بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



RENUNGAN MENJAUH

Merenung sekitar maya jernih
Telah keruh dengan
Haru biru yang geruh

Firasat berbaur antara realiti dan impi
Manusiawi teradun dengan gelegak
Semangat yang dicipta
Semahu rasa

Sang khalifah senget menanggung amanah
Marhaen menadah harap

Demi hari berterusan
Dengan doa israq
Sempurna urusan
Laksana sinar mentari
Menyeluruhi alam ini

"Seandainya bukan kerana orang-orang tua yang sudah bongkok,
pemuda-pemuda yang khusyuk,
anak-anak yang masih menyusu,
binatang-binatang yang gemuk,
 nescaya aku jadikan langit itu dari besi,
bumi menjadi rata dan tanah menjadi pasir.
Nescaya tidak Aku turunkan setitis hujan pun kepadamu
dan tidak Aku tumbuhkan satu benih pun tumbuhan di bumi
dan Aku tumpahkan sehebat-hebat azab ke atasmu."
                          
 Hadis Qudsi.
PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA

4 OGOS 016

13 ulasan - "MERENUNG JAUH..."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 4 Ogos 2016 5:21 PTG

nice sharing

paridah delete icon 4 Ogos 2016 5:33 PTG

tksh MKL

Khir Khalid delete icon 4 Ogos 2016 5:53 PTG

Mendalam maksud puisi tu... kucing tu gebu kak... :) :)

paridah delete icon 4 Ogos 2016 9:56 PTG

heh..heh..kucing tu merenung jauh...tksh KK

Mazlan Othman delete icon 4 Ogos 2016 10:47 PTG

wkmsalam.
Nak cuba fahamkan.

Jie Susanos delete icon 5 Ogos 2016 12:48 PG

dalam maksudnya kak..

sampai jie tak boleh nak tangkap..huhu

Qhaifa Nur delete icon 5 Ogos 2016 5:36 PG

Sambil baca...tgk kucing...cuba memahami

paridah delete icon 5 Ogos 2016 9:19 PG

INSYA ALLAH BOLEH FAHAM TU MAZLAN...TKSH

paridah delete icon 5 Ogos 2016 9:20 PG

TKSH JIE...TAK SUSAH NK FAHAMINYA TU

dear anies delete icon 5 Ogos 2016 12:12 PTG

apa tengok2? hahaha

Nor Azimah delete icon 7 Ogos 2016 3:35 PTG

trmkasih sharekan hadis tu di sini.

nadhie wueen delete icon 8 Ogos 2016 3:22 PG

nice sharing kak :)

arief Sigli delete icon 9 Ogos 2016 10:09 PTG

Puisi kehidupan selalu sanggup menyentuh hati :) saya suka :)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”