KESIHATAN YANG BAIK ADALAH KEKAYAAN YANG TIDAK TERNILAI. TETAPI KITA TIDAK TAHU SELAMA MANA ALLAH MEMINJAMKANNYA KEPADA KITA.
SEDAR-SEDAR SAJA KITA HANYA TERLANTAR DI KATIL AKIBAT SAKIT KEMALANGAN ATAU STROKE. SEDANGKAN SEMALAM KITA ELOK SIHAT, RIANG GEMBIRA MELAKUKAN AKTIVITI YANG KITA SUKAI.
DAN KITA TERASA BEGITU KEHILANGAN, JEMU MELAYANI KESAKITAN YANG ENTAH BILA AKAN PULIH SEDIAKALA, DI SAMPING SENTIASA MERASA TERABAI LANTARAN TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA PERTOLONGAN MEREKA YANG TERDEKAT UNTUK MEMBANTU KESUSAHAN KITA.
SETELAH TERPAKSA HIDUP SEBAGAI ORANG KURANG UPAYA HATI KECIL AKAN BERTAMBAH KECIL, CEPAT TERASA DENGAN TUTUR BAHASA YANG AGAK KASAR WALAU BAGI SETENGAH ORANG YANG SEGAR BUGAR BIASA SAJA. TAPI BAGI PESAKIT IA SANGAT MELUKAKAN PERASAAN.
PENAWAR KEPADA SAKIT ZAHIR/BATIN ITU TENTULAH HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH. ZIKRULLAH. ALLAH TELAH MENENTUKAN TAKDIR HIDUP KITA DENGAN BERSEBAB. TENTU ADA RAHMAT DISEBALIKNYA YANG TIDAK DIKETAHUI. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF.
SEPERTI DIRIKU BERPULUH TAHUN DUDUK SAKIT, BERDIRI SAKIT, TIDUR SAKIT SEBAB TERLALU LAMA MENGHADAPINYA MENJADI MANGLI. TIDAK KISAH LAGI DENGAN PANDANGAN SINIS RAKAN/TAULAN,SAUDARA KERANA JELEKNYA RUPA YANG SEMAKIN MEMUALKAN HARI DEMI HARI KERNA TIDAK MAMPU LAGI MENGURUS KEMASYLAHATAN DIRI.
SEBOLEH-BOLEHNYA WALAU HANYA MILIKI SEDIKIT UPAYA BERUSAHALAH MENOLONG DIRI SENDIRI AGAR TIDAK MENYUSAHKAN MEREKA YANG TERDEKAT DAN SENTIASA MENOLONG KITA. CUBA FAHAMI DAN SAMA-SAMA TOLERAN JUGA.
AKU MENULIS BERDASARKAN PENGALAMAN DAN MERASA SEDIH MENDENGAR KHABAR KAWAN-KAWAN YANG DULUNYA MENZIARAHIKU DAN MENUTURKAN KATA NASIHAT, MEMBERI SEMANGAT HIDUP KINI TELAH JATUH SAKIT AKIBAT STROKE ATAU LAIN-LAIN PENYAKIT YANG TIDAK DIINGINKAN SAMASEKALI.
SEMOGA MEREKA AKAN TABAH SEPERTIKU MENERUSKAN HIDUP SEADANYA SELAGI ALLAH MAHUKAN KITA BERNAFAS DAN MENIKMATI REZEKINYA TANPA BERKELUHKESAH TAPI REDHA....
pic Krol Nizam
betul tu...kembali mengingati-Nya walau apa juga keadaan yg melanda
ReplyDeletenanya kepada-Nya bertawakal dan berserah tksh... Khairin annies.
ReplyDeleteAlhamdulillah dlm apa jua keadaan DIA tetap di hati ^_^
ReplyDeleteterimakaseh sudi singgah di dapo saya.
SYUKUR ALHAMDULILLAH...dapor anymz selalu diintai....tq anymz
ReplyDelete