بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


SELOKA



BERTUNANG

Gembira sungguh teruna dara,
sudah bercinta bertunang pula.
Bermula dengan risik merisik,
adat bertanya dengan berbisik.

Bunga di taman ingin disunting,
buat si kumbang di atap genting.
Bimbang si kumbang jiwa melara,
bunga hatinya disambar kera.

Kera yang suka keronyok bunga,
bunga idaman bimbang dimangsa.
Maka bertunanglah pasangan itu,
meriah majlis diiring restu.

Sirih junjung lengkapi hantaran,
berserta cincin tatah berlian.
Suka hati pasangan bertunang,
jangan dilupa pantang dan larang.

Masa bertunang berdarah manis,
Takut ditimpa malang yang tragis.
Takut pula berputih mata,
tak sempat kahwin  jiwa merana

16 comments - "SELOKA BERTUNANG.."

PeRdU cINta delete icon 14 March 2017 at 22:02

Bertunang itu bukan tiket istimewa kan kak PI..

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ delete icon 14 March 2017 at 22:41

seronok baca seloka bertunang ni..dh mcm zaman dulu2 pulak rasa..

raihanah delete icon 15 March 2017 at 09:17

anak kak ada nak bertunang ke.

paridah delete icon 15 March 2017 at 11:25

TKSH PC..BENAR TU BERTUNANG CUMA PROSES PERKENALAN

nohas delete icon 15 March 2017 at 14:07

tak jadi kahwin, mmg merana jiwa raga..huhu..

Hasliynda Umairah delete icon 15 March 2017 at 16:40

cantik bunga tu

paridah delete icon 15 March 2017 at 20:39

TKSH MRS FUZY SELOKA PUISI MELAYU LAMA

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 15 March 2017 at 20:40

bertunang jangan lama-lama.,

paridah delete icon 15 March 2017 at 20:41

TKSH HANA XDER LAGI NMPKNYA

paridah delete icon 15 March 2017 at 20:54

TKSH NOHAS...BETUL TU HEH..HEH..

paridah delete icon 15 March 2017 at 20:56

TKSH MKL BETUL TU TUNANG SAT TERUS KAWIN

Etuza Etuza delete icon 15 March 2017 at 23:30

hebatnya kiasan kata..sekembang bunga ros merah..tergoda ..melihatnya

Warisan Petani delete icon 15 March 2017 at 23:54

Dah jarang2 jumpa seloka.
Puisi melayu lama yang hampir dilupakan.

Wan Syahida delete icon 16 March 2017 at 13:32

indah puisinya.....

dear anies delete icon 17 March 2017 at 13:27

org bertunang = darah manis ;-)

Pha Is delete icon 19 March 2017 at 20:51

masa bertunang masa menduga
mulalah timbul rasa curiga
masa bertunang masa bersabar
bersedia sebelum bahtera belayar

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”