Kata ibunya, "Tak payahlah kau berkahwin dengan dia sebab mak rasa dia ni tak berapa ok hendak diadikan isteri. Tak ingat ke dulu sewaktu kita sibuk-sibuk buat persiapan nak pergi meminang dia, dia boleh kata tak payah...sedangkan dia yang beria-ia meminta kita masuk meminangnya. Ini setelah dia putus dengan kekasih barunya dia datang pula mencari awak menagih cinta kononnya tak mahu kehilangan awak. Kecurangannya pada awak dulu apa maknanya. Mak dengar awak pun sudah ada pengganti dia...takkan nak tinggalkan sidia untuk berbalik dengan kekasih lama...tak masuk akal langsung..."
Tapi dia tetap berkahwin juga dengan kekasih yang tidak setia itu dan memberikan masalah kepada ibunya untuk menyediakan sejumlah belanja hantaran yang mahal dan pelbagai tuntutan perkahwinan yang terpaksa dipenuhi walau ibunya dan seluruh keluarga terdekatnya memprotes tindakan bodohnya itu. Mungkinkah demi cinta yang belum terhapus dia diperbodohkan pun tidak mengapa.
2. Seorang putera raja yang dikenali seluruh dunia memilih menikahi kekasih lamanya yang sudah ganyut dan pudar kecantikannya walhal sang putera boleh memilih puteri-puteri cantik daripada golongan bangsawan ternama sehingga sanggup mengenepikan hak merajai kerajaannya kerana pilihannya itu melanggari adab dan undang-undang beraja kerajaannya. Tentu saja tindakan sang putera menerima protes dan bantahan daripada seluruh keluarganya. Demi cintanya dia rela apa saja.
Namun yang berlaku tetap berlaku. Sesungguhnya jodoh pertemuan dan segala-galanya adalah hak Allah yang mengaturnya. Siapa kita hendak mempertikaikannya.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
3 hours ago
CINTA ITU BUTA..hehe
ReplyDeletetak gitu kak?
senang citer..kawen je 'dah jodoh'
bila cerai 'takde jodoh'
Anggapan je tu Irfa...sbnarnya cinta itu celik n bermata. Hanya kita yg menafsirnya mengikut kesukaan kita. Perkahwinan dan perceraian adalah takdir cinta atas pilihan kita juga...
ReplyDeleteslm bw sampai ke sini....eh cinta ea...jgn jd hambanya nt merana!
ReplyDeletebetul tu...cinta agung milik Allah...
ReplyDelete