Wednesday, 5 February 2014

SINABUNG...DEBUNYA MUNGKIN MENGAPUNG UDARA NEGARA DIBAWA ANGIN BARAT LAUT...

ASSALAMUALAIKUM...

KENYATAAN AKHBAR
( Dikeluarkan Pada 03 Februari 2014, 6.00 petang )

Makluman Aktiviti Gunung Berapi Sinabung, Indonesia

Gunung berapi Sinabung terletak di Sumatera Utara pada kedudukan
latitud 3º 10’ Utara dan longitud 98º 23’ Timur dengan ketinggian
2,460 meter di atas permukaan laut. Jarak gunung berapi tersebut
adalah 271km dari Pulau Pangkor, Perak.

Maklumat terkini menunjukkan angin sedang bertiup dari arah Barat
Laut dan dijangka akan berterusan sehingga 6 Februari 2014.
Keadaan ini boleh mengakibatkan debu gunung berapi tersebut
bergerak ke Selatan Semenanjung Malaysia yang boleh menganggu
operasi penerbangan dan mengurangkan jarak ketampakan.

MetMalaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan
mengemaskini maklumat ini dari semasa ke semasa.





Disediakan oleh:
Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional
Jabatan Meteorologi Malaysia

Pic google.



Anak gunung Kelud sedang membara..pic Elisa Mojowarni Surapto.

22 comments:

  1. ya jerebu yg agak teruk mungkin....tq Khairin Annies.

    ReplyDelete
  2. wah efeknya jauh juga ya...???

    ReplyDelete
  3. ya efeknya dirasakan juga...kan kita berjiran....tq Smuainfo.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ya debunya ditiup angin kemana-mana saja....tq Mrs. Asvan sudi singgah blog karyaku.

      Delete
  5. boleh sakit tekak n sakit mata nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mungkin juga...mudah2an kita terpelihara drpd musibah berat....tq Qaseh Wee.

      Delete
  6. MasyaAllah..gunung berapi memuntahkan laharnya..dah lama tak hujan kan...

    ReplyDelete
  7. ya...letusan gunung berapi muntahkan laharnya n ada yg terkorban...hujan pun xturun akhir2 ni kan...kalau hujan debu2 tu tentu turun ke bumi suburkan tanah...tq nohas.

    ReplyDelete
  8. Semoga bencana gunung berapi sinabung cepat selesai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kita doakannya begitu n Allah ma mendengar doa2 hamba2nya...tq Achmad Fazri.

      Delete
  9. Jerebu lagi la nampaknya kat negeri-negeri Selatan nanti. Dulu sebab pembakaran ladang, kali ni sebab gunung berapi pula.

    ReplyDelete
  10. ya terpaksa terima tempiasnya tapi mujur hanya sedikit....tq Sylarius Yusof.

    ReplyDelete
  11. kesannya masih ada di belah2 selatan tanahair kita kak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE...Kalau hujan sehari dua ini tentu kesannya berkurangan....tq Kesuma Angsana.

      Delete
  12. semoga gunung sinabung segera normal kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah kota doakan sinabung kembali meredap...tq joe.

      Delete
  13. Patut la pgi2 dh nmpk jerubu...bau mcm asap api ja..

    ReplyDelete
  14. ya jerebu dimana saja bercampur gaul faktor sebabnya....tq Sarah Talib.

    ReplyDelete
  15. ohh.. teruk juga meletusnya ye kak... idah sempat melihat sendiri Sinabung berasap... tapi masa idah di sana tu.. dia belum meletus lagi.. baru berasap jerr....
    Harap2 debunya tak sampai ke mari lah yer...!

    ReplyDelete
  16. yeke idah..tapi sekarang ni ramai yg dh komplen sakit tekak akibat atmosfera kita yg semakin berhabuk juga jerebu tlh kelihatan menguasai suasana...tq acik idah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist