بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....


PS: NOHAS TANYA TENTANG SIRI 3 KENANGAN INDAH PAK ENGKU YANG PI TDAK PUBLISH DI KARYAKU TAPI TERUS PUBLISH SIRI 4...SEBENARNYA PI DAH TERLEPAS SIRI 3 TU LALU PI PUN MERISIK TANYA PAK ENGKU DAN PAK ENGKU MINTA PI SCROLL WALL FABNYA DAN INILAH YANG PI JUMPA...SELAMAT MEMBACA CORETAN KENANGAN PAK ENGKU YANG SANGAT MENARIK NI.
CORETAN PAK ENGKU
Sambungan....
SECEBIS KENANGAN MASA LALU
(Parit 13, Sg. Nibong, Sg. Besar)

Setelah beberapa bulan tinggal di sini aku sudah biasa dengan keadaan. Mandi air parit dan minum serta memasak guna air hujan sudah jadi biasa. Tidur malam pakai pelita sudah jadi lazim. Biasalah kalau pagi-pagi bangun tidur lubang hidung hitam oleh sebab jelaga asap pelita. Tidur dalam kelambu adalah perlu. Itu pun banyak nyamuk yang masuk dalam kelambu dan setelah kenyang menghisap darah aku, mati terhimpit dek badan aku. Yang jadi masalah sedikit bila nak keluar ke pekan kena jalan kaki sampai ke Sg Nibong. Hendak ke Sg. Besar atau Sabak Bernam kenalah naik teksi atau bas. Kalau tak, tompang motor kawan-kawan.
Kadang-kadang bila keluar ke kedai untuk membeli barangan dapur atau rokok di kedai biasalah ternampak anak-anak kecil, anak bujang dan dara mandi di parit. Aku ini nakal sikit. Bila di rumah aku sering menyanyikan lagu 'Timang Burung". Sebuah lagu Melayu Asli lama. Tapi aku ubah senikatanya. Aku nyanyikan dengan suara yang kuat hanya dua baris lirik ni, "Timang.... Timang Banjar anak Jawa mandi telanjang.. Ha.ha.. ha..hai.." Tapi yang sebenarnya mana ada dia orang mandi telanjang. Kalau anak dara mandi pun berkemban. Yang bujangnya berseluar.
Selama tiga tahun aku mengajar di SK Parit 13 itu, bermacam-macam pengalaman yang aku rasakan. Gaji aku masa itu hanya RM 215.00 sebulan. Aku ingat lagi apabila masuk minggu ketiga setiap bulan poket aku dah kering. Ke mana lagi aku hendak minta tolong. Kenalah mengadap Guru Besar. Pinjam duit petty-cash sekolah sebanyak RM 50.00. Cukup bulan dapat gaji aku bayarlah balik.
Sebelum aku datang ke Parit 13 ini aku sudah punya skuter Vespa. Tetapi ayah aku tak izinkan aku bawa skuter tu. Ini adalah disebabkan 6 bulan sebelum keluar dari Pusat Latihan Harian (DTC) aku kemalangan jalanraya. Buah hati aku, yang juga bakal tunang aku, yang membonceng skuter aku telah terkorban. Aku seperti orang gila atau mamai. Saban hari, sampai berpuluh kali aku mainkan lagu "Di Manakan Ku Cari Ganti' dendangan P.Ramlee melalui alat pemain piring hitam aku. Hampir enam bulan aku begitu. Ayah dan ibu aku sangat risau dan susah hati melihatkan keadaan aku yang sebegitu dimasa itu.Setelah ayahku membawa aku berubat dengan seorang Tuan Guru barulah aku kembali normal dan dapat menerima hakikat bahawa semuanya itu adalah takdir Allah. Dan aku reda atas pemergiannya. Sampai sekarang pun, walau sudah 47 tahun berlalu, aku masih menzirahi kubur arwah di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban.
Tanpa kenderaan hidup di tengah sawah, jauh dari jalan raya adalah merumitkan. Nak keluar kena tompang orang Itu pun kalau ada penduduk yang bermotor keluar. Kalau tidak menapaklah
aku jalan kaki. Selepas lebih kurang setengah tahun menginap di sini, aku pujuk ayakku agar mengizinkan aku bawa skuter aku itu balik ke Parit 13. Aku beri alasan susah hendak ke pekan atau ke mana-mana. Lepas dipujuk barulah ayah aku izinkan.
Masa tahun pertama aku mengajar dan tinggal dengan kawan-kawan aku, hari-hari kami hisap ganja. Ada ganja yang kawan beri percuma. Satu bag sandang. Tiga bulan, setiap hari, kami hisap ganja tak habis-habis. Waktu rehat di sekolah pun kami hisap ganja. Aku ingat Guru Besar ada bertanya pada kawan aku Cikgu Tahir tu, "Macam mana rasanya ke Cikgu Tahir?" Selamba je Cikgu Tahir jawab, "Best.. barulah ringan sedikit kepala Cikgu."
Guru Besar dan semua guru lain tersengeh ketawa. Lepas hisap ganja, dengan mata yang merah bagai udang dibakar, aku dan cikgu Tahir masuk ke kelas untuk mengajar.
Apabila ganja yang satu bag sandang itu habis kami pergi ke pekan Teluk Anson. Tempat pot kami. Sekarang ini nama nya Teluk Intan. Masa itu nak lintas Sungai Bernam kena naik feri. Di Teluk Anson kami beli ganja dari pembekal dengan harga 60 sen satu kartus. Satu kartus lebih kurang sebesar ibu jari tangan dan panjangnya tiga ruas jari telunjuk aku. Kadang-kadang kami beli sampai 100 kartus. Kononnya hendak berniaga. Jual dengan kawan-kawan dengan harga RM 1.00 satu kartus. Dari 100 kartus hanya 40 kartus sahaja yang dapat dijual. Lagi 60 kartus kami hisap sendiri. Mana ada untung berniaga macam itu. Tak pulang modal pun. Berniaga buluh kasap jadinya.
Pada tahun 1971 aku nekad tak mahu hisap ganja lagi. Masa itu kalau ditangkap oleh polis atas kesalahan memiliki ganja hanya penjara tiga bulan. Walau banyak mana pun ganjanya. Tapi aku
tetap jadi takut. Takut kalau-kalau ditangkap polis. Kerana memiliki dan menghisap boleh di penjarakan. Kalau itu yang terjadi pastilah aku akan dibuang kerja. Aku terkenang akan ibu dan ayahku di kampung. Kami dari keluarga yang miskin. Nanti kalau sudah kena buang kerja, apakah kerja yang aku boleh dapat lagi. Jadi mulai hari itu aku nekad untuk terus berhenti membeli ganja atau menghisap ganja. Namun kawan-kawanku terus juga dengan tabiat mereka menghisap ganja itu.
Semasa di Parit 13 ni aku bercampur gaul dan berkawan dengan ramai orang kampung. TermasuklahTok Sidang sekali. Salah seorang kawan aku yang masih aku ingat ialah arwah abang Hassan. Anaknya yang benama Salasiah aku yang ajar. Bila musim padi masak dan setelah dijual selalu juga dia orang, termasuklah Tok Sidang datang ke rumah aku. Tempat potlah jadinya. Kadang-kadang sampai ke subuh baru mereka balik. Aku juga selalu lepak-lepak kat gerai atau kedai minum di muka masuk jalan ke sekolah Parit 13 tu. Jadinya aku memang ramailah kawan selain rakan-rakan guru dari sekolah-sekolah lain seperti SK Simpang Lima, SK Sg Hj Dorani dan banyak lagi.

(Bersambung....)

16 ulasan - "KENANGAN INDAH 3"

PeRdU cINta delete icon 20 Disember 2016 11:48 PTG

PC tunggu sambungannya kak PI..
Geli hati pulak..timang...timang tu...

paridah delete icon 20 Disember 2016 11:51 PTG

TKSH PC SAMBUNGAN SIRI 4 DH ADA TU...SIRI 5 SOK LUSA KAK POS.

Abam Kie delete icon 21 Disember 2016 8:16 PG

dulu akak ada emel antologi cerpen tu. ntah simpan di mana...kalau x jumpa gak mohon akak emel kpd sy balik, boleh ke? TQ. *zukidin@gmail.com*

nohas delete icon 21 Disember 2016 9:51 PG

zaman dulu jd cikgu ni memang femes sekampung, jd peon pun sama..

tiga bulan je penjara..huhu..

Kakzakie Purvit delete icon 21 Disember 2016 10:04 PG

Dahsyat juga Pak Ungku ni dulu hisap ganja macam tak mudharat macam hisap rokok agaknya. Nasib baik ingat mak-ayah kalau tak mahu ada pengalam merengkok 3 bulan dibelakang jeriji besi hihi...

Kakzakie Purvit delete icon 21 Disember 2016 10:04 PG

Kak... zakie dah dapat buku antologi puisi itu.
Kejap lagi zakie buat entri ye.

Terima kasih dari kami sekeluarga sebab semua membacanya.

Sweetie delete icon 21 Disember 2016 11:46 PG

W/salam! owh saya dah ketinggalan jauh nampaknya... kena selak balik entry PI yang lepas-lepas untuk baca siri kisah kenangan Pak Engku. Sejak bersara ni dah lama tak bukak blog. Bukan blog PI je, malah blog rakan2 lain.

paridah delete icon 21 Disember 2016 3:11 PTG

BAIK CIKGU ZUKI NANTI KAK CARI N EMEL SEMULA..TQ

paridah delete icon 21 Disember 2016 3:17 PTG

HEH..HEH..YELA NOHAS..DULU GAJINYA KECIL TAPI TETAP PENDAPATANNYA TU YG JADI KEBANGGAAN ORG...TARAF HIDUP MSH RENDAH..KALAU HIDUP DI KAMPUNG MMG SENANG LENANG...HUKUM HISAP GANJA DULU XLAH SAMPAI KE TALI GANTUNG ..TQ

paridah delete icon 21 Disember 2016 3:22 PTG

YELA KAKZAKIE..ORG DULU2 DGN PENGARUH DAUN GANJA BIASA SAJA..PENGALAMAN HIDUP PAK ENGKU YG PENUH WARNA WARNINYA..TQ

paridah delete icon 21 Disember 2016 3:25 PTG

WAH DH TERIMA YA BAGUSLAH...TKSH MENYUKAINYA..SELAMAT MEMBACA KARYA KAK N KAWAN2 LAIN.

paridah delete icon 21 Disember 2016 3:27 PTG

YEKE..SELAMAT BERSARA SWEETIE..BOLEH JE SEMAK KARYA2 PAK ENGKU KAT BLOG LABEL TU..MENARIK SEMUANYA..TQ.

Warisan Petani delete icon 21 Disember 2016 4:04 PTG

Kita tunggu siri 5 pulak.

paridah delete icon 21 Disember 2016 4:33 PTG

YA TKSH WP

tiga lalat delete icon 21 Disember 2016 5:26 PTG

rajinnye kakPah tulis novel nih., kipidap ;p

paridah delete icon 24 Disember 2016 11:26 PG

BUKAN TULISAN KAK TU WAK TAPI CORETAN PAK ENGKU...TQ.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”