Tuesday, 30 April 2013

MAKAN APAM SEDAP JUGA NIE...


SAMBIL BERCUTI MERAIKAN HARI PEKERJA PADA 1 MEI INI SEDAP JUGA MENJAMU SELERA DENGAN KUIH APAM UNTUK SARAPAN PAGI. KUIH APAM MUDAH SAJA RESEPI ASASNYA IAITU TEPONG GANDUM ATAU TEPONG BERAS, IBU ROTI DAN SEDIKIT GULA. KUIHNYA MENGENYANGKAN DAN KALORINYA TIDAKLAH TINGGI. BANYAK SEKALI KUIH APAM YANG BOLEH DIHASILKAN DENGAN KERAJINAN DAN KREATIVITI MASING-MASING.

PIC DI UPLOAD DARIPADA WALL FB RAKAN-RAKAN....TERIMA KASIH.





Monday, 29 April 2013

LAUT YANG MELAUT....

APA YANG DATANG KE DALAM FIKIRAN ANDA SEKIRANYA SEDANG SENDIRIAN MENGADAP LAUTAN YANG LUAS TERBENTANG? YANG PASTI TENTU TERKESIMA MENGAGUMI KEJADIAN ILAHI YANG MAHA AGUNG. DAN BERPAHALA KERANA MEMANDANG LAUT ITU SUNAT. SUBHANALLAH INDAHNYA CIPTAAN ALLAH.

PIC GOOGLE


DAN KITA MENGIMBAU KEJADIAN MISTERI YANG BERLAKU DALAM LAUTAN YANG 1/3 MELENGKUNGI BUMI INI DENGAN KETERUJAAN KERANA DIKATAKAN BERSANGKUTAN DENGAN JIN. MAKHLUK ALLAH INI TEMPAT TINGGALNYA ADALAH DI  LAUTAN, HUTAN RIMBA DLL TEMPAT YANG KITA TAK DUGA.

PIC FATIMAH ISMAIL FATIMAH


KONONNYA BERMUDA TRIANGLE YANG TERLETAK DI UTARA LAUTAN ATLANTIK ADALAH PUSAT KERAJAAN JIN YANG SANGAT MAJU....KITA TIDAK PASTI KEBENARANNYA. HANYA ALLAH YANG MAHATAHU...


PIC ZUL AMIR

2004 TSUNAMI MELANDA PERSISIRAN PANTAI BARAT SEMENANJUNG DAN MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN NYAWA DAN HARTA BENDA YANG TIDAK SEDIKIT. BEGITU JUGA INDONESIA, THAILAND, INDIA, SRILANKA TURUT MENGALAMINYA. LAUTAN MENGOMBAK HEBAT TANPA DISANGKA-SANGKA.

"HANG TAHU MASA TSUNAMI TU PAK JANG KAT LAUT DEKAT DULANG, OMBAK PUNYALAH KUAT DIA BOLEH ANGKAT PERAHU PAK JANG TINGGI KEMUDIAN DITURUNKANNYA. MACAM TU LAH SAMPAI PAK JANG KE JETI....SYUKUR ALHAMDULILLAH BERKAT DOA YANG TIDAK HENTI PAK JANG SELAMAT....KALAU TAK DAH ARWAH PAK JANG...." CERITA PAK JANG KEPADAKU MENGENANG PERISTIWA ITU MEMBUATKU TERKEDU KERANA MANGSA TSUNAMI RATUSAN RIBU ORANG YANG TERKORBAN. SEOLAHNYA KIAMAT KECIL TELAH BERLAKU.



LAUT DENGAN RAHSIANYA TERSENDIRI. KITA PERLU BERFIKIR TENTANGNYA DAN KAITANNYA MASA DEPAN YANG DIRANCANG ALLAH UNTUK KITA HAMBANYA....

Sunday, 28 April 2013

KEK-KEK TEMPATAN YANG ENAK....

SEBAB BLOG NI BUKAN BLOG MASAKAN JADI YANG DAPAT DISAJIKAN DI SINI CUMA GAMBAR-GAMBAR KEK YANG CANTIK MOLEK DISEDIAKAN RAKAN-RAKAN FB YANG RAJIN TANPA RESEPINYA. BUKAN SUSAH PUN NAK DAPATKAN RESEPI KEK-KEK KESUKAAN RAMAI NI HANYA DENGAN MELAYARI BLOG-BLOG MASAKAN TERKENAL DI ALAM MAYA INI.

DULU-DULU SUKA JUGA MEMUTAR MARJERIN, GULA, TELOR, TEPONG DAN MENGADUNNYA UNTUK MEMBUAT KEK TAPI BILA DAH TUA, KUDRAT PULA SEMAKIN TIADA NAMPAKNYA HANYA MAMPU MENGENANG APA YANG PERNAH DILAKUKAN DENGAN SANGAT MINAT SUATU KETIKA DAHULU.








Friday, 26 April 2013

PANTUN NORADABI ROSDI.....KAIN CINDAI SELIMUT RINDU



Nor Adabi Bin Rosdi
KAIN CINDAI SELIMUT RINDU
Oleh: Normasri Adabi.
Hendak mendaki si Kinabalu,
Sayur segar dari Kundasang,
Hati terasa teramat rindu,
Padamu tuan teramat sayang.
Kalau makan buah mengkudu,
Rasa tak sedap banyak khasiatnya,
Memang indah sering merindu,
Rasa cinta untuk selamanya


Wednesday, 24 April 2013

BERDOALAH DENGAN RASA RENDAH DIRI JUSTERU KITA HANYALAH HAMBA-NYA...

RAKAN-RAKAN FB BANYAK MEMUAT NAIK DI DALAM WALL MEREKA DOA-DOA INDAH YANG BERFAEDAH. MEREKA TELAH KONGSIKAN DENGAN KITA APA YANG MEREKA PILIH UNTUK JADI TATAPAN KITA SEMUA....TERIMA KASIH BANYAK YER...
JIKALAU HENDAK BERDOA PERLULAH MEMBACA AL-FATIHAH DAN SELAWAT NABI TERLEBIH DAHULU. BEGITU JUGA TIKA MAHU MENGAKHIRINYA....






RAJIN-RAJINLAH BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAN KITA UMAT ISLAM SEJAGAT. DOA YANG TULUS DI MALAM SEPI BENING PASTI DIANGKAT ALLAH KE LANGITNYA JUSTERU TIADA HIJAB YANG MELINDUNGINYA....AMIN....AMIN...YA ROBBAL ALAMIN...
 

Monday, 22 April 2013

MAWAR OH MAWARKU !.............

ARTIS 80-AN ADA YANG MENYANYIKAN LAGU MERDU ITU...TAPI DAH LUPA PULA NAMANYA....KALAU TAK SILAP RAZIZ ISMAIL KOT....AH TAK KISAHLAH TU. BUKAN NAK CERITA TENTANG LAGU ATAU PENYANYI TAPI NAK TAYANGKAN KEINDAHAN BUNGA ROS ATAU MAWAR YANG MENGUJAKAN ITU....GAMBAR-GAMBAR INI DIMUAT NAIK DARI WALL FB KAWAN-KAWAN. TERIMA KASIH BANYAK KERANA MAHU BERKONGSI MAWAR-MAWAR YANG ANEKA WARNA DI ALAM MAYA INI...

 PIC KAK PUTIH AMAN



PIC FATIMAH ISMAIL FATIMAH








Friday, 19 April 2013

LAMBAIAN KAMPUNG HALAMAN MENGGAMIT PULANG....

SUSUNAN AKSARA YANG MEMBENTUK AYAT BEGITU TIDAKLAH MENIMBULKAN TANDA TANYA PUN PADA TIKA INI KERANA TIDAK LAMA LAGI PILIHAN RAYA AKAN MENJELMA. MANA-MANA YANG MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI DI KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING TENTU AKAN BERGEGAS PULANG MENUNAIKAN TANGGUNG-JAWAB KEPADA NEGARA TERCINTA.

PIC ZUL AMIR FB

TAPI RASANYA ALANGKAH MOLEKNYA SEKIRANYA PENGUNDI-PENGUNDI YANG MENDAFTAR DI KAMPUNG ITU MEMBUAT PERTUKARAN DAFTAR KE BANDAR PULA, ANAK-ANAK KAMPUNG RAMAI YANG BERADA DI BANDAR UNTUK MENCARI REZEKI DAN MENUNTUT ILMU.

PIC TOHID RAMLI FB

MUDAH-MUDAHAN DENGAN ITU AKAN SEIMBANG PENGUASAAN POLITIK DI KOTA RAYA INI DAN TIDAK HANYA DIDOMINASI PEMBANGKANG.

TAPI YANG MUSYKILNYA APABILA ANAK-ANAK KAMPUNG INI BERADA DI BANDAR MEREKA JUGA BERTANDAK MENGIKUT RENTAK PERSEKITARAN MEREKA. MERASA SANGAT BIJAK BERSIFAT ANTI DAN MEMBANGKANG APA SAJA DAN ORANG-ORANG KAMPUNG DIANGGAP DUNGU SEBAB SENTIASA MEMENANGKAN KERAJAAN....

AGAKNYA MEREKA TERLUPA DISEBABKAN KEDUNGUAN ORANG-ORANG KAMPUNG  MEMILIH KERAJAAN YANG SEDERHANA MEMBUATKAN MEREKA MUDAH MELANGKAH KE MENARA GADING, MENGEPIT FILE DAN BERSOSIAL DALAM GOLONGAN BIJAKSANA DENGAN TENANG TERSENYUM PUAS TANPA APA-APA WASANGKA YANG AKAN MENCEMAR KEDAMAIAN SUASANA.

Wednesday, 17 April 2013

LIMAU PURUT LEBAT DI PANGKAL...

LIMAU PURUT LEBAT DI PANGKAL



PIC FATIMAH ISMAIL FATIMAH
SENDUDUK TIDAK BERBUNGA LAGI
HUJAN RIBUT DAPAT DISANGKAL
TERTUNDUK HATI MENGENANG YANG PERGI....


SEBENARNYA BUKAN HENDAK BERBICARA SOAL PANTUN YANG TERMAKTUB SEBAGAI WARISAN SASTERA MELAYU TRADISI ITU TAPI HENDAK BERCERITA TENTANG LIMAU PURUT. SEJENIS LIMAU YANG BERADA DI DALAM KARTEGORI LIMAU. TERLALU BANYAK LIMAU YANG DITUMBUHKAN ALLAH DI MUKA BUMI-NYA INI. PELBAGAI BENTUK RUPA DENGAN PELBAGAI RASANYA. BOLEH SAJA PILIH YANG MANA BERKENAN DI HATI UNTUK DINIKMATI. RASANYA TIDAK PERLU MENYEBUT JENIS LIMAU ITU SATU PERSATU KOT...KERNA YANG HENDAK DIFOKUSKAN HANYA LIMAU PURUT.

LIMAU PURUT KEGUNAANNYA SECARA MELUAS JUGA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU. TERUTAMA DALAM SOAL PERUBATAN ALTERNATIF ATAU SEBAGAI PENAMBAH PERISA MASAKAN.

DI DALAM MASAKAN DAUN LIMAU PURUT DIMASUKAN UNTUK MENAIKAN AROMA DAN MEMBERI RASA YANG BERBEZA DI DALAM TOMYAM, RENDANG, NASI ULAM DLL.
DAN JUSNYA BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK SAMBAL BELACAN, SAMBAL TUMIS DLL.

UNTUK MENYEGARKAN DIRI BOLEHLAH BERMANDI-MANDA DENGAN LIMAU PURUT YANG DIBELAH-BELAH SAMBIL MENGGOSOKNYA KE SELURUH TUBUH. TENTU BADAN YANG KELETIHAN AKAN SEGAR MENGHARUM.

PUCUK MUDA DAUN LIMAU PURUT JUGA BOLEH DIBUAT ULAM DAN MENGAMALKANNYA MENYEBABKAN TUBUH LANGSUNG TIDAK MENGELUARKAN BAU YANG MERIMASKAN KITA. 

ELOKLAH MENANAM LIMAU PURUT INI DI KAWASAN RUMAH KITA SEKIRANYA KITA SANGAT MEMERLUKANNYA UNTUK MEMPEROLEHI HASIL PENGGUNAAN YANG MEMUASKAN HATI KITA.

PETUA ORANG TUA-TUA KITA SEKIRANYA RUMAH DIMASUKI ULAR LETAKAN BUAH LIMAU PURUT DI TEMPAT YANG KITA RASA ULAR ITU BERADA. IN SYA ALLAH ULAR ITU AKAN KELUAR DAN TIDAK AKAN MASUK KE RUMAH KITA LAGI....KALAU ULAR ITU BAHAYA DAN BERBISA KENALAH DAPATKAN PERTOLONGAN UNTUK MENANGKAPNYA....ISH TAKUT SUNGGUH DENGAN REPTILIA NI... 

Tuesday, 16 April 2013

HAPPY BIRTHDAY AN...

AN MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRANNYA HARI INI. TELAH DEWASA ANAK NAN SEORANG INI. KINI SEORANG ARKITEK LANSKAP DI SEBUAH FIRMA ARKITEK LANSKAP DI SUBANG.

SEPANJANG MASA HIDUP KECILNYA HANYA DI SISI IBUNYA YANG LUMPUH SEPARA AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA SEDANG KAKAKNYA IBU HANTAR TINGGAL DI ASRAMA, SEMENTARA ABANG DAN ADIKNYA TINGGAL BERSAMA AYAH MEREKA. IBUNYA BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENJAGA KEMASHLAHATANNYA, MEMBERIKAN DIDIKAN YANG SEMPURNA SETAKAT MANA KEMAMPUANNYA.

SYUKUR ALHAMDULILLAH .....ALLAH TIDAK PERNAH MELANTARKAN HAMBANYA YANG TERLANTAR SAKIT DENGAN PENDERITAAN YANG BERTERUSAN. AN PULA MEMAHAMI NASIB IBUNYA DAN TIDAK PERNAH BANYAK KERENAH MENYULITKAN KEHIDUPAN MEREKA BERSAMA.

ADUHAI ANAK MASA PERIH JERIHMU TELAH BERLALU, NAMUN SESEKALI RENUNG SEMULA SILAM LALU YANG PERLAHAN-LAHAN MEMBENTUKMU MENJADI DEWASA KINI.

SELAMAT HARI LAHIR ANDRESYAH OMAR SEMOGA HIDUPMU DIBERKATI REZEKI YANG MELIMPAH, BERSYUKUR DENGAN ANUGERAHNYA, SIHAT WALAFIAT, BERBAHAGIA DAN PANJANG UMUR....AMIN...

Monday, 15 April 2013

PUISI PILUKU ...KEJORA HATI..TIKAR MENGKUANG...NORMASRI ADABI.





Puisi piluku..


sunyi..
masih menjadi bait bait diantara sajak sajak piluku.
bertabor aroma senja.
diantara hembusan nafas.
sepi..
masih menggumul rasa.
diantara detak nadi.
bertebar riuhan duka.
diantara lamunan hati.
hingga...
tiada terlihat rembulan dan bintang gemerlapan.
yang dulu begitu setia menemani.
kini...
tiada lagi walaupun hanya sejenak cuma.
hanya...
sajak pilu tercipta diantara ratapan ratapan perih.
dan rintihan rintihan pilu.
diantara retakan rasa yang membuak..


TIKAR MENGKUANG...
NORMASRI ADABI....

Sunday, 14 April 2013

ENAKNYA LAUK PAUK SANTAPAN TENGAHARI....

HARI NI HARI MINGGU. HARI DIMANA RAMAI YANG BERCUTI SETELAH LIMA ATAU ENAM HARI BERKERJA DI PEJABAT ATAU DIMANA SAJA. APA KATA MASA SEHARI ITU DIGUNAKAN MENCEMAR DULI KE DAPUR PULA MENYEDIAKAN MASAKAN ENAK UNTUK SANTAPAN KELUARGA TERCINTA. SALING BERTOLONGAN DI DAPUR DI ANTARA SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK TENTU AKAN MEMPERERATKAN LAGI KASIH SAYANG SEKELUARGA. PILIHLAH RESEPI MENURUT KESUKAAN MASING-MASING. TAPI PIRAMID MAKANANNYA LENGKAP.




pic Kejora hati


pic Emi hamidah


pic Zul Amir
MASAK LEMAK KUNING SIPUT JARUM NI HANYA DIPEROLEHI DI KAMPUNG DENGAN KERAJINAN MEREKA YANG INGIN MENIKMATI KELAZATANNYA. BUKAN SENANG JUGA NAK DAPATKAN SIPUT NI KENA MEREDAH PAYA ATAU SUNGAI-SUNGAI KECIL. NAMUN KALAU MENJADI HIDANGAN TENGAHARI MEMANG TERANGKAT....SEDAP...

UDANG GALAH MEMANG  RAMAI YANG GEMAR AKAN KELAZATANNYA. KALAU DIMASAK GULAI DARAT BEGINI FUH...MENJILAT JARI. APAPUN PILIHAN JENIS MASAKAN CARA MELAYU KAMPUNG ATAU CARA MELAYU BANDAR TERSERAH KEPADA DIRI MASING-MASING DAN BAJET YANG DIPUNYAI. TAPI SESEKALI BERBELANJA LEBIH SEDIKIT MENJAMU KELUARGA TERSAYANG APALAH SALAHNYA YER....

 GAMBAR-GAMBAR MASAKAN ADALAH DARIPADA RAKAN-RAKAN FB TERIMA KASIH BANYAK....

Friday, 12 April 2013

PILIHAN SARAPAN PAGI....SEDAPNYER....

SARAPAN PAGI MEMANG SANGAT PENTING DAN PERLU DIAMBIL PADA AWAL PAGI. GUNA UNTUK MENJANA TENAGA AGAR LEBIH CERGAS MENGURUSKAN SETIAP PERANCANGAN YANG DIRENCANAKAN. PERLAKSANAANNYA HARUS MANTAP DENGAN DIBANTU DIRI YANG KUAT SIHAT.

SARAPAN PERLU DIAMBIL MENGIKUT KEPERLUAN BADAN SESEORANG YANG AKAN MEMBERI TENAGA KEPADANYA UNTUK MENGERJAKAN SESUATU PERKERJAAN SAMAADA BERAT ATAU RINGAN.

DULU-DULU TIKA TINGGAL BERSAMA TOK/TOKWAN DI KAMPUNG, SARAPAN KAMI SETIAP PAGI ADALAH NASI LEMAK, NASI UBI, PULUT TANAK BERSERTA KELAPA KUKUR DAN LAUKNYA IKAN KERING, LEMPENG KELAPA JUGA KUIH-KUIH YANG MUDAH..KESEMUANYA DIMASAK SENDIRI. KEBANYAKANYA JENIS SARAPAN YANG BERAT DAN TINGGI KABOHIDRAT YANG MEMBEKALKAN TENAGA.

TENAGA YANG BANYAK PERLU DISIMPAN UNTUK BERKERJA DI TENGAH SAWAH SEPANJANG HARI MENANAM PADI ATAU BERADA DI TENGAH LAUT MEMUKAT IKAN SEBAGAI NELAYAN SEHINGGA REMBANG.

KINI SARAPAN CARA BEGITU TIDAK DIGEMARI LAGI KERANA TIDAK RAMAI LAGI YANG PERLU BERKERJA KERAS SEPERTI ORANG DULU-DULU KERANA SETIAP PERKERJAAN LEBIH MUDAH DILAKUKAN DENGAN BANTUAN ALATAN-ALATAN CANGGIH.

ORANG SEKARANG WORK SMART NOT WORK HARD....

LAGIPUN SEKARANG INI SENANG UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN UNTUK BERSARAPAN DAN BERJENIS-JENIS PULA TANPA PERLU MENYUSAHKAN DIRI MEMASAKNYA DENGAN MEMBELI DARIPADA PEDAGANG-PEDAGANGNYA...


PIC RAZALELA ABD.RAHMAN

PIC NAZIMA SHIMA

PIC KAK CHAQ

PIC NAZIMA SHIMA


Thursday, 11 April 2013

ORKID PILIHAN....




PIC SLICE OF LIFE


PIC IDA ZURAIDA




PIC FATIMAH ISMAIL FATIMAH



PIC SLICE OF LIFE



MEMANG TIADA KATA SECANTIK BAHASA UNTUK MENGGAMBARKAN KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI INI. HANYA MENSYUKURI NIKMAT ANUGERAH ALLAH DENGAN MENYEBUT SUBHANALLAH. MAHA INDAH PERHIASAN ALLAH.

GAMBAR-GAMBAR INI ADALAH SHARED RAKAN-RAKAN FACEBOOK. TERIMA KASIH KERNA MENYUMBANG TAMBAHAN IDE.

MyBloglist