بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA


DHUHA MENTARI SEPENGGALAH


Sinar suria menyuluruhi alam buana
membawa rahmat menerangi kegelapan
bertebaran merata
segala yang tercerok mahu tersudut
diliputi semua
mentelah di kolbu yang dalam
pada setiap diri

Mengusung hajat impian hati
agar bukan sebuah mimpi dinihari
mencipta realiti pasti
Mentari naik mengansur sepenggalah
titiplah doa demi dhuha
Biar dibawanya melepasi
petala langit berlapis tinggi
Segenggam mohon hajat
moga termakbul
Di permudah Allah rezeki melimpah
untuk dikongsi bersama ummat
mencicipi nikmat-Nya
dengan kesyukuran
berterusan



Paridah Ishak
Selayang Utama
20/01/017


Ketika kelelahan jasad masih mempengaruhi ibadah maka ketahui lah bahawa perjalanan rohani masih terlalu jauh kerana muttaqin (orang orang yang bertaqwa) itu beribadah dengan kekuatan hatinya bukan jasadnya.
Berusahalah langkah demi langkah dengan ikhlas kerana ibadah yang sempurna itu adalah suatu tuntutan dalam agama.

Ustazah Nurbaya Usman.

10 comments - "DHUHA.."

Kakzakie Purvit delete icon 20 January 2017 at 12:11

Semoga Allah sentiasa memberi kita peluang utk terus mengabdikan diri kepadaNya tanpa lelah. Moga diberi kekuatan iman.

PeRdU cINta delete icon 20 January 2017 at 12:19

InsyaAllah...amin...biarpun jasad mula lelah..jangan izinkan semangat lemah..moga semangat yang ada mendorong untuk kita terus melangkah..moga Allah membuka banyak pintu rezeki untuk kita semua..

ZULHILMI TEMPOYAK delete icon 20 January 2017 at 13:00

Ameen atas doa2. :)

Norhayati Mohd Isa delete icon 20 January 2017 at 13:19

Semoga kita terus istiqomah dengan Dhuha ye kak PI

Sue Bee delete icon 20 January 2017 at 15:43

Moga rezeki halal melimpah di tahun 2017 ni..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 20 January 2017 at 16:31

amin..

Nick Nashram delete icon 20 January 2017 at 17:28

keluar rumah cari rezeki, jgn lupa buat dhuha skli sbb ianya pemberi rezeki.

Warisan Petani delete icon 20 January 2017 at 20:22

Allah menjanjikan rezeki demi waktu Dhuha.

Khir Khalid delete icon 20 January 2017 at 21:27

Aamiin.. subhanallah walhamdulillah... Allahuakbar

Pha Is delete icon 23 January 2017 at 13:38

cari masa di pintu dhuha
dari lelap sang mata
dari kesibukan dunia
dirikan pengabdian
lintaskan pengharapan
kerana padanya rahmat
dunia dan akhirat

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”