Monday, 31 December 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2019

ASSALAMUALAIKUM


                                                                                PIC GOOGLE (C)

SELAMAT TAHUN BARU 2019

PANTUN DUA KERAT
MASA

Labu dibilas sini delima;
2019 kini menjelma.


Rengsa di hulu menuju kali;
masa berlalu laju sekali.

Kainnya kasa hana selendang;
tajamnya masa laksana pedang.

Pekan Selasa balik utara;
manfaatkan masa sebaik cara.

Angsa berintik memakan kaktus;
masa berdetik tidakkan putus.

Lupa munajat dhuha tak sempat,
apa dihajat usaha cepat..

Menanggal bisa landak ke bangsal,
ditinggal masa tidak menyesal.

Laksa setalam sanya hidangan;
masa yang silam hanya kenangan

Terbaring lasa ditimpa boya
seiring masa menempa karya

Kurma dirasa sembari sayat;
bersama masa lestari hayat.


PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
31/12/019  

Saturday, 29 December 2018

PENAWAR DUKA...

ASSALAMUALAIKUM

PENAWAR DUKA

MENITI HARI BERLALU SEBAGAI OKU SUKAR SEKALI DIRASAKAN....NAMUN TETAP DILALUI SETABAH MAMPU DENGAN REDA WALAU AIR MATA MENAHAN DERITA MENITIS JUA.....TANPA SEDAR SUDAH HAMPIR 31 TAHUN PI MENJADI OKU ....SEUSIA DENGAN ANAK PI YANG BONGSU....TIKA  EKSIDEN USIA PI 29 TAHUN...ALHAMDULILLAH SEMPAT BERKAHWIN DAN MELAHIRKAN EMPAT CAHAYA MATA....KESEMUANYA DEWASA BERSAMA MASA DI SISI SEORANG IBU OKU YANG SEBENARNYA TIDAK BERDAYA DAN KINI MELAHIRKAN ZURIAT WARIS SETERUSNYA....ANAK-ANAK KECIL INILAH PENAWAR DUKALARA PI .....

SYUKUR  SANGAT MASIH MAMPU TERSENYUM KETAWA MELIHAT KELETAH CUCU-CUCU KECIL YANG  BERAGAM...COMEL DAN MANIS SAJA KELIHATANNYA...MOGA CUCU CUCU PI INI AKAN MENJADI SOLEH DAN SOLEHAH YANG BERBAKTI KEPADA IBUBAPANYA, KELUARGANYA, WATAN DAN BANGSANYA..AMIIN...




                                                                     

Thursday, 27 December 2018

KERABU MENGKUDU...

ASSALAMUALAIKUM..

BARU NI ADA BACA KAT FB DATO RADZUAN IBRAHIM PEGUAM YANG SUKA MENULIS SAJAK TENTANG KESUKAANNYA MENIKMATI KERABU PUCUK MENGKUDU YANG DISEDIAKAN BONDA KESAYANGANNYA DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS AMATLAH SEDAP....TERUJA DENGAN RESEPI TU PI SEGERA MENGGOGLENYA DAN TERJUMPALAH....TERIMA KASIH KEPADA BLOG ACELLA....JOM CUBA MENGKERABUKANNYA... MENGKUDU JUGA ADA NILAI PERUBATAN YANG TINGGI DAN BAIK UNTUK KESIHATAN....MUNGKIN AGAK SUKAR UNTUK MENDAPATKAN MENGKUDU DI SETENGAH TEMPAT DAN BOLEH SAJA DIGANTI DENGAN PUCUK ULAM YANG LAIN...TAPI KAT RUMAH PI ADA POKOK NI


 KERABU PUCUK MENGKUDU

1 cekak pucuk mengkudu..

1 ekor ikan selayang rebus
sikit garam & gula
1 biji limau nipis
1/2 bawang besar
2 biji cili padi tumbuk dengan sikit belacan
2 sudu santan pekat

1. Rebus pucuk mengkudu hingga lembut (warna hitam) dan hiris halus
2. Dalam mangkuk lain gaulkan santan,bahan tumbuk..isi ikan rebus,garam,gula dan limau nipis.
3.Masukkan pucuk mengkudu rebus yang sudah dihiris dan gaul rata

http://namakucell.blogspot.com/2016/01/kerabu-pucuk-meng

Tuesday, 25 December 2018

PC BARU MERAGAM JUGA

ASSALAMUALAKUM



PC PI BARU SAJA DITUKAR BARU TAPI MERAGAM JUGA...ITU YANG TAK DAPAT NAK UPDATE N3 MACAM SELALU...SARI SATU JE PUN...APA YANG DITULIS PUN PENDEK SAJA..TAPI ITUPUN TAK MAMPU NAK DILAKUKAN.

TAK TAHU BERAPA LAMA NAK MENGADAP PC PI YANG LEMBAB MELOADING BERJAM KALAU NAK ONLINE BILA DAH OFF DAN DI ON BALIK.

MEMANG MASALAH BESAR BAGI PI YANG HENDAK MENAIP KARYA SEBAB SELALU DAH SET TIME MENULIS APA SAJA KARYA PADA SEBELAH PAGI...MALAMNYA BW DAN SEKADAR MEMBACA.

ITULAH KAN APA YANG KTA RANCANG ITU TIDAK SEMPURNA TERLAKSANA...ADA SAJA GENDALANYA...REDA SAJALAH KETENTUAN-NYA.

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN YANG BERCUTI DI KAMPUNG HALAMAN ATAU DI MANA MANA SAJA TEMPAT PERCUTIAN.....SEMOGA BERGEMBIRA, JAGA  DIRI DAN PULANG DENGAN SELAMAT KE KEDIAMAN ASAL.                   

Sunday, 23 December 2018

KARANGAN UNIK PULAU MENAMPILIK SEMPORNA

ASSALAMUALAIKUM

APA AGAKNYA YANG DILAKUKAN ANDA YANG BERCUTI AGAK PANJANG DI HUJUNG TAHUN? JANGAN TANYA PI...BIASALA KAN OKU...AKTIVITINYA HANYA MENGADAP PC SETIAP HARI.

TAPI LAIN  HALNYA DENGAN CIKGU  SEORANG NI JUGA   PENULIS TERKENAL SABAH....HOBINYA KALAU BERCUTI DIHABISKAN DI DALAM LAUT  MENANGKAP  IKAN  ATAU MENGUTIP KARANGAN/SIPUT DI DASAR LAUT....PI RASA HOBI YANG DIMILIKI GURU INI MEMANG JARANG ADA WALAU AMAT BERMANFAAT KERANA AKAN MEMPEROLEHI REZEKI LAUT YANG MEWAH LAGI SEGAR







                                                                                                                                                                                                                                                                             

SEDIKIT CATATAN CIKGU NAZEKA KANASIDENA
Jadi, jangan salahkan saya. Kerana dalam keadaan laut bergelora dan berkeladak, segalanya serba mungkin. Saya harus waspada. Sampai saat menulis cerita ini, saya masih terkial-kial mencari jawapan: KENAPA YA SAYA SELALU TERPANAH KUTTANG? Mungkin Si Raja Alam Sang Penunggu Pulau Manampilik itu bagi saya rezeki lebih besar! Entahlah. Padahal saya sudah minta izin dan sudah ucap salam dan baca al Fatehah untuk segala gemulah di sana.
Apa pun, barangkali, inilah trip memanah saya paling JELLEK dan paling bermasalah. Bukan sebab saya Tidak ‘Champion’ memanah. Bayangkan sampai KUTTANG pun terpanah. Juga bukan sebab saya tidak cukup persediaan. Bukan juga sebab saya tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapat ikan berkualiti, besar dan jumlah yang banyak. Tapi Allah takdirkan trip saya sekali ini tidak menjadi. Allah menurunkan hujan, ribut, arus kuat, air keruh dan berkeladak kerana laut sedang surut.Harapan saya 16 HALI ini air tenang. Melihat laut pagi tadi pun memang sudah satu keterujaan. Namun harapan tinggal harapan.

Rupanya, bagaimana canggih panah dan berapa batang panah pun, berapa pintar, ‘Cun’ dan ‘champion’ memanah pun dan berapa banyak angan-angan dan persediaan dibuat pun, jika laut tidak mengizinkan, maka musnahlah segala bagan yang dibina.
Jam 7 pagi saya ke Pulau Manampilik. Siapkan itu ini lalu jam 8 lebih begitu saya turun laut. Pada awalnya air memang cantik. Tapi tiba-tiba dirosakkan oleh air surut yang membawa keladak dari beting. Ditambah pula bot pelancong yang lalu lalang dan ombaknya mendampar ke Pantai Pulau Manampilik menyebabkan laut menjadi seperti TEH NIE. Saya tergamam seketika. Sudahlah sejuk. Ombak membuai saya sehingga beberapa kali saya TAVALOAK.
Saya lalu mengambil keputusan untuk ke beting terdekat, MENGARANG dan MENGUTIP KARANG-KARANG LAUT selepas melihat laut terus bergelora dan air berkeladak saya yakin memang tidak ada harapan. Namun daripada pulang dengan tangan kosong maka saya mengaranglah. Hujan yang turun tidak mengganggu aktiviti saya mengutip siput dan kima itu kerana saya di dalam laut SNORKLING dan bukan berjalan. Dan dapatlah saya 3 Kima Lapiran, beberapa siput Kahanga dan Dollen Keyat Boa’ dicampur dengan 4 ekor sahaja ikan dan seekor KA’ULANG kecil (LOVESTAR) berjaya saya daratkan hari ini. Itu sahaja Saya mampu selepas gagal berhadapan dengan kehebatan alam.
Disebabkan GAGAL mendaratkan ikan besar, ‘rare fish’ dan dalam jumlah yang boleh dibanggakan, maka saya dengan ini memutuskan untuk MENGGANTUNG BUAT SEMENTARA WAKTU sebarang aktiviti memanah sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Maafkan saya. Saya KICHIWA untuk trip ini biar pun dapat banyak siput dan sebiji KUTTANG. Adeiiii. Bye.
JANGAN MARAH
Nazeka Kanasidena
Pu’ Manampilik, Simporna
231218

Saturday, 22 December 2018

KASIH SAYANG CINTA

ASSALAMUALAIKUM


KASIH SAYANG CINTA

Sisih kepayang di  atas kasa;
berkasih sayang hidup sentosa.

Membaca tarhim sambil berdakwah,
silaturahim jalin ukhuwah

Kerat cemara di tepi titi.
erat dan mesra kasih sejati.

Resah menggetus daun semalu,
usah terputus bugar selalu.

Buah pedada bawa ke huma,
ayah dan bonda kasih utama.

Ikan kelisa di dalam baldi,
Allah Yang Esa cinta abadi


Friday, 21 December 2018

BANTUAN KEPADA PEEROKA FELDA..

ASSALAMUALAIKUM

KALAU ADA BANTUAN SEBEGINI LEGALAH
SIKIT WARGA FELDA... 

Peruntukan khas RM77 juta untuk bayar tunggakan peneroka

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas RM77 juta bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran tertunggak pada tahun semasa.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kementeriannya mengambil perhatian serius ke atas masalah aliran tunai FELDA yang sangat kritikal bagi tahun ini.
Katanya, masalah itu mendapat keprihatinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengarahkan bantuan diberikan.
“Peruntukan berjumlah RM77 juta ini disediakan bagi membantu peneroka FELDA melunaskan bayaran tertunggak berikut iaitu bayaran khairat kematian berjumlah RM1.2 juta yang membabitkan waris kepada 120 peneroka yang sudah meninggal dunia.
“Bayaran tunggakan kepada Felda Technoplant Sdn Bhd bagi kerja-kerja operasi pembangunan ladang peneroka sebanyak RM43 juta.
“Bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula berjumlah RM32.8 juta untuk manfaat 38,000 peneroka FELDA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, peruntukan tahun 2018 sebanyak RM77 juta itu akan disalurkan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi selaku kementerian yang mengawal selia FELDA.

Wednesday, 19 December 2018

GURINDAM JIWA...

ASSALAMUALAIKUM


Gurindam jiwa irama sukma,
lagu berseni senandung lama.

gurindam jiwa lirih mengasyik
maknanya indah kalbu terusik

Gurindam jiwa suara hati
Ilahi Rabbi Maha Mengerti

Gurindam jiwa berladung sayu
kepada Dia hajat merayu

Gurindam jiwa gubahan cinta
persembahan hamba yang hina leta

Tuesday, 18 December 2018

ADIB...

ASSALAMUALAIKUM


Sajak;

BELASUNGKAWA 
(Buat Adib Mohamad Kassim
)

SEBUAH SEJARAH 
ADIB YANG PARAH

Darah merah dirinya yang parah cedera
Membungkus dura laranya didera
Insiden tragis malam kala syaitan berterbangan
Merajalela suasana gelap gelemat
Susup menghasut nafsu merah menyala amarah
Pucuk api membakar tanpa simpati hati kesumat
Anak muda Adib pertaruh kudrat jiwa raga dan nyawa
Demi cinta melerai sengketa mencipta damai
Tanggung tugas amanah di bahu
Tiada ragu sezarah abu
Meski langkah Adib langkah menjerat parah
terkulai longlai
pengorbanan tidak ternilai
Kepada Allah ganjarannya diserah
Setimpal dengan darah mencurah
Sebanding nyawa yang melayang
dukacita mengait hiba  tidak terkata
doa  temali mengiringi langkah bakal disusuli 
Al-fatihah

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
18/12/018

Monday, 17 December 2018

KARYA SEPANJANG 2018

ASSALAMUALAIKUM..

DISEMBER BAKAL KE PENGHUJUNG TIDAK LAMA LAGI....AKAN BERAKHIRLAH CATATAN 2018 YANG TELAH DILALUI DENGAN SEDIH ATAU GEMBIRA....SEGALANYA ADALAH RONA-RONI INDAH NIKMATNYA YANG DIRASAI PENUH REDA.

ALHAMDULILLAH DALAM KETIDAKSEMPURNAAN DAN BERPADA SEADANYA SYUKUR SANGAT PI INSYAA ALLAH ADA JUGA SEBUAH DUA KARYA YANG DISIAR AKHBAR UTUSAN MALAYSIA MINGGUAN MALAYSIA NST SABAH, SINAR HARIAN, KARYAWAN PK...MAJALAH DEWAN PELAJAR, TAMADUN ISLAM, PELITA BAHASA DAN RTM

TERIMA KASIH BANYAK ATAS KESUDIAN SEMUA EDITOR TERLIBAT MENERBITKAN KARYA KECIL PI

























Friday, 14 December 2018

KUATRIN SECORET PESAN...

ASSALAMUALAIKUM


SECORET PESAN

Keluhan itu luahan rasa
sekadar zahir rasa empati
pegal terbuku melukis rupa
apa yang mampu diucap lagi

Tegarkan asa usah mengalah
gemala minda menimbang keputusan
onak dan ranjau sudah diredah
gelora hidup tanpa alasan


lestari hayat laksana alam
kadang gelita kadang benderang
berlalu siang berganti malam
ombak melaut surut dan pasang


Medan akli terbelah juga
Berbolak-balek buruk dan baik
positif negatif sering duga
sifat hakiki turun naik

Atasi aral dengan berpada
doa tawakal kepada Allah
terima tentu-Nya dengan reda
kepada Dia kita berserah

terlalu ralit mengejar dunia
tidak seimbang dunia  akhirat

kelak tertinggal kerana alpa
di Padang Mahsyar bimbang mudarat

PARIDAH SHAK

Desa Melor Serendah
14/12/018

Thursday, 13 December 2018

PENGHARGAAN YANG TIDAK TERNILAI...

ASSALAMUALAIKUM

Image may contain: 15 people, including Yatim Ahmad and Tati Sitaim, people smiling
Image may contain: 2 people, including Yatim Ahmad, people smiling, people sitting
PI BERKONGSI STATUS  FB YANG DITULIS SDR YATIM SEORANG PENULIS SABAH JUGA EDITOR AKHBAR NST YANG MASIH BERCUTI EKORAN STATUS FB PI TENTANG BUKU-BUKU YANG MENERBITKAN KARYA PI SEPANJANG 2018.

SELANGKAH MENUTUP PINTU 2018
PENULIS yang berjaya ialah yang memiliki dokumentasi untuk karyanya, tidak kira atologi atau kumpulan karya. Dan kerana itu kita berbangga kepada Paridah Ishak atas usahanya menyertai pelbagai terbitan antologi dari persatuan penulis atau kumpulan penerbit.
Parida di statusnya, berkata Disember 2018 perlahan-perlahan mengansur diri meninggalkan catatan kenangannya dalam lipatan memori. Dalam tempoh setahun, Kakpidah hasilkan beberapa antologi antaranyanya SPTA - Sifu Tabir Alam, Yatim Ahmad (Jom sastera), Dato Radzuan Ibrahim (Penyair Malaysia), Karyawan Pk, BeTA: Ilhami Hisham (BeTA), Roslan Madun (Perpustakaan Negeri Pahang), Md Share Abd Ghani/TunkuZarita Tunku Mohd Mokhtar (Bahtera Publishing), Tati Sitaim(Iris Publishing & Distributors) dan E-Sastera Malaysia oleh Prof Irwan Abu Bakar.
"Terima kasih banyak kepada semua editor penyelenggara atas kesudian menyertakan karya kak Pidah dalam antologi berkenaan," kata Parida.
Berdasarkann perkembangan sastera, terbitan antologi karya begini tidak pernah dinikmati oleh mana-mana penulis sebelum dunia memasuki Abad ke-21. Ini kerana waktu itu penerbitan sangat menitik beratkan kualiti karya (pemilih) serta hanya menumpu personal yang dikenali sahaja semata-mata mahu menjaga 'standard' terbitan mereka, wal hal seperti mana-mana bidang, memerlukan pemula yang perlu diberikansuntikan semangat.
Bagaimanapun, apabila Abad ke-21 memasuki fasa pertama suku tahun pada 2010 iaitu persamaan pembentukan banyak persatuan dan kelab penulis alam maya, industri perbukuan mula berubah apabila mereka memulakan terbitan buku untuk ahli. Kita lebih terbuka dan toleran kepada semua pihak tanpa mengkelaskan mereka.
Kumpulan sastera maya seperti Rakan Sastera (Sabah) memulakan langkah membukukan ahlinya pada hingga hasilkan Antologi Puisi Kelarai diselenggarakan oleh Kathirina Tati Sitaim. Kelab penulis ini saya tubuhkan pada 2011, walaupun tidak lagi aktif, tetapi beberapa ahlinya terus menulis dan hasilkan buku.
Begitu apabila saya menubuhkan Ikosas, kami menerbitkan antologi puisi, sebelum menubuhkan Jom sastera, bukan sahaja buku malah majalah. Langkah menerbitkan karya ahli persatuan dan kelab penulis alam maya semakin pesat sejak dua tiga tahun lalu.
Kesedaran mendokumentasikan karya penulis ini telah memecahkan monopoli penerbitan buku oleh penerbit arus perdana dan berikan saingan dari segi pembelian buku-buku sastera.
Selain puisi, penerbit maya juga hasilkan antologi cerpen dan ini berikan peluang mengasah bakat kepada penulis maya. Persoalan kualiti tidak timbul, walaupun menerima banyak ritikan, namun akhirnya kita pasti menuju kematanagn berkarya, cepat atau lambat. Kematangan dan kualiti akan datang sendiri apabila kita berikan peluang kepada semua penulis untuk ikut sertakan antologi.
Budaya terbitan buku sastera maya ini secara tidak langsung hasilkan 'keusahawan' penulis apabila mereka mengeluarkan kos terbitan bersama-sama, selain menjual antologi kepada awam. Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penulis sebelum sastera siber meledak kerana sebelum itu, promosi dan penjualan buku dilakukan oleh pihak penerbit. Dalam skala yang terhad, tanpa bantuan, pemasaran buku ketika itu amat terhad.
Sebelum sastera siber berkembang, penulis bagaikan raja kepada penerbit. Walaupun dibayar royalti dan buku terus dicetak, namun penulis bagaikan tidak boleh diganggu gugat kerana tiada sesiapa boleh hasilkan buku dan ini menyebabkan segelintir penulis dan tokoh sasterawan seperti anak emas kepada penerbit berkenaan menyebabkan wujudnya kelompok feudal dan eletis sastera yang lupa bahawa masyarakat adalah faktor utama menentukan bidang itu bertahan atau tidak.
Namun, apabila persatuan dan kelab penulis alam maya tumbuh seperti cendawan di musim hujan, cici-ciri memasyarakatkan sastera pun turut berkembang, tetapi usaha ini tiba ketika industri buku pula merundum berikutan peralatan lebih canggih seperti telefon pintar menyebarkan pelbagai maklumat.
Begitulah. Walaupun perkembangan semasa sastera begitu maju, tetapi hadapi kesan kejatuhan sejak setahun lalu- antaranya syarikat penerbitan tutup, buku dilelongkan atau dibuang, tetapi pengamal sastera maya mampu menjadi tonggak kekuatan infrastruktur yang hampir roboh itu menerusi budaya keusahawan penulis.
Setidaknya, sesama kita menerbitkan buku dan membeli akan terus wujudkan persekitaran sastera kalangan masyarakat.
Semoga semua penulis terus komited hasilkan karya dan dibukukan, selain kita berusaha untuk keluar dari kepompong berkelompok ke kawasan umum untuk menjual produk sastera sambil mengadakan acara deklamasi puisi.
KIta juga perlu menggalakan agar semua persatuan penulis dan kelab sastera maya agar membuat perancangan ke sekolah-sekolah untuk memastikan kita dapat membentuk pelapis muda sastera selain mendorong mereka membeli dan membaca buku sastera.
Tahniah kepada Parida dan semua rakan-rakan yang mendokumentasikan karya. Semangat bekerjasama ini perlu terus dipertahankan dan semoga akan ada karya besar dihasilkan oleh penulis alam maya suatu masa nanti.
Untuk memastikan struktur sastera ini tidak roboh, semua pihak harus berada di belakang pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan menyokong semua program pihak berkanun itu agar dapat membentuk program bersepadu. Begitu kita kena usahakan bagaimana ITBM terus berikan khidmat kepada penulis dan masyarakat keseluruhannya.
Semoga semua maju jaya
Ketua Satu
*Foto KKDJ terbitan JS yang turut memuatkan karya Paridah Ishak

MyBloglist