Friday 24 March 2017

SEMELAI...

ASSALAMUALAIKUM...

PI PERNAH MENULIS SAJAK BERTAJUK... SEBUAH BICARA ALAM AKULAH SEMELAI DALAM N3 BLOG KARYAKU...

SEBENARNYA IA ADALAH SUMBANGAN PI KEPADA MURID-MURID DISEBUAH SEKOLAH DI DAERAH BERA YANG AKAN MENYERTAI PERTANDINGAN PUISI BAHASA INGGERIS...

CIKGU ILHAM PUJANGGA YANG JUGA SEORANG PENULIS AKTIF BERA BERUSAHA MENGUMPUL KARYA SAJAK DARIPADA PENULIS PENULIS SAJAK YANG BERMINAT MENYUMBANG KARYA.... BELIAU AKAN MENTERJEMAH SAJAK YANG DINUKIL DALAM BAHASA MELAYU KE BAHASA INGGERIS.

PI PUN TIDAK MAHU KETINGGALAN...MUDAH-MUDAHAN SAJAK PI YANG TIDAK SEBERAPA NILAINYA ITU TURUT MENYEMARAKAN SUASANA ACARA ITU.


PENULIS ILHAM PUJANGGA SANGAT AKTIF PENUH DEDEKASI TERHADAP KERJAYA GURUNYA DALAM SEGENAP BIDANG DARIPADA SUKAN, KEBUDAYAAN, KARYA PENULISAN KREATIF HINGGA MASAK MEMASAK SEMUANYA BOLEH.
BESAR SEKALI BAKATNYA.

KESIBUKANNYA SEBAGAI GURU MEMANG TERNYATA.

DAN ANAK-ANAK SEMELAI YANG COMEL BELAKA ITU MENJADI INSPIRASI KEPADANYA UNTUK LAMA BERADA DI PINGGIR TASEK BERA ITU.



Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting, sunglasses, child and closeup

CIKGU ILHAM PUJANGGA BERSAMA ANAK-ANAK MURIDNYA SUKU SEMELAI YANG SEMUANYA COMEL2 BELAKA


ARTIKEL DIBAWAH INI MENJELASKAN KEPADA KITA GAMBARAN KEHIDUPAN KAUM SEMELAI

Asal-usul suku kaum Semelai

SEMELAI bunyinya seperti sejenis tumbuhan atau mungkin salah satu seni budaya sukuan etnik tempatan. Tetapi ia sebenarnya tidak ada kaitan dengan kedua-dua perkara tersebut. Sebaliknya Semelai adalah nama salah satu suku kaum dalam pecahan kumpulan masyarakat Orang Asli Melayu - Proto.
Asal-usul kaum Semelai ini pula dikatakan wujud hasil gabungan dua pasangan bersaudara dari kelompok suku Temoq dan Semaq Beri yang terselamat daripada serangan buas seekor harimau yang digelar Petaling Juntai.
Dua saudara lelaki Temoq (Sitam dan Siler) serta dua adik-beradik wanita Semaq Beri (Itang dan Iler) ditakdirkan bertemu ketika kedua-dua bersaudara itu bersembunyi daripada serangan Petaling Juntai di pondok sebuah kampung pinggir Sungai Serting.
Namun, kedua pasangan adik-beradik berkenaan kemudian mengahwini satu sama lain dan hidup berkeluarga setelah mereka berjaya memerangkap dan membunuh Petaling Juntai.
Dari situ, wujudlah kelompok suku kaum Semelai yang hidup mereka kini tinggal bertaburan di sekitar kawasan Tasik Bera dalam daerah Temerloh di Pahang, yang jauh tersisih dari pembangunan dan kemajuan moden.
Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula, kaum Semelai kini berjumlah sekitar 1,260 orang yang melibatkan 238 keluarga. Program Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) yang dikendalikan oleh JHEOA bagaimanapun telah menghimpunkan mereka dalam satu kawasan khas dalam zon penempatan dan perlindungan Orang Asli di bawah projek Pengurusan Bersepadu Tasik Bera kelolaan kerajaan negeri Pahang melalui perunding profesional dari Wetlands International.
Jika anda menghilir atau menyusuri Sungai Bera dari jeti Bera ke kawasan tasik, pasti akan terjumpa pondok bertiang tinggi di tengah-tengah atau di tebing sungai yang berserabut dengan tali dan jaring yang dinamakan tapuk dan jermai.
Tapuk merupakan pondok kecil yang dibina di tengah-tengah sungai manakala jermai pondok yang dibina di tebing sungai bagi tujuan menangkap ikan.
Pondok-pondok berkenaan bertindak sebagai tempat menyokong jaring atau pukat yang dipasang di permukaan sungai. Kedua-dua peralatan menangkap ikan itu antara pengenalan mengenai corak hidup suku kaum Semelai untuk menampung anggota keluarga.
Ikan-ikan yang menjadi habuan suku Semelai melalui pemasangan tapuk dan jermai termasuklah lampam, toman, tapah, kelah, sebarau, tenggalan dan jelawat.
Tetapi operasi penangkapan ikan menggunakan peralatan tradisi Semelai ini hanya dihadkan kepada mereka yang mendapat lesen daripada Jabatan Perikanan sahaja. Ini bertujuan untuk mengelak kepupusan sumber ikan di sungai dan Tasik Bera.
Meskipun tersisih dari kemodenan, pembangunan moral dan pendidikan kaum Semelai tidak pernah terabai. Sekolah Kebangsaan Iskandar yang mempunyai lapan kelas dari tahun satu hingga lima beroperasi sejak tahun 1996 dengan 14 tenaga pengajar adalah bukti keprihatinan kerajaan untuk masyarakat itu.
Sesetengah daripada anak-anak Semelai ini pula dihantar ke sekolah Sungai Dua di Bentong, Karak atau di Bahau, Negeri Sembilan. Malah, sehingga kini tiga anak kaum Semelai telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .
Manakala kelaziman menjadikan sumber hutan dan hidupan air sebagai sumber kehidupan juga sudah berkurangan. Sebaliknya mereka telah memiliki sumber pencarian tetap yang lebih terjamin sama ada menoreh getah mahupun kerja-kerja di ladang kelapa sawit.
Sementara pemilihan Tasik Bera sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar yang dikendalikan oleh Wetlands International melalui Projek Pengurusan Bersepadu Tasik Bera sejak tahun 1994 pula membuka satu lagi sumber pendapatan untuk kaum Semelai.
Melalui projek bersepadu ke arah mengekalkan kepentingan alam semula jadi dan tanah lembap, Tasik Bera turut menjadi destinasi dalam perkembangan ekonomi pelancongan asli kepada pengunjung dan pencinta alam.
Ini menjadikan kepentingan Tasik Bera dan kekayaan sumbernya dapat dieksploitasi sama untuk keperluan kaum Semelai sebagai daya tarikan pelancong.
Sekali gus membentuk dan menghidupkan semula kerja kraftangan wanita Semelai seperti anyaman bakul dan tikar di samping peralatan memburu oleh kaum lelaki sebagai sumber pendapatan bagi penghasilan tambahan yang mampu menampung kehidupan.
Sementara itu kemahiran kaum Semelai terhadap selok-belok laluan Tasik Bera pula memberi tugas penting sebagai jurupandu melalui penyediaan perkhidmatan bot berkuasa rendah untuk membawa pelancong menikmati kesegaran tasik.
Selain itu, kekayaan budaya tradisi Semelai juga turut menjadi agenda untuk mencorakkan kehidupan baru selaras dengan perkembangan Tasik Bera sebagai salah satu pusat kegiatan ekopelancongan setempat.
Amalan adat pepatih dengan melakukan tradisi berkhatan ke atas kaum lelaki sebagaimana masyarakat Melayu antara salah satu keunikan Semelai selain pelbagai seni budaya lain termasuk tarian burung buai, jambul cip-cip dan jindrai yang kini dijadikan sebagai salah satu 'menu' untuk pengunjung ke Tasik Bera.
Kini terdapat lima buah perkampungan Semelai di Tasik Bera iaitu Kampung Putat, Baapak, Gau, Jelawat dan Lengut atau Kuin yang mula menerima kemasukan arus kemajuan pembangunan. - Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 comments:

  1. baru tahu semelai itu sebuah penempatan orang asli,ingatkan semelai tu hanya sekedar tumbuhan...:)

    ReplyDelete
  2. TKSH IRDA..YA SEMELAI SUKU KAUM ORG ASAL

    ReplyDelete
  3. orang asli sekarang dah maju..

    ReplyDelete
  4. TKSH NOHAS...YA BETUL TU MRK SERUPA KITA JUGA.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih... nice info.... baru tau sebenarnya

    ReplyDelete
  6. Banyak keutamaan kerajaan bagi untuk mereka.

    ReplyDelete
  7. TKSH W SYAHIDA KAK PUN BARU TAU...

    ReplyDelete
  8. TKSH WP YA MRK JG SBHGIAN KITA

    ReplyDelete
  9. sy pun tau sikit2 psl kaum ni sbb penah buat buku teks utk org asli ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist