si kecil membola matanya menatap skrin pc jalur lebar
ternganga mulutnya; sayu hatinya
seketika terjeda ralit
apa yang menjentik deria bersih lagi lurus itu?
tapak kecilnya mengatur langkah
mencari wajah mama
kepastiannya mahu diminta.
mama terkapa tatkala si kecil bersuara
tangannya mengusap kasih wajah adik yang menyusu lahap
"abang sayangkan adik
abang tak akan buang adik keatas rumput hingga luka
kesian adik mama...
mama adik tu pasti berdosa
dan masuk api neraka...."
30 Tahun Anniversary Biru Mata Hitamku
-
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebelum tu, terima kasih banyak-banyak kepada Dato' XX kerana sudi sponsor
tiket konsert ni.
jujur cakap, anies ni bukan...
1 day ago
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”