Sunday 23 December 2018

KARANGAN UNIK PULAU MENAMPILIK SEMPORNA

ASSALAMUALAIKUM

APA AGAKNYA YANG DILAKUKAN ANDA YANG BERCUTI AGAK PANJANG DI HUJUNG TAHUN? JANGAN TANYA PI...BIASALA KAN OKU...AKTIVITINYA HANYA MENGADAP PC SETIAP HARI.

TAPI LAIN  HALNYA DENGAN CIKGU  SEORANG NI JUGA   PENULIS TERKENAL SABAH....HOBINYA KALAU BERCUTI DIHABISKAN DI DALAM LAUT  MENANGKAP  IKAN  ATAU MENGUTIP KARANGAN/SIPUT DI DASAR LAUT....PI RASA HOBI YANG DIMILIKI GURU INI MEMANG JARANG ADA WALAU AMAT BERMANFAAT KERANA AKAN MEMPEROLEHI REZEKI LAUT YANG MEWAH LAGI SEGAR







                                                                                                                                                                                                                                                                             

SEDIKIT CATATAN CIKGU NAZEKA KANASIDENA
Jadi, jangan salahkan saya. Kerana dalam keadaan laut bergelora dan berkeladak, segalanya serba mungkin. Saya harus waspada. Sampai saat menulis cerita ini, saya masih terkial-kial mencari jawapan: KENAPA YA SAYA SELALU TERPANAH KUTTANG? Mungkin Si Raja Alam Sang Penunggu Pulau Manampilik itu bagi saya rezeki lebih besar! Entahlah. Padahal saya sudah minta izin dan sudah ucap salam dan baca al Fatehah untuk segala gemulah di sana.
Apa pun, barangkali, inilah trip memanah saya paling JELLEK dan paling bermasalah. Bukan sebab saya Tidak ‘Champion’ memanah. Bayangkan sampai KUTTANG pun terpanah. Juga bukan sebab saya tidak cukup persediaan. Bukan juga sebab saya tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapat ikan berkualiti, besar dan jumlah yang banyak. Tapi Allah takdirkan trip saya sekali ini tidak menjadi. Allah menurunkan hujan, ribut, arus kuat, air keruh dan berkeladak kerana laut sedang surut.Harapan saya 16 HALI ini air tenang. Melihat laut pagi tadi pun memang sudah satu keterujaan. Namun harapan tinggal harapan.

Rupanya, bagaimana canggih panah dan berapa batang panah pun, berapa pintar, ‘Cun’ dan ‘champion’ memanah pun dan berapa banyak angan-angan dan persediaan dibuat pun, jika laut tidak mengizinkan, maka musnahlah segala bagan yang dibina.
Jam 7 pagi saya ke Pulau Manampilik. Siapkan itu ini lalu jam 8 lebih begitu saya turun laut. Pada awalnya air memang cantik. Tapi tiba-tiba dirosakkan oleh air surut yang membawa keladak dari beting. Ditambah pula bot pelancong yang lalu lalang dan ombaknya mendampar ke Pantai Pulau Manampilik menyebabkan laut menjadi seperti TEH NIE. Saya tergamam seketika. Sudahlah sejuk. Ombak membuai saya sehingga beberapa kali saya TAVALOAK.
Saya lalu mengambil keputusan untuk ke beting terdekat, MENGARANG dan MENGUTIP KARANG-KARANG LAUT selepas melihat laut terus bergelora dan air berkeladak saya yakin memang tidak ada harapan. Namun daripada pulang dengan tangan kosong maka saya mengaranglah. Hujan yang turun tidak mengganggu aktiviti saya mengutip siput dan kima itu kerana saya di dalam laut SNORKLING dan bukan berjalan. Dan dapatlah saya 3 Kima Lapiran, beberapa siput Kahanga dan Dollen Keyat Boa’ dicampur dengan 4 ekor sahaja ikan dan seekor KA’ULANG kecil (LOVESTAR) berjaya saya daratkan hari ini. Itu sahaja Saya mampu selepas gagal berhadapan dengan kehebatan alam.
Disebabkan GAGAL mendaratkan ikan besar, ‘rare fish’ dan dalam jumlah yang boleh dibanggakan, maka saya dengan ini memutuskan untuk MENGGANTUNG BUAT SEMENTARA WAKTU sebarang aktiviti memanah sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Maafkan saya. Saya KICHIWA untuk trip ini biar pun dapat banyak siput dan sebiji KUTTANG. Adeiiii. Bye.
JANGAN MARAH
Nazeka Kanasidena
Pu’ Manampilik, Simporna
231218

13 comments:

  1. Seronoknya...sebenarnya pelbagai aktiviti boleh dilakukan kan kak PI.

    ReplyDelete
  2. TKSH PC YA BOLEH APA SAJA ASAL MAHU

    ReplyDelete
  3. TKSH CIKGU ETUZA BGAIMANA DGN CIKGU MINAT JUGA KE LAUT

    ReplyDelete
  4. Wah meriah juga hasil tangkapan beliau, siap ada dapat udang kara tu 👏👍

    ReplyDelete
  5. TKSH SUERIN YA BANYK HASILNYA KALAU RJN KE LAUT

    ReplyDelete
  6. wowww !! fresh seafood tu dia boleh tangkap. puas hati makan..
    CT nampak ada lobster tu sekor. terbaik la =D

    ReplyDelete
  7. Seronok kalau dapat buat aktiviti macam tu

    ReplyDelete
  8. mcm2 jenis mcm2 bentuk menarik ni!

    ReplyDelete
  9. TKSH SITI..YA CIKGU NI MMG RJN MNYELAM N MNANGKAP SNDIRI SEAFOOD KESUKAANNYA..SEGAR SEKALI N PSTI SEDAP SGT

    ReplyDelete
  10. TKSH ZUMAL AKTVTI YG MNGAGUMKAN

    ReplyDelete
  11. TKSH ANIES YA UNIK HASIL LAUT SITU

    ReplyDelete
  12. Tud abis guru'ku tau.. saddi maka saddi hobinya..👍🏻👏🏻 hebat2

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist