Anak tangga pertama penyenaraian FGVH sekaligus `durian runtuh` yang amat dinantikan peneroka bakal dilalui rabu ini....
Sebaris ayat yang dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia tulisan Amir firdaus khan.
Dan masing-masing riuh bercerita mengenainya. Apalagilah mereka yang terlibat langsung dengannya. Maksudnya kaum kerabat penerokalah tu.
"Kau dah gi buka akaun idah?"
"Kenapa? Nak buat apa?"
"Kau ni orang ramai berpusu-pusu ke bank buka akaun...kau duk diam je..."
"Sibuk-sibuk nak buka akaun buat apa?"
"Kau ni buat-buat tak tahu pulak...mestilah nak ada akaun sebab kan nanti felda nak masukan durian runtuh kat dalam tu...."
"Iye ker?...berapa banyak?"
"10 ribu kau..."
Banyak tu....
Selesai bicaraku sore itu bersama jiran sebelah rumahku. Perbicaraan yang bersalut kekeliruan.
"Bang Din dah buka akaun?"
"Kenapa hang tanya?"
Jiranku itu memulang tanya walau aku pasti dia faham maksudku.
"Orang kat pejabat felda tu tak habaq apa-apa pun kat aku..."
Tersengih bang Din bilaku ceritakan sumber infoku.
"Kaya kita kalau dapat duit banyak lagutu no...."
Ha...ha...ha.....ha..
Tuesday, 28 February 2012
Sunday, 19 February 2012
Dilemma isteri kedua peneroka...
Kak zie tersengih saja mendengar komen anak saudaranya yang baru tiba dari Kuala Muda ke rumahnya semalam dengan menaiki bas.
pic tohid rosdi
"Senangnya sekejap saja tu..."
"Apa maksud maklong?"
"Kawan hang tu kahwin dengan duda peneroka...selagi laki dia tak mati senanglah dia. Bila laki dia dah mati, anak-anak dia dengan arwah bini dia yang tertulis dalam surat perjanjian masa nak jadi peneroka akan mai ambil balik semua reta laki dia. Apa dia nak tuntut? Kawan hang tu bukan ada reta sepencarian dengan laki dia. Semua reta yang ada diperoleh dengan arwah isteri pertama. Sudahnya kawan hang tu terpaksa balik kampung jugak..." Jelas maklongnya dengan yakin justeru dia adalah isteri peneroka yang tidak kering peluh berkerja di ladang bersama suaminya.
"Macam tu ka maklong?"
"Hang tak percaya ka? Selama aku duk sini, itulah yang aku nampak berlaku. Hang tak payahlah nak berangan nak kawin dengan peneroka walau hang ni janda. Baiklah hang kerja jemur ikan tu...duit yang dapat duit hang...tak habis nak makan boleh simpan. Tiap tahun hang boleh berjalan-bercuti mai rumah aku...banyak yang aku dengaq cerita bini baru terpaksa jaga peneroka yang sakit terlantaq...lepas tu mai anak-anak tiri halau dia dari rumah bila ayah depa dah mati...kesian kan..."
"Tapi kalau dah jodoh nak buat lagu mana kan maklong..." balas anak saudaranya itu.
Emak saudaranya hanya memandangnya sinis tanpa kata-kata.
Tuesday, 14 February 2012
Imbasan-imbasan
Terawang sepintas lalu
namun sentuhannya terasa
ngilu...kelukaan........
Lunturkan bayangan muram
hapuskan...hembuskan
sekuat hati
agar menjauh...
Dan penderaan yg mengulit
kebas...kebal...
dapatkah menukarnya sesuka rasa?
Imbasan-imbasan itu
kembali bergentayangan
seolah frem lukisan kehidupan
yang retak seribu...
Bersama masa bakal ia berderai
masakan bercantum semula...
namun sentuhannya terasa
ngilu...kelukaan........
Lunturkan bayangan muram
hapuskan...hembuskan
sekuat hati
agar menjauh...
Dan penderaan yg mengulit
kebas...kebal...
dapatkah menukarnya sesuka rasa?
Imbasan-imbasan itu
kembali bergentayangan
seolah frem lukisan kehidupan
yang retak seribu...
Bersama masa bakal ia berderai
masakan bercantum semula...
Saturday, 11 February 2012
SELIRATAN CINTA 1... bab 4/2 Novel adaptasi skrip drama TV dengan izin karya Fauziah Abd.Samad. Diedit oleh: Noorlaila Ghafar penulis novel HIJRAH HATI terbitan DBP
Haseena menyambut dua tamunya dengan senyum teramat manis. Pelanggan tetapnya itu rajin mengunjungi salonnya sekiranya kedua-duanya memerlukan khidmatnya. Kedatangan kedua-duanya memang sangat di alu-alukannya. Ibarat ‘kurang tapak tangan nyiru ditadahkan.’ Pelanggan yang sentiasa membawa rezeki kepadanya.
Sekurang-kurangnya dia boleh bercerita pada pelanggan-pelanggannya yang baru berjinak-jinak dengan khidmat salonnya bahawa salonnya itu sangat istimewa perkhidmatannya, sehingga mampu menarik golongan Datin-datin isteri-isteri Datuk-datuk bergelar yang ternama mengunjunginya.
Itupun salah satu strategi pengiklanan perniagaan juga menurutnya. Untuk melariskan lagi perniagaannya. Bukan senang juga hendak bersaing dengan peniaga-peniaga non-bumiputera yang telah lama bertapak di bidang ini. Perlukan semangat yang tegar gigih. Bukan calang-calang.
Amat kompetetif dan sengit sekali. Jika tidak sabar kerana sering rugi pada mulanya kerana pelanggan jarang-jarang mengunjungi salonnya, tentu sudah lama dia tutup kedai.
Dia sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mencari di mana kesilapannya. Bimbingan dari agensi kerajaan seperti MARA (Majlis Amanah Rakyat) didapatkan. Badan ini memang dikenali dengan iltizam membantu bumiputera yang berminat dalam perniagaan memajukan diri.
Dan berkat kesabaran dan kesungguhannya dia mampu juga bertapak dengan teguh. Sukar hendak menggoyangkan atau menumbangkan perniagaan yang berdiri jitu itu kini.
Kata seorang penceramah agama yang sering muncul di kaca TV; amalkan membaca surah al-waqiah setiap malam jumaat supaya Allah mempermudahkan rezekinya dan dia mengambil anjuran itu.
Disamping usaha yang tidak putus-putus dan doa-doa yang dipohon akhirnya dia dirahmati dengan kejayaan. Dia bersyukur ke hadzratnya.
“Ita temani Datin berdua ini saya hendak keluar sebentar.” Haseena menggamit pembantunya yang sedang menyusun semula majalah di raknya setelah ditarik keluar, dibelek, dibaca dan diletakan dimana saja oleh pelanggan-pelanggannya.
Tugas Ita mengemaskannya seketika untuk diserakan semula pelanggan-pelanggan Haseena. Dia tidak tidak boleh mengeluh bosan mengulangi rentak yang serupa kerana sememangnya dia dibayar untuk itu.
“Maaf Datin berdua kerana tidak dapat hendak melayani Datin seperti selalu, sebab ada urusan sedikit yang perlu diselesaikan. Datin buatlah salon saya ni seperti rumah sendiri. Datin pun bukan tak biasakan…maafkan saya terpaksa berangsur dulu.” Haseena manis berbahasa dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir mengucap pamitan. Sambil melambai tangan di muka pintu salonnya. Kedua-dua datin itu mengucapkan selamat jalan dan jaga diri kepada Haseena.
“Ita kau blow sikit rambut aku ni agar blond sikit.” Majmin sudah mencapai kerusi dan menghenyakan ponggongnya di atasnya. Ita mencapai hairdryer di kaunter di tangan kanan. Tangan kirinya menyikat rambut Datin Majmin. Datin Maimon duduk di kerusi sebelahnya menyelak sebuah majalah fesyen.
“Majalah mana yang dia orang cakap tu?” Ita termangu sejenak. Mindanya ligat berputar, berusaha memahami maksud pertanyaan Datin Maimon. Dia masih keliru tercari-cari fakta yang pasti.
“Majalah?” matanya menentang bebola mata Datin Maimon yang mencerlang sinarnya.
“Ala tentang gossip Nurima dengan Datuk tu.” Tukasnya serius agar pembantu itu prihatin.
“Entahlah. Tak pasti pula. Tapi Datin carilah dalam susunan majalah dalam rak tu. Mesti ada di mana-mana. Saya ni sibuk dengan kerja saya je, tidak ada masa nak perhatikan semua tu Datin.” Ita mengakui kelemahannya dengan jujur. Dia hanya minat berkerja tetapi tidak minat membaca.
Walaupun bacaan ringan yang boleh membuat minda sesaorang itu selesa bersantai. Ita memang pun tidak suka membaca sewaktu sedang berkerja kerana ianya akan mengganggu tumpuannya kepada kerja yang hendak dilakukannya.
Dia hanya fokus kepada kerjayanya. Kerjanya itu memang memerlukan stamina yang banyak kerana terpaksa lama berdiri dan sering bergerak ke sini sana memenuhi permintaan pelanggan yang hanya duduk santai di kerusi.
Leka pula membaca majalah yang dipenuhi foto-foto artis wanita yang jelita @ artis lelaki yang tampan. Setelah mengambilnya di dalam rak sengaja pula lupa hendak meletakannya kembali di tempatnya. Tetapi dibiarkan bersepah merata, sesuka hati saja.
“Yang mana satu agaknya ya?” dia berpaling pada Majmin.
“Kenapa kau risau ke?” Majmin menentang anak mata yang beralis tebal itu. Dia tersenyum sedikit memerhati riak yang berolak di wajah temannya..
“Mahunya tidak risau, dibuatnya laki aku yang sedang dipancing artis tu tidak ke naya rumah-tangga aku. Porak peranda jadinya. Laki aku tu pun boleh tahan juga merenyamnya. Kalau memandang wanita cantik, bukan main lagi dia. Sampai tidak berkelip biji mata. Terjojol bulat macam bola pingpong.” Dia mengulas sikap suaminya yang menjengkelkan itu.
Dibiarkan saja temannya itu melancarkan ocehan yang sedang menyerabuti mindanya dilerai satu persatu. Dia tersenyum sedikit. Dia merasa lucu mendengar ayat Maimon yang hujungnya.
Ita mengerling gelagat Datin Maimon. Ada senyuman kecil tersungging di bibirnya. Mendengarkan dengan asyik cerita alam rumah-tangga orang. Alam yang belum ada keberanian dalam dirinya untuk diterokainya. Belum ada serunya lagi untuk menghuni alam yang sangat mencabar itu. Kata hatinya begitu.
“Suami kau tu tidak gitu Mon. Janganlah perasaan kau tu melebih-lebih pulak, Sham tu aku kenal sangat. Dia tu mudah mesra dengan sesiapa saja. Cakapnya memanglah berdegar-degar dan takut kita mendengarnya. Katanya semua gadis cantik hendak ditekelnya. Tapi tidak dibuat pun.” Majmin menterjemahkan firasat pandangannya tentang perwatakan temannya. Suami Maimon temannya.
Kata pepatah tong yang kuat bunyinya bila dipalu biasanya kosong. Firasat Majmin menyetujuinya.
“Kau mana tahu apa yang ada dalam hati perut dia Min.” Datin Maimon mencebik bibirnya. Tidak yakin dengan sanggahan temannya tentang suami yang sentiasa dicurigai kesetiannya itu.
“Kami sudah lama berkawan Mon. Sejak dari sekolah rendah, menengah hinggalah ke kolej. Dia memang begitu orangnya. Aku tahu hati budinya. Buktinya perkahwinan kau dan dia kekal hingga kini walaupun kau selalu beritahu aku, suami kau asyik mengejar artis cantik. Tapi aku rasa, apa yang kau dengar itu hanya gossip orang. Kadangkala ada juga manusia yang tidak gemar melihat kita berbahagia.” Hati rusuh temannya itu cuba ditenangkannya.
Tetapi hatinya pula yang dilanda resah. Ada sesuatu yang bermain-main menjentik kalbunya.
“Jika dibandingkan antara Shaari dan Shamsi seperti bumi dan langit jauh beza perwatakannya. Shaari baik dan pendiam. Tentu rumah-tangga kau aman bahagia tanpa sebarang masalah berat yang merunsingkan seperti aku. Aku ni bila dapat tahu Sham mula intim dengan sesaorang mulalah berperang. Dunia rumah tangga aku langsung tidak aman. Sentiasa berkocak dengan perang.” Datin Maimon membuka rahsia rumah-tangganyanya kepada Majmin.
Majmin sudah seringkali mendengar cerita begitu. Bukanlah sesuatu yang asing dan menjadi rahsia diantara mereka.
Ita belum selesai lagi menggulung rambut Datin Majmin.
Dia melakukan dengan cermat dan berhati-hati agar hasilnya kelak memberi kepuasan dan tidak di pertikaikan.
Di samping itu dia turut mengikuti perbualan yang dianggapnya sangat menarik antara kedua-dua Datin itu. Dia tidak akan masuk campur. Tetapi menadah cupingnya lebar-lebar. Ceritera di sebuah sisi kehidupan yang sangat mengasyikannya.
“Kau tidak payah nak puji sangat laki aku tu Mon. Jangan kau sangka orang yang tenang dan pendiam itu tidak banyak olahnya. Air yang tenang jangan sangka tidak ada buaya oii. Orang yang tenang dan pendiam begitu memang banyak menyimpan rahsia. Aku pun macam kau juga tidak yakin seratus peratus pada kejujuran laki aku. Tapi tidak adalah sampai nak bertegang leher setiap hari. Aku tidak ambil pusing dengan apa yang hendak dilakukannya. Kita ni sudah berusia, sudah matang, so be profesional. Sesuatu itu kita tangani dengan berhemah.” Ada unsur konsultansi yang terselit bersama bicaranya yang lunak. Ironinya di hatinya madahnya berbeza.
‘Masalah aku, hanya aku yang tahu Mon’ monolognya tidak menyapa bibir. Direnung wajahnya pada cermin yang terpasang sederet di dinding. Tersenyum tawar pada dirinya sendiri. Cermin itu seolah penuh dengan warna-warna pudar kehidupannya yang semakin muram.
Telefon bimbit Datin Majmin tiba-tiba berdengut lagu pilihan yang diset ke dalamnya. Dia menjawabnya segera. Wajahnya cerah berseri kegembiraan. Seakan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Melambak-lambak pula.
“Hello…hey… bila balik ni?” senyumnya terorak lebar. Maimon memerhati riak di wajah temannya yang ketara riang, berbahagia. Dia menanti dengan sabar untuk meneka apakah berita yang diterima Majmin itu.
“Baru je sampai mama. Mama di mana tu? Baliklah cepat. Rindu nak jumpa mama.” Sahut suara yang dibawa buli-buli udara yang mengelombang kerana kecanggihan teknologi transformasi arus udara.
Dari zaman Alexander Graham Bell yang merekacipta talipon hingga kini sentiasa ada perubahan yang inovatif lagi kreatif menuruti peredaran masa. Tentulah untuk kegunaan maya sejagat.
“Ok. Sekejap lagi mama balik.” Dia memandang Ita yang juga sedang menujah anak matanya menantikan sesuatu keputusan yang bakal terbit ekoran dari panggilan yang diterima Datin Majmin itu. Ita pasti akan ada arahan baru yang perlu dipatuhinya.
“Maaf Ita. Nampaknya Ita terpaksa rungkai semula gelongan rambut ni. Lepas tu blow sedikit saja. Sebab saya nak cepat balik. Tak sabar nak jumpa anak saya yang baru pulang dari luar negara tu.” Ita tidak langsung bersungut kerana kerjanya tidak dapat disempurnakan sebaiknya.
Wednesday, 8 February 2012
Nostalgia indah...ceritera sebuah desa...
pic TOHID ROSDI
Suatu ketika dulu di sinilah desa mastautin aku, mak, ayah dan adikku. Kami tinggal di sebuah pondok buruk
yang beratapkan daun nipah dan berlantaikan buluh yang disusun. Sederhana sekali buatannya. Asal boleh berlindung dari panas dan hujan untuk meneruskan hidup siang bersambung malam saja. Susahkah hidup begitu? Entahlah...
Tika aku mula masuk sekolah dengan gembiranya aku menapak sejauh dua batu dari desa ku di kuala Dulang. Sekolahku yang berbentuk L terletak di tengah- tengah kampung Dulang Kecil. Aku pula tinggal sebelah kuala berdekatan laut. Kawan-kawanku yang kukenali di sekolah ini ramai juga yang tinggal disebelah ulu. Sebelah ulu tidak ada laut tapi hanya luas dengan petak bendang.
Sebelah kuala dekat dengan laut namun petak sawah bendangnya luas terhampar. Dapatlah aku bernain air di bendang sambil menemankan mak dan kawan-kawan yang berderau dengannya menanam padi menggunakan kuku kambing. Ada lagikah kuku kambing tika ni? Dah jadi sejarah. Kuku kambing dah masuk muzium.
Masa menuai sudah tiba. Padi masak menguning emas. Emak ke bendang lagi. Kali ini untuk mengerat padi pula dan ayah bersedia untuk memukul padi yang dikerat itu untuk memisahkan padi dari tangkainya. Ada lagikah tong padi dengan kain layar di tengah bendang kini yang digunakan pak tani memukul padi?
Langsung tidak kelihatan lagi.
Pabila padi yang dituai sudah terkumpul dijemur pula di atas tikar yang dibentang. Kerja aku pula mengawasinya agar tidak dikerumuni ayam-ayam yang banyak berkeliaran. Tatkala hampir petang padi pun kering dan angin mulus bertiup halus. Inilah masanya menguroi padi untuk memisahkan padi bernas dengan padi hampa. Apa tu? Maksudnya padi bernas, padi yang ada berasnya dan yang hampa pula tak berisi.
Hendak menukar padi menjadi beras terpaksa pula menumbuknya menggunakan lesung rindik/lesung kaki. Kerja akulah menumbuk padi tu. Mak pula menjaga muka lesung agar beras tidak berserak ke tanah. Susahkan proses hendak mendapatkan sesuap nasi tika tu...
Malam bulan mengambang penuh ada pesta mengemping pula. Di kawasan tempat mengemping diterangi cahaya jamung yang dibakar diperbuat daripada daun kelapa kering. Harumnya bau padi pulut yang digoreng hingga meretih dan dimasukan ke dalam lesung tangan. Irama antan bertingkah menumbuk emping kedengaran harmoni. Malam tidak lagi sepi dengan perbualan riang sambil menikmati keenakan emping yang digaul dengan kelapa.
Masih adakah lagi suasana begitu di desa itu kini? Rasanya hanya tinggal kenangan...
Saturday, 4 February 2012
SALAM MAULIDURASUL..SKETSA CINTA...
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL JUNJUNGAN YANG MULIA NABI MUHAMMAD SAW...SEMOGA KITA ADALAH UMATNYA YANG SEBENAR DIKASEHI, DICINTAI DENGAN SELAWAT DAN SALAM SENTIASA DI BIBIR DI HATI...
SKETSA CINTA
Aku terlalu mencintainya. Sungguh-sungguh. Namun ada yang lebih mencintainya, mengasehinya. Dan seruan cinta itu diturutinya. Kini tinggallah aku melayani kesendirian yang sunyi lantaran tiada lagi kekasihku itu di sisiku.
Sepanjang perjalananku mutakhir ini hanya imbauan-imbauan yang terimbas di skrin kenangan. Pastinya tidak mahuku hapuskan. Aku bersedia melayani kenangan yang membahgiakanku sambil bermain dengan kambing dan lembu ternakanku.
Pagi dan petang bertemankan kambing dan lembu. pabila terasa bosan aku mengenderai saga biru memacunya keluar daripada kebun pisang yang menempatkan kandang ternakanku; entah ke mana hala tujuanku.
Kadang tanpa sedar aku sudah sampai ke Segamat, Kuantan atau Kuala Terengganu hanya dengan memandu santai melayan hiba hati sunyi. Jikalau dia bersamaku tentu tidak begini lakuku. Namun kehilangannya menyiksa jiwaku meski aku merelakannya.
Barangkali perpisahan kami seusai mengerjakan ibadah haji di Baitullah adalah takdir Allah. Kekasihku itu telah menyucikan diri dan rohaninya sebelum menyahut seruan cinta-Nya yang agung.
Tapi aku merasa sangat ralat melihatnya terkulai di dalam pangkuan lantaran kelelahan menjalani kimo untuk membunuh kenser payudara yang dideritainya. Air mataku bercucuran membasahi pipi cengkung isteriku kekasihku.............
SKETSA CINTA
Aku terlalu mencintainya. Sungguh-sungguh. Namun ada yang lebih mencintainya, mengasehinya. Dan seruan cinta itu diturutinya. Kini tinggallah aku melayani kesendirian yang sunyi lantaran tiada lagi kekasihku itu di sisiku.
Sepanjang perjalananku mutakhir ini hanya imbauan-imbauan yang terimbas di skrin kenangan. Pastinya tidak mahuku hapuskan. Aku bersedia melayani kenangan yang membahgiakanku sambil bermain dengan kambing dan lembu ternakanku.
Pagi dan petang bertemankan kambing dan lembu. pabila terasa bosan aku mengenderai saga biru memacunya keluar daripada kebun pisang yang menempatkan kandang ternakanku; entah ke mana hala tujuanku.
Kadang tanpa sedar aku sudah sampai ke Segamat, Kuantan atau Kuala Terengganu hanya dengan memandu santai melayan hiba hati sunyi. Jikalau dia bersamaku tentu tidak begini lakuku. Namun kehilangannya menyiksa jiwaku meski aku merelakannya.
Barangkali perpisahan kami seusai mengerjakan ibadah haji di Baitullah adalah takdir Allah. Kekasihku itu telah menyucikan diri dan rohaninya sebelum menyahut seruan cinta-Nya yang agung.
Tapi aku merasa sangat ralat melihatnya terkulai di dalam pangkuan lantaran kelelahan menjalani kimo untuk membunuh kenser payudara yang dideritainya. Air mataku bercucuran membasahi pipi cengkung isteriku kekasihku.............
Subscribe to:
Posts (Atom)
MyBloglist
-
-
Dari Sepanyol ke Portugal, Singgah Makan Tengah Hari di Mister Noodles Restaurant - Bismillahirrahmanirrahim. Tibalah masanya kami meneruskan perjalanan ke Portugal yang mengambil masa di antara empat hingga lima jam. Memandangkan pemandu...52 minutes ago
-
Solidariti Aman Keningau Bersama Zara - *Jumaat Update Blog Menampal Wajah Viral Seluruh Malaysia Menangisi* Klik whatssup selepas kelas Jumaat ( penghulu segala hari) terlihat wajah insan ...1 hour ago
-
RESEPI AYAM BUTTERMILK - Assalamualaikum semua, Hari ini rajinkan diri buat entri awal, kita nak kongsi resepi ayam buttermilk. Tengah rajin ni kan, menu yang mudah dan sedap ju...2 hours ago
-
Jenis Anak Lelaki Yang Menyusahkan Ibunya - Ada satu jenis anak lelaki… Yang dah besar panjang. Dah boleh mengundi. Dah kerja pun ya, tapi duit habis entah ke mana. Yang peliknya… Mak masih kena m...4 hours ago
-
Kembara di Bumi India – Part 5: Pagi Yang Riuh Tapi Indah - *'Sarapan yang berat kuantitinya..'* Tepat jam 7 pagi, Mr Rafi tiba di hotel seperti biasa, dengan wajah ceria dan hon yang tak pernah gagal ditekannya. K...12 hours ago
-
Apa Itu Bubble Tea? - *Ketahui Asal-Usul dan Fenomena Minuman Viral Ini!* *Boba*, atau lebih dikenali sebagai bubble tea, bukan lagi sekadar minuman, ia kini satu gaya hidu...18 hours ago
-
Jom cuti cuti ke MUO Bandar Diraja - Assalamualaikum, Layan video di atas yang dibuat special buat orang Muo. Sebagai anak jati Muar sudah tentu aku bangga dengan bandar Muar Bandar D...1 day ago
-
Saman apa yang ada... - Ada 3 saman dalam koleksi...hehe...2 saman parking tepi jalan, 1 saman tak bayar parking First, saman Majlis Bandaraya Petaling Jaya kena saman sebab park...2 days ago
-
Kafe era P Ramlee menu masakan Melayu di Rasa Nostra Coffee, Kelana Jaya - Kelana Jaya, lama sungguh kak ana tak masuk area Kelana Jaya . Banyak pembangunan juga nampaknya selari dengan arus permodenan. Namun masih terdapat dereta...2 days ago
-
Roti Barli Shiro Shokupan Gold by Sunshine - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Kemain rajin pihak Sunshine keluarkan roti baru. rasanya macam baru je lagi dia keluarkan roti sweet potato purple. tup t...4 days ago
-
BETUL KE YAKIN TU - * BETUL KE YAKIN TU* Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Yakin Ya yakin Betul yakin? Ya betul yakin! Tapi sejauh m...1 week ago
-
WW 595 : Telur Ikan Mayung - Salam bertani Wak dengan pn is3 memang pantang jumpa telur ikan mayung. Terus sambar 2kg. Rebus dahulu setengah masak. Toskan air rebusan. Hidangan s...1 week ago
-
-
-
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB-HICOM Port Dickson.* Balik dari berkursus m...2 weeks ago
-
Tenanglah, Jodohmu Tak Pernah Tersalah Alamat - *Tenanglah, Jodohmu Tak Pernah Tersalah Alamat* Di sebuah pagi yang damai, Aisyah duduk sendiri di bangku taman, memerhati dedaunan yang berguguran. D...3 weeks ago
-
Cottage Pie Idea Untuk Port Luck - Cottage Pie ni ada Daging Kisar + Mashed Potato + Mozarella Cheese. Itu saja. SS ingat susah sangat buatnya. Tapi tak sangka senang saja rupanya. Sement...3 weeks ago
-
Happy Birthday To Myself - Hye semua.... Nak bagitau... yang saya baru jer celebrate birthday Bulan Jun hari tu. Cepatlah nyanyikan lagu 'Happy Birthday' kat saya. hahahhahaha. ...4 weeks ago
-
Juara TVET Serantau Dinobatkan di Majlis Penutup ASEAN TVET Friendly Match 2025 - ASEAN TVET Friendly Match 2025 melabuhkan tirainya hari ini dengan pengumuman rasmi para pemenang yang telah menunjukkan kemahiran cemerlang dalam sembilan...5 weeks ago
-
Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya - Kali ni saja aku nak try buat satu segmen blogger. Tapi nak bagitau siap-siap, segmen ni tak ada hadiah. Sekadar suka-suka je. Bonus point bagi blogger y...1 month ago
-
Homemade Hash Browns like Mcdonald - Siapa yang tak suka hash brown McDonald’s, kan? Rangup di luar, lembut di dalam, dan cukup rasa,memang sempurna untuk sarapan atau snek bila-bila masa. J...2 months ago
-
Creating Innovators - Akhirnya setelah beberapa lama, saya berjaya khatam bacaan buku bertajuk Creating Innovators tulisan Tony Wagner. Buku tersebut antara national bestsell...2 months ago
-
APLIKASI INFO GEMPA BUMI DUNIA - Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Zumal muncul lagi untuk nukilan seterusnya. Dalam tulisan ini Zumal ingin menyatakan kebimbangan tentang gemp...2 months ago
-
Jurnal 1 Syawal Hari Raya Aidilfitri 2025 - Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025! Kelapangan masa menulis, saya terpanggil berkongsi jurnal 1 Syawal 2025 pada catatan artikel kali ini...4 months ago
-
Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula - *PertengahanMac 2025* 2 minggu lepas appointment yang pertama, nurse suruh aku datang untuk scan lagi. Scan kali ni agak merisaukan sebab tak detect hear...4 months ago
-
Kenangan... - Kita tidak mampu untuk mencatat setiap apa yang berlaku sehari dalam hidup ini. Setiap saat akan ada saja perkara-perkara yang terjadi... dan pastinya ap...4 months ago
-
Giveaway Kerajaan Kelapa - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger semua.. Jom kita sama2 memeriahkan GA Cuya.. Klik banner kat atas untuk join.. Cepat2!!! Dah na...5 months ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...1 year ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...1 year ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......1 year ago
-
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...2 years ago
-
Awal Muharram - Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah - Assalamualaikum wbt, Awal Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2023 bersamaan dengan 1 Muharram 1945H jatuh pada...2 years ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...2 years ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...2 years ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...2 years ago
-
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci - (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek...3 years ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...3 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...3 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...4 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...4 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...4 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...4 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...4 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...4 years ago
-
-
Trip ke Guangzhou Nov 2018 - Guangzhou Cultural Park - Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM 💕 HAMPEH!!!! awal tahun katanya nak rajin update blog tahun 2020 ni..azam tahun baru la KONON!...5 years ago
-
Climbing back on Track when the train is moving - It's been long. Ada tak lagi pembaca kat blog ni agaknya? Lama dah, bertahun-tahun Yun Sing menghilang dari permukaan bumi ni (ha lain macam je ayatnya). B...5 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...5 years ago
-
Jaman Tory, Kuantan - *Kuantan, Pahang* Makanan sedap. Semua secukup rasa mengikut selera saya. Teman paling suka daging salai ditambahnya ikan pekasam dan sambal tempoyak. A...5 years ago
-
2020, Impian Menjadi Realiti - Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 20...5 years ago
-
MUDAH KE TRAVEL SOLO? - Bismillahirahmanirahim… Pernah tak hangpa terfikir? Macam aku share sebelum ni. Aku teringin nak try travel solo. Ada benda yang kita suka buat ramai-ram...5 years ago
-
REALITY VS EXPECTATION | BELUM KERJA VS DAH KERJA - *Assalamualaikum and What's up guys! :)* Alhamdulillah, *akhirnya sampai juga seru Seorang Syed untuk membersihkan sawang-sawang dekat blog dia yang ter...5 years ago
-
Kurus Tak Semestinya SIHAT - Assalamualaikum. Orang selalu beranggapan bahawa yang kurus itu sihat. Jangan terpedaya ya. Orang berbadan kurus tak semestinya sihat. Kena betulkan tangg...5 years ago
-
Hello 2019, Hello Sahabat - [image: Wajah Lama] Salam Petang 🌹 Ini adalah entry pertama I di tahun 2019 ini. Rasanya tak terlewat untuk I ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru...6 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...6 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...6 years ago
-
WW#29 Doa Pergi Bekerja - Assalamualaikum Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup kita....aamiin.7 years ago
-
Salam Aidil Fitri 2018/1439 - Salam Aidil Fitri dari bunda untuk kalian yang masih mengenali dan ingat kan bunda.. Semoga panjang umur kita dapat bertemu lagi di Aidil Fitri akan d...7 years ago
-
Hellooo.... - Assalamualaikum... Lamanya saya tidak mengupdate blog. Penyakit M datang melanda. Sekarang saya lebih senang dengan insta tak payah mengarang cerita cuma m...7 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...7 years ago
-
Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin ! - *Ini Akibat Abaikan Diri Selepas Bersalin* | Pernah dengar atau baca tentang* tombong wanita lepas besalin* ? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara ...8 years ago
-
41 - Alhamdulillah, 41 tahun dah aku hari ini. Terima kasih kepada SEMUA yang mengucapkan dan mendoakan kesejahteraan aku. Suatu ketika dahulu aku pernah meleta...8 years ago
-
Dua hari sebelum menginjak 63 tahun - Jika dia masih ada hari ini merupakan ulangtahun kelahirannya yang ke 63. Tetapi Allah telah memerintahkan Izraeil menjemputnya hari Isnin yang baru lalu ...8 years ago
-
10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri - 10 Kereta Paling Banyak & Berisiko Tinggi Dicuri: Mempunyai sebuah kereta merupakan satu keperluan pada masa kini. Bagaimana jika kereta yang kita perlukan...8 years ago
-
Kalian Masih Ku Rindu - *Sahabat....* *Jauh disudut hatiku Tetap membekas satu kenangan..* *Saat terindah kita bersama..* *Yang kini tinggal cerita lama* *Kian ditelan masa dimam...8 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...8 years ago
-
ATUK :-( - ASSALAMUALAIKUM.. ATUK Selamat tinggal atuk... Berehatlah dengan aman... AL FATIHAH SAIM BIN RAMLI INGATAN HARGAILAH SELAGI ADA8 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...9 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...9 years ago