Sunday, 20 October 2019

SELESA DI DALAM KUBUR

ASSALAMUALAIKUM


AMALAN UNTUK SELESA DI DALAM KUBUR

Alam kubur sangat gelap. Hanya solat dan bacaan Al-Quran dapat memberikan cahaya terang – ustazah Siti Nurbaya Usman



Ketika hidup di dunia usahlah terlalu banyak tidur.
1.    Amalkanlah membaca Al-quran sebelum subuh…lantaran Al-Quran akan menjawab semua soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur. Al-Quran akan menjadi pembela kita dan menjawab semua soalan malaikat.
2.    Amalkanlah membaca surah al-Mulk pada setiap malam. Rajin membaca surah al-Mulk juga aka memudahkan pengaliran rezeki. Kalau dihafal tentulah lebih baik dan mudah membacanya.
3.    Bangun solat tahajud walau hanya dua rokaat. Insyaa-Allah semua urusan kita akan dipermudahkan.

A







Friday, 18 October 2019

DILEMA HAK

ASSALAMUALAIKUM



DILEMA HAK

Hak dipertahankan wajib
Bahasa Melayu di puncak budaya nusa
Hak diri meraih bahagia di tanah pusaka
hak diri berselesa sentosa pewaris watan
hak diri mencipta gemilang jaya di negara tercinta
hak diri melaksana impian kebersamaan warga
hak diri menyisir kemelut bergelut mahu
hak diri hindari ribut gejolak gejala ranah
hak damai suasana
hak walafiat sejahtera.
Mampukah diperjuangkan hak diri itu?
sedangkan hak diri semakin dinafi.
terlalu pentingkan diri
demi keutamaan ditentukan
harmoni situasi begitu begini.
Terabailah hak wajar sebenar
Polemik kusut kejap tersimpul
boholnya sukar dirungkai
Toleransi membiarkan hak diri
terhakis perlahan.
Senyum tawar di bibir
merias wajah berbongkol rasa
ralat kejengkelan
dilema.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
2/06/019


Wednesday, 16 October 2019

ALOE VERA

ASSALAMUALAIKUM

ALOE VERA TANAMAN HERBA YANG BANYAK KHASIATNYA..BOLEH MENGUBATI LUKA KECIL DAN MERAWAT KULIT MUKA BERMASALAH...PI MEMILIHNYA SEBAGAI KIGO/KATA MUSIM UNTUK PUISI HAIKU...INGATKAN MUDAH HENDAK GANDINGKAN DENGAN IMEJ DAN YOIN/KATA TERSIRAT....RUPANYA HAMPIR SEBULAN BARU SIFU LULUSKAN...PUISI JEPUN TIDAK MUDAH SIAPKANNYA WALAU TIGA BARIS SAJA ..SUKUKATA 575

                                                                                              PIC GOOGLE(C)

Tuesday, 15 October 2019

S.E.A WRITE AWARD MALAYSIA 2019

ASSALAMUALAIKUM

DBP SUDAH MENERBITKAN MAKLUMAN UNTUK PEMILIHAN ANUGERAH SASTERA S.E.A WRITE AWARD ...PENGGIAT SASTERA BOLEHLA MENCALONKAN KAWAN-KAWAN YANG MILIKI KRITERIA SASTERAWAN MAPAN LAGI MENEPATI KEHENDAK YANG DIMAKSUDKAN....PI TUMPANG GEMBIRA SAJA SIAPA PUN YANG TERPILIH...SASTERAWAN MALAYSIA INI RAMAI YANG LAYAK MENERIMA ANUGERAH SASTERA KERAJAAN THAILAND INI...CUMA NASIB SAJA MEMIHAK ATAU TIDAK.



Monday, 14 October 2019

SUSUR GALUR ORANG MELAYU PAHANG

ASSALAMUALAIKUM

SUSUR GALUR MELAYU DAN SEBUTANNYA SEBENAR

                                                                 
                                                                       SUPARDI PECINTA LOGHAT PAHANG (C)

Saturday, 12 October 2019

GEMA KARYAWAN Pk.

ASSALAMUALAIKUM

JOM BACA GEMA KARYAWAN Pk...SAMBIL BERHUJUNG MINGGU,,,EDITORNYA SIFU TABIR ALAM PENERBIT SPTA...PELBAGAI PERKONGSIANNYA MENGENAI SUSASTERA SEMASA...ADA JUGA SEDIKIT KISAH PI SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI KARYAWAN Pk TURUT DISERTAKAN...ALHAMDULILLAH SEMOGA MEMBERI SEDIKIT MANFAAT KEPADA PEMBACANYA...TERIMA KASIH SIFU ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KISAH HIDUP PI...INI KALI KEDUA PI DI INTERVIEW UNTUK SIARAN MEDIA.

PERSATUAN KARYAWAN PERAK BAGI PENGGAL 2018 - 2020 Presiden Dr. Hj. Zabidin b. Hj. Ismail @ M Zaki Arif Timbalan Presiden Prof. Dr. Emeritus HMBukhari Lubis @ Rizi SS Setiausaha Agung Tn. Hj. Abdullah b. Samsudin @ Onn Abdullah Timbalan Setiausaha Agung Bendahari Pn. Shakirah bt Rashid @ Shasha Shakirah Tn. Hj. Hamdan b. Yaakub Ahli-Ahli Jawatankuasa Hjh. Sabariah bt. Bahari Tn. Hj. Mohd Paris b. Arshad Pn. Saudah Mat Lazim En. Abdul Latif Hisham b. Samsuri @ Al Hisyam En. Hairi b. Yahya En. Mohd Noor b. Hamzah @ Ijamala MN En. Ahmad Salleh b. Hj. Ahmad @ Asha Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin Pn. Nurul Hayati bt Ilias En. Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub @ Nimoiz TY Auditor Dalaman Pn. Ratna Laila bt Shahidin En. Mohammed Khairi b Mohammad Ani KEPIMPINAN

MEMETIK BEBERAPA ARTIKEL YANG DISIARKAN

Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) kali Ke-33 telah berlangsung di Dewan Utusan, Kuala Lumpur pada Rabu, 27 Februari 2019. Tetamu Kehormat pada malam itu, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan bersama artis undangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza bt Tarudin. Penulis dari Karyawan Pk, #039 Siti Zaiton Ahmad dari Tapah, Perak, telah dianugerahkan Hadiah Penghargaan Kategori Puisi dengan sajak bertajuk “Bagaimana Untuk Ditangiskan” yang telah tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia pada Ahad, 26 November 2017. Kejayaan beiiautel mengharumkan nama Persatuan Karaywan Perak. Antara beberapa kategori yang telah dipertandingkan termasuklah kategori Novel Remaja, Cerpen Dewasa, Puisi, dan Cerpen Media Baru.
                                                                                 PIC TABIR ALAM (C)

  Di sepanjang awal tahun 2019, sebanyak tiga buah antologi terbitan Siri Penerbitan TabirAlam (SPTA) telah diulas oleh beberapa orang penulis yang bergabung dalam buku penerbitan antologi bersama tersebut. Mereka mengambil inisiatif memperkenalkan buku-buku antologi penglibatan sendiri dalam bidang penulisan. Buku pertama, Asmaraloka - Antologi Syair Melayu diulas oleh Nazim Mohd Subari dari Mersing, Johor dengan tajuk “Kisah Cinta Dalam Syair” dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad, 6 Januari 2019. Buku kedua, Seribu Sonian diulas oleh Sabariah Nor Salleh dari Dungun, Terengganu dengan tajuk “Menikmati Seribu Puisi Sonian” dalam akhbar Mingguan Malaysia , Ahad 7 April 2019. Buku ketiga, Petua - Dari Meja Penulis diulas oleh penulis bukan Melayu, Sujata Wee dari Wakaf Bharu, Kelantan dengan tajuk “Buku Pelbagai Petua” dalam akhbar Mingguan Malaysia, Ahad 12 Mei 2019.

 “OKU Bukan Penghalang Paridah Ishak Berkarya” - begitulah tajuk berita laporan Norhidayu Zainal di ruang ‘Ikon Seni & Budaya’ pada Ahad 8 Oktober 2017 tentang seorang penulis Orang Kelainan Upaya ahli Karyawan Pk - #312 Paridah Ishak. Paridah Ishak mula menulis sejak tahun 1976, menulis d e n g a n t u l i s a n tangan kemudiannya dipindahkan ke komputer peribadi. Walaupun separa lumpuh, kehilangan suara akibat dari kemalangan jalan raya pada 1987, beliau tetap gigih menulis. Pada Sabtu 11 Mei 2019, Paridah Ishak bersama Norazimah Abu Bakar menerima bantuan ‘Zakat Asnaf PEMUISI’ summbangan UMW Berhad di Desa Haras, Hulu Klang, Selangor. Paridah Ishak menulis berbagai genre penulisan; Sajak “Lebaran” tersiar di New Sabah Times (23 Jun), Coretan “Kisah Seorang Beliawanis Felda” di Radio Klasik Nasional (3 Mei 2017), menulis Purbawara serta Melodrama untuk radio. Pemenang hadiah u t a m a “ P e r a d u a n DBPniaga”, serta hadiah saguhati “Peraduan Resensi Buku” anjuran DBP @ Facebook. Dalam tempoh Januari hingga Jun 2019 beliau telah bergabung dalam 14 buah antologi bersama; Kuatrin Suara Hati, Karmina - Pantun Dua Kerat, Rahsia Kabin Biru, Bunga Cinta, Elegi Musim Luruh, Dari Hujan Ke Hujan, Sonian Langit Garuda, Demi Cita-Cita Murni, Petua - Dari Meja Penulis, Pantun Empat Kerat Tun Kreatif, Soneta Langit Palestin, Anekdot Hujan Kayu, dan Lagenda Ikan - Syair Melayu II. Beberapa buah antologi bersama; projek Gurindam, Saduka, Petanda, Rejang, Pantun Kanak-Kanak dan antologi sajak kerja sama Malaysia dan Rusia bakal diterbitkan nanti pada tahun ini.



Friday, 11 October 2019

POHONAN KELAPA SAWIT

ASSALAMUALAIKUM




POHONAN KELAPA SAWIT

Peneroka menjaya rencana FELDA
Ongkos jumlahnya tidak terkira
Hendak realisasi impi marhaen
Obor dinyala terangi denai hidup
Niat murni majukan tanah pertiwi
Akan usaha walau keringat jatuh
Namun tidak sesekali menyerah

Kelak hasilnya bertandan-tindan
Enggan lagi didera papa-kedana
Ladang luas saujana hijau
Anugerah Ilahi rezeki kepada hamba
Pasrah tawakal tabah aral merintang
Alhamdulillah meraup syukur nikmat-Nya

Semakin waktu berlalu pergi
Anak kecil dewasa dan tua
Warisi tanah pusaka bertuah
Ingin sekali terus berbakti berkebun sawit
Tanpa berhenti hingga nafas berakhir

PARIDAH  ISHAK
DMS
11/10/019

Thursday, 10 October 2019

TERIMA KASIH KAWAN


ASSALAMUALAIKUM

TERIMA KASIH KAWAN ANTOLOGI CERPEN KANAK-KANAK TERBARU PI DAN BEBERAPA RAKAN PENULIS
SELENGGARAAN CIKGU HAMIDI MD YUDIN TELAH PUN TERBIT...ALHAMDULILLAH....BERTAMBAH SEBUAH LAGI KOLEKSI ANTOLOGI PI



PIC HAMIDI MD YUDIN (C)



MyBloglist