بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Anak ikan bukan semilang
daun telepok daun keladi
Dulang bukan sebarang dulang
dulang mengepok jelapang padi

Kenangan terbayang di malam hening
jatuh berderai air mata
Sawah bendang kuning menguning
puncak Jerai menaunginya

Beribu-ribu nama diseru
kalau-kalau mengingatinya
Laut biru awan pun biru
pulau pulau di tengahnya

Ke arah taman camar melayang
merah pulasan di pinggir lata
Kampung laman indah terbayang
bak lukisan tertera nyata

Hilang bukan sengaja hilang
gadis kecil menuju kota
Dulang bukan sebarang dulang
Dulang Kechil desa tercinta

Banyak tekukur di tengah bendang
usah dihalau dengan tebaran
Lambaian nyiur menggamit pulang
anak perantau pulang berlebaran

Gunung merapi di Kediri
Pohon tualang lebat daunnya
Desa sepi kembali berseri
perantau pulang memeriahkannya

Enak masakan juadah hidangan
resepi nenda diolah direka
Idilfitri menemukan melerai kerinduan
ayahanda bonda berbahagia seketika

Berbaju kaftan berbatik jawa
hatinya suka tidak terkawal
Bersalaman bermaafan gembira ria
tinggalkan duka di awan Syawal

15 ulasan - "KAMPUNG HALAMANKU...."

Sue Bee delete icon 1 Ogos 2016 3:05 PTG

Best gak baca pantun ni,kak PI..

paridah delete icon 1 Ogos 2016 3:23 PTG

SESEKALI BERPANTUN PULA SUE...TKSH.

Kakzakie Purvit delete icon 1 Ogos 2016 4:28 PTG

Bawal tengiri pilihan sidia
nikmati hidangan duduk bersila
syawal dirai tambah ceria
desa sunyi meriah semula

Norhayati Mohd Isa delete icon 1 Ogos 2016 4:30 PTG

Bestnya kampung kak PI dekat dengan laut..
Pastu ada sawah padi juga ye kak..
Saya suka suasana macam tu :)

Faarihin Talip delete icon 1 Ogos 2016 4:54 PTG

Syawal semakin meninggalkan kita.

Suka baca pantun kak paridah ni.
Ada informasi tentang kampung sekali.

Mang Lembu delete icon 1 Ogos 2016 5:13 PTG

kampung halaman yang indah dan permai, ada laut dan pantai ada juga sawah dan ladang

paridah delete icon 1 Ogos 2016 7:18 PTG

iya ML..inilah kampung laman kak cantik sangat suasananya...tksh.

saniah ibrahim delete icon 1 Ogos 2016 8:35 PTG

indahnya kampung halaman PI .Suka tengok sawah bendang yang menghijau.Indah juga bait2 pantun PI.

Songket Ungu delete icon 1 Ogos 2016 10:30 PTG

Teringat kat kampung saya...
Ni yang rasa nak balik kampung ni..

paridah delete icon 2 Ogos 2016 9:10 PG

kampung tradisi yg semalin sunyi tapi indah kan songket ungu...tksh

Othman Zan delete icon 2 Ogos 2016 3:01 PTG

Wah berpantun pulak PI. Seronok baca. Cantiknya kampung.. alhamdulillah.. saya masih berada di kampung kelahiran saya..

paridah delete icon 2 Ogos 2016 8:01 PTG

sesekali suka juga berpantun OZ...tksh

Khir Khalid delete icon 4 Ogos 2016 5:58 PTG

Tenangnya suasana kampung... tenang jiwa raga bila dikurniakan nikmat ketenangan alam.

paridah delete icon 4 Ogos 2016 9:49 PTG

yela dik KK kampung tradisi yg tenang n nyaman..tksh

dear anies delete icon 5 Ogos 2016 2:05 PTG

kejap lg nk blk kg yeahhh

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”