بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..

Suatu Hari Di Bulan Puasa

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.

Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Karya Noradabi Rosdi.

Photo: CERITA YANG SAYA PAPARKAN BUKANLAH CERITA LAWAK. BACA DAN FIKIRKANLAH BERSAMA. SEMOGA KITA BEROLEH SESUATU. INSYA-ALLAH.

Suatu Hari Di Bulan Puasa

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.

“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan.

Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

12 comments - "KUBAH MASJID SUJUD KE BUMI...?"

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 19 July 2014 at 06:28

kampungku indah

Kakzakie delete icon 19 July 2014 at 08:16

Kubah di tanah betul juga kalau dah malam-malam akhir ramadahan ni mungkin juga Lailatul-qadar... kesian tak pasal-pasal kena marah abah.

Garapan cerita menarik ni PI. Kakak suka baca cerpen sebenarnya. Pendik macam ini pun penuh pengisian..

paridah delete icon 19 July 2014 at 13:23

dh hujung ramadan ni terkenangkan kampung laman nan indah...tq MKL..

paridah delete icon 19 July 2014 at 13:39

Abah dulu2 garang n tegas walau pada anak2 yg dh besar..sdra noradabi ni juga kwn penulis kak yg aktif menulis era 80-an dulu...beliau suka menulis cerpen n skrip drama radio. karya2 beliau mmg bermutu tinggi..tq kakzakie.

Comtel Cell delete icon 19 July 2014 at 14:59

hahaha... ternyata sedang direnovasi, ketahuan nggak pernah kemasjid jadi nggak tau, hehehe...

paridah delete icon 19 July 2014 at 15:49

abahnya terlupa anaknya baru pulang nak beraya n xtinggal di kampung lagi...sa mlm ramadan tu...tq comtel cell.

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 20 July 2014 at 04:56

Garang sangat abahnya :)

BUNDA a.k.a KN delete icon 20 July 2014 at 08:13

Bengkeng betul abahnyer...sian anak...demi menghormati abah, diam jer lah..jangan nak menjawab..

paridah delete icon 20 July 2014 at 14:50

abah dulu2 tegas n garang zumal...tq

paridah delete icon 20 July 2014 at 14:51

gitulah anak n ayah era dulu2 jgn berani nk menjawab...tq BUNDA...

acik idah delete icon 21 July 2014 at 21:39

kesian tak pasal2 jer kena hamun ngan abah... :)

paridah delete icon 21 July 2014 at 23:11

abah ingat anaknya tu kecil lagi kot...tq idah.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”