TAPI INSAN YANG SATU INI MEMANG SANGAT ISTIMEWA KERANA SETIAP MASA MERAIH PAHALA JUSTERU FILEM-FILEMNYA, LAGU-LAGUNYA SENTIASA MENENANGKAN, MENYENANGKAN, MENGHIBUR DUKALARA MELAMPAUI ZAMANNYA.
SIAPA YANG DIPERKATAKAN TU? SIAPA LAGI KALAU BUKAN TAN SRI P.RAMLEE.
AGAKNYA SIAPA YANG BERANI MENAFIKAN SUMBANGAN KARYA BESARNYA MESKI RAMAI YANG TURUT TERLIBAT MEMBANTU DENGAN IDE-IDE YANG BERNAS.
SIAPA YANG AKAN MENYANGKA ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE JUGA BERPERANAN PENTING DALAM KESELAMATAN NEGARA TERCINTA MESKI TELAH ARWAH SEKIAN LAMA. TENTU KITA MASIH INGAT BAGAIMANA LAGU P.RAMLEE YANG MENJADI KESUKAAN PENGGANAS AL-MAUNAH MAMPU MELEMAHKAN JIWA TEGARNYA SEHINGGA MUDAH DITUMBANGKAN PEGAWAI TENTERA APABILA LAGUNYA DIMAINKAN.
HATIKU PULA TERSENTUH AMAT MELIHAT WATAK COMBI YANG MENANGISI KEMATIAN SUAMINYA SEORANG PRAJURIT YANG TEWAS DI MEDAN PERANG DALAM FILEM IBU MERTUAKU,. TENTULAH TERIMBAU KITA AKAN KESEDIHAN YANG TERAMAT SANGAT YANG DIRASAI BALU-BALU ANAK-ANAK YANG KEHILANGAN SUAMI TERCINTA DI PERBATASAN NEGARA MEMPERTAHANKAN TANAH AIR DARIPADA PENCEROBOHAN WARGA ASING YANG MENGGANAS DI LAHAD DATU...
JIKALAU KITA TIDAK MAMPU BERJASA SEPERTI MEREKA ALANGKAH BAIKNYA KITA MENGIRIMKAN DOA AGAR ALLAH MEMELIHARA KESELAMATAN MEREKA DAN PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN AGAR PASUKAN KESELAMATAN KITA BERJIWA TENANG MENGHADAPI RANJAU PERJUANGAN SEHINGGA ADA YANG TERGADAI NYAWA...INNALILLAH...AL FATIHAH...
sedihnyer... sama2 sedekahkan al fatihah yer
ReplyDeletetq KA setuju berkongsi rasa
ReplyDeletebetul buatlah amal yang baik pasti ada insan lain yang hargai kita
ReplyDelete