Saturday, 14 July 2018

ANUGERAH TERINDAH...

ASSALAMUALAIKUM

Image may contain: 2 people, including Zamri Mohamad, people smiling, eyeglasses and indoor

TAHNIAH KEPADA PENULIS SDRA ZAMRI DAN ISTERINYA YANG DIANUGERAHI ALLAH HADIAH TERINDAH DALAM KEHIDUPAN PASANGAN ITU DENGAN KELAHIRAN BAYI COMEL YANG KEDUA...PI  TERSENTUH MEMBACA PENGALAMAN YANG DILEWATI MEREKA...AMAT MENUNTUT KETABAHAN DAN KESABARAN YANG TIDAK SEDIKIT.
TERKENANGKAN PENGALAMAN PERIH PI MELAHIRKAN ANAK YANG PERTAMA HINGGA KETIGA

MELAHIRKAN ANAK PERJUANGAN GETIR SEORANG IBU BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK..SILAP SEDIKIT SAJA PECAH HANCUR,

BERGANTUNG KUAT DENGAN TALI ALLAH SEMATA... DISAMPING BANTUAN DOKTOR DAN NURSE YANG SANGAT PRIHATIN..JUSTERU MEREKA JUGA SEDANG MENGENDALIKAN KEMASHLAHTAN NYAWA IBU DAN ANAK.

MUNGKIN RAMAI YANG MENYEDARI ARTIKEL SDR ZAMRI BERKENAAN KURSUS PENULISAN ANJURAN BELIAU DI BLOG KARYAKU...KINI PI KONGSIKAN PENGALAMAN TRAGIS BELIAU SEBAGAI SEORANG BAPA YANG RESAH GALAU BERHADAPAN DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN YANG TIDAK DIKETAHUI RUPANYA.

Share fb Zamri Mohamad....
Mak mentua berdoa, "Lahir hari Jumaat hendaknya."
Pada jam 5.00 petang, para kakitangan hospital mula bertukar syif.
Beberapa orang jururawat dan pegawai perubatan yang menguruskan isteri saya sebelum masuk ke bilik pembedahan sudah keluar dari pintu utama.
Masing-masing sudah bebas tanpa uniform.
Jururawat senior memerhatikan saya yang duduk menunggu di luar.
Dia berkata. "Isteri kamu tadi tidak jadi dibedah. Dia sudah bersalin," terus dia berjalan masuk ke dalam.
Saya antara percaya tak percaya sahaja.
Selagi tidak lihat di depan mata, itu separuh kebenaran sahaja.
Apa yang saya percaya, semua borang izin pembedahan ditandatangani oleh isteri.
Lima belas minit kemudian, dia keluar semula dan berkata, "Isteri saudara yang menunggu anak kedua ya? Betul, dia sudah selamat bersalin. Tak jadi dibedah."
Masih lagi antara percaya tak percaya.
Dua jam kemudian, dua orang jururawat keluar. Bayi dan ibu dibawa berasingan.
Isteri melambai-lambai dari jauh.
Saya masih keliru apa yang berlaku.
Selepas masuk ke bilik, isteri mula bercerita, "Anakanda ini bulat hati sungguh. Dia mahu keluar sendiri tanpa dipaksa-paksa."
Dia melalui pengalaman yang meresahkan sementara menunggu dibedah. Macam-macam perkara berlaku.
"Saya pun tak tahu bilik apakah itu. Sama ada laluan atau bilik persediaan sebelum ke bilik bedah. Perut sudah berombak-ombak. Datang pakar bius bertanya beberapa soalan. Minta diisi borang itu dan ini lagi," jelas isteri.
Terus mendengar sambungan cerita, "Saya ditinggalkan di situ. Masih dalam keadaan terbaring. Mereka pula berada di sudut berbincang sesuatu, bersedia untuk perkara seterusnya."
Dia mula stress dan takut kerana seorang diri.
"Kemudian salah seorang datang membawa borang baharu. Mereka tersalah isi borang. Bertambah masa menunggu dan perut semakin berombak. Saya sudah tidak tahan lagi," dia menggambarkan melalui kerutan pada wajah.
Kemudian isteri dibawa masuk ke bilik bedah, diletakkan di atas katil pembedahan. Dia sudah menjerit meminta tolong berkali-kali.
Mereka melihat seolah-olah dia mahu meneran.
"Puan, jangan teran puan, puan sudah berada dalam bilik pembedahan. Bukaan pun tak besar." kata mereka.
Perut yang berombak, budak kecil di dalam yang mahu menolak diri keluar.
Doktor, pasukan bedah yang sudah berada di stesyen masing-masing hairan.
"Puan, jangan teran puan."
Doktor berhenti dan membuat keputusan menyeluk tangan untuk mengukur bukaan servik. Vaginal examination dilakukan bagi menentukan sama ada bukaan itu cukup untuk lahir secara normal.
"Fully dilate!" jerit doktor.
Semua jenis prosedur dihentikan.
Isteri berada di atas katil yang biasanya berakhir dengan pembedahan cesar kini melalui proses bersalin normal.
Tidak ada satu pisau di atas meja disentuh, pakar bius tegun di tempatnya. Hanya suara mereka yang kuat terus mendorong isteri.
"Puan, teran puan!"berkali-kali disuruh begitu.
Doktor menyuruh isteri memaut kedua belah kaki dan terus meneran.
Seorang budak yang berdegil memilih perjalanan hidupnya berjaya memisahkan diri daripada belahan pisau menjadi perjalanan normal.
Anakanda Ammar Rayhan, adik kepada Amir Rayyan selamat dilahirkan.
Berapa berat badanya?
Angka berbeza daripada laporan doktor pakar terdahulu yang mencatat 3.4 kilogram.
Dia lahir kurang 200 gram daripada nombor di atas kertas.
Dengan izin Allah, berkat doa tuan dan puan, dari cesar ke vaginal birth after cesaren.
Keadaan dipanggil spontaneous vaginal delivery (SVD) merupakan proses kelahiran tanpa sebarang ubat-ubatan dan doktor tidak perlu menarik bayi keluar.
Bayi keluar secara sendiri.
"Tak tahu nak gambarkan, jika gambaran bunyi, blup!" isteri cuba menjelaskan.
Proses ini mengambil masa antara 12 sehingga 24 jam sebelum masanya.
Amerika Syarikat mencatatkan empat juta wanita yang melalui bersalin dalam keadaan ini.
Pada hujung situasi, Allah memberikan keputusan mutlak. Selepas manusia menunjukkan sisi tidak putus asa sehinggalah ada keputusan yang sudah meliputi logik akal.
Saya bertanya kepada isteri, "Situasi degupan jantung bayi dan ibu laju tadi apa ceritanya?"
"Apabila kurang air dalam badan, ibu stress dan bayi pun begitu. Selepas masukkan air, degupan jantung kembali normal," jelas isteri.
Cuma pada waktu itu, mereka sudah pun bersedia membawa masuk isteri ke bilik bedah.
Situasi ini mendorong saya melihat satu perkara.
Orang awam juga mesti diberikan pengetahuan mengenai bagaimana clinical judgement ditentukan oleh seorang doktor, bagaimana perbezaan boleh berlaku, apa pro dan kontra dan bagaimana kita dapat membuat keputusan lebih baik.
Forum, diskusi mesti berlaku antara pengamal perubatan dan orang awam dari masa ke semasa.
Dua orang doktor melakukan rutin ke atas ibu dan anak.
Salah seorang berkata, "Selepas banyak halangan, keajaiban berlaku ya. Tak pernah dalam situasi kami berlaku kelahiran dalam bilik pembedahan. Setakat ini apabila sudah berada di 'operation theater' sudah jelas akan di-operate."
Cerita penuh #svdipoh

8 comments:

  1. Pernah hadir kursus tuan zamri ni.. :)

    ReplyDelete
  2. OH YEKE BAGUSTU..MESTI BNYAK ILMU PENULISAN YG TLH DIPELAJARI...TAHNIAH...TKSH EJULTZ

    ReplyDelete
  3. Allahu...bukti kekuasaan Allah..tiada yang mustahil bagiNYA.

    ReplyDelete
  4. Tahniah
    Semuanya dengan kehendak Allah jua

    ReplyDelete
  5. oh krg air dlm bdn boleh buat ibu stress?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, syukur... tahniah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..semuanya kuasa dan kehendak Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist