Hidup kita ini memang saling bergantungan dan perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak kira samaada mereka itu jelas hubungannya dengan kita umpamanya ibu ayah, adik beradik, saudara mara terdekat atau sesiapa saja yang berada di sekeliling kita.
Selain itu tentulah jiran-jiran tetangga kita. Jiran-jiran itu adalah saudara kita yang paling akrab sehinggakan mereka dirasakan seolah berhak ke atas harta kita menurut Nabi SAW. Namun tidaklah sampai begitu sekali.
Aku merasa amat bersyukur justeru sepanjang hidupku ini, aku di kelilingi jiran-jiran yang amat baik lagi prihatin terhadap aku dan keluargaku. Mereka ini membantu apa saja kesulitanku tanpa imbalan apa-apa. Bukan senang hendak hidup sebagai OKU sekiranya tiada tangan-tangan yang sudi menghulur pertolongan.
Jiranku yang di sisi kanan rumah adalah kak Idah dan suaminya Jusuh serta anak-anaknya. Kak Idah ini pantang melihat laman rumahku diserabuti rumput-rumput atau anak-anak pokok, beliau tidak senang duduk untuk membersihkannya. Aku boleh buat juga. Tapi tentu saja kerja-kerja yang dibuat OKU lambat siapnya. Dengan pertolongannya bertambah mudah kerja-kerja yang perluku buat.
Beliau ini juga gemar sekali menghantar apa saja penganan yang dibuatnya kepadaku. Bersusun pinggan makanannya yang tidak sempatku pulangkan di rumahku. Jikalau aku ditimpah musibah banjir, pokok-pokok tumbang atau apa saja beliaulah yang pertama akan muncul di muka pintu. Terima kasih banyak-banyak kak idah kerana seringkali membantuku. Dan aku pasti jiranku yang sangat baik ini akan terus membantuku selagi aku hidup dan beliau masih bernafas.
Demikian kisah salah seorang daripada jiran-jiranku yang kesemuanya baik-baik. Baru-baru ini aku mengadakan kenduri akikah cucu bersekali dengan sambut menantu. Kesemua jiran-jiranku satu peringkat 4 datang membantu menguruskan majlisku sehingga selesai segala-galanya. Mereka berlenggeng tangan bergotong royong menyiapkan semua keperluannya sedang aku cuma memerhati. Aku berterima kasih sungguh kepada semua jiran-jiranku yang bersusah-payah membantu menyempurnakan majlisku itu.
Syukur Alhamdulillah. Terasa bertuah sungguh hidupku berada di tengah-tengah masyarakat dan jiran-jiran yang baik lagi prihatin terhadap OKU seperti aku.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
2 hours ago
Hidup berjiran... bantu membantu sudah tentu dapat meringan bebanan.... semua mahu kembali lihat saja lah, serba rakan diwujudkan oleh banyak jabatan di negara kita... dikalangan bisnes seantero duni telah menerap konsep keseimbangn bisnes ekosistem.....sepatut begitu sebab busines sebenarnya muamalah dan musyarakah.....
ReplyDeleteTerima kasih Jeragang, komenmu melepasi ruang lingkup kampung kecil malah menyeluruhi konsep isu yang dikatakan...harus pandai mengadaptasinya mengikut keperluan suasana...insyaAllah segalanya akan lebih memudahkan kehidupan kita...
ReplyDelete