yang dianyam daripada
daun mengkuang dan lain-lain.
2) Diserayakan – meminta pertolongan atau bantuan (untuk
mengerjakan sesuatu).
DI MANA TUMBUH SI POKO LEBAN,
DI TEPI TEBAT TEMPATNYA REDUP;
LANGIT RUNTUH BUMILAH TERBAN.
HILANGLAH TEMPAT BERGANTUNG HIDUP.
DI TEPI TEBAT TEMPATNYA REDUP;
LANGIT RUNTUH BUMILAH TERBAN.
HILANGLAH TEMPAT BERGANTUNG HIDUP.
Perbidalan: Langit runtuh bumilah terban.
Maksudnya: Kehilangan tempat menumpang hidup.
Erti perkataan: Terban – roboh.
Maksudnya: Kehilangan tempat menumpang hidup.
Erti perkataan: Terban – roboh.
BELAYAR LAMBAT DI LAUT TEDUH,
ANGIN BERSIRU SI ANGIN SAKAL;
DARI BERSAHABAT DENGAN YANG BODOH,
BAIK BERSETERU ORANG BERAKAL.
ANGIN BERSIRU SI ANGIN SAKAL;
DARI BERSAHABAT DENGAN YANG BODOH,
BAIK BERSETERU ORANG BERAKAL.
Perbidalan: Dari bersahabat dengan orang yang bodoh, baik berseteru dengan
orang yang berakal.
Maksudnya: Tidak berfaedah bersahabat dengan orang yang bodoh.
orang yang berakal.
Maksudnya: Tidak berfaedah bersahabat dengan orang yang bodoh.
Erti perkataan; 1) Bersiru - berputar (angin), beralih haluan.
2) Angin sakal – angin yang bertiup dari haluan perahu.
2) Angin sakal – angin yang bertiup dari haluan perahu.
PAK LURAH PERGI BERNIAGA,
KAIN BATIK JUAL BERKODI;
YANG MERAH ADALAH SAGA,
YANG KURIK ADALAH KUNDI.
KAIN BATIK JUAL BERKODI;
YANG MERAH ADALAH SAGA,
YANG KURIK ADALAH KUNDI.
Perbidalan: Yang merah saga yang kurik kundi.
Maksudnya: Yang indah dan yang baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa.
Maksudnya: Yang indah dan yang baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa.
HIDUP SEMPIT SI ANAK DAGANG,
DIRI MISKIN SELAMA-LAMA;
BURUNG PIPIT SAMA ENGGANG,
MANA MUNGKIN TERBANG BERSAMA.
DIRI MISKIN SELAMA-LAMA;
BURUNG PIPIT SAMA ENGGANG,
MANA MUNGKIN TERBANG BERSAMA.
Perbidalan: Burung pipit sama enggang.
Maksudnya: Jodoh yang tidak sepadan.
Maksudnya: Jodoh yang tidak sepadan.
SEKIAN.
Assalmmualaikum akk..lamanya x bca pntun2 ni..nasib akk tlg bgtau maksud2nya.,mmg ada sesetgh sya tak paham..hehe..tapi pantun yg last sekali tu sya paham sangat.hehehe ^_^
ReplyDeletewsalam sya...pantun2 perbidalan lama kalau xdiberitahu maksudnya ada yg xfaham tu...tq adriyanna syaz.
ReplyDeleteJauh benar bidalan dengan maksud.. klu tak de maksud tu, maunya wawa blh paham..hehe
ReplyDeletebenar tu wawa bidalan bahasa Melayu yg klasik maksudnya...tq wawa.
DeleteSalam Kak Paridah. Suka dengan pantun dan bidalan kat sini. Penerangan tentang maksud tu sangat penting supaya maksudnya lebih jelas.
ReplyDeletewsalam fidah...kalau xdiberi maksud bidalan tu kak sendiri pun xtahu heh..heh..tq fidah
DeleteBanyaknya khazanah kata bidalan yang terakam di blog ini. Lama dah tak membaca
ReplyDeletemengenainya apa tah lagi maksudnya - memang dah lupa. Terima kasih kerana berkongsikan
semula bidalan dan pantun lama di sini. Khazanah bangsa memang perlu dihargai dan diperlihara.
khazanah sastera lama kita mmg bnyak n wajar kita ambil tahu justeru karyanya amat indah...benar spt kata lynn tu...tq
Deletekenapa, coba?
ReplyDeleteLangit dapat dilukis.....
sama halnya dengan kucing kurus mandi dipapan,
heh..heh...agaknya samalah maksudnya tu...tq chilembu thea.
ReplyDeletewahhh indahnya pantun2 ni... terutama baris baris atas... macam bait2 lagu
ReplyDeletewah najib pun suka pantun ya..baris atasnya mestilh cntik utk mnjadi pembayang kpd maksud di bawahnya....tq najib.
ReplyDeleteBerbalas pantun terjawab gurindam,
ReplyDeleteDiungkap bidalan tuan berseloka,
Syhadu syair irama mendayu,
Bagaikan pungguk merindukan bulan,
Anak punai sangkakan merbah,
Mana tempua bersarang tinggi.
Paridah bijak bistari,
Adakah berjanjaji lagi,
Tafsiran seikhlas hati,
Jiwa merajuk apakah erti.
Tafsirkan bait2 ini....
DARI SERANDU KE KUALA LINGGI
DeleteCARI SERUNAI BELI HALWA
KAIN KASA SELEMPANG DARA
MENGAPA DIRINDU BULAN YANG TINGGI
ANAK PUNAI...PUNAI JUA
TEMPUA SENTIASA DI PUNCAK CEMARA
TQ ANOYNYM...KOI X PANDAI NK MENAFSIRNYA..BERPANTUN TU RETI SIKIT2 JER.
Maaf koi terlupa nak bagi nama ke aok samalah koi mengatakan aok sokmo2 tu, pandai buat sambal itan (belimbing) tafsirlah bait koi tu.
ReplyDeleteHEH..HEH..AOK YG BUAT KOI GELAK SOKMO WEH...LAIN KALI TULISLAH NAME AOK YG MISTERI TU MYFREN..BE FRANK...TQ
DeleteSalam. Hee pantun yang indah.
ReplyDeleteWSALAM TIGA LALAT...YA SGT INDAH.TQ
ReplyDelete