Bisnes ghostwriter.
Maksudnya menjadi penulis kepada orang lain. Bayangkan situasi ini.
Kita kenal mekanik yang mempunyai kemahiran membaiki kenderaan. Dia tidak menindas pelanggan.
Dia pula suka berkongsi dan memandaikan pelanggan.
Kita tahu pemilik restoran yang jujur dan hidangan yang dihasilkan sedap.
Jika letakkan lauk dan nasi dalam pinggan kita berlebih pula, harga tetap sama.
Kita mahu bantu besarkan potensi orang baik-baik.
Pada masa sama kita mahu berurusniaga dengan mereka melalui bisnes perkataan.
Apa tindakan seterusnya?
Tawarkan diri menulis bahan pemasaran mereka.
Misalnya buku 40 halaman panduan mengetahui tanda-tanda kereta anda bermasalah.
Dia tunjukkan, anda ambil foto dan tuliskan.
Apa lagi?
Berikan peluang kepada diri bagi menulis 10 resipi daripada berpuluh hidangan yang sedap di restoran itu.
Dia tunjukkan, ambil foto dan tuliskan resipi yang dikongsi.
Apa mereka dapat lakukan ke atas hasil penulisan itu?
Dapat dijual di bengkel atau di kaunter pembayaran restoran. Mungkin juga dijadikan 'kad bisnes' kepada pelanggan.
Boleh jadi dijadikan ebook untuk muat turun bagi mendapatkan senarai pelanggan baharu.
Kita dibayar berdasarkan upah menulis tadi. Jika dia mahu usahakan agar dicetak dan bersedia membayar kos, kita usahakan.
Berikan tawaran bersama-sama kelebihan tawaran kepada perniagaan mereka.
Mulut mesti manis. Janji biar betul. Rapat, jangan takut-takut.
Apa yang di atas dinamakan skrip tawaran. Jika kena tawaran yang dia nampak menguntungkan, dia akan berkata, "Ya!"
Itulah kerja ghostwriter atau penulis upahan.
EMEL ZAMRI MOHAMAD
|
Osaka, Jepun: Taman Istana Osaka dan Istana Osaka
-
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari *SINI*.
sebaik tiba di stesen Shin-Osaka, kami naik train untuk ke stesen Osaka.
dari stesen Osaka, kami...
32 minutes ago
Idea ni bagus.. tapi saya takut kalau saya tawarkan diri pada dia untuk menulis buku dia tu - takut nanti dia pulak yang tak nak bayar saya / tak sanggup nak bayar.. hehe.. zaman skrang ramai orang nak free je. hehe
ReplyDeleteWah bagus andainya dapat diusahakan..
ReplyDeletenice info :)
ReplyDeletesemoga dapat diusahakan.
ReplyDeleteTKSH MKL CUBALAH
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteWah, lama sungguh tidak berkunjung ke sini. Hmm idea yang baik tu. Sesapa yang ada kemahiran dan kreativiti menulis bolehlah mencuba...
WSALAM TKSH DOA DIK USTAZ...YA NK JADI PEULIS UPAHAN MESTII KREATIF MENULIS
Deletetksh DP..ya perlu hati2 sbb krja mnuls mpk mudah tp minda penat juga.
ReplyDeleteTKSH CIKGU ETUZA KALAU RJN MENULIS BOLEH TU
ReplyDeleteTKSH BUSYRA
ReplyDeleteBagus juga.
ReplyDeleteBoleh tambah pendapatan sampingan bagi yang berbakat.
TKSH WP BAGI YG BERMINAT BOLEH JANA INCOME
ReplyDeletepenah jg buat kerja ni sblm ni. tp pastu surrender sbb kekangan masa...
ReplyDeleteMenarik..
ReplyDeleteInformasi yg menarik.. t kasih atas perkongsian ini kak PI
ReplyDelete