Sunday 31 December 2017

2018..

ASSALAMUALAIKUM.

JAN 2018...HARI PERTAMA..

MOHON MAAF SALAH SILAP MOGA UKHWAH SILATURAHIM ANTARA KITA BERPANJANGAN...INSYAA ALLAH 2018 AKAN MEMPELANGI HARAPAN BAHGIA YANG DIIMPI BERSAMA...


Pinjam pic blogger Sobriyaacob...terima kasih sob...


HADIAH SASTERA DARULIMAN III

ASSALAMUALAIKUM...



TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG...ALHAMDULILLAH...HEBAT SEKALI PENULIS PENULIS  INI BERKARYA...KESUNGGUHAN INSAN MENULIS DIHARGAI DENGAN PENGHARGAAN SEPATUTNYA

TAHNIAH KEPADA SAHABAT PI NOORLAILA GHAFAR DAN SUAMINYA PENYAIR NAWAWEE MOHAMAD TURUT MENANGI HADIAH GENRE PENULISAN PILIHAN KEDUA-DUANYA.

KATA SAHABAT PI ITU BELIAU TIDAK LAGI MENULIS KERANA KEKANGAN MASA DAN KESIBUKAN BERAKTIVITI DENGAN NGO...RUPANYA DIAM-DIAM BERISI.

SETELAH MENANG ANUGERAH HASDI DIS2017 HASRAT SAHABAT PI HENDAK MENGGANTUNG PENA TAK JADI PULA HEH..HEHH..

MOGA BELIAU AKAN LEBIH BERJAYA SETERUSNYA...PI HANYA TUMPANG BERBANGGA.

Kongsi info wal fb dr fadrazy

HADIAH SASTERA DARUL IMAN iii

Hadiah Tokoh Sastera (RM5000)
Sasterawan Negeri 
- tiada pemenang

Hadiah Cekal Sastera (RM3000)
Sasterawan Harapan Negeri
Wan Ahmad Ismail

KATEGORI: Hadiah Karya Sastera (yang diterbitkan pada tahun 2015 dan 2016)

Bahagian A - Buku (Perseorangan)
(Satu HADIAH UTAMA bernilai RM 2,500.00 setiap satu dan satu HADIAH PENGHARGAAN bernilai RM1,000.00.)

i - Kumpulan Puisi Kanak-kanak
Tinggi Bangau Terbang - Nawawee MohammadMohammad

ii - Kumpulan Puisi Remaja
Utama: Umpama Harum Bunga - Nawawee Mohammad
Penghargaan: Cinta Allah - Hilmi Rindu

iii- Kumpulan Puisi Umum
Utama: Malam Hujan & Oksimoron - Marsli NO
Penghargaan: Kuleburkan Aksara Menjadi Semisal Cahaya - A Muziru Idham

iv - Kumpulan Cerpen Kanak-kanak
Anak Wawasan - Muhammad Irfan Nyia Abdullah

v- Kumpulan Cerpen Remaja
Utama: Obsesi Cintamu Zulaikha - Husna Nazri
Penghargaan: Cinta Menyala di Constantinople - Fahd Razy

vi - Kumpulan Cerpen Umum
Utama: Pascasejarah- Fahd Razy
Penghargaan: Kaca di Lantai - Alias Ismail

vii - Novel Remaja
Utama: Nadhirah - Sharif Putera
Penghargaan: Sejernih Embun - Azman Abdullah

viii - Novel Umum
Utama: SPIDER - Husna Nazri
Penghargaan : Pentas Rodat - Omar Mamat

ix - Buku Sastera (Esei)
Tazkiyah An nafs dalam Novel Pasir Lintang - Kamariah Kamarudin

Bahagian B – Eceran
(Satu HADIAH UTAMA bernilai RM750.00 setiap satu dan lima HADIAH PENGHARGAAN bernilai RM500.00 setiap satu.)

i - Puisi Remaja
Utama: Rasuah Hujan & Matahari - A Muziru Idham
Penghargaan:
*Cinta dalam Metafora - Fahd Razy
*Perempuan yang mengirim Rindu - Adnie Bahiah
*Telah Kutitipkan Kuntuman Doa - Azharudin Alias
*Alam Bercerita - Noorlaila Ghaffar
*Sebuah Istighfar - Nur Akmaliah Alias

ii- Puisi Umum
Utama: Catatan yang Ditemui dalam Mulut Seorang Pengemis yang Mati Pagi Ini - Fahd Razy
Penghargaan:
*Negeri Fakir Siasah - Husna Nazri
*Sebuah Jambatan - Alias Ismail
*Menjadi Unggas II - Fahd Razy
*Mencari Kesumba - Nassury Ibrahim
*Di Luar Bingkai Sejarah - Hilmi Rindu

iii - Cerpen Kanak-kanak
Kucing Adik, Noorlaila Ghafar

iv- Cerpen Remaja
Utama: Kota Peradaban Averroes, A Muziru Idham
Penghargaan:
*Cerita Bonda dan Sungai Jiwa- Husna Nazri
*Malam Kuda Kepang - Adnie Bahiah
*Selamat Datang Realiti - Fahd Razy
*Uma Sayang Nenek - Samiron Rahmat
*Hadiah Min Untuk Ayah - Alias Ismail

v - Cerpen Umum
Utama: Pascasejarah Apokalips - Fahd Razy
Penghargaan:
*Pemugal Pohon Kata - Alias Ismail
*Di Pustaka Babel - Syafiq Ghazali
*Catatan Buat Tuhan - Ahmad Muziru Idham
*Di sini Tempatnya Bersujud - Saza S
*Kasih Pun Bertaut - Tuan Sharif Tuan Putera

vi - Drama Pentas
Mas Babu - Wan Ahmad Ismail

vii - Esei Sastera
Penghargaan:
* Kumpulan cerpen Pascasejarah Melalui Bacaan Semiotik - Tengku Intan Marliana Tengku Mohd Ali
* Perspektif Dua Zaman dalam Pembacaan Novel - Alias Ismail
* Sastera Kritikan Menuju Kuburan - A Muziru Idham


Bahagian C (penulis berusia 21 tahun ke bawah)
(Satu HADIAH GALAKAN bernilai RM 750.00 dan satu HADIAH PENGHARGAAN bernilai RM500.)

i- Karya kreatif
Deru Tengkujuh - Ak Kelana (Abdul Karim)

Tahniah kepada para pemenang!

Laporan oleh Katapilar Books.
(Alhamdulillah, dua buku kami berjaya memenangi HASDI III)



Saturday 30 December 2017

HADIRI BENGKEL TAPI GAGAL...

ASSALAMUALAIKUM...

Turn off for: Malay
Dia antara yang paling awal menghadiri bengkel penulis.

Cita-cita dia mahu menjadi penulis sepenuh masa dengan royalti.

Tetapi selepas itu, dia gagal.

Lelaki ini gagal menjadi penulis yang hidup dengan royalti buku, tetapi menggunakan kemahiran ini menjalankan bisnes perkataan.
Ini cerita dia (kiri), peserta bengkel sebelum ini.
Hampir satu ribu buku tulisan sendiri terjual dalam 30 minit semasa pelancaran dalam kelas motivasi yang dihadiri ribuan peserta.
Dia berkata, "Itulah peristiwa paling gila tak dapat dilupakan selepas belajar menulis buku secara berguru.
Mula-mula berat hati juga mahu ke bengkel penulisan.
Saya terbayang, susahnya belajar tatabahasa.
Rupa-rupanya tak berlaku begitu. Saya diajar strategi dan taktik menulis buku yang sangat mudah dan betul-betul untuk yang baru bermula.
Sekarang sudah ada lebih 10 buah ebook dan 5 buah buku (topik motivasi, bisnes dan marketing.
Bengkel yang saya hadir lima tahun lalu betul-betul memegang janji, datang sekali, tulis berkali-kali.

Itu cerita dia.

Dia tidak menjadi penulis buku sepenuh masa, itu benar-benar gagal.
Kemahiran menguasai cara menyusun perkataan yang dia belajar menjadi pencetus kepada kejayaan di di Write to Wealth.
Dia membangunkan bisnes konsultasi pengiklanan untuk pasaran Malaysia, Amerika dan Australia.

Buku-buku hanyalah lonjakan membina nama dia bermula dari bawah ke atas.
Dia mengakhiri cerita ini dengan perkembangan luar biasa.
Ini cerita tuan Aqif Azizan yang menyertai bengkel menulis buku pertama lima tahun lalu.
Mahu menulis agar terbit sendiri, diterbitkan oleh orang lain atau pun menulis untuk orang lain?
Seperti Aqif, kita bermula dari kosong.

Kepada yang sudah berkata ya, kita bertemu pada 16 Disember ini.
Jika belum, ayat terakhir di bawah.

Klik pada pautan ini > goo.gl/E9nxcC sebelum hari Jumaat.

p/s Bengkel Menulis Buku Umum pada 16 Disember 2017 merupakan persediaan tahun 2018 secara cepat, mudah dan profesional.
p/s/s Rancang kemunculan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun hadapan. Bermula klik di sini.

Thursday 28 December 2017

TULIS-TULIS 2017....

ASSALAMUALAIKUM...

2017 SEMAKIN KE PENGHUJUNG ...BAKAL MELABUH TABIRNYA ESOK LUSA...BEGITU CEPAT MASA BERLALU HINGGA TIDAK TERKEJAR RENCANANYA...ARLOJI BERDETIK TERUS MENINGGALKAN KITA DALAM KERUGIAN SEKIRANYA TERLALAI MEMANFAATKANNYA....MOGA KITA BUKAN DARIPADA  GOLONGAN  YANG RUGI PERSIS FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-ASR.

PI SEPANJANG 2017 DALAM TAWA DAN TANGIS ALHAMDULILLAH TERHASIL JUGA 40 BUAH ANTOLOGI PUISI/CERPEN BERSAMA RAMAI PENULIS TANPA DISEDARI.

DISAMPING MENULIS UNTUK ANTOLOGI KARYA BERSAMA INSYAA-ALLAH BEBERAPA KARYA CERPEN DAN SAJAK DISIARKAN AKHBAR DAN MAJALAH TEMPATAN....SYUKUR KEPADA-NYA ...SEBAB BUKANLAH SENANG HENDAK MUNCULKAN KARYA DI RUANG TERHAD ITU...TERPAKSA BERSAING DENGAN RAMAI PENULIS DEWASAKINI YANG BERBAKAT BESAR SEMUANYA....LEBIH LAGI KALANGAN MUDA YANG CERGAS MINDA DAN BANYAK IDENYA.

PI SEKADAR MENULIS SUKA-SUKA ISI MASA JADI TIDAKLAH STRES JIKA KARYA YANG DIKIRIM KEPADA PENERBIT TIDAK DISIARKAN...MENULIS TERAPI MENGHILANGKAN STRES...BUKAN SEBALIKNYA.

SENARAI ANTOLOGI BERSAMA

1. BICARA LANGIT KEPADA AWAN. 2. HIJRAH MERDEKA. 3. RAJAQNA. 4. PUISI NIKAH KAHWIN. 5. BUNGA BANGSA. 6. TRIBUNAL CINTA. 7. PERTIWI KERSANI. 8. SUARA KEKASIH RINDU. 9. SUARA KEKASIH CINTA. 10. SKOIA. 11. KATIL 21. 12. SERIBU SONIAN.13. HAIKU PELANGI. 14. HAIKU SAYEMBARA. 15. SONETA ALEGORI. 16. BERBALAS PANTUN. 17. POLIGENRE. 18. CERINGKAS. 19. AGRARIA. 20.MEMORI AIDILFITRI. 21. CENGKERAMA. 22. ISTANA KASIH 4. 23.IPOH – BANDARAYA DI TEPI GUNUNG. 24. SLIM RIVER - . 25. SELAMA – PEKAN TEPI SEMPADAN. 26. TANJUNG MALIM – BANDAR MUALIM, 27. PARIT – PEKAN DI TENGAH PERAK. 28. BATU GAJAH – PEKAN BIJIH TIMAH. 29.KAMPAR – BANDAR DI SISI BANJARAN. 30. SUNGAI SIPUT – PEKAN DI SUDUT BUKIT. 31. BAGAN DATOH – BANDAR DI TEPI MUARA. 32.PARIT BUNTAR - ,  33. HAIBUN REGIS, 34. SAJAK AIDILFITRI. 35. GURU SUMBER ILHAM. 36. GERIK – BANDAR DI TEPI HUTAN, 37. HUJAN. 38. HAIBUN REGIS. 39. SAJAK AIDILFITRI. 40. PANTUN BERKAIT.

KARYA DISIAR AKHBAR DAN MAJALAH

1. SAJAK MENDAKAP RAMADAN; NEW SABAH TIMES.


2. SAJAK MENGURAI KEBENARAN, MELAYU MERDEKA BARU, ENAU DAN AUR, CITRA TAKWIN ; SINAR HARIAN.

3. SAJAK AURUM SINAR MENTARI; DEWAN MASYARAKAT DBP

4. SAJAK KURUNGAN ALOGIA, SADISME; MINGGUAN MALAYSIA.

5. PANTUN PERBIDALAN; DEWAN BUDAYA DBP


6. PANTUN PERIBAHASA; PELITA BAHASA DBP


7. HAIBUN JIRAN; GEMA KARYAWAN Pk

8. CERPEN GANDARUSA; UTUSAN MALAYSIA

9. CERPEN GEGARAN KASIH; MINGGUAN WANITA

  
BERKAT DORONGAN KAWAN KAWAN BLOGGER JUGA YANG SENTIASA MENGGALAKKAN PI TERUS BERKARYA SEMAMPUNYA...TERIMA KASIH BANYAK...ANLIAN SUMBER INSPIRASI TERSAYANG


Tuesday 26 December 2017

SEBUTIR PERMATA SASTERA DALAM KENANGAN...

ASSALAMALAIKUM

Image may contain: 1 person, smiling, text

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun. Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 26/12/2017 ( sekitar 8 pagi), di Hospital KPJ Kajang. Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur. Semoga rohnya dirahmati Allah..


Sunday 24 December 2017

SEMALAM......

SAJAK BERLATAR...

BARU BARU NI JOIN GRUP SAJAK BERGAMBAR KAT FB DI RUANG MADAH PUISI...ADMINNYA CIKGU NOOR ASIAH MAIDIN...PENULIS DAN PENGGIAT SENI SASTERA TRADISI DARI SABAH SAMBIL DIBIMBING PENULIS LATTY LATISSA CARA BERKARYA.....SEKALI DAH JATUH  CINTA PULA.....MAKA DAPATLAH DIKONGSI BEBERAPA   GRAFIK YANG TELAH DIHASILKAN DI SINI

BUKAN RETI SANGAT PUN...HEH...HEH..


SEMALAM

Jejak dtinggalkan di sini
momen pilu perihnya
menggamit kenangan indah
waktu berlalu

KEMARAU

Gersang tanah
mengusang
bendang kering
bulang mengorak kelopak
mengukir kagum
Subhanallah
perjalanan belum tamat.





PERTIWI...

ASSALAMUALAIKUM...



PERTIWI

Lawi kersani panah di peran,
siaga gara dirusuh bota;
pertiwi ini tanah kelahiran,
warga negara menaruh cinta.


Sita dibelah raga ditadah,
kiwi dijemur rapat kedondong;
kita adalah warga bertuah, 
pertiwi makmur tempat berlindung.

Ikan sepat semilang di sawah,
banir jejawi landak berlaga;
akan merempat hilang maruah,
andai pertiwi tidak dijaga.

Pulasan  sita arun di Gurun,
kupas kulitnya dedah aroma,
warisan kita turun temurun,
terlepas haknya gundah selama.

Lengatlah akan ikan selayang,
ke baruh bawa sumi dan kaswi,
ingatlah akan pesanan moyang,
bertaruh nyawa demi pertiwi.


Merawi kata mintalah bantu.
mengolah fikir pasti berkesan;
pertiwi kita hanyalah satu,
di situlah lahir mati bernesan.

Friday 22 December 2017

TADDABUR AL WAQIAH AYAT 86 HINGGA 91

ASSLAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN).
Sambungan kupasan Surah Al-Waaqi'ah ayat 86 hingga 91
(QS 56 : 86 - 91)
Dalam ayat ke 86 ini Allah berfirman:
86. {Falaula ‘inkuntum ghairomadiinin}
Yang bermaksud:
[Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami),]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa jika diri kita tidak dikuasai oleh Allah bagaimana pula kita boleh hidup. Ini disebabkan yang hidup itu hanyalah Allah semata-mata. Bagaimana pula kita boleh ada sedangkan yang ada itu hanyalah Allah? Apabila kita mengetahui yang ada dan yang hidup itu yang sebenarnya adalah Allah maka tidak boleh tidak kita kena mengesakan dan tunduk kepada Allah. Kita tidak boleh membuat hukum-hakam sendiri melainkan memakai hukum-hakam Allah serta panduan dari Nabi Muhammad S.A.W. Dalam keadaan apa pun kita tidak boleh lari daripada Allah. Tiada alasan langsung bagi kita untuk syirik kepada-Nya. Ini adalah disebabkan bahawa Allah itu sahaja yang berkuasa terhadap diri kita dan seluruh isi alam ini.
Dalam ayat ke 87 ini Allah berfirman lagi:
87. {Thorji’uu nahaa ‘inkumtum soodiqin}
Yang maksudnya:
[Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa orang yang mengenal Allah dan mengenal hukum itu adalah golongan yang lurus. Mereka adalah golongan yang mengembalikan hak kepada yang hak. Apa yang ada pada diri mereka, termasuk nyawa mereka akan dikembalikan kepada Allah. Ianya dilakukan semasa mereka masih lagi hidup di dunia ini. Inilah kembali yang sebenar-benarnya. Tetapi bagi orang yang tidak mengenal Allah tetapi hanya mengenal hukum Allah iaitu Golongan Kanan, mereka bukan mengembalikan tetapi akan diambil kembali oleh Allah apa juga hak Allah yang ada pada dirinya. Ini termasuklah nyawa mereka disaat-saat terakhir kehidupan mereka. Bagi orang yang tidak langsung mengenal Allah dan melanggar hukum Allah iaitu Golongan Kiri, mereka akan dipaksa untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak. Dalam istilah mudahnya, “Telah diberi pinjam tetapi tidak tahu hendak memulangkannya semula kepada yang empunya”. Maka Allah memaksa mereka memulangkannya.
Dalam ayat ke 88 llah berfirman:
88. {Fa’ammaa ‘inkaa naminal muqarrabin}
Yang bermaksud:
[Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin”] ",
Dan dalam ayat ke 89 ini Allah berfirman:
89. {Farauhun waraihaa nunwajannatu na’im}
Yang bermaksud:
[Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.]
Kedua-dua ayat 88 dan 89 ini memperjelaskan kepada kita bahawa bagi golongan yang di dekatkan kepada Allah maka kematian itu adalah nikmat baginya. Itu adalah saat untuk mereka akan bertemu dengan Allah iaitu Rab dirinya. Ditambah pula orang yang di dekatkan kepada Allah ini, kenikmatan itu semuanya telah mereka dapati semasa mereka masih hidup di dunia ini lagi. Di atas kenikmatan itulah mereka mendapat rezeki dan ketenangan hati. Jadi bagi golongan ini kenikmatan hidup di dunia pun dia sudah mereka dapat iaitu dengan mendapat rezeki dan memiliki jiwa yang tenang. Maka pastilah kenikmatan yang 70 kali ganda lebihnya sedang menunggu mereka di akhirat nanti.
Dalam ayat ke 90 dan ini Alah berfirman:
90. {Wa’ammaa ’inkaanamin ’as khoo bilyamin}
Yang bermaksud:
[Dan jika ia dari puak kanan,]
Dan Allah menyabung firman-Nya pada ayat ke 91:
91. {Fasalaa mullakamin ’as khoo bilyamin}
Yang bermaksud:
[Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".]
Kedua-dua ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa selain dari golongan dahulu lagi mendahulukan yang Allah telah perjelaskan dalam ayat-ayat sebelum ini dengan ciri-cirinya, maka terdapat lagi satu golongan yang mendapat jaminan keselamatan dari Allah. Jaminan sama ada semasa berada di dunia mahu pun sewaktu di akhirat nanti. Namun ianya adalah dengan syarat golongan ini hendaklah memperbanyakkan amal mereka. Ianya bermakna timbangan baiknya mestilah mengatasi timbangan amal jahatnya. Diwaktu yang sama dia juga perlu memperbanyakkan memohon keampunan dari Allah serta berselawat ke atas Nabi. Mereka perlu melakukan ini walaupun mereka tidak mengenal Allah. Ada pun tujuan berselawat itu adalah untuk mendapatkan syafaat Nabi.
(Bersambung kupasan dari ayat 92 hingga tamat iaitu ayat 98

Wednesday 20 December 2017

SAJAK PENDEK...

ASSALAMUALAIKUM...




FATIN SHARIZAM...

ASSALAMUALAIKUM...

FOLLOWER BARU KARYAKU

SELAMAT DATANG KE LAMAN KARYAKU ANAKANDA FATIN SHARIZAM YANG AYU COMEL...TERIMA KASIH KESUDIANNYA...ORANG UTAGHA NO,,,SEKAPAI KITA....MOGA MEMPEROLEHI SEDIKIT SEBANYAK MANFAAT DENGAN MENELUSURI BLOG KARYAKU INI....JOM KITA BERKENALAN DENGAN BLOGGER MUDA INI DENGAN SINGGAH DI BLOGNYA.

About Me

PIC PINJAM PROFILE TUANNYA...IZINKAN YA

Monday 18 December 2017

SESAL...


ASSALAMALAIKUM



SESAL 

Apa di bangsal telah dipindah,
susun barangan hingga terlelap;
apa disesal yang telah sudah,
mohon ampunan jika tersilap.



Asal bertangguh merabai sisa,
gagal meragi lagi menampi;
menyesal sungguh mengabai masa,
ditinggal pergi rugi ratapi.

Galah didiri  jala direntang,
redah terusan sisal dipunggah,
jagalah diri kala berpantang
tak endah pesan sesal tak sudah .


Cermat sipahi meruas kolam ,
lirih suaranya tangan mengukur;
nikmat Ilahi seluas alam,
raih rahmat-Nya dengan bersyukur.


Kini puteri belajar gasing,
bosan sendiri hala belukar;  
dinihari dan fajar menyingsing,
lukisan hari mula terlakar.

Sunday 17 December 2017

VIRAL KISAH CINTA...

ASSALAMUALAIKUM...

Terima kasih editor Sinar Harian dengan ruangan hari ini.
Tahniah buat Aloy Indra Jokina sebagai Ikon Seni Dan Budaya minggu ini. Beliau seorang penulis yang sememangnya mempunyai kualiti yang tersendiri.
Tahniah juga buat semua penukil SUARA KEKASIH CINTA dan SUARA KEKASIH RINDU - si kembar yang pertama, juga penutup 2017 yang menyimpan karya dari Kak Yus EffendyRos MienaRosmieni Che Mat, Dr. Mahyuddin MohamedFadiyanur -fad, Abang Franco Morrow, Kak CT Nurza, Abang Abd Hamid, Abang Fisal Md Hashim, Ayahanda Yong Corner CornerNorgadis Labuan, Kak Paridah IshakAsraf Shaari, Kak Noor Aisyah Maidin, Abang Fazmin Akisya, Kak Hasny Yanti, Abang Mustaffa SirajNazz ShukeriNurul Syahida HassanFyda Adim, Abang Sodagar Katcja, Abang Jefri Zain, Kak Maia AssanWadi Sofi, Kak June Zaidi, Abang Taufek Norbek, Abang Md Md Share Abd Ghani, Ayahanda Prof. Dr. Mohamed Salleh Lamry, Kak Zaleena E-naa dan Ilham Pujangga. Terima kasih buat Ayahanda Yassinsalleh BT, Abang Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Abang Ayahanda Chik dan semua yang ada kerana sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar.
Semoga terus sukses dan dilimpahkan ilham dalam melestarikan dunia penulisan. Juga semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih dari-Nya.
 CATATAN CIKGU ILHAM PUJANGGA.

DISIAR LAGI TENTANG TRIBUNAL CINTA...SUARA KEKASIH CINTA...SUARA KEKASIH RINDU DALAM SINAR HARIAN SEMALAM 16 DIS 017.


MINGGU LEPAS DISIAR TENTANG INI DALAM MINGGUAN MALAYSIA...


TENTU ADA YANG SANGAT MENARIK TENTANG KETIGA-TIGA ANTOLOGI INI...KALAU BERMINAT NAK DAPATKANNYA HUBUNGI PI DI FB ATAU EMEL PI  paridah.ishak@gmail,com
TERIMA KASIH BANYAK ATAS KESUDIANNYA...

Image may contain: 4 peopleImage may contain: 4 people

Friday 15 December 2017

MENULIS DAN MENULIS...

ASSALAMUALAIKUM...



CATATAN PUAN RAHMAH SAAD PENULIS PENERBIT MAJALAH IBU,,,

Dalam keluarga saya, kami empat beranak menulis secara serius. Saya , suami saya, Salleh Hamzah, anak saya , Mimi Salleh dan anak lelaki syahrulfikrin Salleh.
Kami tidak mendapat pendidikan dalam bidang penulisan secara formal, hanya latihan di tempat kerja. Suami saya behenti dari guru terus sertai Utusan dan menjaga Utusan Pelajar. Kemudian berpindah ke BH. Jawatan terakhir editor Berita Minggu, sebelum kami bergabung membuka syarikat penerbitan sendiri.
Mimi, pengajiannya dalam bidang bisnes. Ketika bekerja dengan syarikat keluarga saya memberi peluang kepadanya menulis dalam majalah PESONA. Mimi sekarang bertugas sebagai perunding editorial/konten dan turut menerbitkan beberapa buah buku secara self publish.
Razin pula mula menulis ketika dia mengembara selama dua tahun pada tahun 2012-2014. Dalam pengembaraan itu dia membuat catatan perjalanannya, boleh dikatakan setiap hari selama dua tahun itu. Tulisan itu dalam bahasa Inggeris.
Anak saya yang nombor dua, Iskandar juga boleh menulis tetapi dia tidak sambung. Pada usianya 12 tahun, dia sudah menghasilkan novel.
Apa yang saya hendak cerita, sesiapa pun boleh menjadi penulis, dengan syarat dia sangat berminat, menulis secara paksa rela atau ada keperluan hendak menulis.
Jika anda berminat hendak menjadi penulis, dan akhirnya menjadi penulis buku, tidak ada masalah. Berlatihlah dari sekarang. Ketika usia saya 66 tahun, saya belajar membuat skrip kerana skrip ada formatnya tersendiri.
Nak jadi penulis? Jom saya ajar...

Thursday 14 December 2017

TADDABUR AL-WAQIAH AYAT 76 - 80

ASSALAMUALAIKKUM

DAH MASUK MALAM JUMAAT SEKEJAP LAGI...YANG BERPUASA SUNAT HARI KHAMIS SELAMAT BERBUKA PUASA....MALAM JUMAAT KEBIASAN SURAH YASIN DIBACA WALAU SEBENARNYA SURAH YASIN PERLU DIBACA SETIAP HARI...BAGI YANG MENGAMALKAN SURAH ALP-WAQIAH UNTUK MEMPERMUDAH MENGALIRNYA REZEKI JOM KITA TADDABUR MAKNANYA HASIL CORETAN PAK ENGKU 


CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QUR'AN).
Sambungan kupasan Surah Al-Waaqi'ah ayat 76 hingga 80
(QS 56: 76 - 80)
Dalam ayat ke 76 ini Allah berfirman:
76. {Wa’innahu laqasamullu taqlamuu na’azim}
Yang maksudnya berbunyi:
[Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya,]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita akan kesan akibat bagi orang yang telah mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu. Sesungguhnya ia adalah suatu sumpah. Sumpah yang amat besar. Jika kita tidak beramal dengan ayat atau pun kalam yang telah dibicarakan dan disampaikan kepada kita, maka tunggu sahajalah mudarat besar yang akan datang menimpa diri kita. Mudarat ini akan menimpa diri kita tanpa mengira sama ada kita masih di dunia ini lagi mahu pun setelah berada di akhirat kelak. Di kedua-dua tempat ini kita pasti akan dapat merasakannya. Begitu jugalah sebaliknya, jika kita amalkan kalam yang telah sampai kepada kita manfaatnya juga adalah besar kepada diri kita. Manfaat ini akan diperolehi sama ada kita masih di dunia ini atau pun ketika kita di akhirat kelak. Oleh sebab itu berhati-hatilah dengan ayat atau kalam Allah yang telah kita bicarakan kerana kesannya adalah amat berat dan kita sendiri yang akan menanggung akibatnya nanti.
Dalam ayat ke 77 ini Allah berfirman:
77. {‘Innahu laqur ‘aa nunkarim}
Yang maksudnya berbunyi:
[Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa Al-Quran ini adalah kalam Allah. Sesungguhnya Kalam Allah itu pula adalah suci lagi mulia. Maka barang siapa yang membaca dan beramal dengannya, mereka seolah-olah berguru dengan Allah Yang Maha Mulia. Al-Quran ini adalah kata-kata Allah yang mendidik serta mengajar kita agar menjadi insan yang mulia. Barang siapa yang tidak beramal dengannya, maka jadilah mereka orang yang hina. Hina dan mulia kita bukanlah kerana salahnya Al-Quran tetapi adalah kerana kita sendiri tidak mahu beramal dengannya.
Dalam ayat ke 78 ini Allah berfirman:
78. {Fiikitaa bimmuknun}
Yang maksudnya berbunyi:
[Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa maksud Al-Quran yang terpelihara itu adalah ianya terpelihara dari sebarang kekurangan dan penambahan dari segi hurufnya. Maksud terpelihara itu juga adalah ianya dari ketidak-suaian mengikut zaman. Terpelihara ini juga bermaksud diri seseorang itu akan terpelihara dari neraka Allah jika dia berpegang teguh kepada Kalam Allah. Maksudnya juga termasuk terpelihara dari kesesatan hidup di dunia ini. Apa yang penting adalah kita harus beramal dengannya. Akhirnya sesiapa juga yang menjaga Al-Quran dengan menuruti titah perintahnya maka Allah itu sendiri akan sentiasa menjaga diri mereka.
Dalam ayat ke 79 ini Allah berfirman:
79. {Laayamassuhu ‘illal muthohharun}
Yang maksudnya berbunyi:
[Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa dari segi zahirnya untuk menyentuh Al-Quran kita mestilah berwuduk. Dari segi yang tersiratnya pula ia bermaksud hanya orang yang telah bersih dari segi zahir dan batinnya dari dosa-dosa besar dan syirik sahaja yang boleh membawa Al-Quran ini dalam kehidupan seharian mereka. Selagi kita masih melakukan dosa-dosa besar dan syirik maka Al-Quran itu tidak akan terlekat atau tersentuh di hati kita. Maka jadilah Al-Quran itu sebagai bahan bacaan sahaja bagi mereka.
Dalam ayat ke 80 ini Allah berfirman:
80. {Tanzii lummir rabbil ’alamin}
Yang maksudnya berbynyi:
[Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa bahasa makhluk di seluruh alam ini adalah dalam bahasa Al-Quran. Begitulah yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Ayam bertasbih melalui kokoknya, anjing bertasbih melalui salakannya, harimau bertasbih melalui ngaumannya dan burung bertasbih melalui kicauannya. Ini adalah seperti apa yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran, “Telah bertasbih apa yang di langit, di bumi serta isi di antara keduanya”. Semuanya itu bertasbih dalam bahasa Al-Quran mengikut Rab masing-masing. Apakah kita tidak yakin Al-Quran yang kita baca ini adalah bahasa bagi Rab diri kita? Dalilnya adalah: “Walaupun bangsa yang berbeza-beza namun apabila membaca Al-Quran mestilah dalam bahasa yang sama. Tiada bezanya sama sekali.”
(Bersambung dengan kupasan ayat 81 hingga 85)

Tuesday 12 December 2017

SAYEMBARA MENULIS PUISI ISLAM ASEAN...

ASSALAMUALAIKUM....

Semua penulis /penyair ASEAN dialu-alukan menyertai sayembara menulis puisi Islam peringkat ASEAN ini. Mulai sekarang dan tarikh tutup ialah 15 Februari 2018. Pemenang hadiah utama akan dibiayai tiket pesawat dan Hotel penginapan semasa menerima hadiah sempena Mahrajan pada awal Mac 2018.

JOM CUBA SERTAINYA...SERLAHKAN BAKAT YANG ADA...KALAU TAK CUBA TENTU TAK TAHU HASILNYA...YANG PENTING MESTI CUBA.



Monday 11 December 2017

CITRA TAKWIM...

ASSALAMUALAIKUM...

DALAM KEDAMAIAN MENGHAYATI SITUASI DI DESA MELOR SERENDAH YANG INDAH LAGI SUNYI PI DIKEJUTKAN DENGAN BERITA MENARIK SOROTAN AKHBAR UTAMA MINGGUAN MALAYSIA DAN SINAR HARIAN AHAD 10 DIS 017.

DI AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA RENCANA SEMARAK SASTERA DI BANGI DITULIS SDR SHAHIDAN JAAFAR MEMETIK GAMBAR PI DAN RAKAN RAKAN PENULIS YANG TERLIBAT DALAM MAJLIS PELANCARAN ANTOLOGI TRIBUNAL CINTA, SUARA KEKASIH  CINTA  DAN  SUARA KEKASIH RINDU.

WAH GELEMER SEMALAMAN WAJAH MASUK SURATKABO HEH..HEH..

SINAR HARIAN MENGGEMBIRAKAN PI DENGAN MENYIARKAN SAJAK PI CITRA TAKWIM DALAM RUANG PUISINYA...ALHAMDULILLAH....TERIMA KASIH EDITOR SINAR HARIAN SUDI MENYIARKAN KARYA KECIL PI


PIC ISHAH SAMSUDIN BERTUDUNG BIRU MUDA

                                                         
                                                            PIC CIKGU PAUZI MD ISA

Sunday 10 December 2017

TERATAI ABADI...

ASSALAMUALAIKUM...



Innalillahi wainnailaihi rojiun.
Al-Fatihah buat
Teratai Abadi @ ( Khatijah Abd Rahman ), penulis muda yang baru menerima anugerah sastera Malaysia.
yang telah kembali ke rahmatullah di hospital Serdang pagi tadi. Jenazah akan dikebumikan di 544 Taman Oakland, Seremban 2 lepas Zohor.
Berita diterima selepas subuh tadi dari kenalan.
Allahyarhamah, seorang yang sentiasa menampilkan kekuatan semangat dan ceria bersama sahabat. Semoga rohnya ditempatkan di antara kekasih Allah s.w.t. Aamiin.
Salam takziah buat keluarga arwah.
*One of the best young writers & recently awarded a category winner in Malaysia, dearest, humble & jovial sister, Teratai Abadi @ Khadijah Abd Rahman, had just passed away this morning. May her soul rest in the loving care of The Almighty. Aamiin.
Kongsi fb Hj Harish.

CATATAN ALLAHYARHAM TERATAI ABADI DALAM WALL FB BELIAU

No automatic alt text available.

PI TERKEJUT SANGAT MENERIMA KHABAR DUKA INI ...WALAU TIDAK MENGENALI BELIAU SECARA PERIBADI TAPI AMAT SUKA MEMBACA CORETAN BELIAU DAN MEMINTA IZIN UNTUK MEMUAT NAIK KE BLOG DAN BELIAU MENGIZINKANNYA...PADA PI BELIAU SEORANG PENULIS MUDA YANG CANTIK LAGI PERIANG DAN LANGSUNG TIDAK TAHU BELIAU MENGIDAP KANSER LIUKEMIA TAHAP 4...RUPANYA BELIAU TIDAK LANGSUNG MENGKISAHKAN SOALPERIBADINYA DI LAMAN SOSIAL...HANYA KAWAN-KAWAN RAPATNYA SAJA YANG TAHU.

MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT-NYA BERADA DI KALANGAN SOLEHIN KEKASIH-NYA.

KITA SEMUA AKAN MENYUSULI LANGKAHYA YANG MENDAHULUI KITA KE ALAM SANA BILA BILA MASA YANG DI TENTUKAN-NYA

AL-FATIHAH



MyBloglist