INDAHNYA KASIH SAYANG..BUKANNYA BARANG BUAT DAGANGAN....
ASSALAMUALAIKUM.... CORAT-CORET PAK ENGKU...
Pokok kepayang di tepi kali, Tumbuh di seberang si pohon berangan; Kasih sayang tak jual beli, Bukannya barang buat dagangan.
Dipagi yang dingin itu aku dikejutkan oleh tangisan isteri ku. Aku tersentak bangun dan terus bertanya, "Kenapa menangis?" Dalam sedu sedannya dia berkata, "Abang, Memeh dah mati. Malam tadi dia masih sihat waktu saya beri dia makan. Banyak makannya. Lepas itu saya masukkan ke dalam sangkar tempat tidurnya bersama Bobo dan Wulan".
Aku bingkas bangun dan terus pergi ke sangkar dan melihat Memeh memang sudah kaku dan tidak begerak lagi. Aku ambil Memeh dan aku letakkan dia di atas beberapa helai surat kahabar. Dalam ratapannya, isteri ku menyalahkan aku di atas kematian Memeh. Dia kata Memeh jatuh sakit dan mati kerana rindukan kasih sayang dan belaian manja dari aku. Isteri ku kata sejak akhir-akhir ini aku sudah tak ambil kisah akan Memeh lagi. Aku abaikan dia. Langsung tiada masa untuk membelai dan mengusap manja Memeh lagi, katanya.
Memeh memanglah kucing yang amat aku sayangi sejak dari lahirnya. Waktu dia lahir aku yang putuskan tali urinya sebab ibunya tak tahu nak makan uri anak-anaknya. Memeh dilahirkan empat beradik namun dua darinya mati sewaktu dilahirkan kerana waktu itu aku ke pekan menguruskan sesuatu. Hanya dua ekor sahaja yang masih hidup dan itulah dia Memeh dan Bobo.
gambar hiasan
Aku namakan dia Memeh sebab sejak dilahirkan dia 'cemeh'. Dia hanya bermata satu dan mata sebelah kanannya, buta! Sejak kecilnya memang Memeh aku cukup manjakan. Tidur di atas katil bersama-sama. Aku tak pernah pukul atau jentik dia. Sebulan sekali,aku dan isteri akan mandi dan syampukan mereka. Diberi makanan yang baik-baik. Dibelikan bekas dan pasir utuk tempat mereka kencing dan berak. Kalau sakit, terus saja bawa ke klinik haiwan untuk dapatkan rawatan.
Sewaktu kami menghadapi Memeh disaat-saat kematiaannya itu, tiba-tiba isteri ku bersuara, "Abang Memeh masih bernafas lagi!" Aku pandang perut Memeh memang ada sedikir pergerakan tetapi tersangat lemah dan perlahan. Lalu aku bawa Memeh masuk ke dalam rumah dan letakkan dia di atas pangku ku. Kurus sangat badan Memeh hinga terasa tulang belakangnya bila di sentuh. Aku beri dia minum air Yassin kerana kebetulan setiap malam Jumaat surau di kariah aku ada buat majlis bacaan Yassin. Dan aku ada bawa balik sebotol air Yassin tu.
Selepas beberapa kali diberi minum air Yassin, isteri ku mencadang supaya Memeh diberi munum air kelapa pula. Saya akur dan setuju. Isteri ku bergegas ke gerai di hadapan rumah untuk membeli air kelapa. Sekembalinya, Memeh kami beri minum air kelapa pula. Selepas diberi minum air Yassin dan air kelapa, kami nampak nafas Memeh bergerak agak kuat sedikit dan jelas kelihatan dari kempas-kempis perutnya.
Sewaktu merawat Memeh isteri ku tak henti-henti menangis. air mata bercucuran di pipinya. Dia memanggil nama Memeh, Memeh berkali-kali. Dia berkata, "Memeh jangan mati ya. Memeh kuatkan semangat ya." Dia terus menyuruh aku memeluk Memeh dan membelai serta mengusap-usap kepalanya. Ada sedikit pergerakan badan berlaku dan Memeh mula menggerakkan ekornya tetapi tersangat perlahan. Aku, walaupun tidak meratap hiba melihat keadaan Memeh, hati ku amat tersentuh. Air jernih bergenang di kelopak mata ku lalu jatuh menitis membasahi pipi.
Akhirnya, aku dan isteri membuat keputusan untuk membawa Memeh ke klinik haiwan untuk mendapatan rawatan yang lebih rapi. Sesampai di klinik, Memeh diberikan suntikan dan dimasukkan air ke dalam badanya melalui 'drip'. Doktor kata peluang untuk Memeh hidup hanya 50-50. Setelah rawatan kami bawa Memeh balik berbekalkan ubat anti-biotik, makanan lembut dalam tin serta alat suntikan untuk memberi Memeh makan dan minum.
Selama tiga hari Memeh kami jaga dengan teliti. Beri makan dan minum melalui jarum suntikan. Aku luangkan masa untuk memangku dan membelainya dalam keadaan badannya yang amat lemah itu. Yang anehnya bila Memeh di atas pangkuan ku, dia terus saja tidur lena. Dan akhirnya Memeh telah boleh berjalan walaupun terhuyung-hayang kerana badannya mungkin terlalu lemah, tidak bermaya serta tidak bertenaga.
Sewaktu dia sudah mula berjalan itulah, aku dan isteri perasan bahawa Memeh telah hilang penglihatan di matanya yang sebelah lagi itu. Betapa aku dan isteri ku berasa sayu dan pilu memandangkan keadaannya begitu. Namun isteri ku sempat berkata memujuk hatinya, "Tak apa biarlah Memeh buta asalkan masih hidup dan beransur sihat. Nenek (isteri ku membahasakan dirinya dengan kucing-kucingnya) akan jaga Memeh hingga ke akhir hayat"
Pada hari ke empat, hari Isnin pagi, aku kendung Memeh dan bawa dia ke Klinik Haiwan Senawang, milik anak buah ku, Dr Nor Hisham Hj Marmin, untuk rawatan susulan. Kebetulan, tiga hari yang sebelum Dr Nor Hisham tiada di klinik kerana ada urusan penting di Kuala Trengganu, katanya. Sekali lagi Memeh diberi suntikan. Aku sempat bertanya pada Dr Nor Hisham tentang penglihatan mata Memeh itu dan dia berkata kemungkinan penglihatannya akan hilang buat selama-lamanya. Ya Allah, kenapalah semua ini harus terjadi kepada Memeh.
Kini kesihatan Memeh sudah semakin pulih. sudah bangun dan berjalan tetapi sering terlanggar dinding atau apa juga benda yang ada di hadapannya. Petang semalam isteri ku mandikan Memeh, syampukan bulu badannya. Aku tolong lap dan keringkan badan Memeh serta menyikatkan bulunya. Kami amat menyanyangi Memeh, yang kadang aku panggil 'Amir', walau pun deria penglihatannya sudah tiada lagi. Aku berjanji pada diri ku untuk memberikan kasih sayang dan membelainya selalu. Isteri aku juga berkata dia tidak ralat atau rasa terkilan duitnya banyak dibelanjakan untuk rawatan dan makanan Memeh. Isteri aku percaya Allah akan beri dia rezeki yang lebih lagi.
Petang Jumaat ini aku akan sedekahkan dua sisir ke surau taman tempat tinggal aku. Aku dan isteri telah sama-sama bernazar, kalau Memeh hidup, kami akan sedekahkan sesisir pisang setiap seorang kat surau tu. Peristiwa ini adalah satu peringatan buat aku supaya tidak mengabaikan kasih sayang ku, biar pun terhadap seekor haiwan. Kasih sayang serta belaian manja dan mesra boleh menjadikan seekor haiwan atau seseorang kuat semangat untuk terus hidup. Sesungguhnya nilai kasih sayang teramat tinggi untuk dapat diukur biar pun antara manusia dan haiwan. Apatah lagi kasih sayang sesama insan. Semoga Memeh terus bertambah sihat dan panjang umur. Insya Allah.
berbuat baik dgn makhluk ciptaan Allah..kat rumah saya ada byk juga kucing2 gelandangan..mengiow-ngiow minta makanan..kesian tengok, tuannya lepas mcm tu saja..
walau kita xbela kucing2 tu jgn menyakitkannya..bnyk kucing yg xbertuan hidup bebas tp kalau kelihatan kelaparan tentu xsanggup melihatnya n membiarkan..saja...tq nohas.
Indahnya sebuah nukilan.. Kalau ikut petua keluarga kakak pun sama guna air kelapa. Usah kata kucing, ayam pun boleh tau. Cuma iktibarnya binatang pun ada insan yg sayang tapi ada manusia yg tak sayang anak kandung yg baru dilahirkan hingga dibuang merata-rata... Na'uzubillah..
nukilan drpd pengalaman pak engku sendiri...air kelapa mmg penawar yg baik...mmg sukar kita nk faham sikap manusia yg kurang rasa perikemanusiaannya sepatutnya kasih sayang itu tebal dihati agar dgn rasa kasih sayang mampu melindungi yg memerlukan xkira siapa....tq Kakzakie.
banyak manfaat air kelapa ni.. mulia sungguh hati pak engku.. ikatan kasih sayang dan usaha yang berterusan jugalah menguatkan lagi semangat memeh untuk meneruskan hidup..
ya musim panas ni elok minum air kelapa utk sejukan badan...kita dapat rasakan kucing yg sakit itu tambah kuat semangatnya utk hidup kerana belaian kasih sayang pak engku yg tulus ikhlas dari lubuk hatinya...membaca karya2 pak engku kita akan katakan beliau ni sorang pesara guru yg kasar n garang namun hatinya lembut n cpt perasa...tq Mizz Aiza
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Apa Itu Studio Ghibli?
-
Apa Itu Studio Ghibli?
Studio Ghibli (*Sumber Gambar*)
Studio Ghibli adalah sebuah nama yang tidak asing bagi peminat animasi di
seluruh dunia. Studi...
Balik Kampung - Selamat Hari Raya
-
Bismillahirrahanirrahim.
Nampaknya semangat untuk berhari raya sudah tidak dapat dibendung lagi.
Masing-masing sibuk membuat persiapan menyambut Syawal y...
Siem Reap, Cambodia: Angkor Holiday Hotel
-
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari *SINI*.
perjalanan dari Poipet ke Siem Reap mengambil masa hampir 3 jam. dalam
perjalanan, kami cuma ber...
RESEPI APAM BERAS
-
Assalamualaikum semua,
Aku buat apam beras ini sebab tertengok kat tiktok ada yang jual apam
kampung 4 keping rm6 lepas tu kelapa asing RM2. Memang maca...
Patutkan saya membeli Proton S70?
-
Baru baru ni aku ada baca satu post di mana dalam post tu bagitau, Proton
S70 menjadi kereta sedan segmen C yang paling laku pada tahun 2024.
Kalau d...
Pakcik Petai Viral
-
Salam bertani
Hari selasa lepas, si Bainun sapi wak beranak sulung anak jantan. Tarikh
lahirnya sama dengan blogger fofula UG tu. Wak nak namakan gedEx ...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2025
-
Assalamualaikum,
Hampir penghujung Ramadan dan semuanya dah bersemangat nak balik Kampung.
Aku pun nak balik kampung esok. Walaupun kedua ibu dan bap...
Office deko di bulan Ramadan
-
Salam 24 Ramadansempena bulan puasa dan hari raya, ada decoration
tambahandi counter receptionist deko bertemakan bulan Ramadan dan Hari
Rayabongkahan-bon...
Bye-Bye My Proton Persona
-
Assalamualaikum korang. Salam Ramadhan.
Hari ini 24 Mac 2025, aku baru nak start menulis di tahun 2025 bagi Blog*
dorsettpink.com* . huhu... Lambat nya....
Resepi Ayam Bakar Lada Hitam Terpantas
-
Kot-kot laa tak ada idea nak masak untuk iftar, boleh laa buat resepi yang
ringkas ni. SS biasanya masak ringkas-ringkas saja.
*Bahan Kisar :*
1. Ba...
Kisah masak lemak buah labu
-
Sebelum nak kongsi resepi masak lemak labu , kak ana ada satu kisah nak
cerita dengan ampa semua kisah buah labu pemberian jiran kak ana nih. Jiran
kak an...
ZAKAT FITRAH 1446H
-
* ZAKAT FITRAH 1446H |* Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. WAJIB ke atas penanggung yang bertanggungjawab
mena...
Closing down sales @ bookxcess kl east mall
-
Hye guys, dah ada yang pergi melawat closing down sales bookxcess tak? AD
berkesempatan untuk pergi ke sana hari jumaat apabila mereka mengadakan
premier...
Salam Ramadhan 1446H
-
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
*Salam Ramadhan 1446H.* Pejam celik pejam celik dah 16 hari kita berpuasa.
Dari awa...
Kenangan...
-
Kita tidak mampu untuk mencatat setiap apa yang berlaku sehari dalam hidup
ini. Setiap saat akan ada saja perkara-perkara yang terjadi... dan pastinya
ap...
Kuih Seri Muka yang tidak berseri
-
*Kuih Seri Muka yang tidak berseri*
Mama Yan teringin nak makan seri muka, Anak kembar MY pun suka juga kuih
seri muka, Kalau Ucid, kuih seri muka tu, Setak...
Giveaway Kerajaan Kelapa
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua.. Jom
kita sama2 memeriahkan GA Cuya.. Klik banner kat atas untuk join..
Cepat2!!! Dah na...
Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya
-
[image: Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya]
Saya dah lama khatam buku bertajuk “ Apabila Dia Menyapa, Jodohkah Namanya”.
Memang bagus cuma belum terb...
Antara Sifat 20 dan Tauhid 3
-
Saja la kali ni aku nk berkongsi cerita. Sebab sekarang ni kan tengah
hangat dengan kes Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.
Dan ora...
Pintu Kayu Durian
-
Assalamualikum
Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita
Tidak seperti di Indonesia
Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...
Tempat Pertama Pertandingan...2023
-
*Assalamualaikum & Salam Sejahtera...*
Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update
Cerita...
Di Bawah Adalah Gambar Lama......
W-W: Rumah Senibina Melayu
-
Assalammm....
Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini,
rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...
Salam Dari Tanah Suci
-
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja
disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini.
K...
NEW BLOG I AM
-
Assalamualaikum semua.
Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini.
Terpaksa dipasungkan. Huhu.
*Due to the technical issue, please vi...
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK
-
SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA
Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh
tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...
Kisah Vaksin Saya
-
Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja
ataupun tak. Hehe
Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...
Salam 10 Ramadhan 1442H.
-
Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd
teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung.
Apapun terima...
Tips Sihat
-
Assalammualaikum
Selamat Berpuasa Semua
TIPS SIHAT
Ingat selalu,
Low Carb No Sugar.
Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni..
Semoga di b...
VINCENZO FULL EPISODE
-
*VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan
ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon
dalam drama ...
Menginjak usia
-
Assalamualaikum
22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu
kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo
-
Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin
adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah
satu le...
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak
-
Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang
diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak.
Berad...
-
Gambar Google
Assalamualaikum dan Salam Sayang
Kali ni nak kongsikan tips agar anak-anak tidak mudah lupa apa yang
diajarkan oleh guru di dalam kelas. S...
Climbing back on Track when the train is moving
-
It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah,
bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je
ayatnya). B...
Taufufa segera
-
Assalamualaikum..
Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan
fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...
Jaman Tory, Kuantan
-
*Kuantan, Pahang*
Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka
daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...
2020, Impian Menjadi Realiti
-
Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat
lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan
20...
MUDAH KE TRAVEL SOLO?
-
Bismillahirahmanirahim…
Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak
try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA
-
*Assalamualaikum and What's up guys! :)*
Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan
sawang-sawang dekat blog dia yang ter...
Kurus Tak Semestinya SIHAT
-
Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat.
Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena
betulkan tangg...
Hello 2019, Hello Sahabat
-
[image: Wajah Lama]
Salam Petang 🌹
Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I
ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...
Dapur Kak Noor sudah Berpindah
-
Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers.
Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada
https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...
Salam Aidil Fitri 2018/1439
-
Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat
kan bunda..
Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...
Hellooo....
-
Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang
melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita
cuma m...
Happy Birthday To ME !
-
Assalamualaikum wbt.....
Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni...
(credit Youtube)
Alhamdulillah Ya Rabbi...
Bersyukur kerana ma...
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin !
-
*Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca
tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah.
Al-maklumlah perkara ...
41
-
Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang
mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku.
Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun
-
Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63.
Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru
lalu ...
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta
merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita
perlukan...
Kalian Masih Ku Rindu
-
*Sahabat....*
*Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..*
*Saat terindah kita bersama..*
*Yang kini tinggal cerita lama*
*Kian ditelan masa dimam...
"Aku Nak Yang Ayu.."
-
Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak
memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian
besarnya akan...
Tukar Side Mirror Kereta Viva
-
Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya
menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side
mirror...
Segmen Apakah Saya...??
-
Sila cari saya???
hehehe saja nak memeriah kan lagi
Segment Apakah Saya...??
Anjuran blogger Fida Z Ein
Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...
Owh...so sweet ..liat foto kucing nya mbak :)
ReplyDeleteya kucing yg sgt comel...tq Purnomo Jr.
Deletelama tidak mampir kemari saya rindu kali sama paridah .. saya tengok gambar nya cantik sekali ..persis seperti punya saya di rumah ..
ReplyDeleteyala...friska mesti sangt bz...mcik juga rindukan friska lama xjumpa...tq Friska Lee.
ReplyDeletemmg comel but KA ni serius takut dgn kucing2 ni kak !
ReplyDeleteYELA KA..Kucing2 comel ni disayangi pemiliknya...tq Kesuma Angsana.
ReplyDeletesuka sama kucing ya, sama seperti aku :-)
ReplyDeleteya suka berkasih sayang sesama makhluk...bagus sekali....tq joe
Deleteberbuat baik dgn makhluk ciptaan Allah..kat rumah saya ada byk juga kucing2 gelandangan..mengiow-ngiow minta makanan..kesian tengok, tuannya lepas mcm tu saja..
ReplyDeletewalau kita xbela kucing2 tu jgn menyakitkannya..bnyk kucing yg xbertuan hidup bebas tp kalau kelihatan kelaparan tentu xsanggup melihatnya n membiarkan..saja...tq nohas.
DeleteAih, comel nya tu kucing.. :)
ReplyDeleteya kucing2 comel memikat hati...tq Etika Maria.
DeleteOh bagi air yassin dan air kelapa.. comelnya kucing tu..
ReplyDeleteya boleh cuba tips pak engku ni sebelum membawanya ke doktor....tq babYpose.
ReplyDeleteIndahnya sebuah nukilan..
ReplyDeleteKalau ikut petua keluarga kakak pun sama guna air kelapa. Usah kata kucing, ayam pun boleh tau.
Cuma iktibarnya binatang pun ada insan yg sayang tapi ada manusia yg tak sayang anak kandung yg baru dilahirkan hingga dibuang merata-rata... Na'uzubillah..
nukilan drpd pengalaman pak engku sendiri...air kelapa mmg penawar yg baik...mmg sukar kita nk faham sikap manusia yg kurang rasa perikemanusiaannya sepatutnya kasih sayang itu tebal dihati agar dgn rasa kasih sayang mampu melindungi yg memerlukan xkira siapa....tq Kakzakie.
ReplyDeletesetuju..kasih sayang..walaupun haiwan.. kita harus menjaga antra satu sama lain.. itu hakikat khdupan..
ReplyDeletejgn dikasari haiwan / makluk ciptaan allah :)
ya kasih sayang itu penawar paling mujarab menyembuh kesakitan...berkasih sayang sesama makhluk Allah sgt dituntut agama...tq Sobri Yaakob.
Deletebanyak manfaat air kelapa ni.. mulia sungguh hati pak engku.. ikatan kasih sayang dan usaha yang berterusan jugalah menguatkan lagi semangat memeh untuk meneruskan hidup..
ReplyDeleteya musim panas ni elok minum air kelapa utk sejukan badan...kita dapat rasakan kucing yg sakit itu tambah kuat semangatnya utk hidup kerana belaian kasih sayang pak engku yg tulus ikhlas dari lubuk hatinya...membaca karya2 pak engku kita akan katakan beliau ni sorang pesara guru yg kasar n garang namun hatinya lembut n cpt perasa...tq Mizz Aiza
Deletewah lucu sekali kucing2nya...saya pun sama memelihara kucing, tingkahnya memang menggemaskan..
ReplyDeletesaya follow blognya ya pak
ya kucing2 comel yg menggembirakan hati kita...terima kasih wewengkon sumedang sudi follow blog karyaku...
ReplyDeletecomelnye kucing tu. eh manfaat air kelapa untuk ibu hamil memangnye ape saje?
ReplyDelete