Friday 21 December 2018

BANTUAN KEPADA PEEROKA FELDA..

ASSALAMUALAIKUM

KALAU ADA BANTUAN SEBEGINI LEGALAH
SIKIT WARGA FELDA... 

Peruntukan khas RM77 juta untuk bayar tunggakan peneroka

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas RM77 juta bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran tertunggak pada tahun semasa.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kementeriannya mengambil perhatian serius ke atas masalah aliran tunai FELDA yang sangat kritikal bagi tahun ini.
Katanya, masalah itu mendapat keprihatinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengarahkan bantuan diberikan.
“Peruntukan berjumlah RM77 juta ini disediakan bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran tertunggak berikut iaitu bayaran khairat kematian berjumlah RM1.2 juta yang membabitkan waris kepada 120 peneroka yang sudah meninggal dunia.
“Bayaran tunggakan kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka sebanyak RM43 juta.
“Bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32.8 juta untuk manfaat 38,000 peneroka FELDA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, peruntukan tahun 2018 sebanyak RM77 juta itu akan disalurkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia FELDA.

6 comments:

  1. Bertuah orang2 Felda.
    Tahniah tersenarai dalam PU di laman Etuza. Drop kan alamat ya..nak segera rasanya ni

    ReplyDelete
  2. Rezeki Puan Paridah ya dapat hadiah dari laman Etuza

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH TKSH CIKGU ETUZA..CIKGU MMG BAIK MOGA ALLAH MERAHMATI KEHIDUPAN CIKGU SEKELUARGA DUNA N AKHIRAT

    ReplyDelete
  4. Tahniah utk PI
    Adan tahniah jugak utk golongan peneroka yg bakal menikmati habuan

    ReplyDelete
  5. TKSH KAM..ALHAMDULILLAH REZKI PENEROKA

    ReplyDelete
  6. hrp ia bkn cakap sahaja...mesti disusuli dgn pelaksanaan jg

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist