Friday, 19 July 2013

KHASIAT KURMA...

COPY PASTE




Like This Page · 7 hours ago 

BERBUKA PUASA DENGAN KURMA ADALAH SUNAT DAN KITA PERLU TAHU JUGA APAKAH FADILATNYA MELAKUKAN ITU UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN KITA...


KHASIAT BUAH KURMA...

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

6 comments:

  1. salam auntie,
    terima kasih atas infonya :)

    ReplyDelete
  2. wsalam eithusa, sama2, aunt copy paste jer...salam ramadan n selamat berpuasa moga sht walafiat selalu.

    ReplyDelete
  3. kalau KA mmg wajib ada kurma ni kak!

    ReplyDelete
  4. Memang banyak khasiat kurma ni...bolehlah diamalkan sepanjang masa..

    ReplyDelete
  5. betul tu nohas jadikan amalan memakannya 7 biji setiap hari utk mengelak terkena santau n sihir juga kata seorang ustaz....tq

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist