بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
HARI INI SUDAH MASUK SYA'BAN YANG PERTAMA. SEBENTAR SAJA LAGI, PEJAM CELIK, PEJAM CELIK ROMADAN SUDAH MENGGANTIKAN TEMPAT SYA'BAN. TIADA LAGI CERITA MAKAN SIANG HARI KERNA KITA BERPUASA WAJIB MENUNAIKAN TUNTUTAN-NYA. BERPUASA MENGAJAR KITA ERTI KESABARAN, KEPAYAHAN, LAPAR DAHAGA LANTARAN PERUT KOSONG DAN MENGINSAFI NASIB MEREKA YANG SERBA KEKURANGAN UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN HIDUP BERUPA MAKANAN.

SEBELUM KITA MULA BERPUASA KITA CERITA SIKIT TENTANG TANGGAPAN KITA MENGENAI SOAL MAKAN.


ADA YANG KATA MAKAN UNTUK HIDUP JER. MAKNANYA CARA MAKAN YANG SEDERHANA TAPI CUKUP MENYELERAKAN. SEPERTI SELERA MAKAN ORANG-ORANG KAMPUNG. ADA NASI, ADA LAUK, SAMBAL DAN ULAM SUDAH MEMADAI. KOLESTEROL TENTU TAK TINGGI DAN JANGKA HAYAT HIDUP TENTU LEBIH PANJANG.


TIDAK BERSELERAKAH CUMA MAKAN NASI BERLAUK IKAN BAKAR, REBUS ATAU GORENG, BERULAMKAN PETAI, KERDAS, JERING, PEGAGA, TIMUN, PUCUK SELOM, PUCUK GAJUS BERSAMBALKAN BUDU YANG DIPATAH-PATAHKAN CILI API DAN LIMAU NIPIS  YANG DIPERAH. BAGI ORANG-ORANG DI UTARA MEREKA SUKAKAN SAMBAL BELACAN YANG SANGAT ISTIMEWA KESEDAPANNYA TAPI BUKAN BUDU SEPERTI KESUKAAN ORANG-ORANG DI PANTAI TIMUR. TAPI ULAM DAN LAUKNYA SERUPA SAJA.

ADA YANG MEMILIH HIDUP UNTUK MAKAN, JADI SEGALA JENIS MAKANAN PENUH SEMEJA DIHIDANGKAN.

TERPULANGLAH KEPADA KEMAHUAN DAN KESUKAAN MASING-MASING ASAL BERKEMAMPUAN DAN MENEPATI TUNTUTAN LAHIRIAH MASING-MASING.

MAKLUM KALAU SELERA BESAR TAPI BADAN TIDAK LAGI DAPAT MENERIMA KERNA PANTANG AKIBAT PENYAKIT-PENYAKIT YANG DIHIDAPI TAK BOLEH JUGA KAN....


SEMUA PIC RAKAN-RAKAN FB TERIMA KASIH



Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”