Sunday, 21 April 2019

PEPERANGAN SUATU JENAYAH...

ASSALAMUALAIKUM...

PIC GOOGLE (C)

Esei
Oleh
Paridah Ishak                                       


PEPERANGAN SUATU JENAYAH

PEPERANGAN dan pembunuhan sesama manusia seringkali berlaku di antara pihak yang bersengketa dengan hajat mencapai matlamat masing-masing semenjak penghuni dunia belum bertamadun sehinggalah perubahan kemajuannya mengikut aliran masa hingga kini.Peperangan berterusan berlaku meninggalkan parutnya yang ternyata hodoh.
Ada saja polemik yang tercetus samaada sengaja dicari atau tidak.Nampaknya tamadun dunia yang semakin tinggi tidak mengangkat peradaban manusia kepada lebih baik dan sempurna.
Penyelesaian setiap masalah tersasar dan menyasarkan penggunaan pelbagai jenis senjata yang dicipta semata-mata untuk memenangi pertempuran yang ternyata merugikan dan mengakibatkan kemusnahan yang tidak sedikit.Pembunuhan berlaku mengorbankan nyawa dengan jumlah yang ramai.
Perbuatan keji sebegini tidak mahu diterima sesiapa saja dengan apa pun alasan yang diberikan semata-mata untuk mewajarkan tindakan begitu. Jikalau ianya telah ditafsirkan sebagai perbuatan jenayah tentulah tidak terlepas untuk menerima hukuman berlandaskan undang-undang global sedia ada.Jenayah leluasa yang ketara dilakukan.
Namun di zaman Rasulullullah nabi Muhammad SAW, baginda dan para sahabat berperang hanya kerana mempertahankan diri dan menegakkan syiar Islam dalam Perang Badar pada 17 Ramadan tahun 2 hijrah, Perang Uhud  3 Syaaban tahun 3 hijrah menentang musyrikin Quraisy. Dan beberapa peperangan lagi yang diterajui panglima-panglima perang Islam demi menyebar danmendakwahkan syiar Islam ke seluruh pelosok dunia.Dan etika peperangan dipatuhi demi mengecilkan akibatnya.
            Masakini peperangan dan pembunuhan berlaku sewenang-wenang tanpa kawalan.Menurut catatan sejarah adalah kerana campur tangan kuasa negara asing dengan muslihat untuk mendapatkan sesuatu kepentingan kepada keterlibatan mereka.
            Misalnya mereka menghulurkan bantuan ketenteraan dan persenjataan kepada kedua-dua pihak yang bertelagah.Negara-negara kuasa besar yang produktif dalam pengeluaran senjata sering dilihat membawa peranan mengagenda sesuatu perang persis yang dicatat dalam sejarah.
            Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah Barat adalah pengeluar terbesar senjata dan aset ketenteraan di dunia pada 2013.
            Perlumbaan produktiviti persenjataan dan persaingannya untuk memenangi pasaran pengguna memberi kesan buruk kepada kesejahteraan  global kerana masing-masing ingin memperlihatkan rekacipta yang efisien. Senjata-senjata ini hanya berguna sekiranya ada perang yang tercetus atau sengaja dicetus.
            Sungguh tidak adil dan tidak berperikemanusian mereka yang meraih keuntungan berganda dengan kemusnahan dan pembunuhan yang dilakukan menggunakan perdagangan senjata yang diproduksi.
NEGARA PENGELUAR SENJATA  AKTIF
1.    Amerika Syarikat
2.    Italy
3.    Britain
4.    Peranchis
5.    Israel.

Menurut laporan mereka, industri pembuatan senjata kini bernilai 325 bilion euro (RM1.4 trilion) yang mana 45 peratus lebih tinggi berbanding sedekad lalu.
kata pakar perdagangan dan senjata - penganalisis Sipri, Aude Fleurant.

Sumber Sinar Harian
            Kuasa-kuasa asing yang mengambil kesempatan mencampuri urusan negara lain ini bukan dengan niat hendak meleraikan pergolakan yang berlaku tapi bersikap ‘ada udang sebalik batu.’ Malah mengusutkan lagi keadaan menjadi tambah berserabut.Dan mencetuskan pertikaian yang berlarutan dan memakan korban yang tidak sedikit.
            Sesuatu isu seputar yang timbul boleh menyebabkan kekecohan berlarutan yang akan merebak kepada berlakunya peperangan besar sewajarnya dicegah dan diperbetulkan kesilapannya di mana-mana. Mencegahnya adalah tindakan proaktif terbaik.
            Sebab kesan yang ditinggalkan akibat peperangan terlalu banyak kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.Sukar sekali untuk dipulihkan dalam jangka masa pendek.Dan ada yang langsung tidak dapat perbaiki seperti kecacatan anggota.Mentelah pula kehilangan nyawa. Tentu trauma dan amat tertekan kerana kehilangan ayah, ibu, abang, kakak, adik, kawan-kawan dan mereka yang rapat lagi tersayang  bahana perang.
            Sekiranya kemusnahan sering berlaku akibat pelancaran senjata api yang dilontar mudah seperti bom tangan yang sering dilakukan pihak Israel kepada Pelastin kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa  sentiasa berlaku  tentulah pembangunan  tidak mampu untuk dilakukan. Berulangkali perlu membina semula keruntuhan tempat tinggal dan sebagainya oleh mereka yang masih terselamat daripada serangan.Teramat sedih sekali memikirkan nasib yang dilalui mereka yang tidak berdaya dan berdosa ini.Apalagi generasi muda yang bakal mewarisi tanah air mereka.
            Namun mereka tetap reda meneruskan kehidupan seadanya di sini tanpa melarikan diri meninggalkannya ke negara lain kerana tegar semangat mencintai negara dan rela berjuang hingga akhir hayat mempertahankan watan mereka.
            Perasaan mereka seakan mangli menghadapi situasi serangan Zionis yang tidak dijangka bila tibanya walau PBB memutuskan menyalahkan tindakan kejam zionis membunuh rakyat Pelastin.Namun tiada hukuman serius yang diberikan.
            Sekadar gertakan PBB (PERTUBUHAN BANGSA BANGSA BERSATU) OIC (ORGANISATION OF ISLAMIC COOPERATION) dan NATO (NORTH ATLANTIC TREATY ORGANISATION) tanpa tindakan tegas tidak langsung memberi kesan kepada pihak yang sentiasa mencemarkan suasana damai harmoni di situ dan berulangkali sengaja mencari sebab agar perang sentiasa bergolak.
            Hanya dipandang sinis masyarakat dunia dan memandang lewa peranan mereka yang langsung tidak memberi sebarang kesan yang sangat diharapkan. Situasi di situ seolah gelanggang perang yang akan diadakan acaranya bila-bila masa.
            Akibat itu apa saja perkembangan kemajuannya sentiasa terbantut angkara sikap kerakusan manusia yang suka membuat onar kezaliman dan kerosakan dunia.
ANTARA KESAN PEPERANGAN YANG KETARA DAN SANGAT DIMAKLUMI

1. Rakyat di sesebuah negara yang berperang terdedah ancaman kematian  - tidak mengira mereka berada di golongan mana. Samaada  orang dewasa, kanak-kanak,mahupun warga tua - ramai juga yang cacat fizikal diri akibat kecedaraan semasa perang-  kematian manusia terlalu mudah berlaku  akibat penyakit berjangkit dll yang  mudah menular ketika peperangan berlaku.

2. Harta benda persendirian dan awam terlalu banyak yang musnah tidak terjumlah – bahana perang meninggalkan puing-puing yang bersepahan merata. Kelihatan  rosak - runtuh - terbakar –kerugiannya pula teramat banyak sehingga  mencecah angka berbilion-bilion dolar Amerika. Begitu merugikan sekali.

3. Pelbagai masalah sosial menimbulkan  gejala depresif, stres tekanan perasaan berlaku peningkatannya dan sukar terkawal.  Traumatism mengganggu perkembangan jiwa terutama dalam kalangan kanak-kanak .keadaan sedemikian pasti mengakibatkan pembangunan terjejas.  Sumber manusia untuk berkarya  pada masa depan semakin mengecil. Gejala jenayah sosial ketara dan  masalah lain berlaku peningkatan yang begitu merungsingkan. Contohnya seperti jenayah rogol, mencuri dan pelbagai lagi perbuatan jelek lagi jahat yang tidak diingini dan sepatutnya tidak berlaku

4. Rakyat yang terlibat sentiasa berada dalam kebimbangan justeru  ketakutan yang mencengkam perasaan mereka dan amat mengganggu kegiatan seharian mereka untuk meneruskan kehidupan.dengan aman..

5 -  Pembangunan sektor pendidikan tergugat - kadar keciciran akan meningkat kerana sekolah-sekolah terpaksa ditutup - pendidikan tinggi terganggu - universiti tutup juga - paling terjejas adalah golongan kanak-kanak jika perang berlaku berpanjangan - kerana prasarana pendidikan tidak dapat disediakan.

6 - Menjejaskan banyak sektor ekonomi perindustrian - pertanian - pelancongan - perkhidmatan – perdagangan – segalanya langsung statik dan tidak lagi berfungsi sebagai pemangkin menggerak pertumbuhan ekonomi menjadi setabil.Dan memanfaatkan rakyat.

7 - Menimbulkan krisis ekonomi kritikal seperti inflasi dan pengangguran.. Krisis makanan dan kesihatan akan dialami oleh rakyat negara yang terlibat

8 – Bahan- bahan makanan berkurangan  dan bekalan ubat-ubatan sukar diperolehi.

9 - Kebuluran dan penularan penyakit berlaku

10 – Taraf kesihatan jauh merosot dan tumbesaran kanak-kanak terencat - ramai dapat penyakit akibat kurang zat contoh ketika perang dunia ke dua sewaktu Malaya ditawan Jepun yang menyebabkan rakyatnya hanya makan ubi kayu sebagai sumber makanan mengalas perut.pelbagai penyakit menyerang kesihatan rakyat Malaya ketika itu.

            Tiada yang beroleh manfaat daripda peperangan yang mengorbankan banyak nyawa melainkan mereka yang bergiat cergas dalam bidang perniagaan persenjataan. Negara-negara pengeluar senjata akan menjual senjata-senjata ciptaan terbaru atau yang sedia ada kepada pihak yang berperang. Situasi yang akan melariskan jualan senjata mereka.

KABUL 15 Okt. - Sekurang-kurangnya tiga juta rakyat Afghanistan kini dalam keadaan `terdesak’ untuk mendapatkan makanan dan diancam kebuluran jika tidak diberi bantuan segera, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut badan dunia itu, musim kemarau di seluruh kawasan utara dan barat negara ini menyebabkan kemusnahan tanaman, ternakan dan bekalan air sehingga memaksa beratus-ratus ribu penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.
Musim kemarau tersebut memburukkan lagi keadaan negara itu yang dibelenggu konflik selama 17 tahun dan sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya Parlimen yang tertangguh sejak tiga tahun lalu.
PBB kini menggiatkan usaha antarabangsa untuk memperuntukkan bantuan makanan kepada 2.5 juta daripada tiga juta penduduk berkenaan menjelang pertenggahan Disember ini. – AFP

Sumber Utusan Malaysia

Perang yang dilancarkan kesatuan Soviet ke atas Afghanistan telah sekian lama berrlaku namun kesannya ditanggung hingga kini oleh rakyat Afghanistan


Perang Soviet-Afghanistan mengambil masa sembilan tahun di mana Kesatuan Soviet cuba mempertahankan kerajaan Marxis mengambil masa yang begitu lama untuk ditamatkan. Afghanistan, iaitu Republik Rakyat Demokratik Afghanistan, menghadapi Mujahidin Afghanistan yang ingin menggulingkan kerajaan.Kesatuan Soviet menyokong kerajaan Afghanistan, sementara para mujahidin mendapat sokongan dari banyak negara, antara lain Amerika Syarikat dan Pakistan.
Pasukan Soviet pertama kali sampai di Afghanistan pada tarikh 25 Disember 1979, dan pengeluaran pasukan terkini berlaku pada tarikh 2 Februari 1989.Kesatuan Soviet lalu mengumumkan bahawa semua pasukan mereka sudah ditarik dari Afghanistan pada tarikh 15 Februari 1989. Kerana banyaknya kos dan akhirnya kesia-siaan konflik ini, Perang Soviet-Afghanistan sering disamakan sebagai padanan Kesatuan Soviet daripada Perang Vietnam Amerika Syarikat.
Sumber wikipedia
Perang ini mempunyai kesan yang sangat besar, dan merupakan salah satu faktor hancurnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

PAKATAN KETENTERAAN
Beberapa pakatan ketenteraan telah dibentuk  demi mengujudkan kerjasama antara negara yang menganggotainya sekiranya negara tersebut dilanda perang.
Perikatan ketenteraan adalah perjanjian antarabangsa mengenai keselamatan negara, apabila pihak-pihak terlibat berjanji untuk menolong satu sama lain sekiranya ada krisis yang belum dikenal pasti..Perikatan tentera berlainan daripada  gabungan dibentuk untuk sesuatu krisis yang telahpun diketahui.
Perikatan tentera dengan niat yang amat baik dan diyakini semua anggotanya

1.    PAKATAN NATO
 NATO merupakan perikatan ketenteraan antara beberapa negara Eropahdan Amerika Syarikat.NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 dengan Perjanjian Atlantik Utara. Negara-negara ahlinya bersetuju bekerjasama dari segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang

Description: Map of NATO countries.png
Negara-negara NATO dalam warna biru.
Pembentukan
4 April, 1949
Jenis
Ibu pejabat
Ahli
Bahasa rasmi

Description: Portal.svg
.

NEGARA YANG MENGANGGOTAI PAKATAN NATO

·         4 April 1949
·          
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/92/Flag_of_Belgium_%28civil%29.svg/23px-Flag_of_Belgium_%28civil%29.svg.png Belgium
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cf/Flag_of_Canada.svg/23px-Flag_of_Canada.svg.png Kanada
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9c/Flag_of_Denmark.svg/20px-Flag_of_Denmark.svg.png Denmark
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c3/Flag_of_France.svg/23px-Flag_of_France.svg.png Perancis
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/ce/Flag_of_Iceland.svg/21px-Flag_of_Iceland.svg.png Iceland
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/03/Flag_of_Italy.svg/23px-Flag_of_Italy.svg.png Itali
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/da/Flag_of_Luxembourg.svg/23px-Flag_of_Luxembourg.svg.png Luxembourg
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/20/Flag_of_the_Netherlands.svg/23px-Flag_of_the_Netherlands.svg.png Belanda
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d9/Flag_of_Norway.svg/21px-Flag_of_Norway.svg.png Norway
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5c/Flag_of_Portugal.svg/23px-Flag_of_Portugal.svg.png Portugal
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ae/Flag_of_the_United_Kingdom.svg/23px-Flag_of_the_United_Kingdom.svg.png United Kingdom
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a4/Flag_of_the_United_States.svg/23px-Flag_of_the_United_States.svg.png Amerika Syarikat
·         18 Februari 1952
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5c/Flag_of_Greece.svg/23px-Flag_of_Greece.svg.png Greece
·         9 Mei 1955
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b4/Flag_of_Turkey.svg/23px-Flag_of_Turkey.svg.png Turki
·         30 Mei 1982
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9a/Flag_of_Spain.svg/23px-Flag_of_Spain.svg.png Sepanyol
·         12 Mac 1999
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cb/Flag_of_the_Czech_Republic.svg/23px-Flag_of_the_Czech_Republic.svg.png Republik Czech
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c1/Flag_of_Hungary.svg/23px-Flag_of_Hungary.svg.png Hungary
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/12/Flag_of_Poland.svg/23px-Flag_of_Poland.svg.png Poland
·         29 Mac 2004
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9a/Flag_of_Bulgaria.svg/23px-Flag_of_Bulgaria.svg.png Bulgaria
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8f/Flag_of_Estonia.svg/23px-Flag_of_Estonia.svg.png Estonia
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/84/Flag_of_Latvia.svg/23px-Flag_of_Latvia.svg.png Latvia
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/11/Flag_of_Lithuania.svg/23px-Flag_of_Lithuania.svg.png Lithuania
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/73/Flag_of_Romania.svg/23px-Flag_of_Romania.svg.png Romania
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e6/Flag_of_Slovakia.svg/23px-Flag_of_Slovakia.svg.png Slovakia
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f0/Flag_of_Slovenia.svg/23px-Flag_of_Slovenia.svg.png Slovenia
·         1 April 2009
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/36/Flag_of_Albania.svg/21px-Flag_of_Albania.svg.png Albania
·         Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1b/Flag_of_Croatia.svg/23px-Flag_of_Croatia.svg.png Croatia

TIGA PAKATAN

Adalah pakatan ketenteraan di antara JermanAustria-Hungary dan Itali, (sebagai menentang Tiga Entente yang terdiri daripada satu pakatan di antara Britain, Perancis dan Rusia), yang berlangsung dari 1882[  sehingga Perang Dunia Pertama pada tahun 1914.
Sumber WIKIPEDIA

PERIKATAN 34 NEGARA  NEGARA ISLAM
Antara negara yang menyertainya;
1.    Mesir
2.    Qatar
3.    UAE (Emiriyah Arab Bersatu)
4.    Turki
5.    Pakistan
6.    Malaysia
Dan lain-lain negara Teluk dan Afrika.
Arab Saudi, hari ini mengumumkan pembentukan pa­sukan tentera perikatan terdiri daripada 34 buah negara Islam, termasuk Malaysia bagi me­me­rangi keganasan.
negara yang membentuk tentera perikatan itu ialah Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Turki, Malaysia, Pakistan dan negara-negara Teluk dan Afrika.

Menteri Pertahanan, Mohammed bin Salman berkata, kempen itu akan ‘menyelaras’ usaha meme­rangi keganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Afghanistan.
Sumber Utusan Malaysia

Apa-apa saja pakatan yang dtubuhkan demi menjaga keselamatan negara dan warganya seharusnya membawa manfaat dan durus sebaiknya agar tujuannya menepati rencananya.  Tapi kelihatannya langsung tidak membawa efek yang diyakini kepada negara yang menyertainya..

Berikut disenaraikan beberapa peperangan besar yang telah berlaku di abad 20 hingga kini.
PERANG YANG TELAH BERLAKU
TAHUN BERLAKU
ANGGARAN JUMLAH MANGSA TERBUNUH
PERANG DUNIA PERTAMA
28 JULY 1914-11 NOV 1918
35 JUTA ORANG
PERANG DUNIA      KEDUA

1 SEPT 1939-2 SEPT 1945
60 JUTA ORANG
PERANG KOREA
25 JUN 1950-27 JULY 1953
1 JUTA ORANG
PERANG VIETNAM
2 JAN 1963-23 APRIL 1975
3 JUTA ORANG
KONFLIK DI KEMBOJA
1973-1991
1.7 JUTA ORANG
GENOSID DI RWANDA
6 APRIL 1994-JULY 1994
1 JUTA ORANG
GENOSID DI BOSNIA

11 JULY 1995-13 JULY 1995
100,000 ORANG
PERANG IRAQ

20 MAC 2003-15 DIS 2011
1 JUTA ORANG
 Tribunal Jenayah Perang Nuremberg 1946
Sumber majalahsains.com
NEGARA YANG MASIH DALAM PERGOLAKAN PERANG SEHINGGA KINI
1.    Syria
2.    Pelastin
3.    Myanmar
1.              Perang di Syria masih berlaku dan tidak dapat dinyatakan anggaran yang telah terkorban sebenarnya. Namun yang dinyatakan Tribunal Jenayah Perang Nuremberg jumlah yang terkorban adalah 500,000 orang .selagi perang ini belum tamat pasti bilangan mangsa yang terbunuh akan bertambah. 
2.              Pelastin dan Israel juga sentiasa berkrisis dengan tindakan Israel yang seringkali menghunjam negara kecil ‘bumi anbia’ itu dengan serangan motar dan bom yang mengakibatkan kematian warga Pelastin dan kemusnahan harta benda semenjak mereka dibenarkan berpindah mendiami wilayah yang ditentukan tentera bersekutu eropah ekoran insiden ‘holocauste’ yang dilakukan Hitler,  pemimpin German ke atas bangsa yahudi itu dalam perang dunia kedua
3.              Pergolakan di Rakhine Myamar juga masih berterusan menyebabkan bangsa Rohingya ramai terbunuh dan terpaksa menjadi pelarian meninggalkan negara mereka. Petaka ke atas bangsa Rohingya juga boleh diketegorikan sebagai genosid. Dan jenayah pembunuhan terancang. Bangsa Rohingya yang mendiami Rakhine dianggap bukan rakyat Myanmar. Tentera Myanmar berusaha mengusir mereka dari kampung halaman mereka dengan cara melakukan pembakaran rumah-rumah Rohingya, menyiksa, merogol wanita-wanita, membunuh dan pelbagai lagi perbuatan zalim yang dilakukan. Hingga setakat ini tidak ada data jumlah mereka yang kehilangan nyawa dalam pergolakan tragis dan sadis ini.
            .
KOMENTAR YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA2018
Tun Dr Mahathir Mohamad, Kolej Imperial, London 25 April 2008
“Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.Banyak langkah yang telah diambil.Marilah bersama-sama mara ke hadapan dalam perjuangan ini demi mencapai peradaban yang sejati, dengan menjadikan peperangan satu jenayah.”
Tun Dr Mahathir Mohamad, “Dedahkan Jenayah Perang – Jenayahkan Peperangan” 5 Februari 2007
Dimanakah kedudukan kita dalam peradaban manusia apabila tetapan global semasa dibentuk dengan acuan yang dapat dilihat sebagai “yang berkuasa sentiasa betul” dan “sejarah ditulis oleh orang yang menang”? Sejak zaman dahulu, tamadun manusia menyaksikan bidang sains dan teknologi dieksploitasi untuk memulakan peperangan menentang pihak yang berkonflik, merombak peta dunia serta mewujudkan ketegangan dalam pelbagai rantau dan budaya yang berlainan.
Teknologi senjata dikomersialkan dan menjadi tumpuan utama untuk mempamerkan kekuatan sesebuah negara, sementara senjata kimia dengan mudah dapat melenyapkan populasi.Baru-baru ini, teknologi dron autonomi digunakan untuk membunuh orang awam.Sains dan teknologi tidak bersalah tetapi insan di sebalik ciptaan yang mampu melakukan perubahan; dalam hal ini sains dan teknologi digunakan untuk mempromosikan keamanan dan keharmonian global.
Sumber majalahsains.com

BEBERAPA SARANAN MUDAH UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN GLOBAL

1.    Masyarakat antarabangsa perlu saling menghormati hak negara negara tanpa campur tangan apa saja masalah yang  mereka hadapi..
2.    Tidak ada kuasa veto negara negara yang menganggotai badan pertubuhan dunia PBB walau sebesar mana kuasa yang mereka miliki. Semua negara walau kecil atau besar kapasitinya hanya ada satu suara atau satu undi untuk menentukan sebarang keputusan dalam penyelesaian  sesuatu isu.
3.    Pengeluaran senjata perlu dikawal jumlahnya dan hanya untuk kegunaan negara  sendiri sahaja bukan dengan tujuan pengeksportan. Apalagi senjata nuklear
4.    Undang-undang perang yang tidak hanya menyebelahi sesuatu pihak seharusnya digubal dan  dimetrai antara seluruh negara global.
5.    Menggubal akta perang sekata yang dipersetujui global bahawa perang adalah jenayah dan mereka yang mencetusnya diberi hukuman setimpal.
6.    PBB perlu menjalankan peranan berkesan sebagai pertubuhan global menjadi tempat negara negara merujuk masalah keselamatan yang menyangkut kepentingan bersama.
Sekadar beberapa saranan mudah diberi namun sekiranya diberi pertimbangan sebaiknya tentu memberi hasil seperti diharapkan.

            Hendaklah berusaha menjaga dunia yang diamanahkan Allah kepada manusia  sebagai khalifahnya agar tidak hancur musnah kerana kelekaan penghuninya berperang tanpa sesekali memikirkan akibatnya, seperti kata peribahasa ‘kalah jadi abu, menang jadi arang sehingga dunia pun kosong bagai ‘padang jarak padang terkukukur’ sebelum kiamat sebenar berlaku.
            Peperangan memang sukar dinafikan untuk tidak berlaku walau kita berada di alaf baru di mana negara negara di dunia semakin berkembang maju dan warganya begitu bertamadun kehidupan mereka dengan kecanggihan ilmu sains yang membolehkan pelbagai rekacipta yang menakjubkan.
.


10 comments:

  1. Hebat esei KakPI ni, cheq bersetuju dengan pandangan KakPI di sini 👏🏻😎👍🏻

    ReplyDelete
  2. kesian, rakyat jadi pelarian bila berlaku perang..

    ReplyDelete
  3. TKSH WP SAJA CUBA2 MENULIS ESEI PANJANG BERHARI-HARI NK SIAPKANNYA

    ReplyDelete
  4. TKSH SUE SAMA PANDANGAN KITA

    ReplyDelete
  5. TKSH NOHAS BAHANA PERANG SGT SIKSA

    ReplyDelete
  6. yup betul tu kak. semoga malaysia sentiasa aman

    ReplyDelete
  7. TKSH NADHIE INSYAAALLAH BERSAMA KITA MENJAGA KESEJAHTERAANNYA

    ReplyDelete
  8. Perkongsian ilmiah.. semoga kita sentiasa aman dibawah lindungan Illahi... aamiin.

    ReplyDelete
  9. TKSH DIK KK CUBA2 MENULIS ESEI PNJANG N TERPKSA RUJUK BANYAK ARTIKEL BERKAITAN

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist